Wednesday, May 26, 2010

merry.go.round

google images

hidup kita hanya sekali je di alam dunia ini.kecuali kalau Tuhan bagi extra nyawa supaya kita sentiasa menghargai apa jua yang kita ada sekarang ini.i mean untuk kes-kes yang mati hidup semula.ok itu semua kerja Tuhan dan sekali lagi saya takkan persoalkan.kalau di persoalkan juga, maka saya akan terbawa-bawa ke soalan yang selanjutnya.contoh :

soalan satu : macam mana boleh mati lepas tu hidup balik? logik ke?
lepas tu.
soalan dua : Tuhan tu macam mana? (hah kan dah cakap...saya pasti meleret ke soalan-soalan yang lebih berat dan menyentuh zat Allah.dan akhirnya saya akan pening nak jawab soalan sendiri.. ;p)
hidup kita ibarat satu pusingan roda.setuju? kalau kita berkelakuan baik, maka perkara-perkara baik la yang akan kita dapat.insyaallah.if tak dapat..bukan tak dapat, lambat dapat pasti ada yang tak kena dengan apa yang kita dah lakukan.samada perkara-peraka kurang baik dan sebagainya.its karma, dude!
saya selalu berfikir setiap masa.lagi-lagi bila saya duduk sorang-sorang dan bertafakur.
kadang-kadang saya takut dengan setiap keputusan yang saya buat.
"apa betul tindakan saya?"
"apa betul keputusan saya?"
"apa betul pilihan yang saya buat?"

tapi itu la orang cakap...hidup ini satu perhitungan.setuju?
kalau tak cuba mana kau nak tahu.
:)
maka..kena cuba.kena lalui.
doa dan tawakal.
bila saya kenang, saya jadi takut nak teruskan hidup.
dan mati bukan satu keputusan yang baik.
banyak dosa saya yang belum terhapus.
belum penuh amalan saya untuk menutupi sang dosa tadi.
setiap pagi selepas subuh saya akan lihat ke langit.
apa yang ada di sebalik langit berwarna oren jingga itu.
alam yang satu lagi.
takut.

saya ketawa.
tapi selepas ketawa, saya cuma seorang.
cuma seorang.
cuma seorang "aku".
maka, saya harap saya mampu menghargai kehidupan ini sebaik mungkin.
yang lain nya saya serahkan bulat-bulat kepada Pencipta.
sebab ke mana langkah kaki saya, saya tau Dia ada...

:)

.