Friday, September 12, 2008

++bad dream++

semalam.aku mimpi buruk.agak la takut... :(
apa petanda nya ek?
mimpi tu buat aku tersedar pagi tadi.walaupun tak berpeluh2 (mcm yang selalu tayang dalam movie kat tv..lagi pun smlm hujan :p )
tp pada aku dah cukup buat aku gelisah hari ni.teringat2.arghhhhhh! tensen.
ya Allah...aku memohon pada mu.hilangkan kegelisahan ini.
ya Allah...tunjukkan aku pada jalan kebaikkan bukan kemudaratan.
amin.


Thursday, September 11, 2008

.2-3 kali.

sehari 2-3 kali.
kenapa?
excited kot..
*gile*

di office.jam 1pm.mengadap mac.
menghabiskan editing.
kerja menimbun lagi.
mata rasa nak terpejam.
perut meminta di isi.
tak cukup ke dgn minuman bernutrisi semasa bersahur semalam?
haha.. :p

am i happy?
:) na'ah..dun noe.
happy kot.

terasa macam nak balik johor.
berbuka puasa di rumah dgn famili.
tak sama kan rasanya berbuka dgn kawan2 di sini?
tak tipu..
sangat rindu emak punya asam pedas.
rindu juga labu campur kacang panjang masak lemak.
rindu air teh.air kopi emak buat.
owh tak lupa..sambal tumis udang.. :)
*saya cuma anak kampung*

erm...duit belanja dah abis.on monday baru dapat payment.sempat kot.
*keRr, tolong la berjimat... :)*

jumaat ni pikor balik terengganu.sorang la nampak nya.
sabtu..ahad..buka puasa sorang2 ke?
tak sure... :(



.bisik kanan.bisik kiri.

yang kanan kata 'jangan!'
yang kiri kata 'lakukan...'

yang kanan rayu 'ingat...'

yang kiri paksa 'lupakan...'

yang kanan mencelah 'syurga'
yang kiri terus menarik 'ke neraka...'

subbahanallah...

keRr
12:47am
sri kenangan,w.m

Wednesday, September 10, 2008

ramadhan~

hello.. :) ini adalah blog pertama saya.penulisan yang pertama.percubaan yang pertama.

sebelum tu, saya nak mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan.selamat berpuasa.selamat bangun untuk bersahur.selamat melantak tak hengat di waktu berbuka.dan selamat segala2 nya.hihi.jadi, bercerita mengenai ramadhan tahun ini, tiada apa yang berubah.tetap sama seperti tahun2 sebelum nya...cuma tahun ini saya berpuasa sebagai seorang pekerja.alhamdulillah..akhirnya saya bekerja setelah tamat kuliah.

berpuasa sebagai pekerja tidak lah sedahaga berpuasa sebagai student.saya masih ingat lagi ketika bergelar student di uni dulu, pada bulan ramadhan setelah tamat kelas saya dan kawan2 akan pulang ke rumah dan tidur untuk melekakan diri daripada mengingati puasa.betul ke ayat tu? hahaha...maksud nya di situ adalah, hanya akan bangun jam 5 petang dan seterusnya ke pasar ramadhan dan shopping apa yang patut.kueh..mi goreng..kopok leko..kadang-kadang nasi lauk.huhu.sedap juga.memang sedap apatah lagi berbuka bersama teman2 serumah.teman2 sekelas.makan beramai2.makanan dihidang.bermula dengan bismillah dan diakhiri dgn burrrrpppp... :p lepas tu mengulor,ngantuk.haha.tp itu lah kenangan paling indah dalam hidup sepanjang bergelar pelajar.

so tahun ni, bila dah kerja...saya berbuka puasa pula bersama2 teman seoffice.happy juga.cuma yang jadi tak happy apabila ke pasar ramadhan, mata menjadi rambang melihat makanan2.beli itu dan ini.akhirnya membazir.kasihan kepada duit saya... :( tp tak pe, lepas ni saya akan lebih berhati2 ketika berbelanja dan saya akan pastikan saya tidak mengamalkan ajaran SETAN apabila bershopping di bazar,weeeee~~~~ :p

p/s: untuk first blog, ayat kena tersusun sket sebab nervous.hahahah~ psiko!!! :p
selamat berpuasa!!!