Wednesday, October 31, 2012

holla!



selamat belated raya aidiladha! hehe hows ur raya haji this year? awesome tak? berapa ekor lembu qurban tahun ni? ececeh! :D

itu soalan2 time hari raya.sikit2 tanya berapa ekor? buat sup tak? itu tak? ini tak? boringggg u know!? cuba tanya pengertian Qurban? pandai jawab tak? kalau tak pandai meh la google sama2..hehe

ok la, ok la tak payah nak serious sangat la kan? raya pun dah habes dah..tapi raya haji tahun ni puas hati sangat la kan? raya kat rumah emak sampai 5 hari.alhamdulillah..puas bergolek2 dengan emak.hehe *maklum la orang tak kerja* hahaha

bila balik rumah emak, apa lagi aktiviti nya kalau bukan MAKAN kan? sedap ok! dari asam pedas ke sup tulang! semua yummers! thank you emak! u're the best :')
tahun ni emak buat qurban untuk arwah ayah.alhamdulillah..semoga ganjaran pahala dari qurban dapat kepada ayah.inshaallah.


 the youngest cousin afifa nabila @ effy yang dah nak masuk 3 bulan.beso dah! kejap je :))
i love u la baby 


lepak2 pantai sungai lurus, pekena kerang sambal.tapi takde gambar kerang nya! haha


mee bandung Odeon kat Batu Pahat depan Hotel Garden.ya Allah, super sedap! 


cendol awesome kat Jalan Jenang, Batu Pahat (pasar) cuma RM1 je semangkuk.
sedap weyh!


asam pedas di Medan Asam Pedas Parit Jawa, Muar 
sedap.murah gila! :D *telan air liur*


suami isteri pergi settlekan hal kad nikah. lagi dua bulan kena balik BP untuk pick up the card.
me looked so nice kan? haha


sambut belated birthday emak.sebab semua ada kat rumah.tapi failed sikit la sebab sebenarnya umur emak 59 tahun tp jadi tua setahun pulak! hahahaha

happy people! :)



thank you kepada semua yang masukkan wa dalam doa2 kalian.semoga Allah membalas dengan perkara yang baik-baik, inshaallah! :))

till then! 

x,
kerr.



Wednesday, October 17, 2012

weekend and friends


Izzat + Aana's Wedding Reception

Spouse: someone who'll stand by you through all the trouble you wouldn't have had if you'd stayed single. {Author Unknown}
alhamdulillah.
selamat pengantin baru aana & ijat :)


i always lovesssss wedding function. especially on weekend! (hello? wedding memang la on weekend kan? haha idiot!) sebab dapat jumpa semua kawan-kawan yang jarang dapat jumpa pada hari-hari biasa (weekdays?? err..haha)

shut up dan tengok gambar je ok! hahahah :))










semoga Allah merahmati keduanya.semoga dikurniakan kebahagiaan kekal di dunia dan akhirat.insyaallah! :)


what i wore :

floral scarf
coral salmon blouse by nichi
green long skirt by scarlett
clutch by aldo

yup i know.i'm getting fat fat and fat.
but i'm ok! haha

x,
kerr.


update #101


hello.

lama dah tak update apa2.sesiapa yang hari2 buka my blog ni tapi takde apa nak dibaca, wa minta maaf ok (kalau ada la yang membaca bebelan murah wa ni hehe :p )

1). seminggu bertapa di Terengganu, balik for mama's tahlil.alhamdulillah, everything went well.hujan sikit, tapi berjalan lancar.

selesai.



2). sebab plan nak duduk lama sikit di Terengganu, wa dgn apitt bercadang nak ber-getaway sekejap.samada ke Perhentian ataupun Kelantan. Unfortunately, cuaca tak berapa baik untuk ke pulau. Maklum la, musim tengkujuh pun dah nak dekat. Jadi kami tukar plan untuk pergi Kelantan je. Bagus juga sebab wa tak pernah sampai punnnn! haha :)) #roadtriptokelantan

Kelantan ; kalau wa dengar cerita daripada orang memang cakap tempatnya buruk, kotor etc. Tapi wa pergi, wa quite suka juga la. Ntah la, maybe tempat yang wa pergi tu kena pada masa kot or i mean i am so lucky la sebab tak pergi tempat2 yang macam orang-orang ni bercerita.hehe alhamdulillah..wa suka je.makanan dan tempat2 melawat semua ok.





Berpusing-pusing cari hotel yang best dan selesa dan murah..hehe *typical malay semua nak murah! ;p*
akhirnya wa dgn apitt setuju untuk menyewa di Tune Hotel. Eh! not bad ok..tapi kalau korang nak tempat yang UP gila boleh la sewa Renaissance Hotel (lawa dan mahal la of course! :p) 


tapi wa terlupa nak ambil gambar bilik, sebab sampai je bilik wa terus je baring atas katil lepas tu buat sepah! so takde la nak ada gambar yang cantik! hehe sorry :)) 

ok about Tune Hotel ni, wa rasa kat mana2 pun sama je.Satu bilik is RM88 per night kot kalau tak salah.itu dapat basic je la ; katil, kipas siling dan bilik.if korang nak tambah aircond, tv , astro or let say nak sewa tuala, ada charges dia la.

maksudnya lagi banyak benda korang nak, lagi bertambah la duit di situ! hehe

so wa dengan apitt memang ambil basic gila la ; just top up TV and late check out je! tido pakai kipas pun dah ok dah.
basically bukan duduk kat bilik sangat pun kan? :)


aktiviti malam ; ke Wakaf Cek Yeh. hurm..ok la kot? lebih kurang macam Uptown Danau Kota tapi lebih besar.lagi banyak orang berniaga.
Harga? erm..lebih kurang KL je.wa rasa sebab diaorang tau dah Wakaf ni salah satu tempat yang pasti orang akan singgah kalau datang Kelantan.so harga dah macam KL! 

then siang tu kami ke Rantau Panjang. Macam-macam la ada, ada yang murah dan ada yang mahal. Kalau pergi dengan mak-mak, makcik2 memang diaorg suka wa rasa! haha sebab periuk, tikar, toto semua ada jual.


lepak bersama keluarga comel 2012! hehe Duri dan keluarga. Sejak2 menetap di Kelantan, memang susah nak jumpa di KL.So bila dapat jumpa memang kitaorang update gila2 tak berhenti :))


ok tempat kat bawah ni adalah tempat yang paling korang kena singgah kalau datang Kelantan.
Kampung Kraftangan. Area bandar je. Apa yang best kat sini adalah ;

.
..
...
....
.....

MAKANAN YANG SUPER SEDAP DAN SUPER MURAH!

SERIOUS!!


Hari pertama kitaorang makan banyak gila RM18 sahaja.

Hari kedua kitaorang makan banyak gila juga RM17! crazy murahhhhhhh ok! 

dan yang paling penting SEDAP MASYA'ALLAH! :))


maka tamat la percutian kami selama 3 hari 2 malam #roadtriptokelantan.
serious fun fun fun! :))


On the way balik, singgah pula Pantai Penarik.
Subahan'Allah :)
Cantik ciptaan Allah :))




so sampai Kuala Terengganu dalam pukul 3-4 petang macam tu.Alhamdulillah :)

3). hari Khamis kami bergerak balik KL.gerak lewat la juga dari Terengganu. Sampai rumah KL sekitar jam 10.30 pm - 11.00 pm.

otw naik tangga rumah terserempak dengan polis dan beberapa orang. dalam hati wa dah macam 'Eh kenapa ni?' sebab otw balik tu hati wa mcm terdetik, 'macam mana kalau rumah kena pecah masuk?' dan yang paling pelik sekali bila dalam kereta apitt tanya; 'hari tu awak ada on lampu rumah tak?' 

yup, rumah wa kena pecah masuk.rumah jiran pun sama! berlari kitaorang dengan beg dengan keropok lekor lagi..masuk2 pintu (pintu rosak ok! setannn gila) mata tengok kat tv dulu! alhamdulillah tv selamat..tapi bilik hancur la diaorang geledah.owh terasa nak memaki hamun di situ.



tak boleh bukak solex, dia gunting terus telinga gril! haihsssss! memang betul la lu nak sangat masuk dalam rumah wa kan??? 


Jiran sebelah yang call polis sebab rumah dia pun kena. Ya Allah, ada je kan dugaan nya. Tapi alhamdulillah la, wa dgn apitt tenang je. tak pe, mungkin memang bukan rezeki kami.
barang kemas kecik2 tu hilang dan tablet samsung..haihs sedey!

Abang forensik ni tengah ber-CSI jari cap jari. Tapi tak dapat kesan apa2..sedih! :(


so lepas buat report police semua, kami duduk tengok tv dan makan keropok lekor! eh? hehe :p
besok nya terus kitaorang pergi kedai kunci beli dan super power.kalau boleh masuk juga tak tau la nak cakap apa.haihs.setan sangat kan? 

hurm...tak pe la.yang paling geram nya bila tanya pak guard diaorang boleh cakap diaorang tak dengar apa2 dan yang paling stupidos sekali adalah "POLISI KAMI CUMA MENJAGA KAWASAN BAWAH JE! ATAS RUMAH KAMI TAK JAGA!" - like WHAT THE FUCK?? la kan?
so sejak hari tu, wa dengan apitt takde nak angkat2 tangan dengan pak guard.pergi la M! dan kami syak yang diaorangp un terbabit sama.cikaiiii! tapi kalau tak terbabit, wa la tanggung dosa menuduh! hahaha :p 

ok penat.

huh hah huh hah! :O

okies selesai updateeeeee! yayyerrrss!

korang..korang doakan la kesejahteraan wa dan apitt.wa macam trauma sikit sekarang ni.mcm tak tenteram je duduk rumah.rupanya memang tak selamat walaupun kat rumah sendiri :( 
nak balik rumah emak la! eh? hahaha alasan nak duduk bawah ketiak emak la tuh! hehe :p

doa kan kami pls! 

thank you :')

x,
kerr.


Thursday, October 4, 2012

bit & pieces


i hate packing.end up wa akan bawa balik baju banyak gilaaaaaaa! arghhhhh :(( *perasaan sentiasa tidak cukup* 
besok wa balik terengganu.pagi kot, insyaallah! balik for tahlil untuk mama :')
pejam celik sekejap je masa berlalu.

sedih.

ok tak nak layan.kang tak boleh tido malam.


1). sedang surf2 terjumpa loafer ini.warghhhh! so nice!! :))
nak cari tak kiraaaaa!


2). Always be BOLD or ITALIC.never be REGULAR.because...



good nite beautiful people!! :))

x,
kerr


Wednesday, October 3, 2012

happy 4 month


alhamdulillah.

semalam kami genap 4 bulan bernikah.yayyers! :) 
yup sepanjang 4 bulan ni so far so good.
banyak yang happy daripada yang menyedihkan.alhamdulillah..
harap2 sampai ke tua la happy nya ye tak? hehe ;p






belum ada tanda2 ber-rezeki. its ok.baru 4 bulan kawen.kadang-kadang wa pun terfikir juga, wa ready dah ke nak jadi mommy? and end up, cuma bunyi cengkerik je yang jawab kan soalan wa.itu kerja Tuhan.tau la dia bila dia nak bagi kan? insyaallah :)

doakan yang baik-baik untuk kami berdua.semoga melalui doa2 kalian, Allah memberikan lebih banyak rahmat dan kurniaan rezeki untuk anda semua.insyaallah.

kalau boleh nak hidup 400 juta tahun bersama :)

dear husband,
i love u.

x,
kerr.