Tuesday, October 28, 2008

COLOURAMA EVENT 08






jangan lupa datang beramai2 ke galaxy ampang pada 1 november 2008.
meriahkan event yang pertama kali berlangsung di malaysia.

tiket - rm10

tshirt - rm35

Friday, October 24, 2008

kemenangan yang telus~





hihi.
excited sedikit sahaja.
jangan marah!
thanks semua.. ;)

Judul bikin konflik? - Filem tentang budak Kelantan kelas ketiga di KL

Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT
suzana.rajahamat@kosmo.com.my

BEGINIKAH wajah, sikap dan penampilan anak-anak muda Kelantan? Asrulfaizal dalam satu babak filem Budak Kelantan.

TERPERAP dan tertangguh selama lebih dua tahun bukan persoalan utama yang harus diperdebatkan kerana banyak juga filem lain yang bertapa sehingga bertahun-tahun sebelum dibawa ke layar perak.

Apa yang menjadi tarikan tentang filem ini pastinya istilah Budak Kelantan yang digunapakai menjadi judulnya menggantikan judul asal yang berakar-umbi di perdu jiwa sang sutradaranya, Wan Azli Wan Jusoh iaitu Koya Best.

Dalam dialek Kelantan, Azli sebenarnya 'tok sejoin' (kurang berpuas hati) dengan pilihan yang dibuat pihak penerbit, Grand Brilliance Sdn. Bhd. (GBSB) menerusi anak syarikat, Altenate Studio yang mahukan judul, Budak Kelantan.


NASKHAH yang diolah secara bersahaja menjadi daya tarikan.

Alasan Wan Azli, dia bimbang judul Budak Kelantan akan membenihkan prasangka yang tidak enak kerana judul sedemikian seperti merumuskan setiap visual ciptaan ke kanvas filem sulungnya itu akan dilihat seratus peratus menterjemahkan perilaku masyarakat dari negeri Cik Siti Wan Kembang.

"Tetapi ini filem, bila dah namanya filem, ia bukan lagi satu realiti walaupun asalnya idea filem ini dikutip daripada pengalaman dan cerita-cerita orang di sekeliling saya. Saya membesar dalam lingkungan masyarakat Kelantan dan budak-budak Kelantan. Jadi saya tahu dan faham cara hidup mereka.

"Kalau orang Kelantan akan marah nanti, saya faham kerana latar filem ini memang begitu, ia berkisar tentang konflik sosial segelintir generasi muda anak Kelantan yang tinggal di Kuala Lumpur (KL).

"Bukan semuanya tentang kejahatan, saya tetapkan masukkan sifat baik. Jadi ia seimbang kerana dalam setiap masyarakat, ada yang jahat dan ada yang baik.

"Bila penerbit nak tukar judulnya kepada KB - KL - Amerika, saya boleh terima kerana bunyinya seakan-akan kena dengan apa yang cuba saya sampaikan, tapi bila letak Budak Kelantan, alamak, saya jadi risau sikit.

"Saya lebih suka Koya Best kerana memang saya nak sampaikan 'koya best' yang difahami di kalangan masyarakat Kelantan sebagai mereka-mereka dalam yang keadaan atau kondisi minda yang tertawan (berangan)," tegas Azli yang pertama kali bergelar pengarah filem menerusi Budak Kelantan.


TIGA pendukung watak utama Budak Kelantan, Danny, Bienda dan Asrulfaizal.

Hatinya sedikit berat tetapi rasional dengan pendekatan penerbit yang mahu filem pertamanya ini mudah sampai dan meresap ke mata hati peminat filem, Azli menerima strategi komersial ini dengan fikiran terbuka.

Sebagai penerbit, Pengurus Besar Grand Brilliance Sdn. Bhd., Ahmad Puad Onah pula tidak membantah kiranya Azli masih tebal dengan prinsipnya mahu filem digelar Koya Best.

"Kami tiada masalah tapi sebagai penerbit kami ambil Koya Best sebagai working title (judul semasa dalam pembikinan). Bila dah siap kami fikir tajuk itu agak sukar untuk difahami oleh audiens.

"Selepas perbincangan, tercetuslah KB - KL - Amerika, tapi terlalu meleret, sudah nak sebut. Kami bincang sekali lagi dan timbulnya Budak Kelantan. Kami fikir ia lebih tepat, lebih dekat di hati khalayak, mudah difahami dan lebih komersial," ulas Puad tentang pertukaran tajuk filem ini yang mencetuskan sedikit tanda-tanya.

Apa-apapun sebuah filem yang baik tetap akan berdiri sebagai sebuah filem yang baik walaupun tercampak ke lorong yang gelap dan tidak berpenghuni. Judul gempak yang melonjak sehingga ke langit ketujuh sekalipun tidak menjanjikan apa-apa jika pengisiannya hancur dan fokus entah ke mana-mana.

Bagi Wan Azli, baik atau buruknya filem sulung yang menjalani perjalanan yang panjang inilah yang akan terisi ke dalam profil kerjaya seninya.

"Saya menulis dan menggarap filem ini dengan idea yang berlapis-lapis, kalau penonton yang datang menonton dan nampak nilai-nilai baik dan jahat yang saya persembahkan, itu sudah cukup," jelas Azli yang banyak melampiaskan idea kreatifnya menerusi teater dan sastera sejak melanjutkan pelajaran ke Akademi Seni Kebangsaan (kini ASWARA) dan UiTM dalam bidang seni persembahan.


WAN AZLI (kiri sekali) bersama barisan karyawan Budak Kelantan (dari kiri), Ayie, Bienda, Asrulfaizal, Danny dan Md Eyzendy Md Aziz.

"Saya cuma bermain dengan ideologi sosial dan tentang semangat dan imej Amerika yang telah masuk ke dalam masyarakat dunia ketiga.

"Saya cuma ambil budak-budak Kelantan sebagai contoh. Budak-budak Kelantan yang saya kenal kalau nak pakai seluar, nak pakai jenama Levis dan banyak lagi.

"Tetapi hakikatnya filem ini membawa roh gelap lawan terang iaitu kejahatan melawan kebaikan seperti yang sering digunakan dalam teater tradisional, hukum karma," jelas Wan Azli, 33, memperincikan isi perut Budak Kelantan.



Walaupun hampir keseluruhan kondisi filem ini diuli oleh air tangan anak Kelantan, bermula daripada pengarah, skrip, dialek, penasihat skrip serta kesemua pelakon yang terlibat, filem Budak Kelantan bukan disasarkan hanya kepada orang Kelantan.

"Sasaran saya untuk seluruh dunia," kata Wan Azli berseloroh padahal dalam hati, dia mungkin sedar hanya orang Kelantan sahaja yang faham bahasa filemnya ini kalau tidak dibantu oleh sari kata bahasa Melayu yang lengkap.

Apa yang membanggakan, walaupun dibikin dalam bajet dan ruang yang sedikit memberi tekanan, awal-awal lagi filem yang bakal ke pawagam 30 Oktober ini boleh diberi pujian.

Pertama kerana cerita dan keduanya lakonan. Rata-rata yang menyaksikan Budak Kelantan akan tertawan dengan pengolahan yang disajikan secara bersahaja oleh pelakon-pelakon yang menjayakan filem ini, terutamanya Mohd. Asrulfaizal Kamaruzaman yang memerankan watak Jaha, Danny X-Factor (Buchek), seorang lepasan universiti dan Bienda (Che Nor).

Watak-watak lain, Md Eyzendy Md Aziz (Li Bokbong), Wan Md Zuhari Wan Harun (Peija), Muhammad Haqqam Hakiri (Meghei Cikgu) dan Hushairi Husain atau Ayie (Wak Junuh) juga secara semulajadi menggambarkan gaya dan stail hidup budak Kelantan kelas ketiga yang ada di celah-celah KL.

"Saya sendiri puas hati dengan Azrul, walaupun dia baru dan tak dikenali tapi lakonan dia bagus. Danny pula seorang pelakon yang boleh masuk ke dalam situasi yang saya mahukan, kelebihan Danny kerana dia sudah popular," luah pengarah yang pernah menghasilkan teater Ari Ni Jadi Jahat ini, jujur.

p/s: jgn lupa untuk saksikan BUDAK KELANTAN the making of di televisi anda!

Thursday, October 23, 2008

anugerah SKRIN AMATUR @ MURAI 2008

KUALA LUMPUR, 22 OKT 2008: Filem Satu arahan Zulman Zeki Supardi, 22, (gambar atas kiri) diumumkan sebagai Filem Terbaik dalam pertandingan filem pendek online pertama, Skrin Amatur@Murai 2008 anjuran murai.com.my.


Keputusan ini diumumkan pada majlis Malam Skrin Amatur@Murai 2008 yang berlangsung di Restoran Lemon, Mines Shopping Centre, Seri Kembangan, Selangor, malam tadi, 21 Oktober 2008.


Dengan kejayaan itu, Zulman yang juga bekas pelajar Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara), menerima wang tunai RM3,000, trofi serta Skim Latihan Perfileman dengan Metrowealth International Group (MIG) yang juga salah satu penaja utama pertandingan itu.

Zulman menerima hadiah itu daripada Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Haji Zulkifli Ab Wahab. FINAS juga adalah penganjur bersama Skrin Amatur@Murai 2008.


Tempat kedua Filem Terbaik dibolot oleh filem Setitik Tompok Hitam arahan Al Mubarakah Suleiman. Ia dibintangi oleh Ida Nerina, Nor Aziah Abu Bakar dan Abu Bakar Omar. Filem ini mengisahkan tentang bahana sumbang mahram yang berlaku dalam sebuah keluarga. Pemenangnya menerima wang tunai RM2,000 dan trofi.


Tempat ketiga Filem Terbaik pula diraih Satelit Buruk arahan pelajar dari Sabah, Jamie S Roscom. Ia dibintangi barisan pelakon amatur seperti Rahmah Jaafar, Rosnah Mohd Saad dan Nor'aini Baharudin. Filem ini mengisahkan tentang sikap suka mengumpat di kalangan masyarakat di sebuah kampung yang akhirnya membawa kesan buruk. Dengan kejayaan itu, Jamie menerima wang tunai RM1,000 dan trofi.


Bagi kategori Filem Pendek Paling Popular pula, ia menepati ramalan dan pilihan ramai pengunjung portal ini apabila dimenangi oleh Stages. Pengarahnya, Mohd Hafiz Naslallizi, yang baru berusia 20, berjaya membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai RM2,000.


Filem Stages diminati ramai kerana menyelitkan penggunaan kesan khas dan memaparkan cerita komedi tentang seorang lelaki yang sedang bermimpi.


p.s: alhamdulillah... :)

hari sedih dalam hidup saya

life is full of shit.
tapi aku nak salah kan siapa?
kawan2? bf? siapa?
TUHAN? 
*beristigfar*

sepatutnya aku salah kan diri sendiri.
cuai.
bodoh.
*:(

kawan2 tak salah...sebab diaorang tak tau.
bf tak salah..sebab semalam dia pergi main futsal.
Tuhan lagi la tak salah.kenapa nak salahkan tuhan?
Dia dah penat bg petunjuk... :(

Dia bg aku keriangan.tapi sebab terlalu riang akhirnya aku berduka.
tapi dalam masa aku berduka tu, Dia selitkan sedikit kegembiraan.alhamdulillah...syukur ya Allah.
:)

semoga kegembiraan ini berterusan.
sapa yang suka berduka.betul?

p/s: cepat pulih wahai lap top ku...aku sayang kan kau. :)
p/s: tahniah kepada gherkine team.setitik tompk hitam menang nombor dua di Skrin Amatur @ Murai.

Tuesday, October 21, 2008

satu masa yang lepas.

          kerr.kak ra.akhil.haidar.a.nuat.rizi & mafia
famili manggis.
during SEPI film the making of...

Monday, October 20, 2008

...

aku tak sedap hati hari ni...
ke sebab hari ni hari isnin?
maybe...

Friday, October 17, 2008

konvo lapuk.






hihih..
saya pasti ramai yang akan marah.
nana.bye.zila.fafa.wany.hajar.sunny & sapa2 yang terlibat.
padahal konvo dh bertahun.hihih.baru nak upload.
penyakit malas.ni pun sbb terjumpa gamba.kalau tidak lenyap begitu saja ler... ;p
sorry korang.
ye..wa jahat.. :)

p/s: byk lagi gamba korang.tp wa malas nak upload.MALAS...MALAS..MALAS hihihihi~

Thursday, October 16, 2008

corfis in d' making




last week.
7 to 9th october 2008, manggis pro terlibat dgn shooting CORFIS (something yang kena mengena dgn kementerian kesihatan) di MMA (malaysia medical associates).ala2 video corporate.3 hari shooting tu rasa macam 3 tahun.not in d mood.maybe masih dlm mood raya kot? atau pun sebab job last minute.a bit tertekan sebenarnya.tp alhamdulillah, dapat lakukan dan habiskan dengan tenang dan baik.
crew yang terlibat pun tak ramai.
director - pojee
producer/asst director - kerr (aku ler tuh)
crew - jon
        - mafia
        - zul

ok lah kot.tp cuma tu ler.keje last minute memang mcm *@#%$ (simbol mencarut) sket.nasib baik semua nya ok.crew ok.yang terlibat pun ok.so far so good! :)

out.having fun.II





penambahan gambar2 di blog supaya blog ini nampak colourful... ;p
ini kawan2 baru saya sejak saya bekerja di manggis production.
weeeeweetttt! ;)

out.having fun.


*sebab tu la saya suka keje di manggis*  ;p

Wednesday, October 15, 2008

hari bintang jatuh 25 oktober 2008

hye korang! :)
on 25th October 2008, jangan ketinggalan untuk sama-sama memeriahkan first event by wany ardy di no 153, malaysian institute of art's red bungalow, jln ampang.tak susah nak cari.belakang pelita nasi kandar yang dekat dgn klcc tu.so, apa yang best kat sana menanti anda? well. kat sana ada mcm2 acara.dari yang kecik2 hingga yang besar2.ada kedai jual2 barang.makanan.baju.stuffy yang cute.semua la! mesti korang sangat suka.. :)

jadi, saya amat mengalu2 kan kedatangan anda semua.tiket murah saja.rm10..anda akan menikmati kemeriahan yang tiada tolok bandingan nya!!! 
datang ok.saya tunggu anda di sana!!!!! :p

Friday, October 10, 2008

lucky.

lama dah tak menaip dlm blog ni.bukan malas.cuma not in the mood.hiii..lagipun musim raya.
owh..bercakap pasal raya, teringin juga nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA pada sapa2 yang membaca blog ini, semua kawan2, famili etc. maaf zahir batin.kalau2 ada salah silap..harap di maafkan.

sebenarnya saje je, nak berkongsi berita gembira.hihih.alhamdulillah...lately rezeki aku murah je.kejap itu, kejap ini.syukur.. :) dalam minggu ini je ada dua berita gembira utk aku.
1st : on 25th, insyaallah kalau betul itu rezeki aku...aku akan dapat hp baru.hihi.sebenar nya tak payah nak xcited tp aku xcited gak sebab hp ni menang masa masuk pertandingan.lagipun hp aku memang tgh rosak ni.baru cadang2 nak beli baru or repair, tp maybe Tuhan tu tak nak tgk aku membazir so Dia bg aku rezeki yang ini.huhu.alhamdulillah.
(kerr, jgn takbur dan bongkak..insyaallah.)

2nd : last 2 days...dapat panggilan untuk interview for a job.more on event managment.gaji pun besar.ada training etc.alhamdulillah..tp aku decide tak pegi ambik job tu.bukan apa.aku tak nak tamak.kerja di manggis ni pun aku dah sgt happy.. :) kawan2 pun best.opis ceria.keje tenang.nak apa lagi...cukup la dulu.esok2 mesti ada rezeki lagi.betul tak?
crdt to kawan2 :
*rizi (jiran sebelah meja) - suka nama lu wa letak dlm blog? hihih~
*zul (jiran sebelah kiri meja)
*jon (jiran selang semeja)
*mafia (jiran yang jauh di hadapan)

so aku tak mau minta lebih drpada Tuhan.Dia dh bg kebahagiaan lebih kat aku.biar la aku cukup byr terima kasih ni kat Dia dulu, then baru pikir yang lain2... :)

apa lagi...tadi macam byk je aku nak tulis dlm blog ni.owh ye! sejak balik raya hari tu, kepala aku ni ligat je berpusing.byk sgt plan nak buat.meh aku list kan kat bawah ni.tp tak sure mana dapat capai dulu.hihi.tak pe.berangan je dulu pun ok gak.pelan2...

1).sambung buat master. - teringin nk smbung master.maybe kat indonesia.still on film studies.or interior dgsn?
2).buat lesen kereta. - yang ni pasti buat.wajib buat.tapi bila?
3).beli mac. - senang buat keje.free lance?
4).ptptn????? ;p

so mana yang agak2 berbaloi untuk masa sekarang ni? 
tunggu dan lihat.
insyaallah ada rezeki....amin! :)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR BATIN.