Tuesday, June 30, 2009

otaksayabukanmesin


what a boring tuesday? :(
u noe wut..baru je tadi kena marah dengan incik boss sbb salah buat quotation.adoi...is it my fault? kalau mende2 tu dapat last minute, then tersalah buat? ok fine.itu salah saya.benci la! rasa macam nak berhenti je.arggghh! tension betul.kenapa kerja ni ttba jadi susah.kenapa boss tak nak hire orang baru/admin baru supaya mereka boleh buat kerja2 ni semua...saya benci kerja ni.saya benci kena marah.saya benci buat salah.stupid nye la saya nih! :(
sekarang ni, setiap hari tak de benda best pun yang berlaku di office.semua tegang.semua tak best.semua nak blah.shit*

ya Allah...kalau betul ini kerjaya untuk masa depan ku, Kau dekatkan lah ia dan Kau jadikan lah aku penyabar.
jika ini bukan pilihan-Mu, maka jauhkan lah dari ku ya Allah... 

sabar banyak2... :(

Monday, June 29, 2009

suc.cess

tadi saya ada meeting di saujana, subang.
meeting dengan clients yang anak gadisnya akan bernikah pada 9 julai nih.
blah..blah..blah..tamat.

tak de apa nak di ceritakan.
cuma...
rumahdiabesardancantik. 
:)
saya-ter-paku

didalam perjalanan balik didalam kereta myvi hitam haidar, saya bertanya kepada nya sambil muka menoleh ke luar tingkap menikmati keindahan-jammed..
"macam mana nak jadi sukses?"
sebenarnya selalu je saya fikirkan hal ini.nak tidur saya fikir.nak mandi saya fikir.nak makan pun saya fikir.kecuali ketika sedang bershopping.hihi.
selalu je tengok orang2 kat luar sana macam senang + sukses. (dari luaran arh tak tau plak kat dalam tu sukses ke idak...)
macam mana erk diaorang boleh berjaya.
dah la berjaya.
happy plak tuh.
kaya.hidup senang lenang.
haihs~
persoalannya :
1) memang diaorang berusaha ke arah itu or
2) lahir2 kat dunia memang dah kaya?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

saya...

saya happy.
saya ada kerja.
saya ada famili.
ada kawan2.
ada pikor.
cukup makan pakai.

tapi kenapa saya tak bersyukur? 
duit tu boleh cari..
haih! :p

my dear FAZA


today is my sister birthday.
her name is FAZA RIZKA ABDULLAH
29th june 2009
yang ke-17.
sweet seventeen.
muda lagi...hihik!

so i wish her a good health.a good wealth.
selamat menjalani spm.hahahaha~
semoga menjadi anak yang baik.
i love u! :D

mo-ney



semalam first time pergi klcc tak shopping apa-apa...even sepit rambut.
i'm broke.
-.-"
serius..tak suka bila tak de duit.

Thursday, June 25, 2009

shut up & let me go

lalalalalalalalalalala..
...
..
.
benci betul dengan workload yang menimbun nih.sampai nak tido pun masih terfikir2.agaknya macam ni kot orang2 kat jepun tuh.otak mesin! hihik~semalam petang saya ada meeting di Delucca Italian Restaurant (dekat2 dengan No Black Tie).meeting dengan Puan Seri Sylvia tentang suprise birthday party for her 80 yo husband Tan Seri Othman.okay nak dijadikan cerita mereka2 yang attend the meeting adalah owner restoran tu. nama dia Firas (italian guy), Edwin Sumun (familiar gak dia in our industry), event manager Yoeleene (wanita yang bekerja dengan Dato' Jimmy Choo), dengan seorang lagi wanita (penari ballet untuk event birthday ni)..tak lupa Puan Seri Sylvia (warga Philipine).

so meeting..meeting..meeting..
meeting in english puh-lease! ;) 
yang best nya adalah saya minta izin untuk menerangkan tentang Glide-Cam dalam bahasa melayu.ahahahhahaha~ ntah...tiba2 blur.macam mana nak terangkan fungsi glide cam in english? -,-'
so bantai je cakap melayu! hahahaha~ so of course la Puan Seri tak paham.that italian guy pun tak paham.agagagaga.tak boleh salah kan mereka sbb mereka bukan orang malaysia tapi once duduk di malaysia bukan-kah patutnya anda belajar cakap bahasa melayu dan suami anda juga seorang melayu? luckily the event manager faham dan menerangkan kembali kepada Puan Seri.
okay..selesai! 
phewwww~ (:p

ok itu yang best..yang tak best adalah:

party itu untuk seorang old man yang berusia 80 tahun.
parti kejutan.
banyak kejutan yang dirancangkan.
ada wine & campange.
ada tarian etc.
dan ada tabung kebajikan untuk kanak-kanak.
tak pe la..untuk berhibur... :)

tapi bukan-kah lagi sesuai kalau pada umur 80 tahun...tolak parti tapi diganti dengan kenduri doa selamat moga panjang umur dan hidup diberkati tuhan.
(hoi!! itu style orang kaya, kau orang kampung mana tau apa2...ok sorry) 

yang pasti saya salah seorang yang bersubahat dalam parti nih sbb "menjual" manggis pada malam itu nanti... :(
so tunggu je la balasan di akhirat kelak...subbahan-allah.

***saya tak sabar nak tengok footage SUPRISE PARTY tu nanti*** 

Monday, June 22, 2009

gadget-mu, gadget-ku jua..;p


okeh! saya baru dapat tahu yang 'darlin' saya request nak-kan gadget ini sempena birthday dia yang lepas...agak2 berguna ke untuk tempoh masa yang lama? haihs!





aduh! pingin bangat... :(


saya nak 'benda-alah' nih!! :)
saya dah usha semalam.
harap2 next month dapat sambar satu! weeee~ 

indah ke tak indah.

a bit stress minggu nih.my boss bersalin anak ke-2 dan saya perlu buat follow-up clients.aduh penat! :(
tapi minggu ni saya haffun juga sbb tomorrow saya akan menonton wayang filem terbaru Transformers : revenge wut-ever.tengok ramai2.midnite show at 11.55pm.then, sekarang ni sahabat saya, faes ajak menonton wayang lagi pada hari rabu nih.wah berganda-kah kegembiraan? hahaha ;p

hari bapa 21/06/2009 semalam.kad ucapan dan hadiah poster frame yang saya nak hantar ke johor delay lagi sebab poster tak siap.budak2 fotografik busy.its okay.next time kot.nanti2 kalau balik johor saya angkut sekali.so pagi semalam dalam kul 11 am lebih mcm tuh, saya menelefon ayah di batu pahat.selain bertanya khabar, saya wish la selamat hari bapa kat dia.hihi.jiwang-tapi-saya-suka! sweet hokeh! :p semoga ayah sihat.happy dan saya doakan yang terbaik untuk ayah.amin.

sehari sebelum tuh 20/06/2009.
saya berada di capsquare, kl for ROCKAWAY '09 event.dihoskan oleh One Buck Short.dan WRNV sebagai merchandiser dipertanggungjawabkan untuk menjual tshirt2 di sana.ramai-lemau betul anak2 muda kita.dah macam pesta kat indonesia pulak.hahaha.pening kepala.saya pulak macam tak de mood nak ke konsert.sudah nya duduk di booth sahaja.tapi saya tetap enjoy.buktinya kami berjaya mendapat pulangan seperti yang kami harapkan.alhamdulillah! :)


Saturday, June 20, 2009

happy birthday dear darlin'! :)







hihi.lambat sehari.
saya busy betul lately.nak celebrate lebih2 pun tak sempat.
apa tah lagi nak menulis ttg dis birthday boy in my blog. :)
hari ni baru sempat.
hihihi~

dear afiq ikhwan,

selamat ulang tahun yang ke 27 (gulp! dua-puluh-tujuh tahun??? OMG! dat oldddd??).semoga kehidupan awak sentiasa diberkati.semoga awak happy menjalani hidup yang serba indah di dunia ni juga di akhirat nanti.yang sebenarnya, orang tak tau nak bagi hadiah apa kat awak sebab macam banyak je yang awak request (mati aku!!) . so baik awak fikir dan buat pilihan yang terbaik sebelum duit2 orang ni melayang untuk kegunaan peribadi seperti bershopping-tak-hengat-dunia di sungei wang , pavillion , klcc etc.
ok itu je.selamat hari jadi! i love u.muahs2! ;p

Wednesday, June 17, 2009

drag me to hell.hell no!!!!




16062009
galaxy, ampang
10:15pm

another movie marathon...movie marathon ke? tak la maraton sgt...cuma hari yang berlainan je.
kelmarin tengok filem kelakar, semalam tengok filem seram + komedi sket.
peh!!! hari2 tengok wayang..huhu~

filem yang diarahkan oleh sam raimi dan dilakonkan oleh dileep rao, alison lohman dan justin long etc. merupakan filem bergenre horror + komedi kerana ada scene2 surreal yang melampau2.ntah apa2.hahahah.macam mana erk nak terangkan.movie ni tak de la berhantu sangat.tapi sebab audio dia yang over tu buat audiens terkejut2.over sangat hokeh!!!! :p

*pesanan ke rizie : kalau tak ikut, baik lu diam je! :) terima kasih*

lepas tu scene2 yang dia bagi tu..hahahah.seram plus komedi juga.contoh nya scene lalat masuk ikut lubang hidung bleah kanan, keluar ikut lubang belah kiri.hahahah.lalat tu sangat pandai ! tapi apa yang boleh dibanggakan dengan filem ini adalah elemen suspen yang diterapkan ke dalam filem ini.kiranya berjaya la jugak! berdegup2 jantung dibuatnya.saya je la.orang lain saya tak tau! okeh meh kita sinopsis kan filem ni.movie ini mengisahkan tentang seorang wanita yang bekerja di sebuah bank di department pinjaman perumahan yang bernama Christine Brown adalah seorang wanita yang sederhana dan mempunyai seorang teman lelaki yang menyayangi-nya.namun pada suatu hari ketika sedang bekerja dia telah didatangi oleh seorang wanita tua yang memiliki kuku yang berkarat dan memakai gigi palsu yang memohon bantuan bank agar tidak mengambil rumah tempat tinggalnya.christine yang sedang berusaha untuk menjawat jawatan pengurus di syarikat nya  telah menolak secara baik permohonan wanita tersebut tetapi telah disalahertikan.maka dari situ lah bermula cerita hantu2 lamia! hihihihiihihihihihiihi~ (nada gelak hantu)

ok dah! :)
*seperti biasa saya takkan citer sampai habes.korang pi la tgk kat movie ke beli dvd kat kedai juwara ke...mana2 la! *

jadi semalam kisahnya lepak kat rumah jon sambil menonton filem Man In Black lagi best kot...huhu~


Tuesday, June 16, 2009

kalau lah boleh kembali ke usia 17... ;)





15 06 2009 
KLCC
09:20 pm

saya tau ini adalah mustahil dan boleh menimbulkan perasaan nak muntah.tapi basically, i loike this movie.hahahaha~ saya paling tak suka zac efron tapi saya masih menonton HighSchool Musical (HSM).tapi tu lah, yang kita tak suka la yang akan kita tengok.wakakakaka~
sebenarnya insiden menonton filem ini adalah tidak disengajakan.betul! ;p saya bersama pikor dan jon cuma ke klcc untuk membeli kasut kegemaran (sebenarnya kalau nak di ikutkan memang saya banyak kasut kegemaran..) di STUDIO R di KLCC.kemudian jon pula nak bershopping di lot NIKE.beli baju yang ada line kuning hijau hijau kat dada.pada awal nya memang tak terlintas pun untuk pergi menonton wayang.tiba2 salah seorang daripada kami yang pastinya bukan saya...telah mengeluarkan idea "eh! JOM TENGOK CITE 17 AGAIN..BIJOK DOWH! ADA LITE SABER NATANG".hihik.
lalu dan seterusnya bermula-lah mengembaraan menonton wayang.

meh kita buat review sket sebab alang2 dah tengok kan...movie ni movie ringan.memang sangat2 sesuai bagi para remaja untuk menonton.terutama remaja perempuan yang menggilai si jambu Zac Efron.adoihai! memang jambu gila lah.korang bayangkan la, di hadapan seat saya ada dua orang chinese girl yang umurnya kemungkinan 18 or 19 or 20 tahun.apabila watak si jambu MARK tu keluar je, mereka pun buat gaya ala2 macam-tak-boleh-blah sebab Zac Efron tu cute sangat kot.hahaha.dan saya pula berumur 25 tahun.dan kawan saya yang berdua tu pulak berumur 27 tahun dan mereka adalah lelaki? hahahahahhahahaha~ OMG! :p

ok.movie ini adalah mengenai kisah seorang lelaki iaitu Mike yang berumur awal 40-an kot yang dimasa remaja nya adalah seorang bintang bola keranjang di Hayden High School.Mike kini telah bekerja tetapi menyesali tindakan yang dia ambil ketika di usia 17 untuk berkahwin dengan kekasihnya iaitu Scarlett kerana telah ter-mengandung.oleh yang demikian, Mike kerap menyalahkan isterinya Scarlett sehingga menyebabkan mereka bercerai walaupun Mike masih menyayangi Scarlett.jadi basically movie ni berkenaan tindakan yang dibuat oleh Mike untuk memenangi kembali hati isterinya.
kisah Mike kembali ke usia 17 di zaman kegemilangannya adalah apabila beliau bertemu secara tidak sengaja dengan seorang 'penjaga bangunan' di sekolah anak-anak nya yang juga sekolah beliau ketika remaja dahulu.maybe 'penjaga bangunan' tu angel or apa2 yang magik2 ni la.so bila suatu petang setelah menghantar kedua anaknya pulang ke rumah isteri beliau, di dalam hujan Mike berjumpa dengan 'penjaga bangunan' yang ketika itu mahu terjun ke dalam sungai di atas jambatan.di pendekkan cerita, Mike telah terjatuh ke dalam pusaran air menyebabkan beliau kembali ke jasad 17 tahun.okah! itu je...korang kena pi tengok.sebab saya rasa saya ni dah macam dvd cetak rompak bergerak! hahaha.lagipun baik korang tak payah tengok movie tu kalau saya dah cerita semua kan? ngengnegne~ :)

so kesimpulannya, filem komedi yang ringan ditambah dengan kejambuan Zac Efron kegilaan gadis2 ni bakal membuatkan korang ketawa la jugak.bukan la filem ni bodoh sangat.filem cute2 je! mesti korang suka kalau korang tengah stress.dan yang paling penting...KORANG BOLEH BELAJAR CAKAP BAHASA ELF! weeee~ :p

Thursday, June 11, 2009

tembak kepala


saya sebenarnya tak tau nak tulis apa...tapi terasa macam nak menulis.walaupun takde topik.hihik.
minggu ni jadual banyak yang kosong.makna nya saya mempunyai weekend yang free.bagus juga.saya memang kalau boleh nak ada weekend yang free.boleh jalan2.lepak2 dengan my girlfriends.terasa macam lama sangat tak bertemu bergossip dengan diaorang.rindu la jugak.
so jumaat malam ni saya telah pun dibooked oleh wani.ada mesyuarat post mortem untuk hari bintang jatuh 2009 dan perbincangan mengenai HBJ:7 venus plus meraikan birthday kawan di putrajaya.jauh betul nak sambut bday! hahahah :p

neways, minggu lepas adalah minggu yang memenatkan.shooting and another stuff.memang penat giler sampai sakit2 kat belakang ni.macam ada shutter kat tengkuk! hahahah~ kerja yang banyak pun  salah satu drpd nya.


***shit happen
7 : 11 pm
11/06/2009

- apa perasaan korang bila semua orang dlm pejabat nak berhenti kerja pada masa yang sama?
- apa tindakan korang bila dapat tahu workload makin bertambah lepas ni?

rasa macam nak bunuh diri tau tak?
kenapa ye? 
memang sepatutnya setiap orang perlu ada sikap SELFISH ke? 

-beb! jangan berenti tinggalkan wa sorang kat sini...pls! :(

Thursday, June 4, 2009

afiq's new toy!





ok.gambar berdua ada satu je.
yang lain gambar bersama 'pet' kesayangan.
kasih sayang dah dibahagi kepada dua.
ke mana2, 'pet' tu la dia usung.
its ok.
as long as he happy :)

Tuesday, June 2, 2009

hari bintang jatuh : 3 venus / 31052009







the event went very well.
alhamdulillah.. :)

i'm so happy, walaupun sumbangan saya kecil tapi saya tahu wani gembira.
setiap kali guest datang dan saya menghulurkan pen kemudian mereka menggantung-kan confession mereka ke confession tree, hati saya berbunga2.
hihi~ :)
apa2 pun, yang paling happy mesti la boyfriend saya sebab lepas ni dia tak pening lagi sebab  setiap kali pulang dari kerja saya akan terus nak balik rumah sebab "awak, orang nak siapkan pokok!!!"...hihik~

so i would like to thanx to wani ardy (organizer), jasmin, surie, naja, ikim & along (tolong siapkan confession tree di location) and to all the crews kerana berjaya mengorganize events se-comel ini! yehaaa~
HBJ09:3v roXx!!!! :p

***piccas crdt to : zunaira.suria mansor.omar bahrin.fadza.