Wednesday, June 17, 2009

drag me to hell.hell no!!!!




16062009
galaxy, ampang
10:15pm

another movie marathon...movie marathon ke? tak la maraton sgt...cuma hari yang berlainan je.
kelmarin tengok filem kelakar, semalam tengok filem seram + komedi sket.
peh!!! hari2 tengok wayang..huhu~

filem yang diarahkan oleh sam raimi dan dilakonkan oleh dileep rao, alison lohman dan justin long etc. merupakan filem bergenre horror + komedi kerana ada scene2 surreal yang melampau2.ntah apa2.hahahah.macam mana erk nak terangkan.movie ni tak de la berhantu sangat.tapi sebab audio dia yang over tu buat audiens terkejut2.over sangat hokeh!!!! :p

*pesanan ke rizie : kalau tak ikut, baik lu diam je! :) terima kasih*

lepas tu scene2 yang dia bagi tu..hahahah.seram plus komedi juga.contoh nya scene lalat masuk ikut lubang hidung bleah kanan, keluar ikut lubang belah kiri.hahahah.lalat tu sangat pandai ! tapi apa yang boleh dibanggakan dengan filem ini adalah elemen suspen yang diterapkan ke dalam filem ini.kiranya berjaya la jugak! berdegup2 jantung dibuatnya.saya je la.orang lain saya tak tau! okeh meh kita sinopsis kan filem ni.movie ini mengisahkan tentang seorang wanita yang bekerja di sebuah bank di department pinjaman perumahan yang bernama Christine Brown adalah seorang wanita yang sederhana dan mempunyai seorang teman lelaki yang menyayangi-nya.namun pada suatu hari ketika sedang bekerja dia telah didatangi oleh seorang wanita tua yang memiliki kuku yang berkarat dan memakai gigi palsu yang memohon bantuan bank agar tidak mengambil rumah tempat tinggalnya.christine yang sedang berusaha untuk menjawat jawatan pengurus di syarikat nya  telah menolak secara baik permohonan wanita tersebut tetapi telah disalahertikan.maka dari situ lah bermula cerita hantu2 lamia! hihihihiihihihihihiihi~ (nada gelak hantu)

ok dah! :)
*seperti biasa saya takkan citer sampai habes.korang pi la tgk kat movie ke beli dvd kat kedai juwara ke...mana2 la! *

jadi semalam kisahnya lepak kat rumah jon sambil menonton filem Man In Black lagi best kot...huhu~


No comments: