Tuesday, April 24, 2012

describe me in one word


me : describe me in one word.


him : awesome :) . desribe me in one word.


me : mine :)


him : :) love u.


x,
kerr.

Monday, April 23, 2012

conversation



IKEA 

Apitt : best nya..finally kita dh boleh rancang perabot dlm rumah kita.

Kerr : i want this..ohh i want this! Ouuuhh..this one is niceeee! :p


look! what i found! :p please la jangan kasar2 sangat dgn girls boleh tak wahai arjuna? hehe



till then.

x,
kerr


Thursday, April 19, 2012

#only in malaysia


wa baru dapat tengok video ni.so last year kan? hehe kemain lagi pejuang2 negara (merujuk kepada yang duduk di dalam khemah) berjuang habis habisan.nak nak yang gemuk suara lantang tu.. :) dia nak org respect dia tp dia? tengok cara dia.betul ke tu? 
wa pun peminjam PTPTN.diploma ke degree.semua sekali RM36,000.00+.wa dulu masa mula2 dpt duit bukan main seronok.joli la juga.wa buat rambut.shopping sana sini.makan itu ini.zaman tu duit sentiasa tak cukup.sikit-sikit call emak minta masuk duit.wa tak tipu.kalau fikir2 balik wa malu sangat.serious malu.

mula2 nak start bayar wa marah juga dalam hati, "gila mahal servis charge kau!" tapi wa lupa, wa berjoli guna duit utk belajar.nasib aje Tuhan tu selalu tolong wa.dapat juga degree.now bila dah dewasa, bila tengok video ni, "kau minta ptptn dimansuhkan? sebab education is free?" wa rasa korang pun tau apa kesan nya kalau semua free.semua nak free? kau belajar tu pandai tak?
apa maksud kau nak semua free? 

- tak payah bayar yuran?
- bagi buku secara percuma?
- duit makan duit belajar kerajaan tanggung?
- duit top up, duit bil telefon,duit joli kerajaan tanggung?

itu ke maksud kau?
(wa tak berapa jelas apa yang nak diaorang ni sampaikan sebenarnya..)

conclusion wa kat sini adalah :

- kalau semua free, AKU PASTI SANGAT KAU AKAN BELAJAR MAIN-MAIN.belajar berbayar pun kau ada masa nak pergi berhimpun buang masa ini kan pulak kalau free, kan?

- kalau semua free, AKU PASTI SANGAT KAU TAK MENGHARGAI PUN APA YANG KAU DAPAT. sebab bukan kena bayar pun! kan?

- kalau semua free, AKU PASTI SANGAT KAU TETAP KAN BERHIMPUN CREATE ISU LAIN PULAK! sebab, "ok semua benda dah free.boring lah! jom buat jadah!" kan?

MANA ADA BENDA FREE WOI DALAM DUNIA NI!!
NAFAS UDARA YANG KAU DAPAT TU PUN KAU KENA BAYAR DENGAN BERSYUKUR TAU TAK?
FIKIR LAH!

kalau rasa tak nak bayar, jangan pinjam.
kau duduk nak sedap.
makan nak sedap.
kerja nak sedap.
bayar hutang? tak nak?

banyak benda lain yang penting, yang kau gelarkan diri kan tu mahasiswa tu patut fikir.
kau nak tegak kan apa wey?
happy ea muka masuk paper, masuk tv? 
owh gila glamor? hehe

haihs..wa memang cepat nak marah je kalau benda2 bongok mcm ni dijadikan isu.
dan apa yang penting beringat la..wa tak makan tak pe weyh janji hutang bayar.

sebab dah jadi darah daging.

p.s : wa dh start bayar ptptn.terkenangkan adik2 wa pun nak belajar juga.dan yang penting wa tak kena sekat bila nak jalan2 holiday pergi korea! eh? hehe

x,
kerr.





Tuesday, April 17, 2012

ideas for small apartment

haihss..memang tak tido la malam ni dok mengusha home decor for small apartment ni.hehe wa sukaaaaaa!! :p
saje2 je tengok link yang apitt bg petang tadi.and now, wa mcm addicted tak boleh berhenti masuk website ni www.apartmenttherapy.com

tengok wei..mesti korang jadi gila mcm wa juga.hehe






Monday, April 16, 2012

excited

dinner..

apitt : orang dah buka website ikea.tengok concept rumah.ada yang mcm rumah kita nanti.masuk pintu, depan ni ada sliding door..bla bla bla concept rumah kecil, crowded bla bla bla..

kerr : sayang..u're too cute! :)


life is sweet.alhamdulillah :')
can't wait to move in together.insyaallah.

x,
kerr

Saturday, April 14, 2012

grateful x thankful

Grateful means that you appreciate what someone has done for you and you want to express your thanks. Thankful means that you are relieved/pleased that what you hoped for has actually happened.



tak kisah la mana-mana pun.but what i've learned today is the word of ber-syukur.
kadang2 orang2 kita ni asal ber-syukur je mesti kena sebut 'alhamdulillah'..are u really mean it? for real? you know what, kalau kita sekadar ucap 'alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah' tanpa betul2 mendalaminya pun tak guna.kan? 

Allah kurniakan wa kawan-kawan, kenalan yang pelbagai latar-belakang.yang wa sendiri pun tak jangka.betapa Tuhan tu nak wa sedar yang wa ni hidup lengkap.cukup makan pakai, cukup akal-kaki tangan-sihat tubuh badan semua and please stop complain-ed itu ini..hihi sejak wa jadi producer untuk satu program yang wa sedang buat ni, wa berjumpa dengan pelbagai orang, pelbagai masalah, pelbagai pengalaman.and it makes me realized more yang Allah tu Maha Berkuasa.Dia cipta seluruh alam.Dia boleh bagi, Dia boleh tarik balik bila2 masa.
Macam hari ni, wa kena interview kawan lama wa untuk Fathers Day Special.This is real people, with real experience.Kawan wa husband and wife yang merasakan pengalaman menjadi ibu-ayah selama 38 jam sahaja! gila kan? wa tak tau la kalau kena kat wa macam mana wa nak handle situasi mcm ni.SubbhanAllah :')

Orang yang Allah bagi rezeki - kembar sampai tiga.
Orang yang Allah belum punya rezeki - dapat anak tapi jangka hayatnya cuma 38 jam.
Orang yang Allah tetapkan rezeki kau bukan cahayamata - lahir tanpa uterus.

SubhanAllah..
Allah tunjuk pada wa depan mata untuk ketiga-tiga rencana-Nya ini.
supaya wa bersyukur.
supaya wa sedar.
bahawasanya...seteruk2 masalah kerja kau tu, orang lain lain banyak masalah.lagi besar dugaan nya.. :(

bertapa wa rasa kecilnya diri ini.
wa asyik komplen itu ini.
kadang2 wa lupa bersyukur.
sekurang-kurangnya setakat ini wa bahagia.insyaallah.
kadang2 wa lupa bersyukur.
sekurang-kurangnya wa dapat makan yang sedap-sedap.
kadang2 wa lupa bersyukur.
setiap yang terjadi itu ada sebab kenapa Allah jadikan nya...

benda ni wa kena tanam dalam diri.
wa kena sentiasa bersyukur.
*kalau wa lupa, sila tampo wa*


pic : weheartit

it's not that life has been easy, perfect, or exactly as expected.i just choose to be happy & grateful no matter how it all turns out. insyaAllah.

x,
kerr.

Thursday, April 12, 2012

“a house is made of walls and beams, a home is built with love and dreams.”

semalam kan hari pertabalan Agong kan? nice cuti-cuti! congrats Malaysia dapat Agong baru.yay yay! so sbb cuti, wa berjalan dengan apitt pergi cari rumah untuk kami berdua duduk lepas kawin nanti.cari awal2 senang sikit tak payah pening2.hihi.wa tau dalam blog wa ni banyak sangat entri pasal rumah.rumah sewa la, housemate macam taik la, rumah sewa bukan idaman la yada-yada-yada.. :p bila cakap je pasal rumah, wa memang akan cari yang betul2 yang macam wa nak.itu baru je sewa bilik wa dah macam2..ini kan pulak kalau nak duduk berkeluarga harus la wa mcm concern itu ini.serious, wa jenis tak kisah la besar ke kecil ke (eleh ye ke lu tak kisah besar ke kecik? bagi reban nak? hehe) as long as wa tenang, family senang datang, korang nak datang, jiran tetangga yang harmoni super baik dan yang paling-paling penting keselamatan.

so ada lah beberapa buah rumah yang kitaorang dapat contact number di samping review dari kawan-kawan yang menetap kat kawasan tu.

1). Desa View Tower - di Melawati (yay dekat dgn office..BORINGGGG! ;p).ada beberapa kawan yang tinggal kat situ.serious wa tak pernah naik kawasan tu.tengok dari hi-way saje.condo lama.wa bukan kisah pun lama ke baru ke, as long as menepati apa yang wa nak diatas tu la.ok tak perlu nak ulang 15 kali pls.hihi.melalui cerita2 diaorang ni cakap tempat tu ok.ada kawan yang tunjuk gambar dalam rumah dia, memang cantik la kan! Tengs Nad!! pandai betul Nad menghias rumah. :)) jadi wa mcm tertarik juga la nak duduk situ.kitaorang dapat number ajen from pak guard desa view.niceeeeee! :)

ihsan : google

masa on the way naik atas tu, memang best sangat2.perasaan dia sama macam masa wa menyewa kat Sri Kenangan dulu.sejuk je.ada beberapa blok.yang rendah ada, yang tinggi pun ada.so menurut ejen wa tu, rumah yang kitaorang nak tengok tu kat blok yang tinggi.tingkat 9.we're like..ok! we'll seeeeeee 

masa tunggu lif, wa tengok lif dia agak dem la.ada 3 lif, tp lif tgh dah rosak.tinggal kiri dgn kanan je.bila masuk lif, lif tu kecik je..wa rasa masuk 4 orang dah sempit.lampu lif plus wayar2 berselirat.ok itu bukan menjadi penghalang untuk wa a.k.a kami (ececeh!) menjadi penyewa di Desa View Tower.

TINGGGGGG! 9th floor.pintu lif buka lambat gila.still ok lagi la.
so the ejen bawa kitaorang pergi tengok la rumah tu.dari luar wa dapat tengok tingkap dapur ada yang pecah2 dan ada penyauk gorengan (u know what is penyauk gorengan? ala yang mcm menapis minyak kalau kita beli goreng pisang kat gerai2 tepi jalan tu...tau?)
buka pintu, masuk je rumah wa dah rasa tak best.rumah tu mcm rumah tinggal.bersepah.toilet pecah.dengan baju2 siapa ntah bersidai-sidai.ejen cakap dulu rumah ni orang bujang yang duduk.indian.

rumah tu ada 4 bilik.besar2 juga la bilik nya.tp condition nya sangat la teruk..wa mcm sedih.dan yang paling menakutkan sekali adalah...

TARAAAAAAAA!!! 


peralatan sembahyang org cina.ok wa tak racist ok! wa cakap benday ang betul.ada dua tokong besar dalam rumah mengadap balkoni rumah yang terbuka luas.so wa dh syak something! 

ANGKER!!

yupppp! wa syak rumah tu berhantu.sangat mcm logik gila ok..sbb that house belakang tu bukit2 dan mengadap hutan.then keadaanya/auranya..ntah macam something wrong la with this house.and i'm not happy with this house.like seriously..we are not happy :( lagi pulak bila ejen tu bgtau, semua pembaik-pulih kena bayar guna duit sendiri and tuan rumah cuma duduk senang lenang tunggu duit masuk every month.wtf? kan? -.-" tp depan ejen tu kitaorang berkelakuan baik la.takde la cakap mende bukan2.tp mesti dia tau yang kitaorang tak berminat.ye la..dah la nanti kena kacau hantu, kena bayar ganti semua barang guna duit sendiri pulak tu.haihssss!

so NEXT PLEASE! 

ada la beberapa tempat yang kitaorang main terjah je tanya "ada kosong tak?" "ada nak sewakan rumah tak?" basically cara mcm tu kurang berkesan tp mungkin juga our rezeki, then ada la satu tempat ni iaitu 

2). Waizuri II - betul2 traffic light Carefour Wangsa Maju tu straight je masuk dalam.Tuan rumah Chinese.orang muda.suami isteri muda lagi.mcm umur 28-30 mcm tu la.dapat number from guard yang jaga apartment tu.call2 terus cakap nak tgk hari tu juga.

this husband and wife sangat baik.btw, itu rumah family dia.dari kecik duduk situ.now diaorang dah pindah and cari penyewa lah.


standard apartment zaman sekarang.semua nak ada swimming pool! :p


a bit bersepah sikit sbb dia tengah kemas2.

tengok je luar rumah tu, wa dah pandang apitt and apitt dah pandang wa senyum2 :) totally in love with the environment :')
sangat aura hidup berkeluarga...teehee~ naik tangga pun kitaorang senyum-senyum sikit la sambil ambil nafas panjang2 sbb rumah nya tingkat 4.haha sebenarnya takde la tinggi mana pun sbb wa pernah duduk kat rumah yang lebih tinggi dari ni.
bila masuk dalam rumah je, wa dah start suka rumah ni.dont know why.. :') feel like home.basically rumah ni almost fully-furnished.semua dah ada tinggal nak beli dapur baru or tukar peti sejuk etc la.yang lain..katil, build in almari.bilik ada 4.design rumah lama.bilik semua besar-besar.owh i'm in love! :))

you know what, wa rasa apa yang ada dalam kepala wa time tu sama dgn apa yang ada dalam kepala apitt.dah terfikir nak decorate rumah, bilik anak, masak2 kat dapur etc..awww..sweetness! :))

apitt : awak suka?

me : suka.in love! :)

now, kitaorang dah letak 95% mcm nak duduk rumah ni.insyaallah, kalau Allah izinkan wa and apitt akan contact the owner untuk sewa rumah ni and start hidup baru di rumah ini.

owh can't wait.
we already told our moms pasal rumah ni, diaorang pun mcm ok saja even kitaorang bgtau rumah tu tingkat 4 kena naik tangga etc.hihi
(ye la, wa risau juga orang2 tua nak dtg kena naik tangga pulak.. =.=")

tak pe, kita tengok la mcm mana nanti.mana la tau kalau wa jumpa rumah idaman yang ke-dua pulak kan?


*berangan* 
:)

wife to be,
kerr.


Wednesday, April 4, 2012

2 months before my wedding

salam.. :)

cukup2 tinggal dua bulan before my wedding day.macam tak percaya pun ada.macam; "ye ke aku nak kawen dah ni?" or "serioussss?? what?? 2 bulan!!" *hahaha wa-tak-sempat-diet-la-babe* 
sumpah preparation wa hampeh gila.wa rasa tak cukup masa sebab dengan sibuk kerja semua, mana wa nak kejar semua benda.arghhh stress.tp sebenarnya wa takde la stress mana pun.wa ok je.mungkin sebab wa takde perkahwinan impian kot? err..? ok whatever.

semalam wa pergi buat HIV test.eh? tapi sebelum tu wa nak wish kat diri sendiri; 

"kerr,congrats! lu dah 4 tahun bekerja di company tersayang! yay!!"

*bilalunakberentidancarikerjalainpls*#eh? 

kejap aje dah 4 tahun.pejam celik.wa rasa baru kejap je wa apply keje kat sini.rupanya lama dah wa jadi kuli! hehe :p ok berbalik kepada HIV test tu, weeehooo wa takde HIV! :)) eh mcm la selama ni wa ada HIV? err? ok tak baik cakap macam tu kan? kecik hati orang2 yang terkena tu.sorry2..wa takde niat pun.. :( 

wa selalu terfikir-fikir, mcm mana test hiv tu dibuat? apa? guna mesin test ke? apa ke? rupanya cuma pergi kat kaunter lepas tu dia cucuk jari korang, dia sedut darah korang, dalam masa 15 minit mcm tu dah dapat tau ada hiv ke tidak.owh! semudah itu? hurm..canggih! lepas tu dia akan panggil masuk satu bilik.sebelum dia serahkan the borang, dia akan tanya la tentang Aids/Hiv tu semua.

Masa kena cucuk tu wa sumpah nervous weyh! wa memang takut jarum.wa siap bagitau kat kakak nurse tu; "nervoussss!" dengan harapan dia akan cakap; "sokay! sikit je.ala..mcm kena gigit semut je!" tapi itu cuma khalayan wa je.dia main cucuk je jari wa ni.ouch! sakittttt! :'( so wa mcm terperanjat la juga.sakit la gilaaaaa! T_________T

masa wa tunggu apit masuk dalam bilik tu, wa bayangkan macam mana perasaan wa kalau tiba-tiba apit keluar dgn wajah sedey bila kalau tiba2 dia tau yang dia dijangkiti HIV.mesti sedey gila kot? so wa siap pikir; agak2 wa kawen ke tidak dgn dia kalau dia ada hiv? ok itu adalah sangat pentingkan diri sendiri.wa dok pikir dia je ada HIV, wa tak pikir pun MACAM MANA KALAU WA YANG ADA HIV? hehe :p 

ok tak nak pikir.
haha

bila sampai turn wa kena mengadap abang borang tu, abg tu tanya pulak; "adik yang cantik *ok itu wa tambah! :p*, apa beza HIV positif dgn HIV negatif? " 
wa dah la sakit jari kena tikam dgn nurse, wa jawab je "abang sila jgn buat saya nervous dgn tanya macam2 soalan boleh?" abang borang tu dok gelak je! hehe tapi wa jawab la mana yang boleh.kang dia ingat wa bongok pulak! :p

alhamdulillah, kami berdua bebas dari cengkaman HIV positif dan kami tak sabar nak buat anak! #eh? hahaha :p 

lepas tu kitaorang terus pergi menghabiskan duit beli hantaran pulak! wa tak sangka wa ni cerewet-macam-demm bila part beli hantaran ni.semua tak kena.itu ini semua tak berkenan.dah gila ke apa wa ni? -____-" 

akhirnya wa jumpa la benda yang wa idamkan-la-sangat! hihi
alhamdulillah.

lagi 2 bulan je woiiiii! nervous sikit-sikit lah! hehe 



xo,
kerr.