Thursday, April 12, 2012

“a house is made of walls and beams, a home is built with love and dreams.”

semalam kan hari pertabalan Agong kan? nice cuti-cuti! congrats Malaysia dapat Agong baru.yay yay! so sbb cuti, wa berjalan dengan apitt pergi cari rumah untuk kami berdua duduk lepas kawin nanti.cari awal2 senang sikit tak payah pening2.hihi.wa tau dalam blog wa ni banyak sangat entri pasal rumah.rumah sewa la, housemate macam taik la, rumah sewa bukan idaman la yada-yada-yada.. :p bila cakap je pasal rumah, wa memang akan cari yang betul2 yang macam wa nak.itu baru je sewa bilik wa dah macam2..ini kan pulak kalau nak duduk berkeluarga harus la wa mcm concern itu ini.serious, wa jenis tak kisah la besar ke kecil ke (eleh ye ke lu tak kisah besar ke kecik? bagi reban nak? hehe) as long as wa tenang, family senang datang, korang nak datang, jiran tetangga yang harmoni super baik dan yang paling-paling penting keselamatan.

so ada lah beberapa buah rumah yang kitaorang dapat contact number di samping review dari kawan-kawan yang menetap kat kawasan tu.

1). Desa View Tower - di Melawati (yay dekat dgn office..BORINGGGG! ;p).ada beberapa kawan yang tinggal kat situ.serious wa tak pernah naik kawasan tu.tengok dari hi-way saje.condo lama.wa bukan kisah pun lama ke baru ke, as long as menepati apa yang wa nak diatas tu la.ok tak perlu nak ulang 15 kali pls.hihi.melalui cerita2 diaorang ni cakap tempat tu ok.ada kawan yang tunjuk gambar dalam rumah dia, memang cantik la kan! Tengs Nad!! pandai betul Nad menghias rumah. :)) jadi wa mcm tertarik juga la nak duduk situ.kitaorang dapat number ajen from pak guard desa view.niceeeeee! :)

ihsan : google

masa on the way naik atas tu, memang best sangat2.perasaan dia sama macam masa wa menyewa kat Sri Kenangan dulu.sejuk je.ada beberapa blok.yang rendah ada, yang tinggi pun ada.so menurut ejen wa tu, rumah yang kitaorang nak tengok tu kat blok yang tinggi.tingkat 9.we're like..ok! we'll seeeeeee 

masa tunggu lif, wa tengok lif dia agak dem la.ada 3 lif, tp lif tgh dah rosak.tinggal kiri dgn kanan je.bila masuk lif, lif tu kecik je..wa rasa masuk 4 orang dah sempit.lampu lif plus wayar2 berselirat.ok itu bukan menjadi penghalang untuk wa a.k.a kami (ececeh!) menjadi penyewa di Desa View Tower.

TINGGGGGG! 9th floor.pintu lif buka lambat gila.still ok lagi la.
so the ejen bawa kitaorang pergi tengok la rumah tu.dari luar wa dapat tengok tingkap dapur ada yang pecah2 dan ada penyauk gorengan (u know what is penyauk gorengan? ala yang mcm menapis minyak kalau kita beli goreng pisang kat gerai2 tepi jalan tu...tau?)
buka pintu, masuk je rumah wa dah rasa tak best.rumah tu mcm rumah tinggal.bersepah.toilet pecah.dengan baju2 siapa ntah bersidai-sidai.ejen cakap dulu rumah ni orang bujang yang duduk.indian.

rumah tu ada 4 bilik.besar2 juga la bilik nya.tp condition nya sangat la teruk..wa mcm sedih.dan yang paling menakutkan sekali adalah...

TARAAAAAAAA!!! 


peralatan sembahyang org cina.ok wa tak racist ok! wa cakap benday ang betul.ada dua tokong besar dalam rumah mengadap balkoni rumah yang terbuka luas.so wa dh syak something! 

ANGKER!!

yupppp! wa syak rumah tu berhantu.sangat mcm logik gila ok..sbb that house belakang tu bukit2 dan mengadap hutan.then keadaanya/auranya..ntah macam something wrong la with this house.and i'm not happy with this house.like seriously..we are not happy :( lagi pulak bila ejen tu bgtau, semua pembaik-pulih kena bayar guna duit sendiri and tuan rumah cuma duduk senang lenang tunggu duit masuk every month.wtf? kan? -.-" tp depan ejen tu kitaorang berkelakuan baik la.takde la cakap mende bukan2.tp mesti dia tau yang kitaorang tak berminat.ye la..dah la nanti kena kacau hantu, kena bayar ganti semua barang guna duit sendiri pulak tu.haihssss!

so NEXT PLEASE! 

ada la beberapa tempat yang kitaorang main terjah je tanya "ada kosong tak?" "ada nak sewakan rumah tak?" basically cara mcm tu kurang berkesan tp mungkin juga our rezeki, then ada la satu tempat ni iaitu 

2). Waizuri II - betul2 traffic light Carefour Wangsa Maju tu straight je masuk dalam.Tuan rumah Chinese.orang muda.suami isteri muda lagi.mcm umur 28-30 mcm tu la.dapat number from guard yang jaga apartment tu.call2 terus cakap nak tgk hari tu juga.

this husband and wife sangat baik.btw, itu rumah family dia.dari kecik duduk situ.now diaorang dah pindah and cari penyewa lah.


standard apartment zaman sekarang.semua nak ada swimming pool! :p


a bit bersepah sikit sbb dia tengah kemas2.

tengok je luar rumah tu, wa dah pandang apitt and apitt dah pandang wa senyum2 :) totally in love with the environment :')
sangat aura hidup berkeluarga...teehee~ naik tangga pun kitaorang senyum-senyum sikit la sambil ambil nafas panjang2 sbb rumah nya tingkat 4.haha sebenarnya takde la tinggi mana pun sbb wa pernah duduk kat rumah yang lebih tinggi dari ni.
bila masuk dalam rumah je, wa dah start suka rumah ni.dont know why.. :') feel like home.basically rumah ni almost fully-furnished.semua dah ada tinggal nak beli dapur baru or tukar peti sejuk etc la.yang lain..katil, build in almari.bilik ada 4.design rumah lama.bilik semua besar-besar.owh i'm in love! :))

you know what, wa rasa apa yang ada dalam kepala wa time tu sama dgn apa yang ada dalam kepala apitt.dah terfikir nak decorate rumah, bilik anak, masak2 kat dapur etc..awww..sweetness! :))

apitt : awak suka?

me : suka.in love! :)

now, kitaorang dah letak 95% mcm nak duduk rumah ni.insyaallah, kalau Allah izinkan wa and apitt akan contact the owner untuk sewa rumah ni and start hidup baru di rumah ini.

owh can't wait.
we already told our moms pasal rumah ni, diaorang pun mcm ok saja even kitaorang bgtau rumah tu tingkat 4 kena naik tangga etc.hihi
(ye la, wa risau juga orang2 tua nak dtg kena naik tangga pulak.. =.=")

tak pe, kita tengok la mcm mana nanti.mana la tau kalau wa jumpa rumah idaman yang ke-dua pulak kan?


*berangan* 
:)

wife to be,
kerr.


No comments: