Monday, May 31, 2010

berhati-hati




dunia semakin berbahang.
dunia semakin panas.
jenayah haram.
peperangan.
islam di tindas.
islam di keji.
islam di kaki-kakikan.

dunia hampir kiamat.
astagfirullah halazim.

.my best.



"I'm selfish, impatient and a little insecure. I make mistakes, I am out of control and at times hard to handle. But if you can't handle me at my worst, then you sure as hell don't deserve me at my best."

:)

dear bye,

bye's engagement day
from left : me, ina, bye,eila & fiza

my dear beautiful bff,
hi bye! how are you? masih terasa di-awang awangan lagi tak selepas 3 hari bergelar tunangan orang? haha.happy engaged! wa gembira untuk lu.dan wa pasti, semua kawan-kawan kita happy untuk lu dgn pojie jugee.. :) alhamdulillah, Tuhan permudahkan jalan untuk lu dan pojie.semoga terus dipermudahkan sehingga ke alam perkahwinan.sama seperti masa di majlis pertunangan wani dulu, perasaan wa tetap sama.tetap susah untuk melepaskan.lepaskan lu.lepas kan lu untuk melangkah ke alam baru , fasa baru dalam hidup lu.entah la bye...wa rasa hilang kawan-kawan.jangan marah dulu.tapi itu la wa.sampai la ke hari pertunangan lu, bila wa tengok lu dah siap make up baru la wa sedar yang kita semua dah besar dan sudah bersedia untuk berkomitmen.bila tengok lu senyum kat wa masa wa jenguk ke bilik lu, hati wa terus cair dan wa cakap dalam hati ; "bye, lu sgt comel dan cantik...dan wa akan doakan yang terbaik untuk lu.amin'. :)

bye,
masih ingat lagi tak zaman kita belajar dulu.lu wa dan nana.ke mana-mana pun mesti bertiga.korang berdua adalah kawan terbaik dalam hidup wa.yang lain pun terbaik juga.cuma ye la..zaman tu korang la paling rapat dengan wa.ada untuk wa.susah senang.sedih ketawa.banyak yang kita kongsi.seingat wa, kita tak pernah bergaduh.makan sama-sama.tido sama-sama.shopping sama-sama.naik bas, turun bas sama-sama.kat mana ada nana, kat situ ada wa dgn lu.kat mana ada lu, kat situ ada wa dgn nana. :') kita kongsi banyak benda.kita kongsi banyak pengalaman.dan wa tahu, lu dengan nana takkan pernah tinggalkan wa.
masih ingat lagi tak kes kat kandang dulu.yang masa otw balik resak nana bercakap-cakap dengan bulan pasal friendship..yang tiba-tiba wa emo dan melalak tengah-tengah jalan.hahahahah! owh sgt bodoh. ;p kenapa la perangai wa macam tu erk? bongok seyh! hehe.tapi bila korang datang dan pelok wa, wa tau dan wa yakin korang adalah kawan yang paling baik pernah wa ada.bila lu dgn nana pujuk wa supaya jangan nangis, wa jadi makin menangis.hahaha.bukan apa wa terharu gila weyh! hah..banyak lagi wa nak cerita ni...sila baca sampai habis. :p
lu ingat tak masa wa keluar dengan pikor tak sampai satu jam.wa balik rumah, lu tengah layan hindustan.wa ambik bantal wa baring sebelah lu, wa nangis sambil potong kuku.hahahahahahha! :p ala kes pikor marah wa bela kuku lepas tu pakai perwarna kuku tu! ;p
hihi.wa ingat lagi lu pujuk wa..dan lu salah kan pikor.kenapa plak tak boleh warnakan kuku? masa tu bukan wa boleh solat pun kan? hihi.wa tau apa yang wa buat tu salah, tapi lu tetap back up wa.hihi ;p terima kasih bye! lepas tu lu ingat tak masa nana kena tahan dengan pak guard sbb dia pakai baju singkat.hahaha.lepas tu pak guard suruh dia depa tangan supaya dapat bukti kan dia pakai baju singkat, dia depakan tangan tapi dia angkat sikit je! hahahahahaha! kelako bodoh! :p kita berdua dah terkekek-kekek kat sebelah pagar fakulti.hehe.adoi..banyak betul la kalau wa nak cerita kat sini.dan ianya akan buat wa bertambah sedih! wa ni senang je nak nangis.memang kuat nangis pun! u know me better. ;p
'stop! stop! stopppppp!!!' - ini adalah yang paling kelako! words ni keluar masa lu gaduh on the phone dgn pojie kat resak dulu.pertama kali wa dengar lu jerit.tapi macam kelakar! mati lu kena gelak semula dgn kitaorang,hahahaha.cute! apa-apa pun..sekarang comfirm lu dah dengan pojie.bagus la 15 tahun (ke?betul kan kalau wa salah) berkawan, nak kawen gak korang.sukeee... :))

bye,
wa nak lu tau.yang wa sangat-sangat happy dengan apa yang berlaku sekarang.lu dan pojie.korang memang sentiasa ditakdirkan untuk bersama.alhamdulillah.semoga jodoh hingga ke hujung nyawa.pojie adalah yang paling layak untuk lu, wa yakin dia boleh jaga lu sampai hari tua korang.sweeettt... :)

to pojie,
sila jaga bestfriend wa baik-baik.dia dah macam adik beradik wa.kalau wa tau dia sedih, wa tumbuk lu laju-laju! hehehe! (tapi wa macam yakin je dia akan bahagia dgn lu!!!! hihihih)

tahniah.i love u.
:)

love love love,
-kekeRr -

prince of persia


menonton [prince of persia] di klcc semalam.dan saya tidak mahu bercakap panjang mengenainya.korang pun tahu cerita ni sangat best kan? hihi.
dastan, kenapa kamu begitu hot?? mengapa? :p

Thursday, May 27, 2010

[my baby blue]

[me in my blue shoes.]



Choosing Shoes
by Frida Wolfe

New shoes, new shoes,
Red and pink and blue shoes.
Tell me, what would you choose,
If they'd let us buy?

Buckle shoes, bow shoes,
Pretty pointy-toe shoes,
Strappy, cappy low shoes;
Let's have some to try.

Bright shoes, white shoes,
Dandy-dance-by-night shoes,
Perhaps-a-little-tight shoes,
Like some? So would I.

BUT
Flat shoes, fat shoes,
Stump-along-like-that shoes,
Wipe-them-on-the-mat shoes,
That's the sort they'll buy.

[itu adalah sangat tidak cool]

so here we go :

1). jawab telefon atau reply sms semasa sedang berborak bersama teman dengan persoalan.
kes - korang tengah borak sedap-sedap, kawan korang memberi soalan yang perlu dijawab ketika itu dan suddenly hp korang berbunyi minta di angkat.korang angkat phone tanpa menjawab soalan kawan tadi.dan dibiarkan tergantung.dan paling best sekali korang tak cakap 'sorry' or 'sekejap' or menjawab soalan dulu kemudian mengangkat telefon.dan yang paling best sekali korang main blah je dari tempat borak-borak tadi! :)

contoh :

A : best tak cerita tu?
B : best gilerrrrr...sila tengok.
A : siapa berlakon?
*hp bunyi*
B : erm..ni hah..(sambil tangan membalas msg) or (hello! owh hi!!!) - lepas tu blah!

{wa mengaku kadang2 wa pun buat.tapi itu dulu.sekarang tidak lagi..kecuali dengan perkataan "kejap tau!"}

2). apa korang ada, kawan korang pun nak ada.
kes - korang cerita pasal korang baru je nak beli mini compo minggu depan (ok ini kool habesss!!! hehe).suddenly tengok-tengok dia dah beli dan tayang depan mata korang sambil cakap, "eh wa dah beli mini compo yang lu nak sgt tu..ada sale!".dan yang paling best dia beli sebijik macam yang korang nak.yang paling best korang dah berminggu-minggu survey gambo2 kat internet! hampeh tak?? sila tampo dia laju2.terima kasih.

3). time korang nak cakap, ada je yang menyampuk macam dia tau semua benda!
contoh :

wanita 1 : kat india, kalau dah miskin, miskin betul.sampai dinding rumah pun guna tahi lembu.
wanita 2 : owh serious ke? kesian nya...kenapa dia guna taik lembu buat dinding.
wanita penyampuk : lembu tu tuhan dia.tak de la..mana ada guna taik lembu buat dinding.
wanita 1 : kawan saya duduk india 5 tahun.belajar dan kerja di sana.
wanita penyampuk : owh tak de la! kawan awak tu bukan tahu pun.lembu kan tuhan dia.ye la lagi pun taik lembu tu kan bukan macam zink.so buat la dinding.sejuk sket! (erh??!!! tadi ko cakap lain)
wanita 1 : tidak..kawan saya.. (tak habes korang nak cakap..)
wanita penyampuk : tak.tak..takde la.jiran saya tu sedara dia mmg dari india!
wanita 1 : *diam*
wanita 2 : *diam dan senyum*

4). signed out tanpa sebab.
kes - its always about chatting.chatting and chatting.sila cakap 'bye' atau 'ok2! wa nak out ni' atau 'wa sgt ada emergency! bye!' kecuali kalau internet macam haram.atau budak despatch office nak main game so tiba2 korang signed out.

maka wahai kawan-kawan semua...sila dan ketahui la bahawa wa sangat tidak menggemari 4 perkara yang boleh membuatkan wa menggelegak sekarang ini.. ke korang ok? ke wa sorang je rasa macam ni? ke wa je? wa je ye??! :p

hahahahaah.ok wa je yang selalu rasa mcm ni.tak jadi nak marah! :))

p.s : kepada lu..ye-ye! lu itu.tak payah nak pandang kanan kiri.wa cakap dgn lu ni.in your case, nasib baik lu cepat cakap sorry! so wa tak marah! hahahaha! :p

craving : [Flight of The Conchords]



yea..craving for this brilliant comedy series.dah dua hari layan dvd cerita ini and i was like 'aaaaaaahhhh..wonderful!'.thank you Bret & Jermaine kerana sudah menemani saya dua malam berturut2.i love you guys! :))
so ada lagi beberapa episod dari dvd 1 yang belum habis ditonton.and i'm so lucky sebab saya sudah pun ada the 2nd series.yeah yeah!!! :D

peraduan mencari bret & jermaine! cuba cari!! hehe

watak-watak yang menemani saya di malam hari!! lets parrrtayyy! :p

p.s : btw, Albi The Racist Dragon sangat comel!!! korang tau tak air mata dragon boleh jadi jelly bean? comel kan? nyummy!! :D

Wednesday, May 26, 2010

[coeur de pirate]


saya ada kepilkan lagu budak perempuan comel ini di sebelah {francis}.just tekan next sahaja di ipod itu! sila dengar.

omaigoddddd! i am so franceeeeee!!
:p

merry.go.round

google images

hidup kita hanya sekali je di alam dunia ini.kecuali kalau Tuhan bagi extra nyawa supaya kita sentiasa menghargai apa jua yang kita ada sekarang ini.i mean untuk kes-kes yang mati hidup semula.ok itu semua kerja Tuhan dan sekali lagi saya takkan persoalkan.kalau di persoalkan juga, maka saya akan terbawa-bawa ke soalan yang selanjutnya.contoh :

soalan satu : macam mana boleh mati lepas tu hidup balik? logik ke?
lepas tu.
soalan dua : Tuhan tu macam mana? (hah kan dah cakap...saya pasti meleret ke soalan-soalan yang lebih berat dan menyentuh zat Allah.dan akhirnya saya akan pening nak jawab soalan sendiri.. ;p)
hidup kita ibarat satu pusingan roda.setuju? kalau kita berkelakuan baik, maka perkara-perkara baik la yang akan kita dapat.insyaallah.if tak dapat..bukan tak dapat, lambat dapat pasti ada yang tak kena dengan apa yang kita dah lakukan.samada perkara-peraka kurang baik dan sebagainya.its karma, dude!
saya selalu berfikir setiap masa.lagi-lagi bila saya duduk sorang-sorang dan bertafakur.
kadang-kadang saya takut dengan setiap keputusan yang saya buat.
"apa betul tindakan saya?"
"apa betul keputusan saya?"
"apa betul pilihan yang saya buat?"

tapi itu la orang cakap...hidup ini satu perhitungan.setuju?
kalau tak cuba mana kau nak tahu.
:)
maka..kena cuba.kena lalui.
doa dan tawakal.
bila saya kenang, saya jadi takut nak teruskan hidup.
dan mati bukan satu keputusan yang baik.
banyak dosa saya yang belum terhapus.
belum penuh amalan saya untuk menutupi sang dosa tadi.
setiap pagi selepas subuh saya akan lihat ke langit.
apa yang ada di sebalik langit berwarna oren jingga itu.
alam yang satu lagi.
takut.

saya ketawa.
tapi selepas ketawa, saya cuma seorang.
cuma seorang.
cuma seorang "aku".
maka, saya harap saya mampu menghargai kehidupan ini sebaik mungkin.
yang lain nya saya serahkan bulat-bulat kepada Pencipta.
sebab ke mana langkah kaki saya, saya tau Dia ada...

:)

.

Tuesday, May 25, 2010

depressed?

{lykke li}
pernah satu ketika di dalam kereta
saya memasang lagu 'piroutte' nyanyian lisa mitchell
lagu-lagu sebegitu sentiasa menjadi pilihan saya
lalu mr. {a} berkata "awak memang suka lagu-lagu yang depressed kan?"
saya menidakkan..sebab itu bukan lagu depressed.

sekarang baru saya sedar
irama sebegitu membuatkan saya terbuai-buai
terbang... :)

tapi saya tetap yakin dan akan berkata
"tak..ini bukan lagu depressed.."
dan tersenyum.
:)


seriously in love with lykke li {mode}

Monday, May 24, 2010

.the happiness.

hari ni dia buat saya banyak ketawa. :))
i heart u.

buat masa sekarang oaxaca bersikap baik2 sahaja.
tolong jangan buat perangai lagi sayang..pls :)

petang semalam warna senja sangat mendamai kan hati saya.
alhamdulillah.

hadiah terakhir tahun ini sempena hari jadi saya! :))
from my best-friend ever.
you know who u are.

thank you!! loike it like alottttt! ;p

semua ini buat saya bahagia.seriously...saya bahagia! :)

Saturday, May 22, 2010

{the next time around}


menangis.
saya rasa saya rindukan dia.
saya rasa betul-betul macam tinggal seorang.
saya solat.
dengan harapan saya boleh tenang.
saya tenang.
tapi..
saya sedih.
ini ke perasaan nya Tuhan?
perasaan sunyi dan rasa hilang?

hilang.

dah beberapa minggu ini
saya sedikit sibuk dengan hal dunia
tapi saya tak lupa dia
bila teringat saya cepat-cepat
tepis dengan kesibukkan kerja
sebab saya tak nak menangis

tapi sekarang saya seorang
sepi betul
office ni sunyi..semua dah balik
meraikan hari minggu
saya bertemankan sebiji lampu gantung putih
sengaja biarkan sebiji menyala
apa khabar dia agaknya?
sekarang ni musim hujan
sejuk

saya menangis lagi
kali ini lebih kuat
perduli-kan
yang mendengar cuma
kotak-kotak komputer
lampu-lampu
segala mesin
deretan fail
dan sang habuk debu
mendudu tangisan
sampai rasa puas

habiskan
habiskan
habiskan

sebab tu saya tak suka duduk seorang
sebab tu saya suka buka muzik kuat-kuat
biar riuh
biar bising
janji gamat
bukan sepi

bukan sepi

ayah sihat?

:'(

teduh II

pagi ini hujan.saya suka.kerana terlampau suka, saya bangun lambat.8:40am.dan saya dah ter-skip subuh (amat selesa selimut kulit babi itu..owh sungguh berdosa T_T).dan saya sepatutnya masuk office jam 9am.dan saya mandi sepantas mungkin.adalah selama 15 minit.skip syampoo rambut.hihi.
apit sampai pukul 9:10 am.awak memang super-hero orang! yay! :D
so sementara menunggu dia datang, saya dah lepak2 kat bawah.dan 'snap-snap-snap' :)
ok korang! jom saya bawa korang jalan-jalan di kawasan rumah saya.


location : apartment seri kenangan.seksyen 6.wangsa maju

ini kawasan kolam dan taman mainan.cantik kan? saya pun baru perasan tempat ni cantik!
actually, carpet (carpet ke nama dia? lantak la! haha) tempat mainan tu baru tukar.dulu simen je.sekarang ni..malatoppp! :p
cantik! baru la kanak2 ceria bermain buai dan gelongsor.
anyways, saya dah lama tak berenang2 kat kolam.takde geng.. :(
but..nevermind.maybe satu hari yang indah nanti!

ini pagar.haha! saya saje je snap sbb dia kaler kuning.comel! :)) lepas hujan memang feel dia lain sket kan? segar je.perasaan dia rasa macam vintage2 sket..hihi.owh so drama la saya nih! :D

ini jalan naik ke rumah saya. :)) abaikan lumut tu..memang berlumut.tapi saya suka.saya suka bau lumut waktu pagi.waktu lumut masih basah sbb kena embun.sweet je.. <3>ini contoh bangunan rumah saya.erk? sebenarnya ini rumah jiran blok sebelah.saya ada ambik gambar bangunan rumah saya, tapi ada makcik tengah sidai2 kain kat balcony.jadi tak cantik pula.dan sebenarnya saya nervous nak snap the pic! nanti dia ingat saya ni paparazzi.harus la makcik tu berposing.hehehe :))

owh! sangat suka.
:))

sekarang ini saya dalam proses menghargai kehidupan.hargai segalanya.yang ada di depan mata.
sentiasa bersyukur.alhamdulillah.semoga kehidupan saya akan menjadi bertambah baik!

till my finger meet the keyboard again!
daa.

Friday, May 21, 2010

sedapppppp-nya bercinta.{nyum.nyum}


haaaa! kan dah kena..tu la.orang cakap tak nak dengar.degil! :) bercinta memang sedap.memang sedap.rasa cokelat! hihihi.wahai adik-adik perempuan-ku sekalian, jangan lah sampai menghambakan diri korang kepada cinta.lagi-lagi kepada cinta yang belum pasti.alangkan yang dah selamat bernikah pun boleh kena terajang, inikan pula yang tiada apa2 ikatan.kalau si dia dah jadi suami boleh juga dia gunakan alasan ;

"owh! saya nak mengajar isteri saya, incik polis.dia sangat nakal dan tidak suka memasak asam pedas kegemaran saya"

atau

"saya terajang dia kerana dia nusyuzzzzz!"

atau

"memang sudah menjadi tanggungjawab saya untuk melatih isteri saya menjadi kuat seperti seorang lelaki!" *wtf*

jangan.
jangan.
jangan.
jangan percaya kepada teman lelaki anda.memang dia baik dan santun.tapi angin dia boleh bertukar bila2 masa saja.jangan tunduk.jangan bagi muka.jangan.setiap dari kita kena sentiasa berwaspada.dunia sekarang tidak lagi ramai dengan orang-orang baik.

"abes? kau tak percaya la pada apit?'
saya percaya pada dia.tapi percaya saya ada limit.dan dia tahu itu.dan saya rasa dia pun begitu.
saya percaya dia takkan buat perkara yang bukan2.perkara yang boleh menghancurkan hidup saya.perkara yang boleh menghancurkan hidup dia juga.saya percaya.insyaallah.

adik-adik perempuan saya,

jangan semudah itu.jangan semudah setahun berkenalan terus mahu tinggal serumah.
jangan semudah itu.jangan semudah dia melemparkan kata manis habis madu-mu kau berikan.jangan.
lelaki memang dilahirkan dengan satu nafsu.

that guy just wants to go under ur pants! :)

trust me.


dan kepada lelaki itu.lelaki di harian metro itu.
kenapa mesti berkelakuan macam tu?
kasar.
apa yang korang nak sebenarnya?
apa yang dia tak bagi?
:(

semua dah diberi.
semua.

apa lagi yang tak cukup?

sila pilih pintu kiri --> neraka la kau! :p

Wednesday, May 19, 2010

laughing-phobia


Laughter is the shortest distance between two people.
:)

I am thankful for laughter, except when milk comes out of my nose.

Woody Allen

p.s : thank you! :)

Tuesday, May 18, 2010

.perasaangundahgulanarasamacamnaknangis.


yea.seorang lagi my rainbow akan melepasi satu lagi fasa dalam hidup.
lepas seorang, seorang lagi lepas.lepas which mean bertunang.berkahwin.membina keluarga sendiri.
alhamdulillah.Tuhan permudah segalanya buat kawan-kawan saya.

semalam.
saya melepas-kan rasa sedih saya kepada seorang rakan.
dia cakap saya keliru.
keliru?
dia cakap saya keliru nak melepaskan zaman riang ria bersama rakan-rakan padahal masing-masing pejam celik dah berumur 26 tahun.
dia cakap sebenarnya saya tak ready nak lepaskan kawan-kawan.
dia cakap sebenarnya saya lupa yang masing-masing dah besar dan harus berkomitmen.

dan saya amat benci dengan kenyataan yang dia keluarkan.
sebab segalanya adalah betul.tepat.padat.

ye.memang pun.
ye.memang pun.
ye.memang pun.

bukan ke sepatutnya saya happy dengan semua ni?
ye la..kawan2 nak kawen kot?
nanti boleh bergambar sakan.
nanti boleh makan nasi minyak.
nanti boleh peluk-peluk.
owh-sila lepaskan la... :(

*tarik nafas*

*lepas*

ok.
sila sedar yang setiap orang ada hala tuju dan kehendak masing-masing.
sila sedar yang setiap hari usia kita akan bertambah.
sila sedar yang kegembiraan hidup bersuka ria bersama teman-teman takkan ke mana pun.
semua orang nak berkeluarga.

sila sedar.

{tak nak!!! tak nak sedar! :( }

Saturday, May 15, 2010

{new kids on the block}

ini e-am.anak boss.

ini kerr.pekerja boss.hehe.
:p

ini e-am dan k.kerr.busy bergambo! :p




budak kecik memang la adorable-tak-hengat! pagi-pagi saya masuk office hari ni saya dah tergelak besar.tengok video2 yang kat atas tu.cute nyerrrrrr!!!! :D
lepas tu boss datang bawa anak bujang dia tu (e-am).bising2 sket.gelak-gelak.bergambo2. :)
hati saya ni kalau masuk part budak kecik memang cepat je cair.sebab tu bila as sahar upload gambar anak buah dia si nabila tu, saya excited lebih! comel gileee! :))
saya rasa saya dah kena ada anak sendiri la..eh??! hehe.ok apa? mesti cute gila kalau saya jadi mommy kan? mesti saya sporting dan berperangai sama macam anak saya.hahahaha! :))
(dan mesti anak saya suka ketawa dan shopping juga ;p)

owh cepat la kawen dan making babies!!! :))

p.s : kepada seluruh budak kecik di seluruh dunia, sila jangan comel sangat.nanti kena geget! :D