Tuesday, December 27, 2011

jodoh

my status on my facebook this afternoon : 


" dulu emak dan arwah ayah saya bertunang 11 tahun.emak dan ayah tidak bercinta.ayah seorang guru dan emak pula anak murid kepada guru tersebut.bila selamat berkahwin, alhamdulillah dapat kami adik-beradik 7 orang.jodoh ayah dan emak hingga ke akhir nyawa ayah.macam mana proses tu boleh berlaku? proses menahan sabar, tolak ansur etc. adakah saya akan sekuat itu? owh takutnyaaaaa... =.=" berkawin tidak sama macam zaman bercinta.ke itu sebab nya kena pergi kursus kahwin? ea? hurmm.. pls dang wangi, bantu saya! :p "


see? mesti korang terkejut/terkujat kan bila tahu my parent bertunang for 11 years.hehe tapi itu yang sebenarnya.without ada rasa cinta ( i dont know la kalau ayah memang dah berkenan masa tengah mengajar emak kat dalam kelas..haha ;p ) but yeah! after form 5 ayah terus masuk meminang emak dan ayah tunggu emak for 11 years.emak cerita yang dia tak suka kat ayah tapi masih pelik kenapa selama 11 tahun tu emak tak de boyfriends/scandal etc? atau EMAK PUN MEMANG SUKA AYAH?? hahahaha :p sweet kan? kan? awww.. :')

emak berkahwin pada usia 28 tahun.insyaallah kalau wa ada jodoh dengan apit wa pun akan berkahwin pada umur 28 tahun (2012).sama! yay yay! :)) ayah pula masa kahwin umur dia 35 tahun kalau tak silap wa.ok la tu kan? sebenarnya kalau nak ikut target wa nak kawen zaman wa belajar dulu, wa target umur 30 tahun baru kawen sbb konon2 wa berangan yang wa ni workaholic.kerja nombor satu.wa nak ada rumah sendiri.nak ada kereta sendiri.nak ada kerja yang best gila babi.etc lah.tapi ianya tak menjadi seperti yang wa berangankan tu.wa takde rumah sendiri.wa takde kereta sendiri.cuma wa rasa kerja wa masih di kategori best walaupun wa bukan kerja dalam bidang filem/broadcast.u know bila semuanya akan jadi lain bila kita semakin meningkat dewasa.lepas tu kawan2 yang target nak kawen umur 30 tahun tu pun sorang-sorang dah melangkah ke satu fasa hidup dah lupa janji nak kawen umur 30 hahaha.
iaitu memiliki institusi keluarga sendiri.tak ke korang akan rasa, "omaigod! this is so f demm!" haha ;p

but being me.wa jenis ikut flow.kalau dah rasa nak kawen baru kawen.if not, sokay la kan.dan tipu la kalau wa cakap wa rileks aje kan.of cos wa ada juga rasa takut sebab sorang-sorang dah kawen.wa takut wa jadi lonely.wa takut wa hilang kawan.dan wa sangat takut kalau wa paling tak kawen sekali! *apa mende aku merepek ni?? hah?* haha :p
almost 8 years in relationship with afiq, mesti la wa ada fikir pasal kawen dan buat anak dan sebagainya erh? hehe cumanya wa kadang2 rasa mcm tak sedia.kadang2 mcm tak sabo sangat nak kawen.entah lah..ikut mood! hihi pendek kata time wa gedik, wa nak kawen cepat.time wa tak gedik wa malas nak kawen! :p tapi alhamdulillah berkat kesabaran yang paling tinggi akhirnya Allah telah membuka pintu hati kami berdua untuk ke peringkat yang seterusnya pulak.
as u know, wa dah bertunang.and i'm getting married! hoooreeyyyy! hoooreeeyyyy! dushum dushum dushum *bunyi bunga pai melutup lutup* :))

wa tak minta banyak.wa cuma berdoa agar semuanya lancar.macam masa e-day hari tu.walaupun kecil tp ok.lancar.makan berlebih-lebih.cuaca pun sejuk je.wa happy! siapa yang tak nak majlis besar2 kan? of cos semua orang harap the best for any majlis yang diaorang buat.tapi untuk majlis wa, kalau teratur dan cukup bagi orang makan pun jadi lah..as simple as that.oleh kerana wa punya tak kisah hal2 yang remeh temeh tu, sampai gambar pun wa takde.hahaha rileks aje.yang penting kita dulu yang most important.. :)
kang kemainnnnn ambik juru gambo itu ini, alih2 tak jadi kawen.ouch malu!! tp kalau ada rezeki lebey hire la fotographer.boleh buat kenangan gambar2 tu kan.tunjuk kat anak cucu cicit! hehe :p

ok! penatnya menaip.sebenarnya wa nervous sebab bakal ibu mertuaku sudah memberikan date2 untuk wedding kami.owhhhh..nervous nya! tiba2 wa rasa mcm cepat sangat pulak.err..wa dah ready ke? korang rasa? ok ke? hahahahaha :p



nah ambil la tengok gambo ni.gambar hp! wa curi kat twitter bakal adik ipar.
bukan cantik sangat pun wa ni hah! tapi ok la juga dari takde apa2 
ye tak? hahahaha
:p

x,
kerr.




Saturday, December 24, 2011

saturday morning

salam

hi.hari ni wa tak marah dah.semalam je.hehe.so hari ni wa kerja macam biasa.boo-ing myself =.=" apa nak buat..kerja swasta bukan macam kerja kerajaan.hari sabtu ahad boleh pergi zoo jalan-jalan.hehe.wa pulak kena kerja..huwaaa! :(( 
tengah malam tadi wa mimpi buruk.mimpi emak wa meninggal dunia.sedih gila kot.wa harap itu cuma mimpi.wa terus je tersedar.tapi lepas tu wa tidur balik sampai subuh.bangun subuh tu pun teringat-ingat lagi.sedey nyaaa.. :'( wa tahu semua orang akan meninggal dunia, tapi ye la nama pun emak.emak tu dah la orang paling rapat dengan kita kan.tiba-tiba meninggal tak ke mcm hilang tempat bergantung.semoga emak wa sentiasa di panjangkan umurnya.di berikan kesihatan yang baik dan seumpamanya.amin.insyaallah.
kerana wa bangun super awal hari ni, wa sempat la plan2 nak pakai baju apa pergi kerja.selalu tu main rembat je apa yang ada depan mata.haha.. :p
hari ni mood wa sangat best, mungkin sebab cukup tido kot? so wa pilih baju color yang terang-terang.walaupun pagi ni cuaca ala-ala "kalau-tarik-selimut-sambung-tidur-ni-sedap", tak semestinya wa kena pakai baju colour yang kelam2 kan? hehe 


ok2..enuff la pasal colour2 baju ni.ni bukan fesyen blog pun kan? haha :D 
ada yang tanya pada wa macam mana kehidupan wa selepas bergelar tunangan orang? rasa dia macam makan tutti frutti perisa strawberry + vanilla! haha joking! :p rasa nya biasa je.tiada apa pun yang berubah.semua seperti biasa.cumanya wa rasa apit semakin romantik dan mesra dia lain macam.tak tau la kan kalau sebab masih baru.hari ni baru masuk hari ke-7 kot? kemainnnnnn suam suam kan? hihi tapi seriously, wa suka feeling tu.so now i know la kan perasaan dia.owh macam ni ke? :p
plus ramai nasihatkan supaya jaga diri baik-baik because darah manis.still tak faham kenapa darah manis? maybe sebab kena jaga tingkah laku or pergaulan kot because ye la apa2 pun jadi kan.mcm tiba2 bergaduh ke, apa ke/ tiba2 tak jadi kawen etc.eii..takut juga.but insyaallah.
doa kan yang baik-baik untuk kami.sebab mcm tak sabar nak duduk rumah sendiri, then boleh masak-masak dan ajak korang datang rumah makannnnnn! weeehoo! :))

ok.till then!
wa nak pergi tengok hindustan.err..guna tv kat office! haha :p
happy saturday peeps! love love :))

x,
kerr

Friday, December 23, 2011

entry yang tak perlu dibaca

u know what? satu dua hari wa tiba-tiba je macam panas hati.serba serbi tak kena.wa rasa keadaan yang buat wa jadi cenggini.stress.wa ni jenis susah nak benci orang lain.it like, "kalau kau baik dengan aku, aku pun mesti la baik dengan kau.kalau kau tak tego aku its ok, aku try tego kau.tp kalau kau sombong juga kau boleh la pergi neraka..hehe" :p like seriously, wa selalu kena macam ni.wa memang ada jenis kawan2 yang bila susah kemain datang minta tolong, mengadu itu ini semua.once bila dah senang..senyap terus.macam duduk dalam gua..sangat benci kan? =.=" 

u know what? wa paling bengang kalau ada orang-orang yang perangai very the hanjing sangat tak best.macam, dulu senyap tiba-tiba muncul entah dari mana.lepas tu terus soksek soksek.kejap wa bagi example :

dia : congrats zura.akhirnya korang bertunang jugakkkkk!!
me : JUGAKKK? what the fish? why? kau risau sangat ke kalau aku tak kawen? or kau mmg sibuk sgt pasal orang lain kan?

memang wa bercinta dah lama.berkawan bertahun2..tapi itu bukan point untuk korang cakap "JUGAKKKKK".kalau lu kawan baik wa, wa ok la lagi.because u know everything about me.but who u are again? macam 'kalau aku tak kawen, aku akan jeles dgn kehidupan kau yang dah kawen tu.." owh come on! lu pergi jaga ur husband and ur family diam2 boley? can tak? 

u know what? wa kawen tak kawen itu kerja Allah.kalau ada jodoh wa mmg akan kawen, tapi kalau mmg dah tertulis di dalam kalam hidup wa yang wa akan membujang sampai ke tua, thats it la kan? haihsss..why are u so sibuk ea? =.=""
then tiba2 minta card jemputan? WHO ARE U AGAIN? 
FOR WHAT? NAK KUTUK MY WEDDING PULAK KE? BLAH. ;(

so boleh la lu bagitau semua orang about me mcm lu kenal wa sangat.u know what? wa rasa lu cuma kawan suka2 sebab bila lu susah je lu datang kepada wa.bila lu dah senang..lu senyap terus.silap wa sebab wa sentiasa ada untuk lu.silap wa sebab wa sentiasa nak kawan2 rasa happy.tapi lu bukan contoh yang terbaik untuk jadi kawan wa.wa minta maaf.sila keluar dari life wa sebab wa tak suka ada kawan yang tak berkualiti macam lu.terima kasih.


x,
kerr.


Tuesday, December 20, 2011

the engagement


i'm engaged!

yay!! 
:))

nanti bila2 sempat wa update cerita.sekarang a bit busy.baru masuk office.kerja menimbun.hehe
love love

x,
kerr.

Thursday, December 15, 2011

4 days before my engagement


hari ni dah hari khamis, besok jumaat, tulat dah sabtu.hari ahad insyaallah wa dah boleh tukar status new relationship kat facebook.hehe :p
mudah mudahan Allah permudahkan urusan kami.kerana kami ingin ke peringkat yang lebih baik dalam membina sebuah institusi keluarga yang halal.insyaallah.

cuma dua tiga hari ni wa asyik terkenangkan arwah ayah.
kalau ayah sedang melihat dari atas, harap ayah gembira melihat keputusan yang ayien buat ni.dan ayah pun dah pernah berjumpa dengan lelaki pilihan ayien.semoga ayah merestuinya.walaupun cuma bertunang, kalau lah ayah masih ada..kalau lah ayah masih ada.. :')
ayah mesti minta bersedia dah semua segi.kalau ayah ada mesti ayah yang pastikan adat2 itu diikut tapi tidak membebankan pihak sebelah sana.kalau ayah ada mesti ayah yang bakal mewalikan ayien kalau ayien jadi kawin esok2 nanti.tapi itu kalau la.. 

sekarang ni wa jarang nak melayan perasaan.sebab wa ni tak sekuat mana sebenarnya.kang layan2 wa meraung sorang2.yang paling penting sekarang wa kena permudahkan apa yang emak nak buat.tolong emak dan insyaallah buat emak happy.
wa harap keputusan wa ni akan buat emak happy dari dalam..dan sememangnya dia paling excited untuk menyediakan itu ini.itu dah buat wa senyum meleret.wa ikut je apa yang dia nak..even kotak kek kukus berenda2 pun wa setuju aje.sokay, as long as dia happy.

Tuhan, aku mohon kepada-Mu agar Kau berikan kebahagiaan kepada ibuku.segala kesihatan yang baik.segala kesenangan.segala kemudahan.segalanya membuatkan ibuku tersenyum Kau kurniakanlah buat dia.kerana dia ibuku dan kerana dia yang melahirkan ku ke dunia ini.dia cukup sempurna buat ku.amin yarabbal alamin.

x,
kerr.





Monday, December 12, 2011

6 days before my engagement

hooreyy! finally i'm getting engaged! :)) confirm dah the date is on 18th december 2011.diawalkan kerana benda yang baik mmg perlu diawalkan kan? hehe kalau tidak on 25th, but sokayyyy..boleh jugee.. :p

the proposal :

basically takde proposal pun..huwaa! nak sangat rasa kena propose.yes! i'm drama queen, i guess! :p. ceritanya afiq bagitau saya mengenai "hal ehwal" kepada family dia on syawal hari tu.so on 1st syawal tu, dia call me and bagitahu, "err..org dah bgtau mama pasal kita." so i mcm "whattaheck? hello? bgtau pasal kita? babe, kita dah almost 8 years kot? baru nak bgtau? PANG nak?" hahaha ok itu drama je.so rupanya dia dh bgtau pasal nak masuk meminang + kawen etc la.again..so i'm like, "adakah awak tengah propose orang?" jawapannya adalah, "no!" hahahahaha tak sweet langsung kot? :p


the date :


pilih date masa saya ke terengganu (beraya rumah afiq's family for the 1st time) - korang selak la entri2 lepas.malas nak scroll! hahaha :p mula2 25th dec then tukar kepada 18th dec.sebenarnya takde la jauh mana pun datenya.tapi bagus juga..lagi cepat kan lagi better *geddik pls*


the preparation :


tiada apa2 sangat pun preparation nya.sebab ini majlis famili je.takde nak jemput-jemput sultan or perdana menteri.erh? hohoho hantaran dan siap sikit.minggu ni saya start cuti hari jumaat so terus balik batu pahat.settle kan mana yang patut la kot.
korang nak tolong tak? nak? :p


serious macam tak percaya.harap2 semua nya lancar.
cuma sedih sikit sebab ayah tak sempat nak tengok semua ni.. :')
al fatihah.


later saya update lagi! love love :))



nah! teaser sikit.mengada tak? haha

x,
kerr.


Wednesday, December 7, 2011

tak,wa bukan berlagak tapi..

hari ni genap 9 hari wa berpindah dari Apartment Intan ke Pangsapuri Mawarsari.maknanya dalam hampir 4 tahun (next year) wa berkerja ni dah 3 buah rumah wa duduk.pindah sana, pindah sini.ni la kesannya kalau hidup membujang.kalau housemate nak kawen je, hati dah cuak sbb mesti kena pindah keluar.so demm kan? =.="



 Intan Apartment, Setiawangsa


Pangsapuri Mawarsari, Setiawangsa

(photo : google)

wa suka duduk Intan Apartment.wa suka sebab wa rasa tempat tu tenang je.tak busy.banyak family yang duduk situ.keselamatan pun okay sebab ada guard house.cumanya setahun sebulan wa duduk situ wa kena pindah keluar sebab housemate semua nak kawen dan wa je masih bujang tak kawen-kawen ( nampak tak huruf L besar atas dahi ni? :|).housemate kat Intan semua okay.memang buat hal masing-masing tapi still boleh borak2 tengok tv sama2 etc.dan yang paling penting sangat pembersih.kalau masuk dapur tu, clean je.serious tak tipu.so kalau kita nak buat sampah pun rasa segan yang amat.hehe :p

dulu before wa pindah kat Intan, wa duduk Sri Kenangan kat Wangsa Maju seksyen 6.pun best juga.rumah besar gabak.tapi ada seorang housemate tu tak berapa ngam so wa decide pindah keluar.kalau rajin korang boleh baca entri yang lepas2 : si bongok dan nama dia eida hehe :p

 
Sri Kenangan yang tinggal kenangan :p

so ceritanya kat sini adalah selepas 9 hari wa berpindah ke Mawarsari, apa yang boleh wa katakan adalahhhhhhh : WA SANGAT SERABUT. serabut dengan keadaan rumah tu.boleh tahan bersepah juga la.dan wa macam serious malu kot kalau siapa2 nak datang tumpang tidur kat rumah.huwaaa malunya.tmpt yang paling wa suka cuma bilik wa je (itu pun tak abes kemas lagi..tapi still nak bersih).wa tau wa tak patut cakap macam ni tapi bukan ke best kalau rumah tu kemas dan bersih.tak perlu la plastik bekas roti bersepah2 plus dgn barang2 tilam, set golf, kasut bagai kat ruang tamu..boleh tak? haihsssss.. :((

pagi tadi wa bangun awal sebab nak abes kan kemas barang dapur wa.ini first time wa masuk dapur rumah tu sebab wa mcm busy la lately.melekit pls.serioussss :(( wa rasa mcm nak mop je.tapi nak pergi keje pulak...dan agak la rude kan bila wa tego org2 yang baru wa kenal tu.diaorang ok sbenarnya.cuma..ntah la.susah wa nak terangkan.

persoalannya adakah kerana dulu wa duduk apartment lepas tu pindah pangsapuri keadaan terus berubah mengikut taraf tempat? err..mesti lah tak kan? nak je wa pergi rumah jiran2 check.mesti ada yang kemas, bersih, wangi je rumah diaaaa :( jelly! wa bukan la nak cakap duduk pangsapuri tu tak okay..serious weyh tmpt nya ok..walaupun last minute (demm.maybe sbb last minute so tak check tahap kebersihan sesebuah rumah itu?) wa dapat rumah ni tapi boleh tak kalau menjadikan ianya sebuah rumah perempuan.dulu pun bukan wa duduk apartment high class.sama je.rumah kecik ke rumah besar ke biar la bersih.stress.kang wa main alih semua jadi hal pulak.macam mana ni korang? atau wa bersabar je untuk beberapa bulan ini atau beberapa tahun? :(( serious sedih.

tak pe.wa nak cuba kemas2 depan diaorang.so diaorang mesti akan sama2 kemas rumah kan? abes benda yang menimbun kat hall tu macam mana weyh? arghhhh! stress lagi.
wa ni pun bukan la pembersih sangat, tapi kalau lantai melekit ingat tak geli ke? geli dowhhhhh :(

atau wa kena kawen ada rumah sendiri baru wa tak mengomel mcm ni? hurm..

ON THE WAY LA NI.. =.="

x,
kerr