Thursday, December 15, 2011

4 days before my engagement


hari ni dah hari khamis, besok jumaat, tulat dah sabtu.hari ahad insyaallah wa dah boleh tukar status new relationship kat facebook.hehe :p
mudah mudahan Allah permudahkan urusan kami.kerana kami ingin ke peringkat yang lebih baik dalam membina sebuah institusi keluarga yang halal.insyaallah.

cuma dua tiga hari ni wa asyik terkenangkan arwah ayah.
kalau ayah sedang melihat dari atas, harap ayah gembira melihat keputusan yang ayien buat ni.dan ayah pun dah pernah berjumpa dengan lelaki pilihan ayien.semoga ayah merestuinya.walaupun cuma bertunang, kalau lah ayah masih ada..kalau lah ayah masih ada.. :')
ayah mesti minta bersedia dah semua segi.kalau ayah ada mesti ayah yang pastikan adat2 itu diikut tapi tidak membebankan pihak sebelah sana.kalau ayah ada mesti ayah yang bakal mewalikan ayien kalau ayien jadi kawin esok2 nanti.tapi itu kalau la.. 

sekarang ni wa jarang nak melayan perasaan.sebab wa ni tak sekuat mana sebenarnya.kang layan2 wa meraung sorang2.yang paling penting sekarang wa kena permudahkan apa yang emak nak buat.tolong emak dan insyaallah buat emak happy.
wa harap keputusan wa ni akan buat emak happy dari dalam..dan sememangnya dia paling excited untuk menyediakan itu ini.itu dah buat wa senyum meleret.wa ikut je apa yang dia nak..even kotak kek kukus berenda2 pun wa setuju aje.sokay, as long as dia happy.

Tuhan, aku mohon kepada-Mu agar Kau berikan kebahagiaan kepada ibuku.segala kesihatan yang baik.segala kesenangan.segala kemudahan.segalanya membuatkan ibuku tersenyum Kau kurniakanlah buat dia.kerana dia ibuku dan kerana dia yang melahirkan ku ke dunia ini.dia cukup sempurna buat ku.amin yarabbal alamin.

x,
kerr.





No comments: