kadang-kadang bukan semua benda kita boleh kongsi dengan orang paling rapat dengan kita.bukan semua.samada kita rela simpan sendiri atau bercerita dengan orang di tengah-tengah di antara kita dan orang yang paling rapat itu.kenapa? mungkin sebab kita sendiri rasa selesa dengan keadaan tersebut atau orang paling rapat itu tak sampai pendengaran dan tak mencapai sasaran yang kita mahukan dari dia.hurm...
baru-baru ini ketika saya bertugas di sebuah majlis perkahwinan di Mandarin Oriental KL, seorang budak lelaki (lingkungan umur 23-25 tahun) menegur saya.seterusnya kami berborak rancak itu dan ini.saya akui saya seorang yang mudah mesra.kalau orang rajin berbual, saya cepat saja boleh masuk.kami berbual mengenai decoration.tentang kerja etc.sehingga pada suatu masa secara tiba-tiba termasuk bab personal budak lelaki ini.dia macam terlupa bahawa saya cuma outsider yang tak perlu tahu apa-apa mengenai masalah tersebut.tidak patut tahu pun sebenarnya.
dia menceritakan tentang keluarganya.ayahnya meninggal pada tahun lepas.ibunya yang suka menonton filem korea.adik beradiknya semua perempuan dan dia cuma anak lelaki tunggal di dalam keluarganya.aww..thats cute! :) kemudian dia bercerita lagi.kali ini lebih personel.mengenai buah hati nya.ex-buah hati untuk lebih tepat.memberitahu saya yang bertapa frustnya dia kerana ditipu dan ditinggalkan sang kekasih.bercerita lagi mengenai apa yang dia dah lakukan untuk sang kekasih itu.dari Kl berpindah kerja ke Penang kemudian berpindah semula ke KL hanya kerana menuruti si buah hati . romantik.no? menyusahkan.hihi.ok saya tak mahu bercerita lanjut.itu sebagai contoh.kenapa dia perlu bercerita itu dan ini kepada saya? orang yang dia tidak kenali langsung.luar dalam.saya bercerita pada afiq.jawapan afiq, "memang ada orang yang macam tu.dia lebih selesa bercerita dengan orang yang tak mengenali dia.sama dengan situation kaunselor di unit kaunseling...bla bla bla". ya, mungkin juga kan? sebab lepas ni tak jumpa lagi.dan dia pun dah melepaskan apa yang dia tanggung dalam jiwa.bagus la..biar saya jadi tong sampah jiwa dia! haha :p
yang saya selalu perasaan adalah semua orang (baik famili, kawan-kawan, bukan kawan etc) mudah saja bercerita kepada saya.kenapa ye? sebab kat dahi saya ada tulisan , "ayoh! meh cerita dengan wa.sebab wa ada magic! hehe" kot?! :D
dan sebenarnya saya suka juga mendengar.mungkin sebab saya kepoh! haha.entah lah, saya rasa best bila boleh bg pandangan bila diperlukan.tapi jangan la selalu sangat nak minta pandangan sampai saya stuck kat tengah-tengah.hoho!
ok.bukan ini yang saya nak sampaikan kat entri ni sebenarnya.ada lebih dari itu.tapi bila fikir-fikir balik, saya decide tak nak cerita di sini.simpan je la.ini rahsia kerajaan hati saya.saya pasti saya boleh handle sendiri.hurm...atau sebenarnya saya pun perlu ada si outsider untuk dengar cerita-cerita saya? :)
kerr.
3 comments:
perghh...ni entri macam merembes terus jer ke muka wa?..betul tak...komon..tak yah nak bersirat2 sangat ok...hahhaha!
hahahahaah! :D
kenapa lu nak terasa pulak ni? jgn nak cari gaduh dgn wa.bukan dapat mende punggg! :p
beb, wa rs semua wanita2 dekat facebook tu rindu kat lu la! kemainnnnn lagi! malatopppssss! :p
Lu tak nak cerita. Wa selalu tanya. :(
Post a Comment