Tuesday, March 15, 2011

telus

orang malaysia bertuah betul.
makan sedap.
negara maju.
teknologi seiring.
kawasan strategik.
masyarakat hormat menghormati.
tak payah nak berperang.
tak payah nak menadah tangan minta nasi.(kadang-kadan ada)
tak payah susah payah curi line internet negara seberang.

bencana alam.
paling-paling tidak yang paling teruk sekali pun banjir lima enam hari.
tapi kerajaan kita bagus.
bantuan segera sampai.
kena duduk kat dewan bantuan mangsa banjir pun masih nampak happy.
makanan cukup.
air cukup.tandas bergerak lagi ok!

kita tak perlu nak harung gempa bumi
tsunami
volcano. erk? erm..gunung berapi
puting beliung
segala bencana yang boleh merubah keadaan bumi malaysia (buat masa ini..insyaallah.mintanya jangan.)
kita tak perlu nak pergi asah pedang
isi peluru
keluarkan M-16
pergi berperang.
malaysia..insyaallah negara aman.

tapi pernah tak kita duduk diam-diam dan fikirkan semua ini?
pernah tak kita duduk diam-diam dan ucap alhamdulillah
terima kasih Allah?
pernah tak kita duduk diam-diam dan rasa "ya Allah, bertuah nya aku diberikan nyawa dan tinggal di malaysia" ?
pernah?
wa percaya...70% mesti ada yang berbuat begini. (sekadar menaip nombor peratusan)

bertuahnya jadi orang malaysia!

p.s : semoga jepun sentiasa cekal menghadapi segala cabaran dan dugaan.ini bukan kerana teknologi dan pembangunan negara kamu yang menjadikan tsunami ini berlaku (seperti kata-kata seorang pembesar wanita), tapi ini dugaan.tabah! :)



No comments: