Saturday, February 12, 2011

patah 3 cantum 9

minggu ni sumpah wa penat gila.penat badan.penat otak.penat mata.penat sendi.penat kaki.pendek kata semua-lah wa penat.semuanya adalah kerana kerja.macam dah lama je kan wa tak komplen pasal kerja.kalau tidakkk..hehe :p entah lah tiba-tiba sekarang ni wa rasa nak belajar berehnti komplen itu dan ini.kalau kerja itu penat, itu semua adalah rezeki dari Allah.kerja mana yang tak penat kan? kalau tak nak penat pergi la kawin dengan orang jual balak, komfem tak penat.silang kaki, shopping-shopping lepas tu layan suami.haha! demm.
dah dua tiga malam ermm..seminggu kot sebenarnya wa dok overtime kat office.hari-hari balik lewat malam.kerja banyak gila.tak bagitahu emak pun, sebab emak mesti bising nanti.malas nak dengar emak bising-bising sebab kerja pilihan sendiri ni. :p

ok itu cerita kerja.
next pls.

semalam layan movie/dvd sebelum tidur (end up wa bangun lambat pagi tadi utk ke office!).title dia Never Let Me Go.ini kali pertama cerita yang wa tengok wa rasa sakit walaupun takde langsung scene tikam-tikam or darah memancut-mancut kena siling rumah or tarik jantung keluar lepas tu makan.erk? ok.movie ni mengisahkan mengenai kehidupan budak-budak yang bersekolah di Hailsham (sebuah sekolah berasrama).kat sekolah tu, anak-anak ini dididik untuk menjadi penderma organ.so setiap hari pemikiran mereka di pengaruhi dengan ideologi bahawa 'saya adalah seorang penderma organ'.mereka di jaga dari segi pemakanan etc supaya sentiasa sihat dan bila dah besar besok boleh bagi organ kat orang yang memerlukan.wa suka cerita mcm ni.sebab ada keira knightley.erh?
senang-senang nanti korang cari lah movie ni.best wooo! *wink*

apa lagi wa nak membebel ni.
owh! semalam pikor cakap dia nak kawen tahun depan.ye ke? like seriously? yeayyyyy! :))
(jgn nak excited sangat.alih-alih dia kawen dgn orang lain! padan muka wa! hahahaahahah)

ok.itu sahaja! korang take care.selamat berhujung minggu! :))

xoxo
kerr.

3 comments:

Wani Ardy said...

lu ni kan. jangan cakap macam-macam eh. masin mulut tu kang. takut kan takut kan??

kerR {abdullah} said...

hahaha.ala wani betul apa wa cakap tu.wa tak risau, sbb jodoh kerja Tuhan.kalau bukan jodoh wa, buat la mcm mana pun tetap takkan ter-jodoh.
tp wa selalu doa semoga dijodohkan dgn orang yang baik2 dan boleh jaga wa smpi mati. :))

amin.

Wani Ardy said...

memanglah kerr... haish -_-