Friday, November 12, 2010

mengapa saya berhijab?

Masuk bulan disember depan cukup 8 bulan saya berhijab menutup helaian rambut dan kepala.sehinga sekarang saya semacam tak percaya bagaimana saya boleh sekuat ini padahal dulu melaung-laung "cuma akan berhijab bila bersedia dan paling-paling busuk bila sudah bergelar seorang isteri".tapi alhamdulillah.Allah Maha Mengetahui.Dia segera membuka pintu hati untuk saya mengurangkan dosa-dosa yang secara terang-terangan jelas kelihatan.masih saya ingat di hari pertama saya mengenakan tudung adalah hari pertama ke pejabat.seminggu selepas ayah meninggal dunia.terus terang saya katakan di sini, pemergian ayah memang satu tamparan yang besar buat saya.juga keluarga.sesungguhnya ini adalah kejadian yang paling tidak mahu saya hadapi.kalau boleh saya nak Tuhan sentiasa memanjangkan umur ayah, emak dan keluarga selama-lamanya.walaupun mustahil.
kenapa saya berhijab? saya mula rasakan selama-lama ini arwah ayah sering berpesan kepada saya supaya memakai tudung.walaupun bukan dengan cara paksaan tapi hati saya tetap terdetik.ketika itu saya lalai.kerana saya belum betul-betul sedia.tapi tidak sedar-kah saya bahawa memakai tudung menutup aurat bukan sesuatu yang kena bersedia.ini adalah hukum yang termaktub dalam al-quran.apa yang paling saya kesalkan adalah arwah ayah tidak sempat melihat saya berhijab seperti sekarang (walaupun saya pernah mengenakan hijab utk ke kenduri etc).itu tetap tidak samakan? saya berhijab kerana tuntutan agama.kerana Allah.selepas ayah 'pergi' saya semakin kerap bergelumang dengan buku-buku agama, soal jawab didalam kubur dan laman web mengenai kematian.saya jadi takut.terus terang, saya bukanlah jenis manusia yang terlalu patuh kepada agama.dulu saya tidak rajin mengenal tikar sembahyang.5 waktu mesti ada yang bolos.tidak rajin mengulang yassin.tidak rajin mentafsir makna ayat al quran.malah bacaan ayat-ayat suci saya juga tidak lancar.tapi jangan juga salah sangka bahawa saya adalah manusia paling lalai dengan dunia.saya masih berbatas.jahat sunat.tidak-lah memakai seksi.menghisap rokok mahupun menonggak botol arak.its not me! alhamdulillah.saya rasa selain daripada ajaran daripada keluarga, ini adalah kesedaran untuk tidak merosakkan diri sendiri.saya amat bersyukur untuk itu.dalam setiap buku-buku agama yang saya baca sehingga ke laman sesawang jelas menunjukkan bahawa apa yang wajib mahupun yang haram disudut hukum.bila begitu saya teringat kembali apa yang saya laung-laungkan dulu.saya kerap membantah bila disuruh berhijab.saya kerap mempersoal berlawan cakap mengenai pemakaian tudung.saya kerap mengatakan ; "tak semestinya yang bertudung tu baik, dan yang gondol kepalanya itu jahat!" angkuh.ye saya tahu. ;p tapi itu saya pada suatu masa dulu.kerap berdebat; "alah ayah..yang duduk kena tangkap dalam semak tu semua yang pakai tudung!" masih juga mahu menang.sebenarnya adalah bagaimana kita membawa diri kita.bagaimana kita membawa imej bertudung itu.saya tidak mahu persoalkan apa-apa.kerana saya juga masih baru berjinak-jinak untuk menjadi muslimah yang lebih baik dari masa ke semasa.mungkin juga saya akan jadi pembawa imej bertudung yang kurang baik dalam masyarakat.siapa kita untuk lihat masa depan kan? jadi saya tidak akan persoalkan di sini.kerana akhirnya adalah diri sendiri.
kini setelah hampir 8 bulan mengenakan hijab walaupun pada dasarnya pemakaian saya tidak sesempurna wanita muslimah (terlalu mengikut fesyen? ;p) seperti yang ditetapkan dalam islam, hati saya kian tenang.dan saya tidak segan silu mengajak rakan-rakan lain mengenakan hijab.namun, saya tetap mahu mereka bersedia kerana saya takut dan sangat pasti bukan semua manusia mudah dibentuk dirinya.saya takut untuk diri saya sendiri kalau-kalau satu hari nanti saya mendedahkan atau membuka kembali apa yang telah ditutup.mohon semoga ditetapkan iman.saya tidak mahu cakap besar mengiya atau menidakkan sesuatu yang halal/haram kerana saya juga masih baru belajar ke arah yang lebih baik.cuma saya harap kepada kawan-kawan diluar sana mari lah saling mengingati.jangan terlalu angkuh dengan apa yang kita ada di dunia ini.

good luck dan selamat menjalani kehidupan yang lebih baik! :))

5 comments:

.(ns) said...

bukan men panjang cite pasal tudung.. dulu wa nak berhijab tapi wa rasa cam susah sgt tp bila sudah bertudung.. laa senang je.. idak le susah pun..selesa plak tu.. x yah sikat rambut! hehehe

so apa fesyen hijab terbaru yang menarik ya? hehehe pekate lu update pasal fesyen bertudung plak.. ;P

always remember, whatever people may say, you should know ur nawaitu. all for the sake of Allah. ;)

kerR {abdullah} said...

serious..tak payah sikat rambut.wa pun dah berjangkit lu ni.hahahaha! happy la lu tak payah dgr org2 membebel suruh sikat rambut.hoho! :p

owh..fashion tudung? wa tgh kumpul source.terbaek dari ladang punyerrr!!! pheww! nantikan..haha

Wani Ardy said...

omar suh lu start your own fashion blog sementara yang lain jadi contributors je kalau ada bahan. yang penting lu kepalanya! buat la kerr! lu rajin research! mari kita ajak reramai orang cover kepala hihihi yup sedia tak sedia cerita lain. kasih sayang tu akan datang kendian, macam orang yang kahwin dulu baru bercinta juga! eh eh lari sikit topik ;p

Ili Khalil said...

Salam Kerr,

Isu tudung sekarang makin panas kan? Rasa macam makin keliru dengan konsep bertudung diri sendiri dan macam-macam manusia.

Saya bertudung dulu pun masa arwah Ayah kritikal di wad. Permintaan dia ialah nak tengok saya bertudung. Memang betul tak semestinya kita bertudung kita baik, tapi bila kita bertudung, secara automatik kita ada satu batas untuk buat sesuatu.

Contohnya, nak masuk club. Saya ada konflik diri dulu, nak masuk club macam mana eh? Saya fikirkan satu je, saya bertudung. Batas utama saya dengan club ialah saya bertudung. Walaupun sebenarnya pakai tudung pun tak betul, nampak dada and pakai seluar ketat.

Saya nak share satu artikel dengan Kerr. Baca lah. Sangat jelas pengulasannya.

http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/898-tak-mahu-hipokrit-akhirnya-bertambah-dosa.html

kerR {abdullah} said...

wani : hah? oit korang dah gile ea? tampo nak? hahahahahaha! :D

ili : tengs ili! info yang sangat membantu!!!! :D