Friday, February 25, 2011

I believe in the religion of Islam. I believe in Allah and peace.- muhammad ali

saya mengaku bahawa saya bukanlah seorang yang patuh 100% kepada ajaran agama.

1). bukan kadang-kadang, tapi saya kerap tinggal-kan solat.solat saya selalu tak cukup 5 waktu sehari semalam.mesti berlubang.kalau tak subuh (akibat berselimutkan kulit babi yang empuk) mesti isya' (sebab alasan "nanti la kejap lagi" - lepas tu membutaaaaa sampai ke jam 8am!) - sumpah dilaknat Allah.astagfirullah. :(

2). pejam celik dekat nak setahun saya berhijab.itu bagus.tapi hijab saya selalu tak menutupi dada seperti yang disuruh dalam hukum syarak.nak belit sana, nak belit sini.saya setuju bila ada yang komplen "pemakaian tudung kini hanya kerana fesyen." walaupun saya bertudung bukan sebab nak ikut Yuna tapi saya mengaku dan sering bertanya-tanya "kenapa aku pakai tudung tapi dada tidak ditutup? nak tunjuk apa?? ur big boobs?" fakk :(

3). i do love leggings.faham tak kenapa jadi isu??? sebab menampak susuk kaki saya yang macam batang kelapa ni hah!! :( - kemain tutup kepala tp saya pakai legging.apa dah jadi dgn saya ni? :((

4). saya mengaku saya pegang-pegang tangan dengan boyfriend! berdosa kan? berdosaaaaa sgt2! dah la boyfriend bukan suamiiiiii! :(((

ok saya berdosa dan saya perlu berubah.insyaallah.doakan saya yang paling baik!
terima kasih.
:(

Monday, February 21, 2011

L for love

sekali sekala kena belajar cakap "tidak".
kadang-kadang manusia ini bodoh.
:)

kerr.
654pm/monday

Wednesday, February 16, 2011

org cakap sabar


apa saya tak cukup sabar kah?
terasa nak baling handphone ke dinding tapi saya tahan dan istigfar sebab saya sayang barang-barang saya.
belum pernah seumur hidup saya marah-marah baling barang.
itu bukan saya.

apa saya tak cukup sabar kah?
saya rasa minggu ni banyak hal remeh temeh saya perbesarkan.
kenapa dengan saya ni?

apa saya tak cukup sabar?
saya paling tak suka bergaduh sebab akan terungkit semua benda.
isu itu dan ini.

apa saya tak cukup sabar kah?
untuk tahun ke-7 masih tak cukup ke sabar saya?

tak?

kerr.

Saturday, February 12, 2011

patah 3 cantum 9

minggu ni sumpah wa penat gila.penat badan.penat otak.penat mata.penat sendi.penat kaki.pendek kata semua-lah wa penat.semuanya adalah kerana kerja.macam dah lama je kan wa tak komplen pasal kerja.kalau tidakkk..hehe :p entah lah tiba-tiba sekarang ni wa rasa nak belajar berehnti komplen itu dan ini.kalau kerja itu penat, itu semua adalah rezeki dari Allah.kerja mana yang tak penat kan? kalau tak nak penat pergi la kawin dengan orang jual balak, komfem tak penat.silang kaki, shopping-shopping lepas tu layan suami.haha! demm.
dah dua tiga malam ermm..seminggu kot sebenarnya wa dok overtime kat office.hari-hari balik lewat malam.kerja banyak gila.tak bagitahu emak pun, sebab emak mesti bising nanti.malas nak dengar emak bising-bising sebab kerja pilihan sendiri ni. :p

ok itu cerita kerja.
next pls.

semalam layan movie/dvd sebelum tidur (end up wa bangun lambat pagi tadi utk ke office!).title dia Never Let Me Go.ini kali pertama cerita yang wa tengok wa rasa sakit walaupun takde langsung scene tikam-tikam or darah memancut-mancut kena siling rumah or tarik jantung keluar lepas tu makan.erk? ok.movie ni mengisahkan mengenai kehidupan budak-budak yang bersekolah di Hailsham (sebuah sekolah berasrama).kat sekolah tu, anak-anak ini dididik untuk menjadi penderma organ.so setiap hari pemikiran mereka di pengaruhi dengan ideologi bahawa 'saya adalah seorang penderma organ'.mereka di jaga dari segi pemakanan etc supaya sentiasa sihat dan bila dah besar besok boleh bagi organ kat orang yang memerlukan.wa suka cerita mcm ni.sebab ada keira knightley.erh?
senang-senang nanti korang cari lah movie ni.best wooo! *wink*

apa lagi wa nak membebel ni.
owh! semalam pikor cakap dia nak kawen tahun depan.ye ke? like seriously? yeayyyyy! :))
(jgn nak excited sangat.alih-alih dia kawen dgn orang lain! padan muka wa! hahahaahahah)

ok.itu sahaja! korang take care.selamat berhujung minggu! :))

xoxo
kerr.

Thursday, February 10, 2011

wishlist

1. room make over
[in love with the pattern on the curtain, the chandelier and audrey hepburn poster]
my wall memang dah warna purple.in love! :))

2. find a proper single-bed please.
[desperately mahukan katil.single bed pls]
plus the lampu berselang-seli.so romantic.
:)

3.audrey hepburn poster.
[i am so lucky kerja di company printing! wewooo~]

4.muhasabah diri ;p

5. fashion sense.
[perlu lebih berani bergaya.hello! takde siapa pun nak marah, so
buat apa takut? hihi]

6. evolution. shoe box, inside : joy!

7.capture the beautiful creations.
[come on! dari dulu cakap nak beli pokok letak kat balkoni.mana? manaaaaa?]
cakap lebeyyyy! ;p


kerr.

pic crdt : tumblr / we<3it.com

the paris apartment

If you want to turn your life around,
try thankfulness.

It will change your life mightily.

bernafas untuk {hidup}

weheartit.com

alhamdulillah.
many beautiful things happen[ed] in this early year 2011.
best friend-forever got married.
'something' about my job - masih perlu saya rahsiakan.nantilah bila dah betul-betul confirm, saya akan bagitahu.
kena selau beringat.kena selalu berpijak di atas tanah.
kerana Allah itu sentiasa mendengar doa kita walaupun kita memang selalu lupakan-Nya.my bad.tapi saya masih mencuba untuk menjadi insan yang lebih baik.insyaallah.

moral :
1). jangan selalu mengeluh.(yea sometimes mengeluh itu bagus juga, tapi kalau selalu ianya akan jadi "kawan baik" lalu merosakkan diri sendiri.)
2). jangan kejar nama.buat yang paling mampu.
3). semua kerja penat.mana ada kerja senang.even 'pelacur' pun kerja keras.trust me! :)
4). percaya dan yakin dengan kebolehan diri.

kerr.


Wednesday, February 9, 2011

happy ending {byezura + fauzi}


wa tak hilang lu kan?
:')
-kerr abdullah to bye shukor

ker, she's entering a new phase. u will too. u're not losing anything, u're gaining more in friendship plus poji and in future their children too.
;)
- nana suleiman to kerr abdullah




solemnization

malam berinai






the reception

saya rasa sungguh teruja kerana diberikan peluang untuk menjadi maid of honor to my bestfriend pada hari yang paling bahagia untuk dia.alhamdulillah, semua berjalan lancar cuma saya saja la yang agak emosional.hahaha.biasa lah tu.nama pun kerr abdullah. :p
kalau boleh tahan dia dari kawin lama dah saya tahan tapi realiti nya semua orang mahukan hidup berkeluarga.saya pun akan ber-institusi keluarga pada hari nanti.insyaallah.maka saya perlu gembira untuk dia.dan saya memang happy untuk dia. :)

dan saya nak dia tahu yang saya sentiasa ada di sini kalau dia memerlukan apa-apa. :)
sentiasa ada.

selamat hidup berdua dan berkeluarga nur baizura a.shukor & mohd fauzi ishak!
i love u both.

kerr.

Wednesday, February 2, 2011

cik nab

(In Chinese mythology, the Rabbit is a symbol of endurance and their essence is said to have originated from the Moon. During the Chinese mid-Autumn festival when the Moon is usually at its best, Chinese children still carry lit paper lanterns made in the form of a Rabbit, and climb the hills to look at the Moon and admire the Moon Hare.)

happy chinese new year 2011.
happy holiday.
angpow?
:)