Thursday, December 30, 2010

hello 2011.goodbye 2010

sehari lagi bakal menjengah ke tahun baru 2011.alhamdulillah.semoga tahun baru akan lebih memberikan perkara-perkara yang baik kepada diri saya ini.insyaallah.amin yarabbal alamin. :)
sekejap ke dah nak masuk tahun baru kan? pejam celik, setahun dah.so senarai dibawah ini adalah perkara-perkara yang berlaku dan yang ditempuh dalam hidup saya secara random sepanjang tahun 2010 :

  • 2 tahun saya berkhidmat di manggis production sdn bhd.banyak suka duka sepanjang tahun ini.tekanan jangan cakap la kan?.tapi saya percaya, di mana-mana kita bekerja pun, pasti ada tekanannya.alhamdulillah, saya dah menempuhinya dengan tenang plus bermaki-makian sedikit..hihi. ;p
  • melancong ke Bali (company trip) - antara tempat impian saya.dapat juga jejak kaki ke sana.
  • kehilangan seorang lelaki bergelar ayah pada mac 2010.-ini paling menyakitkan sepanjang tahun ini.semoga ayah sentiasa di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.
  • mengambil keputusan untuk berhijab - kerana Allah , kerana ayah.
  • engagement & wedding of my rainbow Syazwani + Syafiq, Baizura + Fauzi, Faeza + Jimi.
  • pindah rumah from Wangsa Maju to Setiawangsa.
  • cds & tapes klien hilang dan musnah dan saya yang kena tanggung walaupun bukan salah saya - till now saya tak tau mcm mana nak terangkan pada client tu.
  • kesihatan yang baik pada usia 26 tahun.-alhamdulillah.
  • relationship yang bertambah kukuh bersama afiq ikhwan.- alhamdulillah.
  • masuk bermacam-macam pertandingan, tapi takde yang menang,hehe :p
itu la antaranya.saya mengidapi penyakit kadang-kadang terlupa.so tak dapat nak ingat semua.apa-apa pun, insyaallah , tahun baru ini saya harapkan peluang yang lebih baik.segera bertemu jodoh.Allah beri kesihatan yang baik untuk emak saya dan keluarga.perbaiki kelemahan.menjadi insan yang solehah.tetapkan iman.kurangkan dosa.aminnn... :))

selamat tahun baru 2011! :))


Thursday, December 16, 2010

monolog : 2

kadang-kadang kenapa kita selalu tak nak mengaku salah sendiri?
kenapa?
rasa loser ke?
kenapa kita perlu rasa yang kita ni tahu smua benda?
kenapa?
takut digelar si bodoh dungu ke?
kenapa kita tak nak belajar terima kritikkan? padahal terang2 kritikkan itu sangat membina.
kenapa?
takut kalau orang pandang rendah ke?

beb, sebab tu la lu duduk situ je tak kemana.sebab lu bodoh sombong.lu leka sebab ramai yang men-jilat bontot lu.
melaung-laung pekik panggil lu best.leka.

bodoh.

Thursday, December 9, 2010

monolog : 1


baiklah.
engkau seorang sahaja yang betul.
engkau seorang sahaja yang faham.
engkau seorang sahaja yang rasa.
penat
letih
nak muntah
nak mati!
baiklah.
engkau seorang sahaja yang layak memerintah.
engkau seorang sahaja paling tahu.
engkau seorang sahaja paling tajam akalnya.
baiklah.
engkau ada kuasa.
engkau ada nama.
engkau ada sahabat.
tapi jangan lupa engkau juga ada musuh.
musuh?
engkau memusuhi diri sendiri.
kerana tamak.
kerana haloba.
kerana nafsu.
penat engkau, penat lagi aku.
letih engkau, letih lagi aku.
penat badan.
paling penat, otak.
sampai satu tahap aku dah macam malas nak
fikirkan hal engkau si maharaja ni.
sampai satu tahap aku tak sabar nak jauh dari engkau.
cepat Tuhan.
buka-kan pintu untuk aku seluasnya.
kerana aku percaya
rezeki semua di tangan Mu.
kerana aku bukan siapa-siapa
aku tetap akan menjadi aku.
aku.

Wednesday, December 8, 2010

awal muharam


selamat menyambut tahun baru - maal hijrah! :)
azam tahun baru saya adalah untuk menjadi lebih baik.kurangkan dosa-dosa kecil dan besar.tak tinggal solat 5 waktu (no more lubang-lubang).insyaallah!

pagi tadi saya terjaga jam 715 am.ok fine! saya mengaku pagi tadi saya terlepas subuh.serious saya set alarm jam 630am tapi itulah kan - selimut kulit babi lagi sedap dan nyaman dan membuatkan saya terlena tak sedar diri.. -_-" hurm..saya mimpi.saat mata terbuka pagi tadi terasa sama seperti waktu pagi di zaman saya sekolah dulu.pagi yang kelam kabut setiap hari nak pergi sekolah.rindu rumah.rindu emak dan paling rindu arwah ayah.saya sedikit sibuk kebelakangan ini.mungkin terlupa kepada ayah sekejap...my bad.dari semalam lagi saya teringat-ingat ayah.bercerita pasal awal muharam, saya takkan lupa yang kami satu famili mesti akan solat berjemaah di rumah bila tiba malam awal muharam.arwah ayah akan mengimamkan kami kemudian he will recite the doa.i kinda miss that moment.ini tahun pertama tanpa ayah.malam kelmarin saya call emak, tanyakan tentang siapa mengimamkan solat jemaah di rumah.emak jawab. "toit"(adik lelaki saya nombor 4).well alhamdulillah..sekurang kurangnya tradisi ini tak mati.cuma kurang ahli sahaja.dan saya pula tak dapat pulang kerana urusan kerja.kerja je la sampai mati..hihi ;p

semalam saya jalan-jalan merehatkan otak ke OU.lately saya busy betul dengan kerja.penat.(saya sangat sedar yang sekarang ni saya banyak sangat komplen pasal kerja..too bad!) singgah Pull & Bear dan beli sebuah purse.reward untuk diri sendiri.and i love it! :))
alhamdulillah ada juga benda yang boleh buat saya tersenyum.alhamdulillah...

muka happy macam dapat hadiah dari santa claus! :D

anyways, saya ada plan something untuk diri sendiri.tengok la macam mana nanti.harap-harap Tuhan perkenan-kan.insyaallah :))

happy new year peoplessss! :D


Saturday, December 4, 2010

love lost - the temper trap


Our love was lost
But now we've found it
Our love was lost
And hope was gone

Our love was lost
But now we've found it
And if you flash your heart
I won't deny it
I promise

I promise

Your walls are up
Too cold to touch it
Your walls are up
Too high to climb

I know it's hard
But I can still hear it beating
So if you flash your heart

I won't mistreat it
I promise

I promise

Our love was lost
In the rubble are all the things
That you've, you've been dreaming of
Keep me in mind
When you're ready
I am here
To take you every time

Oh our love was lost
Lost, lost, lost, lost....
Our love was lost
But now its found

p.s : my all time favorite song! come and sing along with me peoplessssss! :D
(sila dengar di ipod sebalah kanan itu please! )

Sunday, November 28, 2010

timbang-tara.

ku congak-congak
ku tolak tambah
ku darab bahagi

kurang

ku congak-congak
ku tolak tambah
ku darab bahagi

masih kurang

ku congak-congak
ku tolak tambah
ku darab bahagi

susun langkah
atur bicara
lepas biar pergi...

kerr abdullah
ahad 11:29am;28 Nov 10
manggis office

Thursday, November 25, 2010

love @ the 1st sight? me? no! :p

Tuhan, aku harap dia jodoh untuk aku.
amin.
...
..
.
tapi kalau bukan dia buat aku, temukan lah aku dengan
jejaka yang cantik sopan santunnya
baik budi pekertinya
penuh iman di dadanya
segala sifat murni
...
..
.
plus +
* cukup duit untuk shopping
*cukup luas lebar rumahnya
*cukup nafkah zahir dan batin
cukup segalanya.
amin!

hihi.
bagitahu saya perempuan mana yang mahu hidup susah?
tengs!
:))


Tuesday, November 23, 2010

hidup tak selicin lantai yang disirami hujan... :(

hidup ini semua bermula dengan percubaan-"kalau kau tak cuba kau tak tahu!".mula-mula masa wa cuba, wa suka.wa terima.redha.jalan ini Tuhan yang buka.untuk wa.hampir 3 tahun, jalan yang Tuhan buka ini wa lalui dengan tabah dan gembira.semua indah.tapi itulah bila kita terlalu gembira, kita terlupa.lupa nak bersyukur.lupa kepada-Nya.atau sebenarnya wa tak lupa, tapi sengaja diturunkan sedikit ujian? diberikan ujian agar wa bisa menentukan apa yang paling baik untuk diri sendiri.kalau terjatuh sekali pun, ianya adalah pengalaman.
ini adalah kelemahan wa.paling nombor satu.wa lemah.takut kalau tersalah pilih.salah keputusan.wa takut kalau salah pilihan, wa akan menangis tak boleh terima kenyataan.not good not good.
tapi mulai hari ini wa tetapkan hati.kalau kita tak cuba kita tak tahu.kan?
wa akan cuba.
wa sedang cuba.
Tuhan, bantu hambaMu ini ya Tuhan.

dear boss,


affective tak?
teehee~


Friday, November 19, 2010

quick updates iv

hello and hi!
ni quick updates yang penuh gambar...sempat plak kan nak masuk-kan gambar bagai..hihi.



1). miss president's wedding :

dear mazlina a.k.a emak,
happy wedding.semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.i love u :))



2). hari raya haji.

dear k.lyn and nano and nana and cici, thank you so much kerana menjemput saya dan pikor untuk bersama-sama meraikan hari raya di kediaman anda.i love u with all my heart.thank you :))







Thursday, November 18, 2010

hidup ini memang takkan pernah cukup.kan?

kenapa kita tak pernah rasa cukup dengan apa yang kita ada? ok basically, wa adalah orang yang akan sentiasa rasa cukup.mean : contohnya kalau 5 tahun keje kat tempat yang sama pun takpe.asalkan happy! atau pakai je la apa yang ada ni...jgn nak membazir (ok ini tipu! hehe)
kalau kita ada perasaan macam itu, itu adalah nafsu ke? keperluan atau kehendak? tapi kalau kita asyik rasa cukup je, sumpah kita takkan ke mana.sebab kita takkan ada usaha untuk jadi lebih baik.
ok sekarang ni kenapa wa boleh terfikir isu ni? TAK CUKUP-CUKUP KE DENGAN ISU KERJA YANG TAK SIAP-SIAP-TAPI-CLIENT-NAK-DATANG-JAM 6-BESOK? haha.

oktengsbye!
nitepeople!
:)

Tuesday, November 16, 2010

salam eidul adha

dear friends,
salam aidil adha buat semua.semoga perayaan ini dapat mengeratkan
lagi ikatan silaturrahim di antara kita.
cuma sambil kita menyambutnya, mari kita berfikir sejenak
apakah erti pengorbanan sebenar?
apakah kita sedia untuk berkorban?

saya sendiri tak pasti pengertian pengorbanan.
apakah langkah pertama yang saya ambil adalah dikira PENGORBANAN?

selamat hari raya aidiladha
maaf zahir dan batin!
:)

diy : bum on my purple wall


pernah tak tiba-tiba korang rasa macam banyak gila masa atau tiba-tiba rasa macam "owh aku sangat kreatif hari ini?" -_-" saya baru sebulan lebih masuk ke rumah baru di setiawangsa.new house.new housemate.new room.new environment.di bilik saya ada wall yang ber-kaler purplish yang saya rasa saya sangat suka.but too bad, penyewa lama tebuk lubang di dinding itu sana dan sini.owh buruk! :(
so saya harus memikirkan sesuatu untuk menceriakan bilik kecil saya itu.saya ada pergi ke kedai yang menjual wall paper cute-cantik-gorjes gile dan memilih design dan sudah pun men-survey harga.erm..ok RM60.design pokok-pokok dan sangkar.lepas tu saya fikir semula, kalau dah lekat nanti tak bleh cabut semula.if boleh cabut pun, rosak-lah wall tu.mana-lah tau kot2 nanti saya akan berpindah ke rumah lain selepas berkahwin..kan? erh? hehe.

ok fine! ianya sangat merugikan...not good.not good!
:p
so pada pagi hari ahad lalu, ketika saya sedang selongkar kotak-kotak kerana mencari si Sally (mp3 buruk), maka terpandang-lah saya ke dalam sebuah kotak kecil.didalam kotak tersebut terdapat beberapa helai kertas hiasan dan gunting dan benang dan jarum dan sebagainya termasuk-lah key chain-key chain berbentuk kartun-kartun yang saya tak sedar pun bila saya beli.. -_-"

JADI MENGAPA TIDAK? :))
mengapa tidak menggunakan otak yang tuhan kurniakan ini.
teehee~


gunting & kertas cantik

jarum & benang

double tape

gulung-gulung sampai jadi bentuk bunga rose.
lepas tu jahit hujung dia supaya tidak terburai.
yang satu lagi tu buat la bentuk kekipas.
hoho

lepas tu lekat-kan pada dinding purple
dengan menggunakan double tape.
.
..
...
ok, yang lain belum siap.
itu baru mula-mula je.nanti siap
saya upload gambar!
:D

lama dah saya beli note frame tu kat ikea.
tahun lepas kot.tapi tak guna-guna juga.
so saya decide untuk menggantungkan di purple wall
yang kosong itu.
saya banyak koleksi rantai yang tidak
TER-pakai.hehe.
akhirnya boleh dijadikan hiasan! hoho

tadaaaaaa!!!
:))



Monday, November 15, 2010

dulu

the siblings
allahyarham ayah & allahyarhamah mak itam kiah in memories!

emak & ayah.

nyawa saya.

setiap nafas saya ada mereka.

setiap denyut nadi saya ada mereka.

ayah dah pergi, emak tinggal sendiri.

tapi saya tahu mereka tetap ada cinta di dalam hati.



{in memories 2008-2009}
semalam hati tergerak nak buka laptop yang dah lama tersadai berhabuk bawah gobok baju.
lepas-lepas peristiwa dia dihempap cermin dan pecah skrin-nya, wa memang tak buka langsung.
sepi.
sebenarnya buka laptop tu pun sebab kena buat breakdown for client.malas arh nk pergi cyber cafe.kena bayar plak tu.eleh, nak cakap wa kedekut la tu kan? memang.hehe.
sambil-sambil buat kerja, wa sempat la belek2 album lama dalam folder my pictures tu.banyak gila gambar-gambar rare yang wa rasa macam "erk? bila masa plak wa ambik gambo ni?" or "sapa yang snap pic ni? hantu kot?".hoho.
ok, wa tak boleh nak teruskan cerita pasal gambar-gambar diatas sebab nanti wa ter-nanges.eleh nak cakap wa gembeng la tu kan? memang..hahahah! :D

sekarang wa nak cerita pasal lap top and her future.

masalah : skrin pecah separuh tetapi masih berfungsi dengan baik.
solution :
1). ganti skrin baru.
2). tak payah ganti skrin tapi beli new monitor.
3). tak payah ganti skrin.tak payah beli new monitor tapi beli new laptop? hoooaaahh! -_-"

duit?
teehee.



Friday, November 12, 2010

mengapa saya berhijab?

Masuk bulan disember depan cukup 8 bulan saya berhijab menutup helaian rambut dan kepala.sehinga sekarang saya semacam tak percaya bagaimana saya boleh sekuat ini padahal dulu melaung-laung "cuma akan berhijab bila bersedia dan paling-paling busuk bila sudah bergelar seorang isteri".tapi alhamdulillah.Allah Maha Mengetahui.Dia segera membuka pintu hati untuk saya mengurangkan dosa-dosa yang secara terang-terangan jelas kelihatan.masih saya ingat di hari pertama saya mengenakan tudung adalah hari pertama ke pejabat.seminggu selepas ayah meninggal dunia.terus terang saya katakan di sini, pemergian ayah memang satu tamparan yang besar buat saya.juga keluarga.sesungguhnya ini adalah kejadian yang paling tidak mahu saya hadapi.kalau boleh saya nak Tuhan sentiasa memanjangkan umur ayah, emak dan keluarga selama-lamanya.walaupun mustahil.
kenapa saya berhijab? saya mula rasakan selama-lama ini arwah ayah sering berpesan kepada saya supaya memakai tudung.walaupun bukan dengan cara paksaan tapi hati saya tetap terdetik.ketika itu saya lalai.kerana saya belum betul-betul sedia.tapi tidak sedar-kah saya bahawa memakai tudung menutup aurat bukan sesuatu yang kena bersedia.ini adalah hukum yang termaktub dalam al-quran.apa yang paling saya kesalkan adalah arwah ayah tidak sempat melihat saya berhijab seperti sekarang (walaupun saya pernah mengenakan hijab utk ke kenduri etc).itu tetap tidak samakan? saya berhijab kerana tuntutan agama.kerana Allah.selepas ayah 'pergi' saya semakin kerap bergelumang dengan buku-buku agama, soal jawab didalam kubur dan laman web mengenai kematian.saya jadi takut.terus terang, saya bukanlah jenis manusia yang terlalu patuh kepada agama.dulu saya tidak rajin mengenal tikar sembahyang.5 waktu mesti ada yang bolos.tidak rajin mengulang yassin.tidak rajin mentafsir makna ayat al quran.malah bacaan ayat-ayat suci saya juga tidak lancar.tapi jangan juga salah sangka bahawa saya adalah manusia paling lalai dengan dunia.saya masih berbatas.jahat sunat.tidak-lah memakai seksi.menghisap rokok mahupun menonggak botol arak.its not me! alhamdulillah.saya rasa selain daripada ajaran daripada keluarga, ini adalah kesedaran untuk tidak merosakkan diri sendiri.saya amat bersyukur untuk itu.dalam setiap buku-buku agama yang saya baca sehingga ke laman sesawang jelas menunjukkan bahawa apa yang wajib mahupun yang haram disudut hukum.bila begitu saya teringat kembali apa yang saya laung-laungkan dulu.saya kerap membantah bila disuruh berhijab.saya kerap mempersoal berlawan cakap mengenai pemakaian tudung.saya kerap mengatakan ; "tak semestinya yang bertudung tu baik, dan yang gondol kepalanya itu jahat!" angkuh.ye saya tahu. ;p tapi itu saya pada suatu masa dulu.kerap berdebat; "alah ayah..yang duduk kena tangkap dalam semak tu semua yang pakai tudung!" masih juga mahu menang.sebenarnya adalah bagaimana kita membawa diri kita.bagaimana kita membawa imej bertudung itu.saya tidak mahu persoalkan apa-apa.kerana saya juga masih baru berjinak-jinak untuk menjadi muslimah yang lebih baik dari masa ke semasa.mungkin juga saya akan jadi pembawa imej bertudung yang kurang baik dalam masyarakat.siapa kita untuk lihat masa depan kan? jadi saya tidak akan persoalkan di sini.kerana akhirnya adalah diri sendiri.
kini setelah hampir 8 bulan mengenakan hijab walaupun pada dasarnya pemakaian saya tidak sesempurna wanita muslimah (terlalu mengikut fesyen? ;p) seperti yang ditetapkan dalam islam, hati saya kian tenang.dan saya tidak segan silu mengajak rakan-rakan lain mengenakan hijab.namun, saya tetap mahu mereka bersedia kerana saya takut dan sangat pasti bukan semua manusia mudah dibentuk dirinya.saya takut untuk diri saya sendiri kalau-kalau satu hari nanti saya mendedahkan atau membuka kembali apa yang telah ditutup.mohon semoga ditetapkan iman.saya tidak mahu cakap besar mengiya atau menidakkan sesuatu yang halal/haram kerana saya juga masih baru belajar ke arah yang lebih baik.cuma saya harap kepada kawan-kawan diluar sana mari lah saling mengingati.jangan terlalu angkuh dengan apa yang kita ada di dunia ini.

good luck dan selamat menjalani kehidupan yang lebih baik! :))

fafa's birthday issue!

hi guys! whaddup? teehee~
lately i am too busy with my own world.kerja dan masalah masalah dunia yang lain.24/7 saya asyik fikir pasal kerja.sooo notttt good kan? :(
jadi saya telah dijemput oleh dua bidadari cantik ini untuk merehatkan otak sambil menyambut birthday si cantik manis fafasha.
happy 26th birthday fafa!!! <3
owh tersangat-lah meriah walaupun cuma 3 orang T__T.hehe.meriah dalam sessi ketawa dan bergossip.yea..i need this.i need to ketawa dan lupakan sekejap hal kerja.setiap manusia ada hak untuk meriangkan diri sendiri.
dan saya pulang ke rumah dengan senyuman yang lebarrrrr...
:))

lamb maghout.aka nasi kambing.
heaven T__T

beef bacon spaghetti carbonara

beef spaghetti

the menu

the halloween clown - ziela

the halloween clown - fafa the bday girl!

the halloween clown - me & myself

the cake!

teehee!~

the three of us!

Monday, November 8, 2010

not too perfect.

alhamdulillah ya Allah...Tuhan, Kau telah banyak membantu-ku.Kau telah permudahkan urusan-ku.namun aku sering melupakan-Mu ya Allah..ampuni segala dosa-dosaku.astagfirullahhal'a'zim.. :(

Wednesday, November 3, 2010

itb {institut teknologi bandung}

main campus

i.t.b

bila impian saya nak jadi kenyataan?
diploma to degree...and now saya masih rasa mahu belajar lagi.
ini impian yang saya simpan dari dulu lagi.
saya pernah hantar permohonan secara online tetapi masa tu saya salah lihat tarikh kemasukkan semester.
akhirnya terkubur.

saya kerja dan terus bekerja.
sekarang saya bermimpi semula.
tapi bila?



Monday, November 1, 2010

gagas

1).macam-macam yang wa fikir dalam kepala ni.lepas satu, satu yang datang.walau macam-macam mana pun, wa kena usaha juga.kena berubah.kena mula langkah.paling tahi pun satu step ke hadapan.jangan takut.kena buang rasa takut.sebab ini bukan untuk orang lain, ini untuk diri sendiri.untuk masa depan.*cuak*

2).wa dah tak larat hidup macam ni.bukan tak boleh susah, tapi siapa yang nak rasa susah kan? yang sebenarnya wa tak pernah rasa susah dan kalau boleh wa takkan biarkan rasa susah itu muncul dalam hidup.sebab tu kena usaha.

3).bila balik kampung, emak dah mula bertanya."siapa nak uruskan kalau emak dah takde nanti?" - not funny emak.not funny. T__T

4).halal - bila?

5).rasa hidup macam pendek.kejap je november dah menjelma.




*permudahkan urusan-ku ya Allah.