Friday, July 31, 2009

?

why?

why?

why?


why?why?why?why?why?why?why?


:(

Saturday, July 25, 2009

big fish.i loike! :)




  

the 2nd largest aquarium tank in the world... :)
"kuroshio sea" in Okinawa Churaumi Aquarium, Japan.

amazing aite? :)

besar kuasa Tuhan...subhannallah..

credit : youtube.com

Friday, July 24, 2009

sick

saya batuk teruk.
nak pi klinik malas...

sapa2 ada ubat lebih? :(

Thursday, July 23, 2009

finally,his angel hair.... :)









k : r u sure? tak nanges nanti?

a : sure..rimas dah

k : betul ke awak ni?

a : iye..betul... :)

k : confirm ye..jangan menyesal... :)

a : iye.betul.confirm. 

k : ok..

a : bang..kemas dan pendek!

k : pendek betul..saya nak kemas.

a : :)

k : :)

kini...
dia lelaki
dan saya perempuan.

:)

Tuesday, July 21, 2009

don't date-wrong people :)



hi.
saya happy.
berlaku pada hari ahad yang indah.
date sambil tambah knowledge pasal hidupan laut.
asal nya nak ke zoo...tapi plan berubah sebab cuaca panas.lagi pun zoo boleh pergi bila2 sebab dekat.hihi.its ok maybe next time kata afiq...
yeah! next time boleh tengok gajah pulak...huhu.
video ni pendek.ada satu lagi tapi sudah hilang ke mana.jadi ini je yang terselamat.weeee~
saya happy lagi.
insyaallah..happy sampai bila2...amin!
:)

p.s: sorry...the quality not so-good.kamera handphone je kot! hihi~

.tak nak.

saya tak nak baju baru
saya tak nak kasut baju
saya tak nak beg baru
saya tak nak makanan yang sedap2
saya tak nak main layang2
saya tak nak pergi parti
saya tak nak jalan2 kat shopping mall


saya cuma nak emak saya
saya cuma nak ayah saya
saya cuma nak adik2 saya
saya nak rumah saya

saya home -sick... :(

Friday, July 17, 2009

baby number 1

finally...
ok.nama dia kiki.
baru je beli semalam.
saya happy! 
:)

saya nak upload gambar 'dia'...tapi saya tak jumpa card reader.mana ntah hilang...
its ok.next time mesti saya akan kenal-kan kat korang2! :)

Thursday, July 16, 2009

gud enuff? part 2

seorang para pekerja menerima panggilan dari pihak paling atas berkenaan dengan hal kerja.jam tepat menunjukkan ke angka 3:48pm.deringan tadi diangkat dan dijawab.terdengar di corong telefon tangan itu getaran jeritan si pemanggil.sakit.pedih.hamunan lagi ke yang diterima? para pekerja cuma terdiam sebentar sebelum menjawab pertanyaan bertalu2 itu.dalam 2 minit : 17 saat talian diputuskan.muka para perkerja surut dalam memendam marah.

panggilan tadi mengenai lelaki cermin mata petak itu.kerjanya.urusannya yang tidak diselesaikan dengan baik.mengakibatkan para pekerja terkena tempias.saat ini hamburan makian dan makian demi makian dihadiahkan penuh kepada lelaki cermin mata petak.namun lelaki cermin mata petak bukan tahu tentang keadaan ini.dia masih dengan papan kekuncinya.meng'google' apa yang sedang dipanggil 'in thing'.

jam 5:14 petang.
bunyi riuh dari kedai makan yang betul2 berdiri disebelah rumah kedai sedikit memeriahkan keadaan.saat ini suasana pejabat sunyi dari suara, tapi sedikit mengetap dengan bunyi papan kekunci dari meja masing2.ada yang sedang melakukan kerja.ada pula yang sedang memblog dan bermain internet.
masing-masing dengan hal sendiri dan tak sabar untuk menunggu jarum jam menginjak ke angka 18.00 petang.
suasana terus dihidupkan dengan bunyi radio, potongan sayur dan hentakkan mata pisau ke atas landas kayu dari kedai sebelah.

...

gud enuff? part 1

dia masuk ke pejabat hari ini dengan muka masam mencuka seperti hari2 biasa yang dia lalui.langkah yang sedikit kelam kabut.henyakan kaki ke lantai bangunan rumah kedai 2 tingkat...berderap-derap bunyinya.kami diam2 sahaja.buat2 macam dia tidak wujud dan tidak pernah wujud.hempasan kertas digenggaman ke permukaan meja di tempat kerjanya mendengungkan telinga kami2.hati seorang para pekerja yang asyik menusukkan mata ke arah muka komputer mula berteriak, "hai..apa lagi yang kau nak marahkan diwaktu2 aman kami?". seorang lagi para2 pekerja juga berteriak walaupun di dalam hati, "pernah dan boleh tak kau maniskan sedikit muka mu supaya aman kami terus menyanyi?". mata dia melilau, melihat sebuah lagi komputer di meja hujung sekali yang di mukanya cuma terdapat gambaran segi empat yang mempunyai sedikt tulisan dan segaris garisan biru rona laut bergerak sedikit pelahan sedikit pelahan.dua keningnya berkerut sehingga terkesan bentuk kedut diantara mata yang memakai cermin petak itu.darahnya mula naik ke hati.panas.lantas mulut nya berteriak kuat ; "vfdkrkplsd3499dsdd[awfk kg? jsdeif w-[pkd ngq]lf? jw0wdorgk[lf!!!!!". para pekerja yang terlibat dalam hamunan nya segera2 bangun mengangkat punggung melakukan suruhan dia.wajah para perkerja sedikit berubah.jatuh keningnya.hatinya mungkin sudah pun muncul garisan2 pedih.yng lain pula cuma diam tapi bergaduh didalam hati menahan gelodak perasaan.kalau sudah ada pisau atau dawai halus dan kalau itu tidak salah di sisi undang2 dan agama sudah lunas berkecai dikerjakannya.malangnya itu cuma angan2.sudah.lupakan sahaja.

dia lelaki bercermin petak itu laju ke dalam sebuah bilik.pengurusan.segala fail2 pekerja, clients2 semua ada di sana.di dalam bilik itu ada seorang wanita separuh umurnya mungkin dalam lingkungan 46 ke 48 tahun bersama seorang budak perempuan berusia 7 tahun.bunyi radio berjam digital terpapar di skrin.lagu2 semua berentak terkini dan moden.di atas meja tinggi sedikit tergantung sebuah telivisi sebesar 21 inci mungkin, di bahagi ke 4 bahagian di mana memaparkan setiap pergerakkan yang dirakam mengguna kamera litar.ya, setiap sudut dirakam agar percuri dan niat mencuri terbantut.itu amaran.harap diambil perhatian.lelaki bercermin mata petak menarik laju kerusi beroda di depan meja.mula jari manaip laju punat2 papan kekunci.berkerut2 lagi keningnya.suasana yang aman di alunan radion buruk di tambah dengan petikan papan kekunci tadi..tap tap tap...enter! tap..tap..tap..enter! backspace...tap...tap...tap...enter! delete! 

di luar, para seorang pekerja memandang ke arah lelaki cermin mata petak yang berada di sebalik dinding kaca dan mencebik mengejek.berjalan ke setiap meja bertanya soalan; "gjepfckpsd9 kh?".para perkerja mangsa tadi cuma diam.sedih.pasti sahaja menjadi bahan perbualan.tentang siapa lagi kalau bukan tentang lelaki bercermin mata petak itu."djgkokfler-40ortdsdwpoek" , kata yang pertama."fsdiosdawpeoki9wfivih..." jawab yang kedua.
lelaki yang diperkatakan masih terus memberikan perhatian kepada kerja2 nya.

....





Wednesday, July 15, 2009

yummy-lious!






saya dalam eat-mode sekarang nih.
google sana sini cari gambar makanan.hihi.
bila saya boleh makan makanan yang lazat ni dalam satu masa ye?
unhealthy but can't help it... :)
sedap dowhhhhh! 

*gambar belas ikhsan dari google images :p

Monday, July 13, 2009

shit.kenapasayasukastuffyangtengahin?




tekanan betul la.
bila ada duit tak nak beli.
beli payment belum clear baru terhegeh2 nak beli itu beli ni...ayoyo! :(
saya akan pasti kan saya beli sandal gladiator ni bila payment clear.PASTI! 

ingat nak beli wedges gladiator yang tinggi tapi saya tak pakai hot pants pulak...so tak de la gunanya saya memakainya bersama seluar panjang.haihs! ataupun saya belum habes research nak pakai dengan apa yang sesuai? hihi.
wutever...saya kena beli.memang kena beli.kalau tak saya terbayang2 masa nak tidur nanti..heeee~ :)

not like that - ashley tisdale

semalam tidur petang mimpi kena kawin dengan orang lain...wut? kawin? dengan orang lain?...sebenarnya bukan kena kawin, tapi baru bertunang.haihs..pelik betul la! :) adakah itu sign2 yang Tuhan bagi yang menandakan saya harus berkahwin..oh no! hihi.gediks.tak sebenarnya mimpi tu adalah mimpi karut sebab saya tidur lepas asar.sebab tu gila! hahaha~ 

saya rasa saya nak pergi bercuti la..serious.penat betul badan nih.tapi nak pergi dengan sapa? boifrend? dia tak mau pergi kalau berdua je.kalau ramai2 tak pe katanya..(eleh! ye2 je la tuh :)

lama dah saya tak balik johor.last balik 6 june hari tuh.aduh..bila la saya ada masa free untuk family kan? tension betul.asyik kerja je...setiap kali bila saya atau emak saya bercalling2 saya tak tau nak jawab apa bila dia tanya;

emak : bila nak balik...nak ajak teman tengok pokok kat nursery...cari kain buat baju raya...dah makan? emak masak asam pedas sembilang (ayoyo!)
saya : ....erk???  

derhaka kah saya? tak kot...saya baik je.nanti ada masa kena balik.tak boleh kata tidak.orang kata selagi masih hidup nih kena selalu lapangkan masa sesama.nanti dah tak de jangan nak meraung menyesal.paham cik kerr? 
*paham lorh...

ok sebenarnya saya tengah buat kerja.tapi saya macam blur.nak buat/edit macam mana nih? idea saya kurang pulak di hari isnin.kena polish kot! saya sibukkan dgn main FB tapi macam boring je...main YM pun boring juga.sudah nya ini la kerja saya.konon2 menulis.huhu.kadang2 saya tak tau nak membebel apa dalam blog ni.tulis je la apa2 pun.macam sekarang ni.nak mengomel apa pun jadi blur.aduih! :)

dah la...nanti2 je la.
bye~




Wednesday, July 8, 2009

my baby ;)


saya tengah fikir nama yang sedap2 + comel2 for my new baby... :)
agak2 apa ye?
erk?! hihi~ ;p

Tuesday, July 7, 2009

taxi man.taxi man.

7 july 2009
8:40 am

pagi ni saya keluar rumah untuk ke office sorang2 witout pikor sebab jadual kedai fotografik kat bawah manggis tu dah di tukar ke jam 11 pagi setiap hari dan akan bercuti pada setiap hari ahad.
so pagi ni saya bangun tidur seawal jam 7:30 am (tak de la awal sangat... ;p) bersiap dan keluar dari pintu rumah pada jam 8:30 am.seperti pagi2 biasa yang saya lalui,
untuk menunggu teksi di kawasan rumah saya memang la memakan masa yang lama kerana :
1). teksi jarang lalui kawasan apartment saya
2). kebanyakkan yang tinggal kat apartment tu memang dah ada kereta sendiri...uwaaaa!!!

saya pun berjalan ke tempat biasa untuk menunggu teksi.ia nya memakan masa lebih kurang 5 minit kalau jalan laju, 8 minit kalau separa laju dan 10 minit untuk kelajuan biasa.
aduh..memang la penat.tapi saya kuat kan semangat kerana hanya itu lah satu2 nya senaman yang mampu saya lakukan kerana kesibukkan berkerja.hihi.masa tengah2 jalan2 tu, saya terperasan al ada sebuah teksi di seberang jalan.lalu saya tahan la teksi tuh.

saya : taman melawati ye.
teksi : mana dik?
saya : taman melawati.depan tu abang u-turn ikut giant okeh.
teksi : ooo..keja ke belajar?
saya : keja.
teksi : kerja apa?
saya : ala..keje biasa2 je. (nada mendatar..konon2 buat2 tak de mood nak bercakap)
teksi : duduk mana?
* peh!!! banyak pulak cekadak ko ye*
saya : apartment kat sana tuh.. ( buat muka meluat nak jawab)
teksi : menyewa dengan kawan2 ke?
saya : tak..tinggal dengan famili.
teksi : oh tinggal dengan famili? dah kawin?
*amboi2! dah lebih ni*
saya : (otak saya cepat je nak membohong..nak jawab apa nih? ;( dah kawin ke blum? kang kalau jawab dah kawin..buat nya dia pikir "wah! dah ada pengalaman." kalau kalau jawab
belum..dia makin tanya soalan pelik2...haihs!!!! ) lalu saya menjawab je : BELUM.
teksi : oh belum kawin... (sengih2...pandang saya.toleh kepala dan kemudian pandang melalui cermin...geli je)
*jahanam tak?*
teksi : ayah kerja apa?
saya : polis (bohong lagi bagi dia takut! hihi) kat putrajaya.
teksi : oh polis...kat mana?
saya : putrajaya.
teksi : adik beradik berapa orang?
saya : 4 orang.
teksi : ada kakak?
saya : saya ada abang...abang..dan abang. (hahahahahah!!! padan muka ko!!! kena tipu lagi bagi dia makin takut)
teksi ; jadi adik seorang je perempuan ye...(nada rendah sket...tahap miang turun sket)
saya : (diam)

dalam kepala otak saya ni, dah pikir dah skill2 membunuh.kalau dia buat taik je...saya dah sedia kan penumbuk.hahaha.lepas tu dia tukar topik cakap pasal jerebu la...apa lah..saya buat dunno je.
sampai je kat belakang office saya bayar duit.dia tengok muka saya, sengih2 macam setan.saya buat dunno lagi..."eh bang! ada baki tuh..."
dia mengelupur la cari baki duit.peh! sedap je ko erk...nak rembat duit aku lah tuh!!! taikkkkkk!
dapat je balance saya terus chow..tapi sebelum chow saya tau budi bahasa amalan kita saya ucap lah jugak "TERIMA KASIH".hihi.
so pagi ni memang bersejarah sikit.selama2 saya naik teksi belum pernah lagi kena macam ni...ni lagi dua tiga hari nak dapat kereta ni terkena pulak..
adakah ini pengakhiran sejarah naik teksi bagi saya? hahahaha~
ala..bukan semua macam tu.kot2 dia ngantuk so ajak la berborak..tapi kenapa nak sengih2 macam setan!!!! hahahaha.dah la bang..berhati2 di jalan raya okeh!

p.s ; baru saya perasan yag saya ada talent berlakon dan menipu.so agak2 kalau saya masuk anak wayang lepas tak? hihi :)


Saturday, July 4, 2009

wish.list



serious cantik hokeh!  saya tengah ter-gila2 kan jacket...lagi2 leather jacket yang kat tengah2 tuh.so-hot okeh! :p
tapi setiap kali cari mesti tak jumpa yang berkenan...aduih! selera tinggi sangat ke? 
its okeh..petang ni nak round cari jacket tercinta.semoga jumpa yang berkenan.terus beli.terus pakai.happy.
weee~

Thursday, July 2, 2009

kings of leon - sex on fire




semalam saya tertekan.after lunch, saya balik rumah terus.dah tak boleh nak handle.kenapa dengan saya ni? saya pun tak tau.kerja2 yang melibatkan clients menghancurkan saya.saya tak berapa bagus dalam menangani hal2 macam nih...shit.kenapa eah? :(
ya Allah..Kau kuatkan lah hati ku.Kau permudahkan lah urusan ku.Kau lindungi lah aku.
seksa nya bila life kita jadi tak tentu arah macam ni.
saya rindu nak balik johor.itu terapi saya.jumpa emak.jumpa ayah.bergosip dengan adik2 perempuan saya.melayan musik metal adik lelaki saya.saya rindu damai itu.saya rindu nak makan masakan emak saya.saya rindu katil kat rumah.rindu jalur matahari yang lalu di celah tingkap bila pagi muncul.
saya nak lupakan kerja yang melekat dalam otak saya ni.

itulah..bila saya fikir2 semula.saya memang takde masalah2 besar.bergaduh dengan bf ke.bf ada orang lain ke.hidup tak happy ke.tak de langsung.tapi Tuhan nak uji saya dari segi ini pula.kerja yang memberikan tekanan yang hebat.sampai nak ke office pun saya rasa takut.takut nak hadap kerja2.ni baru setahun 2 bulan...awal2 dulu tidak pula macam ni.kenapa sekarang.maybe betul kata my boss masa dia bersms dengan saya semalam ;

"memang kadang2 kita burn out.its normal.have balance in life.work+rest+hav fun."

sekali lagi saya berdoa kepada Tuhan.kalau betul ini punca rezeki seumur hidup ku, Kau dekatkan-lah.jika bukan maka Kau hindarkan -lah dari aku...amin...