Thursday, October 28, 2010

good news.bad news

hall-luuu! :))
ok pasal cerita sumpahan naga-and-whatsoever tu wa malas nak sambung.korang buat/reka je la cerita sendiri ya? boleh? hehe.so today sebenarnya macam banyak kerja tapi macam malas nak buat.dari pagi tadi asyik ber-fb dan ber-surf-ing.sampai tak tau dah nak but apa..erm..ada je job masuk tapi nanti la.rehatkan otak sekejap sebab job lepas baru je settle.haihs! penat tau! :p
apa mahu cerita? banyak sebenarnya.ok2 kita start dengan yang the happy one dulu ye? hoho.my bff - bye akan bkahwin pada tahun hadapan.bulan feb 2011 insyaallah.dan dia telah meng-offer wa untuk menjadi her bridemaid or pengapit.ecececeh! ambil berkat ni! hoho.so kami berdua tengah ber-diet gile2.no more nasi okeh!!! yea..like seriously! kejung perut tak makan nasi. -_-" but what to do, ini semua adalah kerana untuk memberi semangat kepada si bride-to-be.setakat ini, so farrrrr sooo good! hopefully, cepat kurus dan cantik dan boleh menjadi pengapit yang hot di hari persandingan si bff tadi! phewittt! :p owh ya, rasa tahun depan macam banyak juga agenda, insyaallah ramai yang kan melangkah se-fasa lagi dlm perhubungan.faes kawen bulan 5 insyaallah.ziela, bulan 12 ni ada masuk merisik.so sweet kan? comel betul...hai mmg full la calendar wa tahun depan.huhu.and me? i don't know yet.tak tau la jadi ke tidak.but wa harap tahun depan jadi sesuatu yang indah.apa2 la..tunang ke apa ke? ececeh! haha over la lu! :p ok2, apa lagi berita baik? takde.ok cukup itu je.lalala.now mari kita menjelajah ke berita yang kurang seronok untuk di dengari.firstly, its all about gaji and the allowance.sekarang ni mcm tak cukup.serious.berbincang juga dengan teman-teman sepejabat.dapat gaji, tolak rumah tolak kereta tolak minyak tolak ptptn adalah tinggal rm200.rm200 utk tahan sampai hujung bulan??? giler ea? :( tak cukup.serious tak cukup.mana duit makan.duit belanja.mcm mana mau kawen?? huwaaaaaaa -_-" not good not good! so one of my office mate dah memberitahu issue tersebut kepada admin dgn harapan admin akan berbincang dengan boss.tapi tak tau la..ntah.sedih.. :(( if tak jalan juga..harus-kah wa yang mewakilkan semua utk berhadapan sendiri dgn boss-yang-ku cintai? T____T
secondly, wa ber-chat dengan my younger sister- noi.dia cerita la pasal itu dan ini dan termasuk-lah sekali pasal my aunty pergi berubat sbb-kenabuatanorangyangjahatsilalamasukkenerakaye?.cerita nya, wa mmg ada seorang aunty yang masih belum berkahwin and her age almost 50 la.kesian.pergi berubat, orang tu kata kena buatan orang.wa ni kadang-kadang percaya, kadang-kadang tidak.because i always believe yang jodoh hidup mati Tuhan yang tentukan.if tak kawin lagi that mean jodoh kau belum sampai la kot? erm..i dont know.sebenarnya dari dulu dah berubat and cerita nya tetap sama.and of course, you guy dont worry.ni bukan berubat dgn incik pawang sukamainapisampaiberasapsaturumah ye..atau incik bomoh yang ada bel toyol cute kaler hijau.no no no! ini berubat dengan cara islam.guna ayat al quran.(kot? hehe).ye la, yang pasti bukan bomoh atau pawang.jadi cerita nya adalah 'orang jahat' tersebut berdendam kerana menolak pinangannya pada my aunty di zaman dahulu kala.so dendam la sampai sekarang.and the worstttttttt thing is : KALAU MY AUNTY TAK KAWEN, JANGAN HARAP LA ALL HER ANAK SAUDARA AKAN KAWEN JUGEE! so ala -ala sebenarnya kitaorang pun kena their spells.T___T bila fikir-fikir balik mcm betul je.sebab belum ada seorang pun cucu mak tok and tok abah yang melangkah ke alam perkahwinan yang indah itu.huwaaa! :(( tapi..kalau yang sulung pun baru 28 tahun, takde la pelik sangat kot.hihi.ye ke tak pelik? hahahaha :)) entah la.kitaorang macam tau la siapa kah 'orang' itu.kesian kan? wa mcm terpikir je, kesian dia kat akhirat nanti.teruk kena seksa sebab buat dajal kat dunia.sudah-sudah la tu.berdendam pun bukan elok sangat.hati tak berapa nak bersih.if dia bersihkan hati dia insyaallah hidup dia pun happy! hehe.

kesian makcik itu! erk?? wa ada tersebut ke yang 'buat' tu adalah seorang perempuan? oppsie daisies!!!! :p

1 comment:

Wani Ardy said...

HAHAHA wa suka entry ni! TOYOL CUTE!