hari ini 12102010
umur emak meningkat satu nombor lagi.
tiada apa yang saya harapkan selain emak diberikan
kesihatan yang baik
kegembiraan & kebahagiaan yang berpanjangan
dunia dan akhirat.
pagi hari ini, dalam perjalanan saya ke office saya mendail nombor pejabat emak di johor.
mendengar suara emak, seperti mendapat ketenangan yang paling tinggi sekali nilainya.
suara-nya, ketawa-nya buat saya bersemangat nak memulakan kehidupan pada hari selasa ini.
dia bilang , "haiii..ingatkan lupa.."
saya jawab , "haii...ingattt..takkan ayien nak call emak jam 12 malam.emak mesti dah tido! ni ayien call pagi-pagi ni.."
mana mungkin saya lupa.saya lahir dari perut dia.
:)
emak saya wanita paling sabar paling tabah saya kenal.
iya la..semua anak pasti melihat ibu mereka sebagai wonder woman.kan?
dulu masa ayah ada, ayah ibarat api.emak ibarat air.
zaman sekolah.
saya degil.saya jahat.
ayah pukul saya.
emak datang nasihat.
datang-lah badai sebesar mana pun, emak gagah harungi.
semuanya emak tahan.
kuasa seorang ibu.
saya percaya emak saya gagah.
waktu ayah kurang sihat.
emak mengambil alih tanggungjawab.
dua adik yang masih sekolah.
mujur saja, saya dan lain-lain dah besar panjang.
menguruskan diri sendiri bukan masalah besar.
kemudian ayah pergi mengadap ilahi pada mac lalu.
emak tenang sahaja (pada pandangan mata kasar saya)
saya tidak tahu kalau emak dah puas menangis seorang diri.
tapi alhamdulillah, keadaan tenang.
sehingga ke saat ini, emak masih begitu.
tenang ceria ketawa
menonton filem korea dan 'choti bahu' kegemarannya di astro tanpa tertinggal se-episod pun.
emak buat-lah apa saja.
apa sahaja asalkan emak gembira.
asalkan emak puas.
asalkan ianya menggembirakan hati emak.
hari ini hari ulang tahun emak.
hari jadi.
hari lahir.
semoga emak sentiasa dilindungi Allah swt.
semoga emak sentiasa dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
semoga diberikan ketenangan jiwa raga.
semoga diberkati kehidupannya.
amin ya rabbal alamin.
happy birthday emak!
p.s : i love u, emak! :')
No comments:
Post a Comment