Thursday, August 26, 2010

convertfiles.sowatengahtakdekerja.


hi.
nothing to updates sebenarnya.alhamdulillah, video for nadia's hen nite dah siap edit dan di-approve tanpa apa-apa yang perlu diperbaiki.walaupun lagu single ladies - beyonce itu selaju cahaya.hahaha.hell yeah! :D so after this masuk job baru pulak.ni sedang convert all the footage into proRes 422.ok tak payah bagitahu, korang bukan tahu apa-apa pun.haha.
saya berada dalam dilema ketika ini.ok tipu! tak la dilema sangat.biasa-biasa je.saya on the way mencari sebuah rumah sewa or bilik untuk disewa.kalau dapat, insyaallah after raya saya move out from rumah yang sedia ada ni.i think that is the best way.tak sanggup lagi la rasanya.dengan perkara-perkara yang tak best di rumah itu.erk? ok bukan pasal hantu.alhamdulillah, dah dua tahun lebih saya menetap di Sri Kenangan, and i am totally in love with that place.cantik.best.environment bagus.keselamatan terjaga (ye ke? hehe).everything sangat best! but hubungan sosial bersama teman serumah bukan seperti yang saya harapkan.too bad! masing-masing buat hal sendiri.tak bercakap kecuali hal bil sewa etc.kena fitnah as lesbian hanya kerana saya tak bawa boyfriend tidur di rumah.dan macam-macam lagi.but alhamdulillah, takde plak tercetus berlawan cakap or bergaduh.saya cuma diam diri dan tidak melayan kerenah mereka-mereka. :)
dah ada beberapa list bilik untuk disewa dan range harga pun just nice.sedang mencari yang lebih baik dan yang penting keselamatan terjamin.but i always prefer apartment or rumah teres.flat? erm..big no no.bukan nak berlagak or what.sumpah... jgn salah faham dulu.saya pernah je duduk di flat sekejap masa buat part time cuti semester zaman belajar dulu.di seksyen 1 wangsa maju.but saya rasa saya tak sesuai untuk tinggal disitu.saya rasa tak selamat.. :( tapi mana la tau tiba-tiba terjumpa rumah flat yang cool dan murah dan cantik dan bersih dan very family environment, saya nak juga cuba.hihi.susah juga nak cari rumah sebenarnya kan? pening mata cari alamat! :p

ok la.bagi saya cari lagi rumah sewaan idaman.mana tau ada yang berkenan di hati! weee~

Monday, August 23, 2010

.


cemburu yang amat.
jeles.jeles.jeles.

serious
:)


ok.ini normal.
turn wa bila plak?
mauuuuuuu!
:p

Friday, August 20, 2010

jangan lupa


aku mohon jangan lupa aku.
walau sekejap.
walau sekelip.
walau sekelumit.
jangan.
jangan lupa aku.

aku mohon jangan lupa aku.

:)

Tuesday, August 17, 2010

satu rasa

wa pasti semua orang dalam rumah ini merasakan benda yang sama.rasa yang sama.emak rasa.along rasa.ibal rasa.toit rasa.tapit rasa.faza rasa.noi pun rasa.mungkin kami masih boleh tergelak gelak bila masuk bab air tebu pakcik kruger.rojak petis makcik lembab.murtabak daging a.nuar atau segala jenis makanan yang ada atas meja tu.tapi wa tau semua ada satu rasa yang sama yang terpendam dalam hati masing-masing.
minggu lepas, semua ada di rumah emak.cukup korum adik beradik.faza balik.along balik.ibal pun balik.semua nak sambut puasa di rumah.buka puasa bersama.emak nampak happy.alhamdulillah.riuh menyediakan makanan untuk berbuka sama macam dulu.takde yang berubah.seronok betul dapat makan ramai.situasi macam ni jarang terjadi sebab masing-masing ada komitmen.memang la selalu balik rumah emak, tapi balik nya tu tak pernah saing.minggu ni along balik.minggu depan pula faza bercuti.etc.so bila dah ramai ramai ni mcm2 la ceritanya keluar.emak jadi pelayan.mendengar cerita kami adik beradik.sambil bercerita, makan pizza yang along buat.sedap.. :)
wa perasan satu, bila masuk cerita pasal ayah.emak banyak diam dan mendengar.jarang sekali dia menyampuk.sekali dua kali tiga kali, dia tukar topik.kadang-kadang topik tu mcm tak logik.. :') wa tau kenapa.macam along cakap ; "minggu pertama menyambut ramadhan tahun ini adalah minggu sensitif.." - betul.emak sensitif.kami adik beradik pun sensitif.

*tahan*

meja makan penuh.
makanan ada.
air ada.
along ibal toit tapit faza noi..semua ada.
emak ada.
ayah?
ayah je takde.
:)

ini yang paling wa tak nak rasa tahun ini.
tak nak rasa sambut ramadhan tanpa ayah.
sebab wa tau, rasa dia perit.
siapa yang tak happy sambut bulan puasa?
wa happy.serious.
tapi ini yang buat wa takut dari awal beberapa bulan sebelum ramadhan selepas ayah pergi.
betul.
puasa jauh dari rumah emak, buat wa tak rasa sangat.
bila ada di rumah emak, aduh..
rasa nak melalak kuat kuat.
tapi pendam juga.
rasa nak putar balik masa.

dua hari di rumah..berbuka dan bersahur saya duduk di kerusi tempat biasa ayah duduk ketika di meja makan.
semua sama.kedudukan pinggan makan.jag air.even botol kicap masih ditempat sama.
sedih.
betul betul sedih.wa tak tau mcm mana nak hilangkan rasa mcm ni.along cakap ini adalah 'proses'.semua orang kena lalui.emak pun kena juga.
haihs..sakit dada.
bila tengok emak, tengok muka dia wa tahu dia pun pendam demi anak-anak sama macam wa adik beradik pendam demi dia.
tapi kalau menangis sorang sorang sapa yang tau kan? :')

ya Allah.mohon dipercepatkan recover ini.kalau boleh wa tak nak layan sangat.sebab kalau wa layan, wa rasa wa paling teruk.wa paling kuat menangis.sumpah.
semoga Tuhan permudahkan segalanya.mudah untuk emak dan wa adik beradik.

ayah,
ramadhan kali ini tanpa ayah memang terasa lain sangat sangat.
semua tempat ada ayah.
berbuka ingat ayah.
nak siap kan pinggan sudu garfu ayah.
cawan gelas ayah.
kain lap tangan.
kurma ayah.
sahur dengar jam ayah.
suara ayah kejut noi dgn faza.
ayah berjalan nak pergi bilik air.semua ayah.
masa berbuka kitorang asyik ajuk apa yang ayah pernah lawak-kan kat meja makan.
ulang balik cakap cakap ayah.
kitaorang gelak gelak tp dalam hati menangis.
emak pun ketawa juga.
tapi ntah la...

ayien rasa ayien rindukan ayah..
:')




Wednesday, August 11, 2010

this will be my next baby :p

adorable kan? :p~
british crossed fish mouth sandal.yummy!!!
sabar.next month!!

Tuesday, August 10, 2010

ramadhan

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah..

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."



salam ramadhan:

kerr abdullah



Monday, August 9, 2010

pasti


bismillahirahirohman nirrahim...

"...bahawa sa-nya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar."

takziah buat bapa saudara saya, Encik Nazaruddin yang baru saja kematian cahaya mata pertama beliau.sesungguhnya saya juga menumpang rasa sedih sama seperti ahli keluarga yang lain.kalau nak diikutkan tinggal seberapa purnama sahaja dia akan sah menjadi seorang ayah.mungkin bukan rezeki untuk menyandang gelaran ayah buat masa ini.tapi memang terkilan kan? lagi-lagi buat si bakal ibu.anak yang sepatutnya bakal menjengah dunia tidak berkesempatan langsung untuk menyedut udara dunia.meninggal di dalam kantung si ibu.subbahanallah :(
insyaallah, ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang Allah duga.hurm..nampak nya dua kesedihan bakal disambut sempena bulan ramadhan dan syawal yang akan datang.beraya kali pertama sebagai anak yatim dan kehilangan bakal sepupu.entah, tak pasti apa rasa nya.buat masa sekarang, cuma rasa biasa-biasa saja.semoga Allah tetapkan iman kuatkan hati setiap ahli keluarga.amin.
ok hari rabu ni insyaallah semua umat islam akan menyambut bulan ramadhan.alhamdulillah.semoga ramadhan ni dapat la saya kumpul pahala yang berlipat kali ganda.saya selalu berdoa semoga dijadikan insan yang solehah.tapi kadang-kadang tu terbuat juga dosa..hurm.. -_-".manusia biasa..adoiyai..
macam mana nak bagi diri kita clean dari buat dosa? contohnya ber-gossip.saya boleh stop.like seriously! tapi..sekeliling saya membuat kan saya akan bercakap jugak pasal gossip tu..ceh! nak salah kan alam sekeliling plak.hehe not good! saya berazam untuk menjadi yang lebih baik.insyaallah.kurangkan buat dosa.tetapkan jiwa.menjadi muslimah sejati.insyaallah.amin.
lately saya mimpi yang bukan-bukan je.ular hitam merayap kat betis la.hantu la.itu la ini la..tak suka betul! ke sebab saya terpengaruh dengan tv? hehe.kot? owh nak cerita ni, saya dah buat satu section kat bilik saya.reading section.dan saya sangat suka.nanti nak beli rak vintage dengan itik batu! yay yay! hehe saya dah survey barang2.once dah siap tukang2 saya snap pic and post it here ok? :))
baik la.itu saja kot! semoga ramadhan yang bakal menjelang ini akan membawa seribu manfaat, beribu pahala segala yang baik-baik.
selamat beramal!

salam ramadhan.
kerr abdullah :)

Thursday, August 5, 2010

senyum sampai malam ;)

so this is the shoes yang saya order dari eZORA boutique. cute kan? i love the detailing depan kasut tu.comel nyaaaaa! owwww.. :)) dan sebenarnya saya memang dah lama cari flat shoes.tak tak sempat nak pergi mall.ok tipu! hehe.tak jumpa yang berkenan. :p


and this is the bag! :)) saya ada satu bentuk macam ni, tapi dah koyak beberapa bulan yang lepas.nak hantar jahit tak sempat-sempat.i love the shape of this bag.it is sooo me! :D

can't wait!
kalau ikut apa yang boutique tu cakap maybe dlm 26 or 27 ogos dapat la kot.hurm..tunggu je la! :))

ketagih


oh my! not good kan? tapi saya nak buat macam mana.tak dapat nak tahan-tahan.hihi.saya baru je buat payment beli sepasang flat shoes (yang sangat cantik) dan sebuah monogram hand-bag yang berwarna beige LV inspired. hehe.jangan risau harga nya cuma RM128 untuk 2 barang termasuk kos penghantaran.murah kan? kan? :p
sebenarnya saya perasan lama dah.saya memang ketagih bershopping.sebelum ada kereta lagi la teruk.setiap bulan saya mesti shopping berhelai-helai baju.mesti! tapi bila dah ada kereta saya dah mula hadkan aktiviti sampingan merangkap hobi itu.tapi..tapi terketagih online shopping plak! adoi! :p memang la..kalau shopping kat mall nampak duit kita keluar, tapi bila beli online laju je duit masuk ke akaun orang lain.maklum la dengan satu clicks je settle dah payment.canggih betul!
saya pernah berbincang dgn sorang officemate ni mcm mana nak hentikan ketagihan ini.dia pun nasihat la itu dan ini.asingkan akaun etc.bagus juga kan? saya pun ada gak terfikir nak buat mcm tu.tapi...sekarang ni dia pun dah macam ketagih jugaaaa!! hahaha.mula2 dia beli novel online.lepas tu cardigan dan semalam dia baru order beg pulak! hahahahah hancurrrr! :))
saya rasa mende ni terpulang pada individu tu sendiri kot.contohnya kalau saya rasa bulan ni mcm tak cukup je nak bayar itu dan ini, mmg la saya tak shopping la kan...(ceh ye ke?? ;p ) tapi kalau tiba-tiba saya rasa perlu ada barang-barang tu haruslah saya membeli dan bershopping.ok setakat ini apa yang saya beli tu semua nya KEPERLUAN ye..bukan KEHENDAK.hehe ok saya tipu!!! itu semua nafsu semata-mata.tapi...CANTIKKKKKK! -.-"

so nak buat macam mana?
abaikan je ke?


Tuesday, August 3, 2010

notitlesebabwasedangmarahdanrasanakmemaki.


this entry mungkin boleh bahan or isu kepada segelintir orang.tapi wa tak peduli pun.bukan ke ini blog wa.so wa boleh la tulis apa je yang wa rasa kan? thanks.wa dah penat nak jaga hati orang sekeliling.sangat penat.selama lama ni wa tak pernah merungut.tak pernah kata 'tidak'.tak pernah buat 'mereka' rasa tak senang (oke if ada yang rasa wa pernah buat mcm tu, itu kesalahan paling besar).wa dengar.dengar setiap masalah suka duka senang susah.jatuh bangun.semua.wa rasa dalam ramai-ramai orang sekeliling mereka wa la yang paling bagi perhatian (kepada mereka yang bercerita pada wa la..yang nak rahsia2 tu tak tau plak kan).itu wa rasa la kan.kalau salah wa minta maaf.
Tuhan cipta wa mcm ni mesti ada sebab musabab Dia kan.wa banyak dapat komen yang cakap 'kerr, lu seorang pendengar yang baik!'.ye..memang.memang wa pendengar yang baik untuk siapa-siapa la.even wa tak selesa sekali pun, wa dengar juga.and bagi opinion.bukan nak bangga2 diri dgn memuji diri sendiri.tapi itu la sebab nya Tuhan cipta kan wa mcm ni.supaya mereka senang.ada tempat meluah.wa sendiri tak pernah luah masalah-masalah wa pada orang lain kecuali pada pikor & famili.
dari dulu.dari zaman sekolah menengah ke zaman uni, wa pernah je kena 'back-stab' dengan kawan baik sendiri.kawan dah dah dianggap macam adik beradik sendiri.kawan yang wa percaya 100%.ex boyfriend join sekaki 'back stab'.haihs.still sabar dan memaafkan.wa selalu kena marah sebab selalu ambil ringan hal-hal macam ni.emak bising.kawan-kawan lain bising.abes apa yang wa mampu buat? bunuh diaorang? haha.memang tak mungkin la kan.tapi jgn risau.wa boleh maafkan orang, tapi utk melupakan apa yang pernah dia buat tu tidak sekali la kot.dan yang paling penting, wa tahu sapa yang terlibat sekali dalam konspirasi tu.kawan sendiri juga.tapi entah la..biar la.Tuhan kan ada. :)
so please la korang! wa berusaha apa sahaja untuk korang.segalanya.semua.kalau wa boleh bg dunia ni kat korang, wa dah balut dah dengan plastik hadiah.now wa rasa sangat-sangat tak adil.why? kenapa wa kena macam ni? dari korang-korang yang mengaku kawan.fuck! oke sungguh tak baik cakap fuck.tapi wa sakit hati... -_-" oke fine, wa pernah je cakap belakang pasal korang.sangat tipu la kan kalau wa cakap wa suci dari bergossip.but tak pernah lagi cakap perkara yang buruk pasal korang.yang boleh menjatuhkan reputasi korang.itu sangat bukan wa oke! :(
kalau mereka rasa dah bagus dan betul sangat, lepas ni jangan cari wa lagi.jangan mengadu apa-apa.jangan...sebab wa tak nak membazir air liur dan sistem pendengaran wa kepada korang-korang semua.masalah korang, korang settle la sendiri.macam yang wa buat selama ni.ada korang dengar ke wa mengadu itu ini? tak de kan? so..pandai2 la settle sendiri oke.wa rasa cukup la wa menghambakan diri wa kat korang2 selama ni.choi!
kepada 'orang luar', tahniah lu berjaya meracuni pemikiran wa.memikirkan apa yang cuba lu sampaikan.berhenti la dari sibuk2 hal orang lain.u're soooo annoying.elok la dengan perangai mcm tu.sila bertaubat cepat-cepat.semoga Tuhan sentiasa menerima doa taubat lu.amin.

wa tak suka sebenarnya nak benci-benci orang.sebab wa pun bukan baik sangat.tapi please la.kita ni manusia.hidup sekali je.so wa faham lu dan minta la lu faham wa jugak.banyak lagi wa nk membebel tapi wa takut mereak terasa.TENGOK!? still nak fikir pasal perasaan orang lain kan? haihs -.-"

p.s: ye.perasaan ni kejap je.nanti2 dia oke la semula dan wa akan jadi macam biasa dan normal! masa tu korang cerita la semula masalah korang oke.lepas tu kutuk wa belakang2.haha! :D