Monday, August 9, 2010

pasti


bismillahirahirohman nirrahim...

"...bahawa sa-nya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar."

takziah buat bapa saudara saya, Encik Nazaruddin yang baru saja kematian cahaya mata pertama beliau.sesungguhnya saya juga menumpang rasa sedih sama seperti ahli keluarga yang lain.kalau nak diikutkan tinggal seberapa purnama sahaja dia akan sah menjadi seorang ayah.mungkin bukan rezeki untuk menyandang gelaran ayah buat masa ini.tapi memang terkilan kan? lagi-lagi buat si bakal ibu.anak yang sepatutnya bakal menjengah dunia tidak berkesempatan langsung untuk menyedut udara dunia.meninggal di dalam kantung si ibu.subbahanallah :(
insyaallah, ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang Allah duga.hurm..nampak nya dua kesedihan bakal disambut sempena bulan ramadhan dan syawal yang akan datang.beraya kali pertama sebagai anak yatim dan kehilangan bakal sepupu.entah, tak pasti apa rasa nya.buat masa sekarang, cuma rasa biasa-biasa saja.semoga Allah tetapkan iman kuatkan hati setiap ahli keluarga.amin.
ok hari rabu ni insyaallah semua umat islam akan menyambut bulan ramadhan.alhamdulillah.semoga ramadhan ni dapat la saya kumpul pahala yang berlipat kali ganda.saya selalu berdoa semoga dijadikan insan yang solehah.tapi kadang-kadang tu terbuat juga dosa..hurm.. -_-".manusia biasa..adoiyai..
macam mana nak bagi diri kita clean dari buat dosa? contohnya ber-gossip.saya boleh stop.like seriously! tapi..sekeliling saya membuat kan saya akan bercakap jugak pasal gossip tu..ceh! nak salah kan alam sekeliling plak.hehe not good! saya berazam untuk menjadi yang lebih baik.insyaallah.kurangkan buat dosa.tetapkan jiwa.menjadi muslimah sejati.insyaallah.amin.
lately saya mimpi yang bukan-bukan je.ular hitam merayap kat betis la.hantu la.itu la ini la..tak suka betul! ke sebab saya terpengaruh dengan tv? hehe.kot? owh nak cerita ni, saya dah buat satu section kat bilik saya.reading section.dan saya sangat suka.nanti nak beli rak vintage dengan itik batu! yay yay! hehe saya dah survey barang2.once dah siap tukang2 saya snap pic and post it here ok? :))
baik la.itu saja kot! semoga ramadhan yang bakal menjelang ini akan membawa seribu manfaat, beribu pahala segala yang baik-baik.
selamat beramal!

salam ramadhan.
kerr abdullah :)

2 comments:

amoi_ez said...

mimpi ular adalah ANDAH AKAN DI LAMAR~~~ lalala

kerR {abdullah} said...

sila carikan wa calon suami! segera! :p