Wednesday, April 28, 2010

play safe!


apa pendapat korang tentang isu di atas? berkenaan dengan pendidikan seks di sekolah peringkat rendah/menengah.
kenapa tidak wajar diajar subjek ini di sekolah? saya berpendapat ianya wajar di aplikasi di sekolah.samada sekolah rendah atau menengah. kenapa? takut budak-budak kecik tu terdedah sangat dengan istilah seks etc? wahai makcik pakcik, ibu ayah sekalian...percaya tak kalau saya katakan bahawa kanak-kanak sekarang ni lebih advanced? dan jangan sebab diwar warkan dengan istilah 'PENDIDIKAN SEKS', anda semua jadi takut.apa yang telah saya faham dan dengar dan membuat pemerhatian. pendidikan seks yang hendak kerajaan masukkan didalam silibus pengajaran bukan-lah CARA-CARA NAK BUAT SEKS ye...sila faham kan erti pendidikan itu sendiri.logik la kot? takkan la cikgu nak ajar ;
"ok murid-murid..hari ni kita belajar cara2 nak 'ehem'.ok sila bukak seluar!" - (ni contoh,jangan banned saya!)

dari apa yang saya faham.pendidikan seks yang hendak diterapkan adalah kanak2 diajar tentang sifat manusia.tubuh badan.gender bagi lelaki dan perempuan.kebaikkan dan keburukkan.mengapa seks tidak boleh diaplikasi pada umur sekian-sekian.kenapa tidak boleh buat seks sebelum berkahwin..etc etc.

budak-budak sekarang dah advance! serious! masalah sosial dah macam wabak.tak payah di ajar pun mereka dah pandai.internet dan media memainkan peranan besar dalam isu ini.kalau tak, takkan la boleh berlaku ; "PELAJAR DITANGKAP SEMASA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS DI DALAM KELAS" atau "KES BUANG BAYI-IBU BERUMUR 15 TAHUN" atau "PESTA ARAK, DADAH DAN SEKS DI KALANGAN REMAJA BAWAH UMUR". omaigod! thats not good! :( pernah je semasa saya berjalan-jalan di shopping complex ada pasangan remaja maybe dalam umur lingkungan 13-17 tahun kot..hamboi hamboi bukan berpeluk lagi ye engkau! sayang abannnn!! :p hello adik! get a room!!! ehh?!! hehehe~ (ok jangan ikut, itu menggalakan perbuatan tidak baik ye kawan2).justeru, kerajaan dan pihak berwajib patut menangani masalah ini secepat mungkin.kita bukan duduk LA, umur 16 tahun dah jadi emak.hello! pls la! time yang patut seronok-seronok, kena jaga anak ke?? :p bagaimana untuk membanteras gejala ini, mungkin untuk permulaan adalah melalui pendidikan seks ini. cuma apa silibus nya kena la tapis2 kan.kang dah seronok sangat nak cuba plak kan? "boleh tak kalau nak pegang?" - hahahahaha! ayarkkk??! mati cikgu nak menjawab! :p

apa-apa pun, budak2 sekarang tak macam budak zaman dulu.dulu means 80 an-90 an'.ye tak dinafikan ada..tapi tidak terbuka macam sekarang ni.kalau dulu umur 15 sibuk main tiup buih sabun naik basikal keliling kampung, sekarang ni umur 15 tahun pergi parti buih okeh! aiseh..gila stailo!
entah la budak-budak,belajar je la pandai-pandai.ni dah la belajar bongok, sibuk nak kawin.kalau tak bagi kawin merajuk lari rumah.nak terjun bangunan! itu je la!!
owh-so-outdated! :D

jadi, kita ni kan hidup bermasyarakat.kena selalu ingat mengingati.kalau nampak macam tengah nak buat seks je, pesan la kat diaorang sila beli kondom di 7e ye.erh??! ok la tu kot, at least takde kes buang anak lagi.hehe.at least!! tapi kalau yang nak buat tu budak kecik hingusan sila lempang diaorang laju-laju atau tembak guna pistol! ehh?! itu polis je yang buat ye! hahahaha~

ok.penat bebel.bye! :)

Monday, April 26, 2010

happy birthday, ayah.


ayah, 
hi ayah! apa khabar ayah di sana? ok semua? harap semua-nya ok.harap ayah happy.hari ini 26 April 2010, ulang tahun ayah ke-66 tahun.yay!! and u're getting older now.ingat lagi tak pada ulang tahun ayah yang lepas-lepas? jarang ayah nak sambut dengan kek bagai..cukup la emak masak makan malam yang lain sedikit daripada biasa, kan? hehe.dan setiap kali hari jadi ayah tiba, ayien dan adik beradik lain akanhantar sms ucapan or telefon rumah.dan di akhir ucapan mesti ayah akan cakap ; "alhamdulillah, terima kasih.." :') ayien masih ingat lagi zaman ayien adik beradik masih kecil.setiap kali ada sambutan ulang tahun mesti ada makan besar di rumah.waktu tu kalau dapat makan rojak favourite ayah dekat sebelah stesen mobil atau sate, itu dah cukup besar dan best.emak mesti beli kek.mesti berebut nak tiup lilin.walaupun tak pernah dapat menyambut macam kawan-kawan kat sekolah tu, {siap bawa jajan pergi sekolah sambutbday kat sekolah} tapi kita dengan cara kita tu ayien rasa lagi intim.ayah akan baca doa.lepas tu bday boy/girl akan buat wish dalam hati {walaupun kadang2 tak buat wish pun sbb nak segera tiup lilin}.then akan nyanyi lagu happy birthday {ok yang ini depend kepada sapa yang nak nyanyi.sbb kebiasaan nya dah tak nyanyi lagi..masing-masing tak sabar nak makan bunga atas kek tu}.kalau makan sate, mesti ayah suruh kumpul lidi sate.then basuh simpan.sbb ayah cakap; "esok-esok berguna.." dan akhirnya lidi tu buruk mcm tu je.hehe.ayah memang tak ajar ayien adik beradik dengan hadiah kan? tak pernah pun dapat hadiah.belajar dapat nombor satu pun tak dapat hadiah..haha.tapi ayah akan bawa makan kat luar.kat benteng.kat bus stand.soto.nasi beriani.yummy! :ptapi itu dulu la, zaman budak-budak.bila dah dewasa takde makan kat luar lagi..semua makan kat rumah je.lagi senang.beli dan bawak balik rumah, makan ramai2.

ayah,
hari ini ayah dah pun genap ke usia 66 tahun.selamat ulang tahun ayah! semalam tepat pukul 12am, alarm di handphone berbunyi.ayien tengok je ayat yang tertera di skrin handphone."26/4 - bday ayah.66".tak tahu nak ber - respon macam mana.nak ucap pada siapa.nak hantar sms ke handphone ayah? tak mungkin.ayien takut emak terbaca.nanti emak yang sedih.nak hantar kat along? ibal? toit? tapit? faza? noi? entah. :'| lama ayien terdiam dan berfikir.ayien nak wish pada siapa?

kalau ayien call rumah pun, bukan boleh dapat cakap dgn ayah.ayah dah takde.
kalau ayien sms hp ayah pun, bukan ada respon dari ayah.ayah dah takde.
kalau ayien balik rumah nak jenguk ayah dan ucap happy birthday pun bukan ayah ada.ayah dah takde.

ayien dah takde ayah.sebenarnya. :')

p.s : ayah, i love you.mungkin ayien tak boleh nak wish happy birthday...tapi ayien boleh kirim kan doa buat ayah.al-fatihah.

abdullah bin ahmad
26/4/1944 - 8/3/2010

Friday, April 23, 2010

teduh

gambar ini ihsan re-nest ye.jangan terpedaya wahai kiki dan as sahar! hahaha


bilik saya kecil tapi itu dunia saya
berhabuk.sempit.lelah.
itu dunia saya.

bilik saya kecil tapi itu pengubat sunyi saya
mengemas.menyusun.menyisir
itu dunia saya.

saya pernah membenci.
tapi kini menyukai
saya pernah menyisih
tapi kini mencintai

merah.biru.hijau.
itu dunia saya.

my dear room,
saya minta maaf sebab saya pernah ada rasa tak nak jumpa dengan awak.tak nak jejak ke badan awak.tapi sejak malam semalam saya dah mula suka kan awak.serious.sebab awak je yang dengar segala masalah saya.jerit pekik tangisan ketawa saya.tunggang tunggik solat saya.awak je yang tahu.walaupun kadang2 saya biarkan awak diseliputi habuk, mulai semalam saya dah berjanji yang lepas ini takkan ada sehelai rambut dan habuk pun atas badan awak.sebab awak dunia saya! :)

p.s : nanti ada rezeki lebih sikit saya bawakan awak kawan-kawan baru.cik katil & encik gobok maybe! :)

Thursday, April 22, 2010

never take life seriously.nobody gets out alive anyway :)


I want a snowfall kind of love. The kind of love that quiets the world.I want a snowfall kind of love. Cause I'm a snowfall kind of girl.  I want a snowfall kind of love. That lights up the sky from below. I want a snowfall kind of love. That brings people to their window.  Won't you bury me in your quiet love? .Bury me in your quiet love. And we will blow away...

- i'm kinda missin' my bff and my rainbow girls lately...very much! :'(

Wednesday, April 21, 2010

talkie-talkie-talk!

lately, saya terasa yang saya jadi semakin membosankan.tak ceria mcm biasa.kurang ketawa tapi lebih banyak merajuk dan marah2.hormone? me think..atau sejak ayah tiada? entah.susah nak cakap.mr pikor complained pagi tadi.bukan complained la, ianya lebih kepada bertanya ;
"hey, kenapa sekarang awak macam ni? dah tak ceria macam biasa." ok itu buat saya terkedu.kenapa dengan saya ni? saya harap saya mampu bagi jawapan kepada soalan itu.tapi jawapan yang menjawab pertanyaan itu hanya; "dont know.orang pun rasa macam tu.entah.." see? :)

lately, kerja datang lagi.tak tertekan pun dengan kerja yang datang ni.buat je sampai siap.cuma kurang ada mood nak buat kerja.saya tanya kepada rakan di office, "korang rasa macam boring tak?" and the answer was "yes!". memang dua tiga menjak ni rasa macam something loose la.entah...

last weekend, balik johor.for me, tiada apa yang lebih menggembirakan bila dapat balik rumah famili.even just for one night.jadi la.sempat juga buat tahlil untuk ayah.tahlil adik beradik anak beranak je.diam tak diam 40 hari dah ayah tinggal kan saya dan famili.sekejap je.ok ke tidak ayah kat sana? :')  emak baik-baik saje.cuma yang saya perasan la, she still bercerita pasal ayah.rindu.maybe.ayah itu, ayah ini.ayah suka itu and ayah suka ini.owh yea, 16/4 hari tu their 27th wedding anni.without ayah.tak sama kan? :') and you know what, 26/4 ni ayah's birthday.jatuh hari isnin gak.so apa ucapan buat ayah ye? bukan "moga panjang umur murah rezeki", right? entah...

my sister faza dah dapat tawaran ke matrikulasi di melaka,buat belum dapat surat.check kat internet je.and noi sedang kuat belajar for spm.yea harap2 dia kuat belajar baca buku, bukan kuat menari tarian korea ok noi??! hehehehe :p 

along.dengar-dengar dah ada yang nak datang rumah jumpa famili.hihi.sweet kan? semoga semua nya lancar.hari tu masa balik ke kl sekali dgn dia, saya sibuk bercerita tentang fashion baju untuk majlis dia."along, ko pakai la macam ni, macam tu..pelamin.sanding.bunga api..etc etc".yea, i'm kinda excited.hehe.cepat kawen long! :)

me myself? 
lonely.dalam jiwa ni macam rasa kosong.kurang berzikir agaknya.atau masih tak percaya yang ayah dah tiada? entah... :)




Friday, April 16, 2010

.when a person is in fashion, all they do is right.






sometimes i wake up and i think i should start wearing a beret, but i don't do it. one day i'm gonna, though. you bet your ass, i will have a beret on. that's ridiculous, but it's true. i always fight with wearing a beret. - mitch hedberg

Thursday, April 15, 2010

.tahan.


sometimes when I'm all alone and i have time to think.i think about you and i cry and cry and cry. some people think "oh you should be over this". its really hard to make it go away. 
-.-"

p.s : this morning. on the way to the office. in the car.i cried like a baby.

ayah.
i miss u.

Wednesday, April 14, 2010

facebook memang boring.tapi kadang-kadang dia kelakar ok!




*sila klik pada gambar untuk ke size XL.



nak membebel apa ni.sebenarnya saya tak tau nak tulis apa dalam entri ni.sebenarnya macam takde apa2 nak update pun.tapi saya lebih kurang dipaksa menulis la *you know who u are*.hanya kerana dia sedang boring.dan akhirnya saya yang terheret ke sini lalu disuruh membebel supaya dia boleh hilang rasa bosan.demmit! :p erm..actually saya pun tengah boring.hari tu masa internet lembab, saya selalu berdoa *selain bermaki makian* supaya line internet ni laju selaju cahaya.alhamdulillah, semalam dgn hari ini nampaknya dia tak buat perangai ye.'dia' merujuk kepada incik internet.tapi bila dah laju sangat, asal klik je nak masuk facebook..hamboiiii! laju bukan main ye ko!! nak download lagu..peh tak payah cakap la.kejap je siap.boleh dengar dan bergelek2.tapi lama2, saya jadi bosan.sebab dah tak boleh bermaki-makian *budak kecik dilarang membaca perkataan ini ye*.bila internet laju, saya sampai dah tak tau nak buat apa.apatah lagi, kerja-kerja yang menimbun tu dah siap.akhirnya saya ke meja sebelah laju bergossip.itu yang terbaik buat masa ini.hehe.

owh ye.semalam hari pertama saya ke gim.cececeh! in proses nak menguruskan badan ni.tak tak!! sebenarnya bukan saya nak kurus sgt...saya suka dah dengan diri sendiri.cuma saya pergi meneman seorang kawan perempuan.dia nak kahwin hujung tahun, so nak workout la sket.bagi mantapp! hehe! so alang-alang begitu, saya pun ikut sama berlari atas treadmill.huuuuuyoo! mcm saya pulak nak jadi pengantin kan? so sweet! :)
penat la jugak...tapi saya happy je.selain bayaran cuma rm1 untuk 2 jam *tak caya kan? serious*, peralatan yang disediakan sgt baik *ok.ada je yang rosak* tempat yang disediakan juga selesa.lepas main gim boleh terus terjun ke dalam swimmig pool.hoyeah! :D

last sekali.
semalam sebelum tidur, saya telefon emak. tanya khabar.sebenarnya takde apa2 nak borak, saya cuma nak dengar suara dia je.ok, sebenarnya saya rindu.dengar dia gelak-gelak bila saya buat lawak, buat hati saya tenang.alhamdulillah, mmg ayah dah takde tapi ayien dgn adik-adik kan ada... :')

ok.bye! *nak pegi nangis.hehe*

Monday, April 12, 2010

“A baby is God's opinion that life should go on.”

kepada ibu, bakal ibu, ayah, bakal ayah yang-tidak-punya-ikatan-pernikahan-tapi-sgt-gatal-dan-telah-melakukan-seks dan akhirnya membuang anak di mana-mana tanpa-rasa-bersalah,

apa khabar korang? sihat? dah hilang sakit beranak hari tu? dah buang + sorokkan segala bahan bukti.tu kain-kain yang berdarah dengan gunting yang buat korang potong tali pusat budak kecik tu dan buang dan cuci? baik korang check semula.kot-kot tertinggal balik2 pintu, bawah katil, belakang peti sejuk rumah emak.check sekarang! 
owh ye masa korang campak baby tu kat tempat yang korang buang tu...korang sure ke takde orang nampak? jangan main-main weyh, sekarang ni orang dah ada mata empat.nampak 360' lagi..hihi.hati-hati.atau masa korang buang tu dah lewat malam? erm..itu idea paling bernas.senang sket, kalau nampak pun bayang-bayang je.korang tak perlu risau ok! lagipun korang bungkus dalam kain lepas tu balut dengan paper kan? ala..mesti orang ingat itu bangkai isi perut ayam masa buat bbq hari tu.jangan la risau sangat.hihi.
ok, ini untuk polan BIN polan.weyh! kenapa lu tak pakai kondom hari tu? kan safety first.lu ni gelojoh sangat kot.rileks la.padahal berlambak kot jual kat 7-eleven.macam tak biasa beli.kalau malu sangat suruh je mamat ke, joe ke pi belikan dulu.or tanya la kot2 diaorg ada stok lebih-lebih malam new year lepas.haiyaaa kan dah susah.tu la, dulu masa kelas sains selalu ponteng pi hisap rokok belakang sekolah tepi padang kan? sekarang ni baru terhegeh-hegeh memikir ' la...macam mana plak awek wa boleh pregnant ni??'. dah2..benda dah jadi bro.lu dah jadi bapak budak pun...huuuu!!! congratsss! :D kepada polan BINTI polan pulak, seronok jadi ibu? seronok tak lahirkan baby tanpa gelaran isteri? seronok tak? :) sweettt.. awak dah jadi ibu.seronok tak awak tengok dia lahir tanpa dapat ber-bin/binti kan dengan nama boyfiend awak yang paling hensem tu? seronok kan? :D
so apa perasan korang berdua sekarang? dah rasa selamat tak? hilang penat mengandung + bersalin kan? yay! takde bukti dah! :p korang lepas ni korang break up ke? ye la..susah kot nak bersama2 mengharungi semua ni berdua.gila ke? kang orang tahu plak..at least kalau korang break up, mesti orang tak suspects apa2? ke atau...lepas ni nak buat projects kali ke -15 pulak? boleh tanam benih lagi kan? kan? kan?? 

bodoh.
bangsat.
babi.

duduk neraka la korang! biar terbakar.hangus.

sial! :'(

dear babies,
baby, baby jangan risau.korang akan sentiasa dibawah lindungan Allah dan para malaikat.tak pe..even masa korang dijumpai korang dah tak bernyawa lagi, its ok.syurga menanti.nak susu? jangan risau, ada sungai susu di syurga nanti.lebih sedap dari susu ibu bangsat tu.dont worry ok sayang..insyaallah.emak ayah awak tak sayang awak tak pe, janji Tuhan sayangkan awak..Tuhan sayangkan awak..subbahanallah :')

yang benar,
keRr abdullah
(pencinta budak kecik)

Saturday, April 10, 2010

funniest & happy ever award

omaigod! omaigod!! omaigod!!! 

to as sahar :

terima kasih kerana menganugerahkan wa dgn anugerah ini.sesungguhnya wa sangat la riak sekarang!!! haha.
wa sukeeeeeee!!! :D

p.s ; wa tak nak membebel di sini, sebab wa dah membebel panjang lebar di blog lu! hehehe~

Friday, April 9, 2010

Don't worry that children never listen to you, worry that they are always watching you. ~Robert Fulghum


mula-mula memang saya ketawa terbahak-bahak membaca karangan ini.karangan yang saya peroleh dari facebook ini memang kelakar tetapi apabila masuk ke perenggan ke-3, hati saya betul-betul tersentak.ketawa saya jadi bisu.apa ni? hihi.kenapa tulis mcm ni?
ok sebenarnya kan, boleh je kita cakap benda ini adalah rekaan.tak semestinya budak kecil yang tulis.tapi tak mustahil kan? eiii..sangat takut.

katakan la seandainya karangan ini ditulis oleh kanak-kanak, apa perasaan korang? sedih kan.. :(
ni bukan karangan dik, ni dah macam luahan perasaan ni.hehe.kesian awak...(kalau awak adalah seorang anak kecil..)
tapi takpe...adik jangan risau ok.kakak akan ajar awak tulis karangan yang betul dan pasti dapat A++.lagipun adik ada abang yang hensem kan?
eh eh..tiba2! :p

p.s : kanak-kanak dilarang sama sekali menulis karangan berunsur famili ye.sila cerita pasal robot! hehe..titttttt tiitttt tutttt toooottt! rrrzzzzzZZZ! :p
SELAMAT BELAJAR!!!! :D

Tuesday, April 6, 2010


pictures credit : mardiah

Die Alone
I woke up this morning with a funny taste in my head 
Spackled some butter over my whole grain bread
Something tastes different, maybe it's my tongue
Something tastes different, suddenly I'm not so young...

- ingrid michaelson

Monday, April 5, 2010

i am me


Bring me my saffron robe. Today I will match my colour with everybody.
-Rabindranath Tagore

ber-hijab.tidak la sesusah yang saya jangkakan.alhamdulillah, saya dah dapat sesuaikan diri dengan cara pemakaian baru ini.alhamdulillah Allah memudahkan segalanya.alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...kalau ayah ada mesti ayah suka.hihi. :')
pemakaian tudung sekarang ini tidak menjadi masalah besar buat saya.dan saya suka kan nya! now saya dah rajin ke blog2 yang jual hijab.saya dah rajin ke blog2 yang menunjukkan walau-bertudung-awak-masih-boleh-berfesyen! owh saya suka! :D
i am on my way to be a good muslimah.insyaallah :)

doakan saya.
.

Friday, April 2, 2010

Love at first sight is easy to understand - it's when two people have been looking at each other for a lifetime that it becomes a miracle.

boleh check disini : 

erm? nak start mcm mana erk? saya tahu perkahwinan itu penting.saya tahu membina institusi keluarga itu dituntut dalam Islam.walaupun saya dah berusia 26 tahun tapi masih belum berkahwin, tapi saya dapat agak memang seronok kalau memasuki alam perkahwinan.ada suami/isteri, anak-anak yang comel, mahligai yang indah...amboi seronok betul! :D husband balik rumah, penat balik kerja di rumah isteri dah hidangkan kopi dengan jemput-jemput udang.awww...so sweet.sejuk hati husband.hihi.indah betul hidup alam rumah tangga ni! kan adik kan???? 
tapi kalau UMUR BARU MASUK 15 TAHUN TAPI DAH MENGGEDIKs NAK BERNIKAH, dah kenapa? saudari Halimaton, awak baru je setahun jagung.ada berpuluh exam yang perlu awak tempuh.pmr pun tak lepas lagi awak sibuk nak fikir pasal kawin? awak ingat senang ke kawin? 
haiii..budak2 sekarang ni.kadang-kadang memang tak fikir panjang la.sampai nak buang famili hanya kerana dilarang bernikah pada usia 15 tahun (perempuan) dan 19 tahun (lelaki).boleh??? 

hai dik, orang lain tu berebut2 belajar cari ilmu.ke new york bagai...awak boleh sempat lagi nak larikan diri sebab emak tak bagi nikah? elok sangat ke perangai nya pun.saya rasa emak awak mesti kecewa tahap maksima punya.sampai nya hati awak.apa bakal suami awak janjikan kalau awak kawin dengan dia dalam usia muda mcm ni? rumah besar? hidup senang? percaya cakap saya, saya takut awak merempat.makan tak cukup.bakal suami awak kerja nya apa? jangan cakap dia  makan nasi kat rumah emak dia lepas penat memancing tepi sawah ok?? :)
fikir panjang-panjang dik...tak guna main lari2 kan diri dari famili.tak pernah nak rasa bersyukur.emak ayah penat2 sekolah kan.siap dapat anugerah UPSR cemerlang 2007, tapi dalam usia bari 15 tahun ini yang awak balas...degil sungguh awak ni! :D

jangan main-main dik.sekarang ni nak hidup bukan senang.bukan dia cakap 'i love u' perut awak terus kenyang.bukan dia cakap 'i miss u' duit masuk mencurah2.apa2 pun berbalik kepada ilmu.esok2 sampai jodoh, awak kawin juga.jangan la risau sangat kalau awak cakap awak tak laku di umur sekarang ni.sekarang ni apa yang perlu awak buat hanya belajar je.bukan susah pun.awak rugi kalau kawin sekarang.esok2 kalau awak dapat masuk universiti, kat sana berlambak budak hensem! serious tak tipu! :p 

fikir panjang dik.
fikir dalam-dalam.
fikir masak-masak.

tapi seandainya memang Tuhan dah tulis didalam kalam memang jodoh awak dah tiba sekarang, peliharalah keluarga seeloknya.saya doakan awak bahagia dunia akhirat.selamat pengantin baru! :D

entah erk...pening la dengan budak2 kecik sekarang.jangan la degil sangat.haihsss!! -.-"

Thursday, April 1, 2010

jangan suka tipu orang..nanti masuk neraka! :p

korang ada dapat link ni? beratur orang suruh click link ni supaya diorang dapat earn money...betul ke?
macam MLM je.ok sebenar saya pun dah terlibat, saya click the link lepas tu dia suruh masukkan email la, password semua.
serious, saya tak nak join pun.cuma nak tgk je.ok yang kat atas tu, yang korang nampak tu adalah saya punya pendapatan.itu permainan apa weyh sebenarnya? boleh ke dapat duit setakat duduk senang lenang main2 internet? boleh yea? kenapa saya tak tau? 

for me, saya tak percaya kaedah kerja tanpa berpenat lelah tapi kita dapat duit.sebab tu keluar all the stuff yang menyebut, "merasa titik peluh sendiri" or "berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian, bersakit2 dahulu bersenang2 kemudian.." or "sebiji beras, setitik peluh petani" - erk??!! ok itu iklan beras yang raja farah kecik2 tu.. ;p mana boleh tak keje, tapi dapat duit? ok kecuali korang anak - orang-kaya-yang-sangat-dimanjakan-minta-5 juta-pun-dapat! :D kenapa internet nak bg kita duit, padahal diorang yang pecah kepala memikir.ini tak adil kan? 
saya berterus terang.maybe macam agak kasar dan tak patut di tulis di sini tapi saya nak tulis jugak.saya minta maaf sgt2 kalau mcm kasar sangat.erm..erk? 'ayam' pun kena 'kerja' atau 'dikerjakan' baru boleh dapat duit.sooorrrryyyy korang! :( tapi itu la realiti.takkan la senang-senang melepak atau perenggan kata2 orang muda mudi sekarang ni "dengan facebook je boleh dapat 500 juta" atau "baru duduk 3 min setengah dah dapat 6 ribu!"...ye ye je!!! mana ada..penipu! kalau duduk je boleh dapat berjuta, semua orang sila la duduk mana tau duit turun dari langit kan? hahaha.jangan buat lawak la.kerja memang penat.nak hidup mmg kena kerja.stress mcm mana pun, itu yang kita pilih.mmg kerja susah, tapi once korang boleh handle kerja2 tu sampai settle, mesti korang sangat berpuas hati dan bangga dgn diri sendiri.lepas tu boss puji pulak tu..owhh..so sweet! congrats! :D

so, saya pendekkan hujahan saya, korang jangan terpengaruh ok dengan semua benda2 ni.rezeki Tuhan bagi berterabur kat alam ni.kita je kena usaha.bukan duduk je dapat duit.celik mata je tido sebelah duit...tipu! :p 
insyaallah, Tuhan kan selalu dengan kita.korang kerja rajin2 ok!? good luck! :D

p.s : psssttt...korang nak kaya tak?? saya duduk je dapat 5 sen.meh la join! :p