Saturday, August 29, 2009

memoirs of myself

terkenang zaman2 belajar dulu.zaman saya sekolah menengah.saya ada seorang kawan baik lagi akrab.memang baik giler sampai saya boleh panggil emak dia dengan panggil emak.makan kat rumah dia after balik sekolah.teman ke sana ke mari.sambut valentine berdua (ye..walaupun dia seorang perempuan.kenapa tak boleh erk? hihi).tapi tu la...betul kata orang, betul kata emak saya; "jangan sayang sangat, nanti bila jadi sesuatu jiwa kita boleh sakit..." betul.memang betul. :)

terkenang zaman2 saya mula bercinta dulu.baru belajar nak bercinta.sebelum pikor, saya hanya ada seorang ex-bf sahaja.menjadi ex itu pun berkait dengan kawan baik saya diatas tuh.bukan..bukan! dia bukan bercinta dengan ex saya.tapi saya rasa dia suka dengan ex saya.hihi.sebelum saya berpatah arang dengan my ex, kami memang jarang bergaduh besar.semua nya baik2 sahaja.betul kata orang, betul kata emak saya; "jangan sayang sangat, nanti bila dah tak sayang kita yang merana..." betul.memang betul.cuma beza nya saya tak merana! haha~

sekarang ni hidup saya boleh dikatakan lengkap.ada kawan2 yang boleh saya percaya dan ada bf yang boleh saya bergantung harap.tapi yang saya nak tahu, ada kah saya ni cukup baik untuk mereka? :)
empat lima hari ni, saya ada satu perasan lain.perasan yang pelik.saya rasa saya tak nak jumpa dengan kawan2.saya jadi takut bila mereka2 menghantar sms mengajak berbuka puasa bersama.entah kenapa? :(

mungkin saya sendiri yang rasa saya belum cukup baik untuk mereka...

Monday, August 24, 2009

ramadhan



MALAYSIA

satu gambar menceritakan segalanya.indahnya bumi malaysia.makanan pelbagai.keriuhan peniaga.senyuman dan ketawa.
kadang2 berbuang makanan yang dibeli dek kerana kekenyangan dan nafsu.

GAZA

ada duit belum tentu ada bekalan makanannya.

riuh rendah tak semestinya bunyi gembira.

menangis berduka

senyum ketawa sudah tak bermakna apa-apa
gambar2 diambil dari googles images

jam baru pukul 2:40 pm.saya dan kawan2 di pejabat dah bising2 bertanya tempat berbuka paling hot di taman melawati ni.tiba2 hati saya terdetik.apa khabar agaknya mereka2 yang jauh di Gaza.bagaimana mereka menyambut Ramadhan? cukupkah bekalan makanan nya? cukup kah air minuman nya? cukup kah segalanya? kalau kita di bumi indah (malaysia) ini bergelak ketawa, menikmati potongan roti jon yang bersalut telur, kebab daging yang meleleh mayonisnya, air tembikai yang sejuk bila mengalir ditekak, murtabak daging dan ayam yang masih panas dan kuih muih pelbagai jenis, bagaimanakah mereka yang berada di Gaza sana? 

insaf**

agaknya kalau di Gaza tu, walau ada sebiji kurma untuk berbuka puasa pun dah cukup baik dan besar maknanya kan? kita disini kurma tu tidak termasuk dalam list makanan berbuka... :) hanya ikut sunnah.kalau dapat ganti kan dengan kuih tepung pelita pun bagus juga... 
insaf la wahai diri ku.
renungkan lah nasib orang2 di luar sana.
subbahanallah... 

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK.

p.s: semalam beli kerang berlada di pasar ramadhan setiawangsa, tapi akhirnya tidak dimakan dan kemudian dibuang.tapi saya ada alasan yang kukuh...kerang tu dah masam.mungkin dah nak basi. :p

Thursday, August 20, 2009

.movieeeeeessss.

banyak review cakap filem ini merepek or wut-so-ever. so hari selasa lepas saya pergi menonton filem ini di KLCC.so far, ianya tak mengecewakan.serious.saya bukan peminat filem G.I Joe, tapi filem ini berjaya membuatkan saya menonton sampai ke credit title.huhu~
i love this movie a lot.the ideas.the make up.props.two thumbs up! cuma mula2 tu macam pening sikit sbb ala2 dokumentari punya style.tapi yang buat saya berfikir, macam mana diaorang boleh dapat idea buat cerita tentang UFO/ alien datang lepak kat bumi (africa) tapi digelarkan sebagai pendatang asing/haram? i loike the alien ship! sooo kewl! :)

p.s : sejak tamat belajar ni, dah lama saya tak menonton filem2 yang berkualiti.semalam saya menonton 'Sayang, you can dance'..berkualiti kah? hihi.

just can't wait


just can't wait.

i just can't wait - untuk teman bye ke bridal boutique for dress-fitting.
i just can't wait - untuk berparti sakan di majlis perkahwinan nana.
i just can't wait - untuk menjerit keriangan kepada fiza ,"finally!!!"
i just can't wait - melihat wani cantik di dalam persalinan "wedding dress-nya' & her beach wedding.
i just can't wait - untuk melihat bertapa besarnya senyuman fafasha semasa di make up sang  andam.
i just can't wait - untuk memeluk ziela selepas lafaz nikah di sahkan.
i just can't wait - to celebrate bila ina menunjukkan cincin berlian di jari and saying 'he proposed me!'
i just can't wait - untuk membuka sampul surat berisi kad undangan perkahwinan dari eila.
i just can't wait - untuk melakukan 'free-style' semasa group photo bersama kawan2 lain selepas selesai majlis resepsi faez.
i just can't wait - untuk pergi b'shopping with my girls to buy the stuffs for my wedding day, after my partner asking me; "will u marry me?" & i say , "yes, i do!"  :)

just can't wait
just can't wait
just can't wait.

Tuesday, August 18, 2009

there she goes




another farewell end of this month...
i hate farewell...
seriously!
 :(

Sunday, August 16, 2009

siapa salah angkat tangan? saya!!! (angkat tangan.. -.-")

15/08/09 .12:45 malam
...
kulit kepala saya macam nak tercabut.sakit.
semalam lepas mandi , saya duduk depan kipas sambil tengok tv sambil sikat rambut yang basah.
sambil sikat2 saya main gulung2 rambut depan guna sikat bulat.nak tau apa yang jadi lepas tu??? rambut depan saya tergulung sekali dengan sikat.tersangkut dan tak boleh nak lerai kannnnn!!!!!! :((

saya dengan cuak2 ayam...try2 juga nak bukak.tak boleh.sikat tergantung atas dahi.shiiitttttt! :(
saya masuk bilik air..tuang conditioner dengan harapan rambut menjadi licin dan mudah diurus.tapi tak berkesan.tuang syampu pun tak jalan.tuang minyak rambut.tuang serum segala bagai.

ok tetap tak boleh.
saya rasa macam nak nanges. :(
dalam otak ni dah pikir macam2..nanti nak pi keje macam mana? tak kan nak biar sikat tergantung atas dahi...errr??? fesyen baru la! :p
macam mana nak pakai helmet? macam mana nak jumpa client? macam mana nak pi breakfast jam 10 am dengan rambut macam ni??!!! owhhh...tidak!!!!

ok..potong je..pakai tudung or cap or snow cap... :(
tak mungkin.
nanti orang kata plak.."owh nak bulan puasa baru nak sarung tutup kepala ye???" aduhhhh... :(
air mata saya dah bergenang.

ok.saya tekad je.
saya pasti saya akan dimarahi.
sms :
"awak...rambut orang tersekat kat sikat.tak boleh bukak..."
"cuma satu je cara nya, awak naik atas bawa gunting.potong jejari sikat ni supaya rambut orang selamat..."

pikor datang rumah.bawa gunting.
sambil mencari pintalan rambut, dia membebel.
"lepas ni ambik sikat ni pi bakar"

ayaiyai...

last nya, saya redha je rambut saya dipotong.sebab dah tak boleh diselamatkan... :p hehehe.


SIAPA YANG SALAH ANGKAT TANGAN?

SAYA!!!! ;p

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

16/08/2009 1:00 pm

on the phone

p : jom lunch?

k : kejap lagi erk...tunggu melodi abes.


1:30pm
belek2 rambut yang kena potong semalam..
erm..not bad.hihi.
nasib baik belah bawah.
memang la rosak sket.
tapi tak pe la...esok2 boleh pi salon betul kan!

*bunyi phone ringing

p : mandi dah? jom la lunch.lewat dah ni...

k : ala melodi baru je abes..baru nak pi mandi.nanti dah siap orang turun la.


2:30pm

k : ok.orang siap dah.jom!

baru je nak melangkah kaki ke luar rumah...
hujan turun selebat-lebat nya.
alamak... :p

saya lari ke balkoni melihat ke bawah dan nampak si dia muka mencuka.

k : sorry la awak.

p : kan orang dah cakap tadi...kena keluar awal.... :(

k: ;p jangan la mara..

SIAPA YANG SALAH ANGKAT TANGAN?

SAYA!!!! ;p

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


whatever happen...hari ini berjalan dengan lancar.
kami berdua spend masa bersama.
tengok movie.
makan2.
shopping2.
ketawa2.
last skali...menikmati minum petang bersama waffles dan milo ais.
sedap kan?

hujan tu kan rahmat! :)
alhamdulillah!





Wednesday, August 12, 2009

not my girlfriend

people change.

1). dulu awak kata saya berkira pasal makanan.saya diamkan.

2). lepas tu awak kata dan ceritakan pada semua orang yang saya lesbian, just because boyfriend saya tak datang tidur di rumah macam yang awak selalu buat...plus all my girlfriends selalu lepak rumah.saya diamkan lagi.dan saya dah start malas nak bercakap dengan awak apatah lagi melihat wajah awak yang sangat cantik tuh!

3). awak buruk2 kan nama saya pada setiap housemates yang masuk menyewa rumah supaya mereka pun benci kan saya.tapi ada saya peduli? 

4). and now, awak pula yang pandai2 nak memilih2 dan meletak-kan saya di mana2 mengikut arahan awak...stupid people! :)

yang sebenarnya...

1). saya kasihan pada awak.makanan tu rezeki Tuhan bagi.kalau lah awak kenal saya macam mana kawan2 saya kenal saya, baru awak layak untuk bercakap mengenai saya.

2). ok.saya lesbian.hahahahaha~ (abis boyfriend saya tu apa, tunggul kayu? atau..owh-ok! i'm bisexual :) hahahaha )

3). sebenarnya semua housemates pun tak suka kan awak...kasihannya.lain kali jangan suka mengata orang.busy body! haihs!!

4). awak tak layak beri arahan pada siapa2...saya malas nak cakap mengenai awak sebab saya takkan untung apa2 kalau saya bercakap mengenai awak.LOSER! :)

++ owh ya! sebab tu la awak takde kawan.sebab hati awak jahat.sorry! :)

p.s : to 'you' , GET A LIFE! :)





Thursday, August 6, 2009

Wedding Exhibition 2009

hi korang.
starting from tomorrow (7th August) to 9th August 2009, i'll be at Mid Valley for wedding exhibition.
kepada para bakal pengantin, anda boleh mendapatkan diskaun sehingga 15% jika mengambil perkhidmatan photo + video dari MANGGIS PRODUCTION.
datang lah beramai2 ke sana dan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan yang terbaik untuk majlis perkahwinan anda.
jumpa di sana ye!!!!! 

Tuesday, August 4, 2009

SETEM -kabir bhatia



setem.
what i loike about this movie?

1). tak meleret-leret.
2). saya ketawa sepanjang filem ditayangkan.
3). pemilihan pelakon yang tepat.
4). plot & story line yang tidak membosan kan.
5). sebab saya suka sangat-sangat suka...sangat suka...suka sangat2.hihik~

kelako dowh! :p

Monday, August 3, 2009

he is my super daddy

ayah 
berperangai pelik seminggu dua ni...
saya takut.

ayah
cadang nak ambil anak angkat
maybe sebab sunyi
saya takut.

waktu saya pulang ke KL hari tu
saya dapat tahu ayah sebak sampai rasa nak menangis
bila ditanya "kenapa" dan "apa yang di fikirnya..."
dia cuma jawab ; "entah...rasa kosong..."
saya takut.

saya takut
saya takut
saya takut

;(

saya cuma fikir sekarang ni..saya nak berhenti kerja dan duduk di rumah teman-kan ayah.
saya takut.