Tuesday, March 10, 2009

hentikan penindasan.dum-dum-tak REVIEW



musik alaf baru...setuju? hihihi.
actually baru je selesai dengar lagu2 dari cd DUM-DUM-TAK.
kebetulan pula cd diberikan secara percuma oleh salah seorang drpd ahli kumpulan ini yang bekerja se-office dgn saya.
nak kena bgtau nama dia ke? tak perlu kot.takut2 nanti kalau pihak ISA or incik POLISI terbaca blog saya...kena tangkap masuk lokap plak.hihi.kidding.. :)

so setelah mendengar lagu2 yang oh-so-punkers ini, hati saya berkata sebegini, "erk? not bad.at least masih boleh didengar.masih boleh menerima musik mereka dan yang paling penting masih boleh difahami biji butir kata2 si vokalis". rata2 isian lagu/lirik di dalam lagu2 mereka lebih kepada kebebasan (kerajaan.masyarakat.rakyat.ngo dll).
saya boleh katakan saya suka edisi ini kerana bukan sahaja musik mereka yang catchy, malah ada beberapa buah lagu yang membuatkan saya ter-ketawa.lagi2 bila ada 'sahut menyahut' antara vokalis dgn second vocal (macam tu ek??).tapi boleh tahan la..cute gak! hihi.
okay dari segi lirik pula.i think they are brilliant.bukan apa.pada saya mereka sgt peka dengan isu semasa.minyak naik.bahan mentah mahal.penindasan.kekejaman.isu rogol.rompak and what-so-ever.ini bermakna bukan budak2 punk ni tau nak berhibur je.at least mereka mengetengahkan isu2 semasa dan memohon kerajaan khususnya untuk buka mata dgn isu2 besar ini.congrats guys! :p
terus terang saya katakan, saya sudah lama meninggalkan zaman lagu2 berentak sebegini.
tapi bila dengar balik lagu2  dari Dum Dum Tak, mereka berjaya mengimbas kembali zaman kenakalan saya semasa menyertai kumpulan 'kulit kepala' satu ketika dulu.
so untuk kesimpulan.kepada Dum Dum Tak, tahniah.walaupun kadang2 kamu agak keras terhadap kerajaan ini, ttp lagu2 kamu semua bagus juga untuk membuka mata rakyat kita.sebab kadang2 kita tak nampak yang kita ditindas sebenarnya.betul?? 

lima puluh tahun merdeka, tetapi kita masih buta
suara disekat, kebebasan kau diikat
kau lena, mereka tertawa
kau patuh, kau tunduk
ikut apa yang ditunjuk

(lyrics by : dum dum tak .merdekakah kita. )

P.S : THANK YOU FOR THE FREE CD.i loike!!! :D

1 comment:

.(ns) said...

ni band rizie?
chumel name band die..dum dum tak..bunyi dram yang bertempo..

kalau nak dengar kugiran and vokal tak bertempo suh le rizie beli e.p LAHA..hehe cube lu promote kat die..hehehek