Tuesday, March 31, 2009

confession of picturemania


saya yang tiru isla fisher! hahahahaha~ tapi macam kebetulan  la sebenarnya. :D
tapi mcm sama! heheheh~
cuma dia ramping, saya gemuk tapi saya sihat.
mungkin je dia ada eating disorder.gagagagagaga~

crdt : pictures taking by xrizix

Thursday, March 26, 2009

gala-premiere night-TALEnTIME





GB & Chilli Pepper telah menganjurkan gala night for filem terbaru karya Yasmin Ahmad yang berjudul TALENTIME. Ianya telah diadakan di Cineleisure, Damansara. Jadi ramai la yang datang.artis2.para pelakon.pengarah itu dan ini.
saya dari Manggis Production telah ditugaskan untuk mewawancara (so dahulukala..hihi) sebilangan artis2 untuk mendapatkan review mereka berkenaan filem tersebut.sebenarnya banyak je gambar, tapi saya malas nak upload.weee~ 

Friday, March 20, 2009

type of people

hampir suku abad saya hidup.
alhamdulillah.
tuhan masih bagi saya nafas.
setiap hari saya jumpa dengan bermacam2 ragam manusia.
bukan semua manusia tu sama?
betul kata perpatah,

"rambut sama hitam, hati lain-lain"

:)

Thursday, March 19, 2009

he.



tak sempurna, tapi cukup sifat
tak mengawal, tapi menjaga
tak kudung, tapi menghulur
tak ketawa, tapi menghibur.

cukup?

alhamdulillah.
;)

Wednesday, March 18, 2009

we are all performing art.







saya betul2 rindukan zaman belajar.
saya rindukan stadium.
saya rindukan lorong/terowong gelap nak ke kelas.
saya rindukan cafeteria dekat parking.
saya rindukan zaman naik bas uitm bersempit2.
saya rindukan suasana pagi2 bersiap nak ke kelas dengan temulawak masing2 kat tangan.
saya rindukan suasana selerak setiap kali buat assignment last minute.
saya rindukan suasana kelas.
saya rindukan pensyarah2 saya.
saya rindukan kawan2 saya.
saya rindu shah alam.
saya rindukan fakulti seni persembahan, stadium seksyen 13.

ran - pandangan pertama






ku rasa ku tlah jatuh cinta
pada pandangan yang pertama

:p

Sunday, March 15, 2009

baa.doot.


siapa saya dalam hidup anda semua?
saya boleh jadi kawan.saya boleh jadi lawan.tapi saya memilih untuk jadi kawan anda.
saya dinding untuk anda bersandar.mengadu nasib.mengadu sedih.mengadu gembira.
saya ada lebih bahu seandainya anda mahu menumpang tangis.
tapi saya bukan penyeri.
saya bukan seorang yang tidak boleh menjadi serius.

jika anda rasakan saya bukan seorang pendengar yang baik.yang bagus.jangan adukan apa2 kepada saya.
anda dah kerugian masa anda.dan anda membuang masa saya.
jika anda dah berjumpa dengan mereka yang dapat memberikan 'feedback' yang baik, buat apa terhegeh2 untuk dapat-kan nasihat daripada saya?
banyak masa saya terbuang gara2 anda.
dan akhirnya anda cuma meletakkan level saya sebagai 'badut'?
ye saya memang 'badut'.
tapi 'badut' ni la yang tak pernah jemu memasang telinga mendengar kata2, cerita2, kisah2 bodoh dari anda.
'badut' ini la, yang anda cari bila tiada tempat mengadu.
sayang nya, anda terlalu cepat lupa diri.
kerana anda memikirkan bahawa 'kuasa' ada dalam tangan anda.

saya tak perlukan anda dalam hidup saya.
anda bukan siapa2 dalam hidup saya.
tanpa anda saya lebih tenang.
saya ada kawan2.saya ada persahabatan yang lebih hebat berbanding anda.
kerana saya tahu, kawan2 saya lebih menghargai saya lebih dari yang anda mampu.
saya minta maaf.

anda 'loser'.

yang benar:
baa.doot



Wednesday, March 11, 2009

dress party-to-casual party

saya tengah plan satu party untuk kawan2 wanita saya.
tapi saya tak pasti bila.
party tu lebih kepada :

"party-meluangkan-masa-bersama"


so siapa ada idea tentang aktivti2 sila angkat tangan!





.tu.du.ng. :)

bila saya nak bertudung? 

:)

Tuesday, March 10, 2009

tinggi langit.tanah rendah









2-3 minggu ini sesak kepala memikirkan hal nak sambung belajar.bertambah2 sesak bila dapat tau dah ada 2-3 orang kawan-kawan dah pun nak fly akhir tahun ni.wani dah nak fly.walaupun masih dalam dilema nak memilih antara UK atau Bandung, tapi still dia comfirm akan sambung master.paling awal bulan julai ni.atau paling lewat januari tahun depan dia fly.hajar pun sama mcm tu.aduh...saya ni pulak masih tercongak2 cari tempat nak studi.sebenarnya dah ada beberapa tempat yang saya pilih.dan dah register untuk kemasukkan pun.bukan la dah dapat.tapi 'mereka' dah pun registerkan saya sebagai antara calon yang akan mendaftar masuk.tinggal saya sendiri je pi bayar dan register masuk.then ada ujian masuk semua la + interbiu.kalau saya sambung at least 2 tahun kot.murah je kos nya pun.rm10 000.murah?? hihih.murah le kot berbanding tempat lain.course yang saya pilih tu lebih kepada program.media studies.alang2 dah belajar film, baik saya teruskan dalam bidang ni.tapi tu la, masih mencongak, mendongak...terfikir2 nak sambung bila.saya tgh kerja.and i really love my job (love kah?) hihi.at least saya selesa la kot dgn kerja saya nih.arghhhh tension.
actually dah ada plan.dah discuss dgn boifren and he said better sambung lagi setahun or dua tahun lagi.tu la.saya pun fikir macam tu gak.tapi entah ek.ni semua perancangan la.futher tak futher, jadi tak jadi..tu saya tak tau la.lihat je macam mana.doa yang baik2.semoga dapat sambung belajar.seterusnya menjadikan hidup lebih baik.amin.

minggu lepas, pergi majlis perkahwinan atom.kat paroi.dekat je.hihi.tak ramai pun boleh join.yang ada cuma fiza, boifren dia,bye, pojie, wani and me.tapi jadilah, drpd tak de wakil.majlis dia ok.makanan sedap.pengantin lawa.ada karaoke.tengok atom kawen , macam tak percaya pun ada.sampai dah jodoh dia.cute kan? :D happy sampai akhir hayat ok.jaga k.raihan baik2.sbb dia sgt baik dan cantik.woot woot! ;p
masa otw balik ke kl, ttba je wani tanya "bila tengok atom kawen , ada tak lu terfikir apa2?"...peh! apa punya soalan ni wani oiii...mesti la ta de.fikir penat ada la.hahaha.eleh terasa nak kawen gak la tuh.
macam mana ye?
sebenarnya saya malas nak fikir soal kawen2.tapi sapa yang tak nak kawen kan? semua nya halal.agagagaga~ ada orang jaga.bahagia.ada anak.tapi saya memikirkan, saya baru je berusia 25 tahun.dan saya masih banyak hal yang perlu saya kejar dan dapatkan.tapi saya tidak pula kata tidak kalau Tuhan kata jodoh saya dah sampai.cuma nya saya tidak bersedia pun nak memikirkan soal kawen.saya masih nak ayah dan emak jaga saya... :D perkahwinan sesuatu yang mulia.saya percaya kalau sudah sampai seru, saya akan berkahwin juga dgn jodoh saya.amin..
saya dan eila (fazil) pernah bertaruh untuk melihat siapa di dalam geng kami yang akan mendirikan rumah tangga mendahului yang lain.so ini la pertaruhan kami dgn mengikut urutan nombor:

1.bye (sebab berchen-ta nak masuk 16 tahun)
2.nor (sebab budak2 yang pi penang kata nor dah jd wanita mithali ikut ckp boifren..hihi)
3.nana (sebab dah ada anak instant 3 org... :p )
4.fiza (minah ni mmg kena kawin ni..nampak dh jodoh depan mata.bergurau main tarik2 telinga.ala sweeetttt.. :D )
5.zila (erk?? tak pernah jumpa fidzwan.so tak tau nak describe apa)
6.farasha (sebab org kampung dia asyik tanya "awak bila lagi nak naik pelamin?" hahahahaha)
7.wani (erk??? masih terlalu awal nak ditafsir. 7 is the lucky number.semoga berkekalan :p amin)
8.faes (yang ni...hahahahahahaha~ emak dia bising suruh kawen.kawen la faes.. :) umur makin meningkat tuh)
9.kerr (saya mmg lambat kawen.percaya pada jodoh tuhan :) )
10.fazil (dia yang letak nama dia kat number ni..konfius la tuh)
11.eina (kenapa fazil letak eina last? dia kata dia je yang tau! ye je..kot2 eina kawin dulu..hahahahahaha )



p.s: tak kisah la sapa pun kawen dulu.asalkan korang happy!!! weee~

hentikan penindasan.dum-dum-tak REVIEW



musik alaf baru...setuju? hihihi.
actually baru je selesai dengar lagu2 dari cd DUM-DUM-TAK.
kebetulan pula cd diberikan secara percuma oleh salah seorang drpd ahli kumpulan ini yang bekerja se-office dgn saya.
nak kena bgtau nama dia ke? tak perlu kot.takut2 nanti kalau pihak ISA or incik POLISI terbaca blog saya...kena tangkap masuk lokap plak.hihi.kidding.. :)

so setelah mendengar lagu2 yang oh-so-punkers ini, hati saya berkata sebegini, "erk? not bad.at least masih boleh didengar.masih boleh menerima musik mereka dan yang paling penting masih boleh difahami biji butir kata2 si vokalis". rata2 isian lagu/lirik di dalam lagu2 mereka lebih kepada kebebasan (kerajaan.masyarakat.rakyat.ngo dll).
saya boleh katakan saya suka edisi ini kerana bukan sahaja musik mereka yang catchy, malah ada beberapa buah lagu yang membuatkan saya ter-ketawa.lagi2 bila ada 'sahut menyahut' antara vokalis dgn second vocal (macam tu ek??).tapi boleh tahan la..cute gak! hihi.
okay dari segi lirik pula.i think they are brilliant.bukan apa.pada saya mereka sgt peka dengan isu semasa.minyak naik.bahan mentah mahal.penindasan.kekejaman.isu rogol.rompak and what-so-ever.ini bermakna bukan budak2 punk ni tau nak berhibur je.at least mereka mengetengahkan isu2 semasa dan memohon kerajaan khususnya untuk buka mata dgn isu2 besar ini.congrats guys! :p
terus terang saya katakan, saya sudah lama meninggalkan zaman lagu2 berentak sebegini.
tapi bila dengar balik lagu2  dari Dum Dum Tak, mereka berjaya mengimbas kembali zaman kenakalan saya semasa menyertai kumpulan 'kulit kepala' satu ketika dulu.
so untuk kesimpulan.kepada Dum Dum Tak, tahniah.walaupun kadang2 kamu agak keras terhadap kerajaan ini, ttp lagu2 kamu semua bagus juga untuk membuka mata rakyat kita.sebab kadang2 kita tak nampak yang kita ditindas sebenarnya.betul?? 

lima puluh tahun merdeka, tetapi kita masih buta
suara disekat, kebebasan kau diikat
kau lena, mereka tertawa
kau patuh, kau tunduk
ikut apa yang ditunjuk

(lyrics by : dum dum tak .merdekakah kita. )

P.S : THANK YOU FOR THE FREE CD.i loike!!! :D

this is what we call OXFORD SHOES




ok.i really adore this shoes!
sgt elegan kan.. :)
agak2 dalam minggu depan dah boleh dapat tak?? hehehe~
owh..tersangat la cantik! :D

p.s: confessions of a shopaholic dah keluar kat wayang ke belum???? :p

Wednesday, March 4, 2009

its true!!! :o

awass!! lelaki ini gemar kan gosip2 liar!!!! :p