Thursday, September 27, 2012

#interview


yea..wa pergi interview.haha setelah sebulan lebih melepak akhirnya wa pergi juga interview kan? :p
so kalau korang nak tau la, dari malam tu wa macam nervous.serious nervous.

1). nervous nak di-interview
2). nervous nak pakai baju apa untuk interview.

HAHA.

So wa dah siap2 kan 3 persalinan untuk dipakai.OVER kan? sokay..that is ME! haha feel so awkward sebab wa dah lama tak pergi interview2 ni.sepanjang wa bekerja, ini second time wa kena interview.nervous Tuhan saja yang tau.

1). Mustard Chiffon Blouse + Navy Blue Maxi Skirt



2). Flowery Waist Blouse + Fuchsia Maxi Skirt + Pink Belt


3). Flowy Pink Blouse + Black Flowy Skirt


The #Outfitoftheday is
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



tapi malangnya bila wa sampai kat tempat interview tu semua yang nak interview pakai baju kurung.wa sorang je yang konon2 nak stailo sangat la kan? ber-color block bagai! ahahaha padan muka! tapi..ramai yang memuji.apa lagi, terus je la wa promote my blogshop! oppsss! :p

anyway, the interview went well.alhamdulillah.tapi tak tau la dapat ke tidak.dah mencuba yang terbaik.kalau dapat alhamdulillah, kalau tak dapat..sokay try lagi next time! :)
sebab wa percaya Allah sentiasa bersama orang yang berusaha! chayok! :D

till then.good nite! 

x,
kerr.



Wednesday, September 26, 2012

fun fun and fun


zaman sekarang ni macam-macam apps ada.berlumba2 orang nak memiliki handphone maha canggih lepas tu boleh download app ; instgram, jusgram and macam-macam apps lagi lah! 
wa pun sama je macam semua orang tu cuma wa tak lah berlumba nak ada handphone canggih cuma yang paling penting handphone wa boleh surf internet itu je.because seriously i can't live without the internet! haha :p

sooooo..today masa tengah lepak2, wa terjumpa satu app yang baru bagi wa (and maybe ramai dah tau app ni! bagus la.wa je yang lambat!! haha) called LINE CAMERA!

check their's here CLICK ME 

their app is really awesome i tell you.. :p 
see my so-called artwork! haha


suka sangat bila boleh stamp here and there! i think this is awesome! kalau rajin boleh je buat scrap book.nice! 


cute puppy.this is my hand phone wallpaper now! sho-cute! :))


and yea..boleh je nak buat serabut-serabut macam ni! then you sent la kepada yang tersayang.awww! :))


so go to your Google Play now and download.
its FREE btw!

woohoo!!

x,
kerr


Monday, September 24, 2012

#Outfit Of The Day


i love sunday.suami cuti kerja hari Ahad.dan biasanya hari Ahad adalah hari paling free dalam dunia.boleh pilih nak lepak bercinta dekat rumah je or keluar ber-dating hihi :)
so, last sunday we decided untuk keluar after Asar.lepak kedai buku.dengar-dengar Kinokuniya  KLCC buat books sale.yay yay! :))

What I Wore


Chiffon Flowery Shawl (bought at Terengganu last Syawal), Orange Crop Tops (Cotton On), Flow y Black Maxi Skirt (Scarlet).


Coco Feather Necklace (you can get here by COS), and Aldo sling bag which i turned to clutch.



and unbranded peacock ring :)





"Do not let Sunday be taken from you If your soul has no Sunday, it becomes an orphan. "
Albert Schweitzer 
xoxo,
kerr.


Friday, September 21, 2012

dreams


lately wa selalu mimpi yang bukan-bukan.'bukan-bukan' ni bermaksud mimpi ntah apa-apa.mimpi hantu la, mimpi surau la, mimpi solat la, menari la etc..sebab tu orang cakap, nak tidur basuh kaki dulu kan? ye la, sebab kalau kita keluar malam, then balik rumah terus tidur ntah-ntah apa je yang ikut balik rumah tu kan? eiii..han han! :p

yang terbaru wa mimpi pontianak ok! sangat menakutkan.. :( dia cakar-cakar tapak tangan wa ni.sakit nya sampai wa terasa dalam tidur walaupun wa tau wa tengah bermimpi.masa tengah mimpi tu wa nak sebut "allahuakhbar" pun tak lepas.mulut wa macam terkatup.takut gila ok! :((
sedar-sedar wa tengah azan.yes wa azan! dan bila tengok jam baru pukul 5 pagi.hurm..terus berdebar-debar jantung ni dan tak boleh tido.wa kejut apitt suruh buka lampu toilet biar terang sikit.hehe

dalam-dalam tak boleh tidur tu wa sempat je google tafsir mimpi thru handphone *yes..zaman dah berubah.semua dihujung jari T____T*

menggoogle sambil memerhati kot2 dalam bilik wa mmg ada hantu ke..aiseh menakutkan! :(
so melalui apa yang wa google tu, dia cakap ;



"apabila seseorang dari kamu bermimpi hal yang dibenci,
hendaklah meludah ke arah kiri sebanyak 3 kali dan
 berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan 3 kali, 
serta memalingkan rusuk ke arah yang berbeza dengan sebelumnya" 
Muslim

so itu bermaksud, bila kita bermimpi benda-benda yang menakutkan dan tidak disukai ;

1). ludah (ludah kecil2 je..jangan la ludah sampai satu gelen air liur pulak T___T) ke arah kiri sebanyak 3 kali.

2). baca doa pelindung "a'uzhubillahinasysyaitannirrajimm" sebanyak 3 kali (kalau ada doa pelindung dari syaitan yang lain pun boleh baca gak)

3). tukar posisi tidur dengan memalingkan rusuk ke arah yang berbeza.

cubalah, insyaallah berkesan.


haihs tapi mimpi pontianak tu wa terbayang2 sampai sekarang.muka dia, rambut dia..aaaaa takutnya! :(


nope.ini gambar hiasan je..tapi takut la juga -__-"

lain kali nak tidur mesti kena basuh kaki! 

x,
kerr.


Thursday, September 20, 2012

updates!


dear reader, do visit and shopping at my on-line blogshop :


feel free to email me to place the order

zuraazreen84@gmail.com

thank you
:)

x,
kerr.

Friday, September 14, 2012

i can't sleep.



i just can't sleep and have a fb chatting with my lady Faes. gossiping and updates! hehe too many things happen and wa cuma boleh lihat sahaja.because apa yang berlaku bukan masalah/berpunca dari wa.so i better shut up and listen! kan? :)


one of my girlfriend ada masalah dengan her boyfriend.yea i know, benda tu tak ada lah issue besar pun memandangkan semua orang pernah mengalami masalah dengan boyfriend.kalau bukan pasal orang ke tiga, mesti la pasal hal remeh temeh tak masuk akal.kan? tapi apa yang jadi issue sekarang adalah boyfriend dia tu bodoh.yup..sangat bodoh! kenapa wa cakap dia bodoh? tak baik cakap orang bodoh.hurm..saje.dia memang bodoh.so what? 

one of my girlfriend ada masalah dalam keluarga dia.she called me dan bercerita.menangis dan wa rasa sedih untuk dia.pada pendapat wa, dari dia bujang sampai dia kawen, dia yang paling banyak berusaha untuk selamatkan family dia.dia yang paling menjaga family dia.persoalannya sekarang..mana pergi abang dan adik2 lain? come on..dia perempuan kot?

one of my girlfriend falls in love with someone's boyfriend.err? nak komen apa ea? hahaha

one of my girlfriend will be someone's husband's wife soon.tak tau la patut happy ke tidak? hurmm..

one of my girlfriend is becoming mommy in 1st december.insyaallah! yay! :))

4 of my girlfriends will get marry soon.truly happy for them! alhamdulillah :')



2-3 hari ni wa banyak berfikir.macam-macam sebenarnya.semoga Allah permudahkan urusan wa sekeluarga.insyaallah.wa berusaha ke arah yang lebih baik.semoga Allah sentiasa bersama-sama kami.
amin :)


source : weheartit.com

xoxo,
kerr.




Wednesday, September 12, 2012

acoffeeonsunday updates! :))



as you guys know, wa ada jual my pre loved.alhamdulillah..ada juga yang membeli hehe.ye la, wa pun tak sangka dapat sambutan.terima kasih kawan-kawan, tanpa korang wa tak tau la nak letak mana baju-baju wa tu :p

btw, kerana kesungguhan para pembeli, wa rasa wa nak getting serious dalam bussiness ni.insyaallah semua nya dalam proses dan wa cuba untuk gerakkan juga tulang 4 kerat wa ni untuk melakukannya.for your info, all the items yang wa akan jual adalah pilihan personel wa sendiri.apa yang wa suka, dan apa yang cantik di mata wa :))
harap semua suka dan membeli! :)

so tunggu tau! semoga sukses, insyaallah!
will announce once everything settle and ready! ^___^Y

x,
kerr


Tuesday, September 11, 2012

super housewife


seperti yang semua tahu, sekarang ni kan wa so-called suri rumah sepenuh masa kan? hehe yup, i am a house-wife now.err..buat sementara waktu.but i really enjoy being a housewife.memasak.membasuh.kemas rumah or just glue myself in front of the computer screen.hehe :p
for your info and i'm quite surprise myself too, wa makin rajin memasak and makin pandai kerja-kerja dapur.haha nope bukan lah selama ni tak pandai langsung but wa rasa kalau masa bujang dulu boleh kira la berapa kali wa memasak kalau bukan kat rumah emak.now! the kitchen is MINE! :))
yesterday, wa macam lapar so i decided to do something simple.
...
..
.
SUPER YUMMY TAUHU SUMBAT!! :))





wa makan 6 tauhu ok! 6!! hahaha
crazy delicious! :))


yea i know i'm awesome!

hahaha

x,
kerr.



Monday, September 10, 2012

memanaskan rumah ;p



semalam wa dan apitt buat our 1st housewarming after 3 month of marriage.hehe :) actually ajak yang rapat-rapat je dulu sebab wa nervous nak serve untuk orang ramai.like..seriously.wa tak boleh tidur malam memikirkan pasal nak bagi orang makan tau tak? haha

i am so lucky my along datang membantu.kalau dia takde..haihs mungkin wa cancel je sebab wa cemas.hahahaha :p alhamdulillah, everything went well and smooth.makanan cukup semua sempurna.alhamdulillah :)) 












apitt and me feel so blessed.semoga Allah menggandakan rezeki.insyaallah :)
yeay! wa dah rasa jadi tuan rumahhhhhhh! hehe :D


x,
mrs kerr.









#01 aidilfitri 2012



berikut adalah koleksi instagram wa sepanjang aidilfitri tahun ini.


01.

kerr : kenapa kita packing baju banyak gila ni? baju orang je dua beg!
apitt : orang pun sama.owh mungkin sebab raya ke-lima tu kan kita nak balik joho dah! 


02. 
mama tak boleh tido malam sewaktu kami pulang beraya ke kuantan.wa peluk, wa gosok, wa urut mama supaya dia lega.tapi wa tak sekuat mana.wa menangis dan apitt ambil alih peluk dan tidokan mama.

kalau dah namanya emak kandung, semua anak sanggup tinggalkan semua demi emak.wa takkan mencuka hanya kerana apitt taat kepada ibu bukan pada wa.sebab if wa duduk di tempat apitt, wa akan buat benda yang sama.wa bersyukur Tuhan kurniakan suami yang taat pada ibunya.


03.

memohon agar Tuhan mendengar doa wa.


04.
malam hari raya ke-4 , kami paksa mama ke hospital.mama tak mahu tapi kami keraskan juga sebab tahap kesihatan mama makin teruk.

ada bertelagah pendapat.tapi nak tunggu sampai bila?

otw ke hospital, mama sesak nafas di dalam kereta.macam semput.turun-turun kereta terus di sambut dengan gas oksigen.


 05.
setiap hari keadaan kesihatan mama tidak menunjukkan kemajuan.2 malam mama tak dapat tidur dengan lena. keadaan mama betul2 buatkan wa teringat arwah ayah.wa pasti mama 'hampir' tapi wa tak nak bagi suami dan adik-adik risau.keadaan mama exactly macam ayah dulu.

wa takkan boleh lupa renungan mata mama sehari sebelum dia meninggal dunia.dia nak peluk kami semua.pada wa itu saat paling sedih dalam hidup wa.seolahnya dia nak bagitahu 'masa mama dah makin dekat'.. :'(

malam itu adalah terakhir dia dapat tidu dengan lena.







really sorry, wa tak boleh nak cerita se-details-nya.sebab itu akan buat wa terkenang dan makin sedih.kalau nak dikenangkan terlalu singkat perkenalan wa dengan mama.2 bulan sebagai menantu sulung dalam rumah mama, wa tak sempat nak tabur bakti dan jasa.wa tak terucap terima kasih kerana menerima wa sebagai menantu.wa tak terucap yang wa rasa bertuah ber-ibu mertuakan dia.dan wa tak terucap "mama adalah wanita hebat" :')

tapi wa bersyukur pada Tuhan, at least wa dapat tunaikan apa yang dia nak makan.wa buat yang terbaik kerana dia adalah mama wa.dan khidmat wa yang terakhir adalah memandikan dan mengkapankan.semoga Allah memberikan ganjaran yang tinggi untuk mama.insyaallah :')


mama,
i love u with all my heart.
semoga mama tenang di sisi Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
amin..


x,
kerr.



Tuesday, September 4, 2012

#raya2012


banyak benda berlaku sepanjang raya tahun ini.
banyak yang menyedihkan sebenarnya.
nanti la, wa kumpul kekuatan untuk menulis mengenainya.


sakit.


x,
kerr