berikut adalah koleksi instagram wa sepanjang aidilfitri tahun ini.
01.
kerr : kenapa kita packing baju banyak gila ni? baju orang je dua beg!
apitt : orang pun sama.owh mungkin sebab raya ke-lima tu kan kita nak balik joho dah!
02.
mama tak boleh tido malam sewaktu kami pulang beraya ke kuantan.wa peluk, wa gosok, wa urut mama supaya dia lega.tapi wa tak sekuat mana.wa menangis dan apitt ambil alih peluk dan tidokan mama.
kalau dah namanya emak kandung, semua anak sanggup tinggalkan semua demi emak.wa takkan mencuka hanya kerana apitt taat kepada ibu bukan pada wa.sebab if wa duduk di tempat apitt, wa akan buat benda yang sama.wa bersyukur Tuhan kurniakan suami yang taat pada ibunya.
03.
memohon agar Tuhan mendengar doa wa.
04.
malam hari raya ke-4 , kami paksa mama ke hospital.mama tak mahu tapi kami keraskan juga sebab tahap kesihatan mama makin teruk.
ada bertelagah pendapat.tapi nak tunggu sampai bila?
otw ke hospital, mama sesak nafas di dalam kereta.macam semput.turun-turun kereta terus di sambut dengan gas oksigen.
setiap hari keadaan kesihatan mama tidak menunjukkan kemajuan.2 malam mama tak dapat tidur dengan lena. keadaan mama betul2 buatkan wa teringat arwah ayah.wa pasti mama 'hampir' tapi wa tak nak bagi suami dan adik-adik risau.keadaan mama exactly macam ayah dulu.
wa takkan boleh lupa renungan mata mama sehari sebelum dia meninggal dunia.dia nak peluk kami semua.pada wa itu saat paling sedih dalam hidup wa.seolahnya dia nak bagitahu 'masa mama dah makin dekat'.. :'(
malam itu adalah terakhir dia dapat tidu dengan lena.
really sorry, wa tak boleh nak cerita se-details-nya.sebab itu akan buat wa terkenang dan makin sedih.kalau nak dikenangkan terlalu singkat perkenalan wa dengan mama.2 bulan sebagai menantu sulung dalam rumah mama, wa tak sempat nak tabur bakti dan jasa.wa tak terucap terima kasih kerana menerima wa sebagai menantu.wa tak terucap yang wa rasa bertuah ber-ibu mertuakan dia.dan wa tak terucap "mama adalah wanita hebat" :')
tapi wa bersyukur pada Tuhan, at least wa dapat tunaikan apa yang dia nak makan.wa buat yang terbaik kerana dia adalah mama wa.dan khidmat wa yang terakhir adalah memandikan dan mengkapankan.semoga Allah memberikan ganjaran yang tinggi untuk mama.insyaallah :')
mama,
i love u with all my heart.
semoga mama tenang di sisi Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
amin..
x,
kerr.
No comments:
Post a Comment