masih teringat lagi bila cerita pasal hari guru.
arwah ayah dulu cikgu sekolah menengah.semua orang cakap ayah garang.memang garang pun dan saya sendiri pun dah lali kena pukul.salah sendiri.
entah kenapa saya bangga sangat bila orang tahu saya ni anak kepada ayah.anak kepada Cikgu Dolah.ayah, semua orang kenal dia.dari yang muda sampai la yang tua.semua kenal ayah.
masih teringat lagi bila cerita pasal hari guru.
setiap 16 May semasa ayah masih mengajar,(oh ayah mengajar sesi petang sebelum saya terlupa.) pulang petang mesti penuh bakul motor ayah dengan hadiah-hadiah daripada murid-murid.kata cikgu dolah garang.tapi kenapa masih diberi hadiah? itu kelakar.akhirnya kami adik beradik yang jadi perasmi hadiah-hadiah yang ayah dapat. :)
masih teringat lagi bila cerita pasal hari guru.
rumah saya dulu penuh dengan surat khabar.bertingkat-tingkat.ayah melanggan surat khabar di kedai maiden di pekan senggarang.surat khabar ayah bernombor 9 (nombor langganan).berita harian,utusan malaysia,star dan wajib ada new straits times.setiap hari sampai dua bilik dijadikan markas surat khabar.ayah tak bagi buang kerana itu ilmu dan banyak artikel yang boleh kami adik beradik dapatkan memandangkan semua masih bersekolah ketika itu.orang mengata rumah cikgu dolah banyak surat khabar.ada ayah ambil perduli? rumah aku, ikut suka aku lah! :) sampai beranai-anai rumah.
kalau waktu hendak makan, meja di alas menggunakan surat khabar, tapi ayah selalu berpesan , "cari muka surat yang iklan." (iklan mean bahagian yang tidak ada artikel.bahagian index semata-mata).kerana takut-takut artikel tersebut berguna dikemudian hari.
masih teringat lagi bila cerita pasal hari guru.
ayah cukup pantang kalau kami adik beradik menulis guna pensel tekan-tekan (mekanikal pencil).
'selamat' la pensel tekan-tekan tu dalam gelap belakang rumah.haha :')
ayah beli berkotak-kotak pensil 2B, HB atau pensel batang merah siap dengan pisau lipat.
masih teringat lagi bila cerita pasal hari guru.
banyak lagi nak ditambah, tapi semua ini akan membuatkan saya bertambah sedih.
jadi biarlah saya simpan untuk diri sendiri.
kenangan ini akan tetap segar sampai bila-bila.insyaallah. :')
to encik abdullah bin ahmad @ ayah,
SELAMAT HARI GURU,
ayah adalah guru pertama dalam hidup saya dan adik-adik.
semoga ayah sentiasa tenang disana.
amin.
al fatihah,
kerr.
16 May 2011