Saturday, May 7, 2011

emak.


wanita ini banyak berkorban untuk saya
wang.
tenaga.
masa.

tidak pernah sekali pun saya dengar dia mengeluh.
penat.
lelah.
letih.

kerana dia seorang ibu.

dulu ketika saya masih anak-anak kecil, saya mengaku saya kerap buat emak marah.
melawan cakap.
memberontak.
tapi saya bukan anak yang suka meliar.
marah macam mana pun pasti lembut kembali.
mengamuk macam mana pun saya cuma menangis seorang diri.
cuma mungkin pada waktu itu dah terasa sangat "aku kan dah besar"
dan saya pasti ramai yang setuju dengan saya.
normal.

kini bila dah makin dewasa saya lebih bertoleransi.
senang berkongsi cerita.
malah tidak punya apa-apa rahsia diantara saya dan dia.
pada saya, lebih mudah untuk tidak berahsia.
jujur.

sewaktu/sedari kecil, ramai yang mengata kami adik beradik itu dan ini.
pastinya yang negatif.
especially dari keluarga sendiri.
kalau anak cikgu dolah dan puan masitah ni memang ada saje buruknya.*fak*
tak bercampur orang.
tak bercampur keluarga.
suka ikut kepala sendiri.
bla bla bla.
*boring*
tak senang dengan cara ayah mendidik saya adik beradik.
terlalu details katanya.
manusia.
tapi emak diam.
emak akan cakap, "biar la.." or 'tak apa'.*yeah..she is so cool*
*pause*
ok saya tak nak cerita hal-hal yang tak best.
Tuhan sedang menguji.

apa-apa pun jua, emak tetap nombor 1 di hati saya.tiada gantinya.
selepas ayah tiada, alhamdulillah emak masih emak yang sama.
semangat yang sama.
senyum dan ketawa yang sama.

dear emak,

semoga emak sentiasa dilimpahi dengan bahagia dan kesihatan yang baik.semoga Allah sentiasa merahmati perjalanan hidup emak.terima kasih untuk segalanya.u're my everything.tidak terbalas jasa yang emak dah buat untuk ayien dan adik-adik yang lain.semoga semua yang terbaik itu hanya untuk emak.insyallah.

emak, u're the best.and i love u.

Selamat Hari Ibu.


kerr.

No comments: