ayah memang tiada harapan.bukan aku yang dah putus harap.setiap kali solat, air mata aku melaju berderai.nasib baik telekung sendiri...aku pohon aku minta pada Tuhan ditunjukkan kuasa-Nya.beri kesihatan yang baik untuk ayah.bila aku pergi solat dengan faza, di belakang aku dengar bersosek-sosek hingusnya.ditahan supaya tidak keluar tidak meleleh.
aku duduk lagi di bangku biru depan wad ayah.ditangan bergulung tisu naik lunyai aku genggam.aku patut aku buat? apa tindakan untuk membolehkan ayah sihat? sedar? panjang umur? owh itu kerja Tuhan sayang..kerja Tuhan. :')
ayah dalam sedar tidak sedar.aku masuk tengok ayah buat kali pertama selepas ditusuk mesin pernafasan.ya Allah...ya tuhanku.Kau Maha Agung.Kau Pencipta Langit dan Bumi.bantal ayah dah dialih..ayah baring tak berbantal.dada turun naik akibat di masukkan oksigen.panas.wayar berselirat.aku tenung lagi wajah ayah..aku perasan gigi depan ayah, 2 batang direntap patah doktor untuk memudahkan saluran penafasan di masukkan.mulut nya berdarah.subbahanallah.. :'(
kerr : ayah..ni ayien datang.ayah dengar dan ikut ye ayah.ikut dalam hati ayah..Laillahaillallah..muhammaddarasullullah..allahuakbar!
demi Allah aku lihat air mata ayah mengalir keluar dari tepi mata yang terpejam.. :'( aku lap pelahan.aku ulang mengajar ayah mengucap.
aku tahan air mata supaya tak terkena muka ayah.aku ulang sampai badan aku lenguh membongkok ke telinga ayah.biar aku penat, asalkan ayah tak lupa nama Allah dan nabi.aku usap dahi ayah.aku cium ayah.ini pertama kali dalam hidup aku mencium ayah serapat ini.pertama kali.aku genggam jari2 ayah.
doa.tawakal.redha - itu yang aku pegang.

ayah senyap.
---------------------------------------------------------------------------------
8 mac 2010/ 10:30am
emak ke pejabat hari ini.aku biarkan.at least biar masuk sedikit hal kerja.biar terlupa sebentar sedih hati mengenang ayah.tapi hati emak, siapa tahu kan?
nani abdullah : hey babe..just nak bgtau.doctor ang bgtau condition ayah makin teruk dari semalam.mcm ok tp actually no.boleh go anytime...mungkin boleh tahan sehari.no guarantee.
ayah..ayah..ayah..aku tak tau apa perasaan aku masa tu.masa dapat sms dari along tu.aku baru balik dari hospital pagi tu.baru mamai2 nak tidur.tapi tak boleh.rupa2nya aku akan dapat sms mcm tu.. :') aku keluar bilik.depan tv, aku lihat Faza, Noi, Ibal tido berselerak.tapit dalam bilik.toit di ruang tamu.masing-masing baru memejam mata seminit dua.aku kejut pelahan.
kerr : korang, kumpul jap.
dengan mamai-mamai, masing-masing bangun paksa.ada yang pejam sambil pasang telinga.aku tahu diaorang penat.aku tahu diaorang tak cukup tido semua.aku tahu.
aku beritahu hal tersebut perlahan.sedikit pun tak tertinggal.aku bacakan msg yang dihantar oleh along.masing-masing hilang ngantuk.masing-masing terduduk diam.masing-masing jadi bisu.aku ajak faza ke rumah mak atok yang hanya sepelaung jauhnya dari rumah.sebenarnya, aku tak tau nak bgtau apa pada diorang.pasal nyawa ayah berakhir hari ini? atau luah perasaan takut aku ni? lost.aku pusing pusing di dalam rumah mak atok.pakcik makcik, sepupu...semua sibuk dengan hal sendiri.yang perempuan di dapur memasak, yang lelaki di ruang tamu membaca surat khabar, melayan anak etc.aku terserempak dengan salah seorang isteri pakcik, k.as.dia bertanya kenapa? aku cuma menjawab: "ayien nak minta pendapat".pendapat apa pun aku tak tau.aku tak tau nak tanya apa sebenarnya.

aku dan faza duduk di sofa depan tv.diam.aku telan air liur.tahan air mata.di situ ada k.as dan mak uda.sedia mendengar apa jua yang menghenyak benak ku.
kerr : ayien dan faza just nak tanya pendapat pasal ayah..
(saat ini air mata aku berderai lagi.sumpah aku sedih.sumpah aku tak tau nak buat apa.mendapat tahu berapa lama hayat ayah boleh bertahan bukan sesuatu yang menggembirakan.maksud aku, bagi sesetengah orang at least kematian dah boleh dijangka, mohon bersedia.aku bersedia? ye, aku bersedia dalam keadaan tidak bersedia.)
sedia - kalau dah memang ayah sakit.kalau dah memang ajal.kalau memang dah patut meninggal dunia.
tidak bersedia - april ini ayah genap 66 tahun.aku masih belum berkahwin dan masih dibawah tanggungjawab emak dan ayah.aku belum puas bahagiakan emak dan ayah.
k.as : jangan menangis.cerita la dulu.ayien nak pendapat apa?
kerr : ayien tak tahu la k.as..tadi along msg.along bgtau doktor dah tak bg apa2 chances untuk ayah.doktor kata kalau bertahan pun, satu hari ni je pun.
aku tahu..once mesin dicabut dari ayah. ayah memang akan pergi.tinggal kan aku dan famili.mesin tu cuma nak sedapkan hati aku adik beradik.sedap kan hati emak.ayah memang takkan ada nyawa dah didunia ini.
a.nuar (pakcik) : ayien, nak makan dulu?
kerr : ayien dah tak de rasa nak makan ... :(
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ .
8 mac 2010
hospital.
aku mengadap ayah.terserempak dengan emak.emak datang dari office ke hospital untuk sign borang yang doktor bagi.borang mengesahkan kami TIDAK MAHU AYAH DI HENYAK CPR.kalau betul ayah akan diambil Tuhan, biar perginya dengan tenang.biar kurang sakit nya.cukup la dengan kesakitan gigi direntap.hidung ditusuk salur untuk mengeluarkan darah-darah kotor.kemaluan pun ditusuk dengan salur menyalur kencing ayah.wayar berselirat.
ayah..ayah..ayah..ayah mesti sakit kan ayah? :'(
ayien tak tahu ayien boleh buat apa selain doa banyak2 untuk ayah.
along bgtau, kalau tengok dari nombor2 yang tertera di skrin all the machines memang normal.blood pressure normal.gula normal.tapi sebenanrya TAK NORMAL.nombor tu hanya setakat jadi penyedap hati.nombor-nombor normal keluar sebab ayah dicucuk dengan ubat-ubat.ubat-ubat tu yang buat ayah MACAM NORMAL.kalau nak diikutkan ayah memang dah lama...haihs.entah la.aku mengelap peluh-peluh sejuk di badan ayah.berpeluh-peluh..itu pun tanda2 yang Tuhan dah terang-terang tunjuk.
hari ini setiap kali menunaikan solat, aku dah TAK MINTA Tuhan panjangkan umur ayah.aku dah TAK MINTA Tuhan bagi kesihatan yang baik untuk ayah.yang aku minta;
"Ya Allah ya Tuhan ku...jika benar hari ini Kau mahu mencabut nyawa ayah, segerakan lah.tiada apa yang aku mohon kepada-Mu selain cabut lah nyawa dengan perlahan.biarkan ayah pergi dengan tenang...amin ya rabbal alamin."
setiap kali berdoa, aku menangis.cukup la ayah terseksa.sakit.
5:45pm / 8 mac 2010
faza menemani emak bersolat.aku duduk dengan ayah.ayah senyap.hanya dada turun naik kerana gas oksigen.tatap muka ayah.aku pegang jari-jari ayah.aku cium tangan ayah.aku usap lengan ayah.aku nak sangat keajaiban berlaku.nak sangattttt... :(
air mata aku bergenang lagi.tak mungkin kan?
aku bangun mendekatkan mulut ke telinga ayah.aku genggam tangan ayah.
kerr : ayah..ni ayien.ayah dengar ye ayien cakap ni.
aku tahan sebak.
kerr : ayah...kalau ayah nak pergi, ayah pergi ok.ayah jangan risau tentang ayien adik beradik.ayah jangan risau tentang emak.ayah jangan risau tentang kami.ayien dan adik adik akan jaga emak.ayah jangan risau.ayah pergi dengan tenang ok.
kerr : ayah..kalau ayah dengar apa ayien cakap tadi, ayah genggam balik tangan ayien.
ayah diam.tapi aku dan aku harap ayah dengar.aku dah tak minta apa2 lagi..aku cuma nak ayah pergi dengan tenang dan diiringi dengan kalimah Allah.aku berulang kali mengucap ke telinga ayah.berulang kali... :'(
Ya Allah , aku mohon padaMu...Kau berikan aku peluang mengadap ayah ketika nyawanya di cabut ya Allah.amin.
ini yang paling aku takut, kalau-kalau aku tak berada di sisi ayah ketika ayah pergi.sumpah aku takut.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
6:00 pm / 8 Mac 2010
ramai saudara mara datang melawat ayah.sampai penuh wad tu.seperasan aku la, setiap hari wad itu mesti penuh dengan kawan-kawan ayah, anak murid ayah, sedara mara, adik beradik, ipar duai...maka orang-orang sekeliling akan melihat.aku bangga.sbb aku tahu ayah amat disenangi oleh semua orang.insyaallah, orang2 itu pasti mendoakan untuk ayah juga.
kawan aku semasa di sekolah rendah pun datang melawat ayah.aku bawa dia masuk ke dalam wad.ada emak.ada dua orang lagi.anak saudara ayayh dan kawan ayah.aku menerangkan kondisi ayah kepada kawan.emak duduk setia disamping ayah.ditangan emak aku lihat sentiasa memegang yassin.
6:40pm/8 Mac 2010
sedang aku menerangkan keadaan ayah.2 orang tadi mahu pulang.kawan ayah seorang pakcik pergi ke arah ku dan berbisik ;
"jangan tinggal kan ayah walau sekejap"
"baik pakcik, terima kasih..." senyum.
dalam masa aku jangkakan 2 minit dari apa yang pak cik tu bgtau, di saat aku sedang mengadap ayah, tiba2 ayah tersentak bergerak.
kerr : emak, ayah bergerak!
aku usap tangan ayah.insyaallah ye ayah.ayah akan sihat mcm biasa.
dalam beberapa saat, di depan mata aku, aku lihat ayah tercungap2.aku pasti ini masa nya.subbahanallah.doktor dan nurse bergerak pantas.emak, along tarik ke tepi katil ayah.ayah nazak.aku berdiri di sebelah telinga ayah, aku ajari dia mengucap.mengucap buat kali terakhir...
aku jadi sebak.aku tarik along..along berganti mengucap untuk ayah.along bisik kan ke telinga ayah.di dalam kesibukkan doktor dan nurse, aku mcm lost.emak dan teresak di tepi katil.
aku berlari keluar.cari ibal, toit, tapit, faza...panggil supaya dapat mengadap ayah.mengadap ayah.... :'(
noi, adik bongsu aku tak dapat tengok ayah.dia di rumah...
dalam dua kali menarik nafas...ayah pergi.pergi dengan tenang.
6:55pm / 8 Mac 2010
ayah dah pun meninggalkan aku sekeluarga.
aku dah jadi redha.
kami diarahkan keluar dari wad kerana pihak hospital mahu menguruskan ayah.
aku lihat emak, emak tabah.tidak meraung.tidak menjerit pekik.cuma menangis perlahan.alhamdulillah.biar la ayah pergi dengan tenang.selesai.
aku khabarkan berita pada saudara mara.kawan2 ayah.semua sekali.
kami duduk anak beranak di kerusi biru di depan wad.masing-masing tenang.walau menangis tetapi tenang.alhamdulillah.
bagi emak minum air.rileks.
dalam hati aku, aku percaya Tuhan Maha Berkuasa.Tuhan Pencipta Alam.Tuhan Maha Mendengar.
Dia dengar doa2 aku.dia makbulkan segalanya.syukur.disaat2 akhir ayah, aku harap apa yang aku, adik2 dan emak buat mampu memberikan sinar buat ayah di alam sana.
insyaallah.subbahanallah.
kepada allahyarham ayah (encik Abdullah bin Ahmad),
Selamat tinggal ayah.
Selamat bertemu Tuhan.
Doa akan sentiasa mengiringi ayah.ayien janji.insyaallah.
semalam (30 Mac 2010, genap 3 minggu ayah tinggal kan ayien adik2 dan emak.so far, alhamdulillah.emak ok...adik2 pun ok.kadang2 je emak bergenang kalau cerita tentang ayah.ayien dan adik2 pun sama.masa menulis ni pun ayien termenangis.rindu ayah.tapi ayah jangan risau, emak akan ok.takes time.ayah take care di sana. owh lupa..faza was doing really well in her spm.alhamdulillah.semua berkat semangat ayah.jangan risau, all the upu's thingy ayien dan famili akan bantu dia.insyaallah amalan dan doa anak2 akan membantu ayah.insyaallah.amin amin amin.
rumah sunyi takde ayah.
takde simpan buah sejuk dah dalam peti ais.
untuk 3 minggu ni dan tak tau sampai bila, emak tak mau tido dalam bilik.tido kat ruang tv.faza n noi teman..its ok.takes time. :')
kerusi favourite ayah masih ditempat biasa.tak mau alih.tongkat ayah ada dalam bilik tapit.along, ayien, ibal, toit akan selalu balik rumah mcm biasa.macam waktu ayah ada.jangan risau..jangan risau.. :')
i love u ayah.
:')