Tuesday, April 28, 2009

.satu hari penuh cerita.

semalam 27 april 2009
banyak yang saya belajar semalam.macam2 benda baru.
baru saya sedar kalau Tuhan itu nak tunjuk dekat kita, Dia akan tunjuk dengan macam2 cara.
saya syukur. :)

semalam 27 april 2009
telah kembalinya seorang lelaki, seorang yang bergelar ayah kepada 3 orang anak perempuan ke rahmatullah.
subbahan allah...innalillah.
saat saya memeluk erat sahabat saya yang baru kehilangan ayah nya, air mata saya turut mengalir deras.
saya sendiri tak mampu berbuat apa2, selain daripada ucapan SORRY...EVERYTHING WILL BE OK.. :(
apa yang boleh saya katakan ye? saya turut merasai kehilangan itu.dari saat ibu nya pergi satu ketika dulu.saya cuba untuk bersama dengan sahabat saya itu.walau apa pun yang terjadi, saya harap saya akan terus berada di sisi dia sbagai seorang kawan. 

semalam 27 april 2009
kejadian di tanah perkuburan semalam benar2 mengajar saya erti hidup.
saat jenazah hendak dikuburkan, mata saya terpandang beberapa kubur yang kosong tetapi sudah digali.mungkin ada saudara islam lain yang meninggal pada hari yang sama.semalam semasa di masjid, hujan turun selebatnya.
saya tau tak baik untuk saya mengeluh kerana itu semua rahmat dari tuhan.doakan yang baik2 saje.
dan saya ada terfikir yang kubur yang digali akan dipenuhi air sekaligus perlu ditimba air2 tersebut agar jenazah dapat di'simpan'.
proses 'menyimpan' mudah.cuma yang buat saya terfikir ada sebuah kubur yang telah siap digali kering kontang tidak dimasuki air.
subbahanallah...pastinya 'dia' orang yang 'terpilih'.can u imagine that? semoga dicucuri rahmat ke atas nya.amin.
saya mula terfikirkan kembali dosa2 saya di muka bumi Allah ini.. :(

semalam 27 april 2009
kami ke kfc setelah selesai majlis pengkebumian.
perut tak diisi tengah hari tadi.
seronok nya makan bersama teman2.
saya mengadu saja ttg masalah di tempat kerja.
ada juga yang boleh diborakkan.
syukur dapat teman2 yang tak jemu2 melayan kerenah saya.
alhamdulillah.

*saya takkan lupa 'ratatouille' sebesar anak kucing yang duduk diam ditepi dinding luar kfc.

semalam 27 april 2009
pulang ke kediaman zila untuk bertemu zila sebelum pulang.
berjanji akan berjumpa malam besok.
untuk tahlil.
selesai parking kereta, kami berjalan menuju ke rumah zila.
sambil berjalan, kami becok bercerita itu dan ini.
tiba2!
kejadian ini sgt tak disangka2.
wani terjatuh terseret.
beg sandang yang dipakai nya putus.
handphone yang tercampak terjerepuk ke atas tar.
yang jelas di telinga saya cuma jeritan wani.
kami semua terpaku sekejap.
WANI DIRAGUT??!!!! 
berebut2 mengangkat wani yang menggigil trauma.
saya sendiri tak dapat bayangkan kejadian pantas itu.
malangnya peragut tersebut terlepas.
damn u snatcher!!!! 
awak buat kawan saya sakit.
awak buat dia terkejut takut.
awak rosak kan beg dia.
bodoh!!! :|
mujur semua nya selamat.
awak takkan dpt hidup selamat wahai encik peragut tolol!

semalam 27 april 2009
kami pulang jam 8.30pm ditemani olehh saudara lelaki zila ke kereta masing2.
takut.
dalam perjalanan pulang, saya, nana dan faes sesat jalan.
sekeliling kami cuma hutan gelap.
owh shit! :)
berpusing2 mcm orang sesat.mmg tgh sesat pun.
 kami berpatah semula dan berjumpa dengan signboard SELAMAT DATANG KE KAMPUNG SUNGAI KERTAS
hahahaha~ 
akhirnya nana turun dari kereta dam masuk ke sebuah kedai perabot di situ dan bertanya jalan keluar ke kuala lumpur.
selamat sampai ke rumah jam 10.30mlm.
alhamdullillah.

*nasib baik plat kereta faes bermula dengan huruf "J".hihik~

semalam 27 april 2009
setelah bermacam2 yang kami lalui hari ini.
saya sedar yang hidup kita ini bukan kita yang tentukan.
kita cuma merancang.Tuhan yang menentukan semuanya.
subbahanallah.

:)



2 comments:

Nona Cici said...

hmmm..wa teringin nk menyusul mama & ayah wa..tp belum masanya kot...

sbb sejak mama takde,wa ingt jiwa wa boleh hidup balik,tapi tak jgk...

tapi takpela,tu rancangan kita kan?tp ketentuan Allah who knows?;)

WNRD said...

wa pun sesat tapi wa pakai kereta yang nombor platnya mula dengan B......