Wednesday, April 29, 2009

blue in my heart.

penat dowh hari ni... 
'-.-"

Tuesday, April 28, 2009

.satu hari penuh cerita.

semalam 27 april 2009
banyak yang saya belajar semalam.macam2 benda baru.
baru saya sedar kalau Tuhan itu nak tunjuk dekat kita, Dia akan tunjuk dengan macam2 cara.
saya syukur. :)

semalam 27 april 2009
telah kembalinya seorang lelaki, seorang yang bergelar ayah kepada 3 orang anak perempuan ke rahmatullah.
subbahan allah...innalillah.
saat saya memeluk erat sahabat saya yang baru kehilangan ayah nya, air mata saya turut mengalir deras.
saya sendiri tak mampu berbuat apa2, selain daripada ucapan SORRY...EVERYTHING WILL BE OK.. :(
apa yang boleh saya katakan ye? saya turut merasai kehilangan itu.dari saat ibu nya pergi satu ketika dulu.saya cuba untuk bersama dengan sahabat saya itu.walau apa pun yang terjadi, saya harap saya akan terus berada di sisi dia sbagai seorang kawan. 

semalam 27 april 2009
kejadian di tanah perkuburan semalam benar2 mengajar saya erti hidup.
saat jenazah hendak dikuburkan, mata saya terpandang beberapa kubur yang kosong tetapi sudah digali.mungkin ada saudara islam lain yang meninggal pada hari yang sama.semalam semasa di masjid, hujan turun selebatnya.
saya tau tak baik untuk saya mengeluh kerana itu semua rahmat dari tuhan.doakan yang baik2 saje.
dan saya ada terfikir yang kubur yang digali akan dipenuhi air sekaligus perlu ditimba air2 tersebut agar jenazah dapat di'simpan'.
proses 'menyimpan' mudah.cuma yang buat saya terfikir ada sebuah kubur yang telah siap digali kering kontang tidak dimasuki air.
subbahanallah...pastinya 'dia' orang yang 'terpilih'.can u imagine that? semoga dicucuri rahmat ke atas nya.amin.
saya mula terfikirkan kembali dosa2 saya di muka bumi Allah ini.. :(

semalam 27 april 2009
kami ke kfc setelah selesai majlis pengkebumian.
perut tak diisi tengah hari tadi.
seronok nya makan bersama teman2.
saya mengadu saja ttg masalah di tempat kerja.
ada juga yang boleh diborakkan.
syukur dapat teman2 yang tak jemu2 melayan kerenah saya.
alhamdulillah.

*saya takkan lupa 'ratatouille' sebesar anak kucing yang duduk diam ditepi dinding luar kfc.

semalam 27 april 2009
pulang ke kediaman zila untuk bertemu zila sebelum pulang.
berjanji akan berjumpa malam besok.
untuk tahlil.
selesai parking kereta, kami berjalan menuju ke rumah zila.
sambil berjalan, kami becok bercerita itu dan ini.
tiba2!
kejadian ini sgt tak disangka2.
wani terjatuh terseret.
beg sandang yang dipakai nya putus.
handphone yang tercampak terjerepuk ke atas tar.
yang jelas di telinga saya cuma jeritan wani.
kami semua terpaku sekejap.
WANI DIRAGUT??!!!! 
berebut2 mengangkat wani yang menggigil trauma.
saya sendiri tak dapat bayangkan kejadian pantas itu.
malangnya peragut tersebut terlepas.
damn u snatcher!!!! 
awak buat kawan saya sakit.
awak buat dia terkejut takut.
awak rosak kan beg dia.
bodoh!!! :|
mujur semua nya selamat.
awak takkan dpt hidup selamat wahai encik peragut tolol!

semalam 27 april 2009
kami pulang jam 8.30pm ditemani olehh saudara lelaki zila ke kereta masing2.
takut.
dalam perjalanan pulang, saya, nana dan faes sesat jalan.
sekeliling kami cuma hutan gelap.
owh shit! :)
berpusing2 mcm orang sesat.mmg tgh sesat pun.
 kami berpatah semula dan berjumpa dengan signboard SELAMAT DATANG KE KAMPUNG SUNGAI KERTAS
hahahaha~ 
akhirnya nana turun dari kereta dam masuk ke sebuah kedai perabot di situ dan bertanya jalan keluar ke kuala lumpur.
selamat sampai ke rumah jam 10.30mlm.
alhamdullillah.

*nasib baik plat kereta faes bermula dengan huruf "J".hihik~

semalam 27 april 2009
setelah bermacam2 yang kami lalui hari ini.
saya sedar yang hidup kita ini bukan kita yang tentukan.
kita cuma merancang.Tuhan yang menentukan semuanya.
subbahanallah.

:)



Saturday, April 25, 2009

terengganu.here i come~

kalau wani ardy ke terengganu sbb nak kiss penyu,
saya ke terengganu sebab nak jumpa bakal in-law... ;)
hahahaha~ mana ada! main2 je.weee~

cant wait to go to terengganu again.walaupun atas alasan kerja + shooting, saya pasti it will be an interesting journey.best2! saya tak sabar sebenarnya.memang tersangat2 memerlukan so-called percutian.penat otak 2-3 minggu ni.jadi, kami dah merancang selain atas dasar kerja, kami semua akan pastikan nanti ianya akan penuh dengan perjalanan dan makanan yang berwarna warni indahnya.hehe.pasti! :p

ok.terengganu! ko tunggu je kat situ.nanti aku datang jumpa ko okeh!!! :D

p.s: cepat la 30 april.. ;)

Thursday, April 23, 2009

.my obsession no.2.








1. A bracelet is an article of jewelry which is worn around the wrist. Bracelets can be manufacturedfrom leathercloth, hemp, plastic or metal, and sometimes contain rockswood, and/or shells. Bracelets are also used for medical and identification purposes, such as allergy bracelets andhospital patient-identification tags.
Although the term armlet may be technically similar, it is taken to mean an item that sits on the upper arm: an arm ring. The origin of the term 'bracelet' is from the Latin 'brachile' meaning 'of the arm', via the Old French 'barcel'.

2.Bangles or Chudi (Urduﭼﻮﮌﯼ) (TamilValayal) (TeluguGaaju) are traditional ornaments worn by Indian women and Pakistani women, especially Hindus. They are worn after marriage to signify matrimony.

They are circular in shape, and, unlike bracelets, are not flexible. The word is derived from Hindi bungri (glass).[1] They are made of numerous precious as well as non-precious materials such as goldsilverplatinumglasswoodferrous metalsplastic, etc.

****wikipedia


** arghhhh! sgt cantik! :)


.my obsession.





seriously.
this is my new obsession.
the gladiator wedges.
saya benar2 teruja dengan reka bentuk nya yang funky dalam masa yang sama ianya feminin.
owh-so-gorgeous! :)~
saya dah aim satu di vincci.saya tersangat-lah berkenan.
funky giler!
the price only rm99.
tapi malang-nya saya tengah kering sekarang ni.. ;(
takut2 juga kalau dah ada duit tp 'kesayangan' saya tu dikebas orang.
ataupun dh kehabisan stok.
ataupun dh habis musim.
habis musim?? peduli-kah saya? hahaha~

p.s: boifren saya kata itu adalah kehendak bukan keperluan.HELLO! keperluan okeh.perlu untuk cantik! haha~

*pics taking from googles & olsens anonymous.blogspot.com

Tuesday, April 21, 2009

masalah saya?


1. saya suka ketawa.
2.saya suka buat orang lain ketawa.
3.saya suka menangis bila orang lain menangis.
4.saya suka makan.sebab tu saya gemuk.tapi sekarang saya tengah diet.hihi.
5.saya ada ramai kawan.tapi cuma beberapa kerat je yang betul2 jadi kawan baik saya.
6.saya jarang ada masa sedih.alhamdulillah.. :)
7.saya suka shopping.kalau la semua shopping mall kat malaysia ni saya punya... :p
8.saya sayang boyfriend saya.heeee~ ;)
9.saya sayang kawan2 saya.
10.saya ada family yang bahagia.alhamdulillah.amin! 

Friday, April 17, 2009

happy 28th wedding anniversary~

17 april 2009
hari ni ulang tahun perkahwinan emak & ayah.
yang ke-28.
:)
cute kan?
sangat cute okeh!

pagi tadi, awal2 pagi saya dah sibuk2 call emak kat office dia.konon2 wish.hihihi~
lepas tu sms semua.along, ibal, toit, tapit, faza dgn noi.
ingatkan diaorang, takut diaorang terlupa! ;p

dear emak,
-selamat ulang tahun.
-i'm happy for you dear mum.
-semoga sentiasa sehat.panjang umur.happy.bahagia.dunia akhirat.
-semoga kasih sayang emak kepada ayah setia hingga ke akhir nafas.
-i love u, emak! :)

dear ayah,
-selamat ulang tahun.
-ayien doakan ayah sehat.
-doakan ayah panjang umur.
-happy.
-bahagia dunia akhirat.
-i love u, ayah! :)

to both,

terima kasih lahirkan ayien ke dunia ni.terima kasih jaga dan membesarkan ayien 'sebesar' ini.haha.
terima kasih kerana tak kisah berhabis duit.sekolahkan ayien adik beradik.bagi makan minum.pakaian.tempat berteduh.terima kasih mengajar dan mendidik.kasih sayang emak dgn ayah bagi memang ayien tak mampu nak balas semula dengan apa yang ayien ada.tapi percaya lah, ayien akan bahagia kan emak dgn ayah! amin.


sumpah, ayien sayang emak dgn ayah! :)

Thursday, April 16, 2009

adam.hawa

perempuan
jangan lemah

perempuan
jangan tewas

perempuan
tolong bertahan

jangan mengalirkan air mata
jangan menyeksa jiwa raga
jangan memberi selain menerima

(saya dikelilingi dengan wanita2 yang kebanyakan-nya bersedih.bersedih diatas nama cinta.kasih sayang.kenapa ye? saya bukan bersifat anti lelaki.tetapi kadang2 apa seorang demi seorang mengadu benda yang sama terutama mengenai lelaki, saya terus melabelkan semua lelaki itu tidak baik.jarang yang bercerita kepada saya bahawa dia terlalu gembira dengan alam cinta-nya.saya? alam cinta saya pun ada pasang-surut.bergaduh.kejap baik, kejap tidak.memang dunia ni macam tu kot? erm..ntah.)

(saya tak tau la mana silap nya.lelaki ke? atau perempuan itu sendiri.tak semua lelaki jahat.dan tak semua perempuan tewas.)

(emak ayah saya baru je menyambut anniversary perkahwinan mereka yang ke 28 tahun.saya memikirkan bagaimana mereka boleh bertahan sedemikian lama.tak bergaduh ke mereka? bercakaran? menangis bagai? anak-anak muda memang cepat putus -asa ke? )

(bila dah jadi mcm ni, saya bersyukur kerana saya dan 'dia' cuba untuk bertahan selama mungkin.harap hingga ke akhir hayat.doakan untuk hubungan ini.)

(kepada mereka-mereka, korang jangan risau ok! wa ada je untuk korang.cerita je dgn wa.kongsi dgn wa.jangan simpan sorang2.. :) )

Wednesday, April 15, 2009

i am getting married next year :p

k : awak...tadi fixa cerita pasal dia punya perkahwinan impian.
a: owh ye ke? 
k: nana pun cerita semua...nak kawen cara johor..bla..bla..bla..zapin..bla..bla..bla..briyani.
a: awak? impian awak?
k: orang sorang je tak de impian kot? :)
a: kenapa? cerita la kat orang...kita bincang sekarang :)
k: tak nak la.tak pe.

*saya tau benda ni macam bodoh, tapi.. :)

p.s : adakah ini pertanda yang saya dah gatal sangat nak kawen??? hahahahah~ OMIGOD! ;p

batu pahat di hati ku :)


anak johor.
ke mana2 pun tetap pulang ke akar umbi.. *sigh*
sebulan lebih tak balik, rasa mcm nak gile.dulu zaman belajar tak sudah2 nak balik.setiap 2 minggu balik.la ni, dah kerja masa banyak abes kat office.dengan kawan2.dengan boifren. ;p
ambil cuti dua hari.balik batu pahat on saturday.enjoy puas2 on sunday.makan2 nasi and asam pedas ikan tenggiri on sunday.melantak mcm nak apa.hahaha~
(air tangan ibu memang mujarab :p ) 
malam emak masak udang..udang sweet-sour.sedap ok! :D makan lagi!!!! hahaha.sebab tu gemuk.tapi tak peduli la.bukan selalu kot dapat makan emak masak.weee~
bila dah duduk dgn famili, mmg terasa tak nak balik kl.malas nak mengadap kerja.haih! :(

uncle baru je beli dan membela burung puyuh.cute! :)
satu reban ada nak 30 ekor.
tapi telur puyuh kan banyak kolestrol.
tapi bila dah masak sambal telur puyuh, bila masa nak fikir pasal kolestrol??? hahahaha~ 

i love - u la batu pahat! :D


Friday, April 10, 2009

karier.satu.kawan



saya.multimedia designer
nana.pelaburan kewangan/saham
bye.sedang mengikuti kursus 2 bulan (goverment)
fafasha.production
ziela.bakery
fazil.goverment
fiza.post grad
ina.student
cici.post grad
faes.student
wani.lecturer / bakal smbung master di US
hajar.lecturer / bakal smbung master di NY

*kenapa kita tak berada di alam belajar sampai bila2 erk?
*kenapa kena cari keje?
*kenapa kena bayar ptptn?
*kenapa?
*kenapa?
*kenapa? 

(p.s : cik kerr, kalau tak kerja...mana nak cekau duit buat belanja shopping awak tuh??!  owh-ye ker? :p )