Friday, November 28, 2008

kisah sang robot jadian.


ini kisah benar.buat main2.otak aku ligat berpusing.kerja melambak lagi.tp aku rasa aku dah tak boleh nak handle.setiap hari aku dihujani dengan bebanan kerja.bukan aku merungut.tapi aku pasti aku juga perlukan rehat macam orang lain.aku tak salahkan kerjaya yang aku pilih ini.aku bersyukur dengan rezeki yang aku dapat hingga ke hari ini.

aku seekor robot.aku samakan diri aku dengan robot.kerana apa? kerana setiap hari hidup aku amat terkawal.kurang bebas juga.pagi bangun tidur pukul 7.30 am, mandi bersiap hingga ke pukul 8.15 am.kemudian keluar dari rumah untuk menunggu teksi.sekitar 15 minit baru muncul teksi (itu pun kalau bertuah).sampai office dalam masa 5 minit.syukur tempat kerja tidak jauh dari rumah.sampai depan pintu office, swap tag (nanti dia kuar bunyik "tiiiitt").kemudian masuk office, duduk depan pc.on pc.on air cond.on lampu.lepas tu bukak file.lepas tu buat keje sampai pukul 10 am.kemudian turun makan for breakfast.naik jam 10.30 am.buat kerja lagi sampai pukul 1.00 pm turun lunch.aduihhh! penat menaip...hahaha~ pukul 2.00 pm tepat aku dh kena ada di tempat duduk mengadap kerja lagi sampai jam 6.00 pm.balik rumah.mandi.tidur.penat.

*untuk keesokkan hari nya korang cuma perlu ulang semula ayat2 kat atas tadi*

aku terkawal.aku tak menafikan yang kerja adalah untuk dapat habuan pada akhir bulan.tapi percaya tak kalau aku kata tak sampai dua minggu duit gaji aku akan habis.tolak itu, tolak ini.sewa rumah.etc.ini belum ada kereta lagi.belum berkahwin lagi.belum ada anak.tensi! :(
aku sebenarnya pun tak tau mcm mana nak buat dengan life aku ni.apa yang aku perlu lakukan ek? tak sama dengan zaman belajar.duit abes je "troot..troot..mummy boleh ke masuk duit belanja minggu ni?".tapi zaman tu dah abes.zaman minta famili tanggung makan minum.5 tahun belajar tak guna kalau masih makan duit famili.tensi! aku ni dah ada perasaan malu.malu yang menggunung kalau ttba minta duit famili.kalau terpaksa pun minta tolong abang kakak je.

so adakah sekarang ni aku berpura2 gembira? 
(kenapa dalam kepala aku ni mcm banyak soalan nak keluarkan? aneh.)
aku tak pura2.so far aku happy.
happy dengan life aku.kerja aku.kawan2 aku.cuma entah la.mungkin ini adalah kerana otak aku perlukan rehat.
aku penat.aku letih.
aku mati.
aku seekor robot.

p.s: aku kena pegi bercuti.no question.fullstop.tq!

kepada 'dia' yang berkenaan!

what's wrong with you???
ingat lu sorang ke yang bagus sangat!!!
meluat arh!!! ;(
kalau rasa diri tu dah bagus...jgn nak campur hal orang lain.
buat hal sendiri! 
stupid!! 


Thursday, November 27, 2008

.sukan baik untuk kesihatan.

Ini team futsal saya.
masa tu semua gila filem 'Gol & Gincu'.hihi
tapi sekarang...jarang sangat bersua muka.
malah ada yang dah berkahwin pun.. :)
masing2 sibuk dengan hal sendiri2.begitu juga saya.
cuma alangkah indahnya kalau saya dapat putar semula masa saya dgn kawan2 saya ni.

:(

Wednesday, November 26, 2008

cam whore :)





ye.
saya dan kawan2 seopis saya sgt gile bergambar.
maaf la.
tapi saya dan kawan2 saya ni tak dapat nak mengawal nafsu untuk bergambar sakan.
owh.. :p

Wednesday, November 19, 2008

.rooney and the full effect.


rooney and the full effect.
cool tak nama band ini?
sebelum ini mereka cuma bermain di gig2 kecil sahaja.so far untuk kumpul peminat dan music followers.bukan hal senang.tidak mengapa...cuba pelahan2.betul.

terdiri daripada 4 lelaki dan seorang wanita, mereka cuba mempertahankan konsep rock alternatif dengan mengambil inspirasi daripada musik2 band dari luar negara.band ini telah di tubuhkan pada disember 2006 oleh rizi (guitarist) yang kebetulan belajar di dalam jurusan musik di Oklahoma bersama teman rapat beliau iaitu Jon (drummer asal band ini).mula mencari vokalis apabila pulang ke tanah air.kemudian mereka bertemu dengan mafia (bassist) yang ketika itu sessionist untuk band 'The Unplugged Pin'.
komitmen terhadap kerja telah membuatkan Jon mengambil keputusan mengundurkan diri drpada band ini.
band ini kemudiannya berehat seketika kerana kekurangan ahli.tetapi rizie dan mafia masih aktif bermain di gig2 kecil sekitar Kuala Lumpur.

pada tahun 2007, mafia telah memperkenalkan rakannya iaitu fahmi (drummer) dan afiq (vokalis) dan akhirnya mereka bertemu dengan kerr (keyboard).
maka lengkaplah rooney and the full effect untuk menjadi sebuah band.ketika artikel ini ditulis mereka masih dalam proses mixing lagu-lagu baru untuk album ke-2 yang akan berada di pasaran pada akhir tahun ini.

mengungkap kembali kata2 rizie semasa interbiu dijalankan ;
"bukan senang nak berjaya.untuk berada di atas kita perlu berada di bawah..."

maka benarlah kini, band ini kian mendapat perhatian.bukan sahaja lagu2 mereka yang popular tetapi kerana semangat perjuang mereka dalam industri musik tanah air.semoga band ini terus sukses.



p.s: hihihi..wa berangan! ;p peace~

dia.

dia
saya suka.

dia
saya ceria.

dia
saya ketawa.

dia
kadang-kadang saya berduka.

dia
kadang-kadang saya mencuka.

dia
kadang-kadang saya kecewa.

dia...
cinta hati saya. :)
>3


Thursday, November 13, 2008

love.life

true love is when you find someone you can imagine yourself growing old with. someone you can love even if they hurt your heart. someone you can cry with, have tons of fun with,but most of all someone you love with...  

you live in my heart
i won't break it apart
even if it makes me to cry
i will love you till i die.

blood doesn't flow in my vein
ur thought flows in it as a pain
i may not be the one for you
i would have still loved you
even if i knew.

my love is not written on sand
for the waters to wash away
it is written in my heart to stand
all the difficulty that comes its way.

you still live in my eyes
even after seeing all the goodbyes
you can go to any place you desire
the dream of being together will
always burn like a fire...

i still smile looking into the life of yesterday
to wipe away the tears that you bring everyday
nights seems to be getting longer & longer
with thought of you getting stronger & stronger.

my love may not be one happy chapter
like the saying "they lived happily ever after"
by loving, i have lost everything to you
what i still possess is just the memories
of once being with you...

Tuesday, November 4, 2008

jiwa kosong.

jiwa tak berapa stabil hari ini.
kenapa ye? ntah.
saya cuma nak bye dgn nana je sekarang ni.
saya nak cerita ttg perasaan saya sekarang.
saya sedih.
saya tak tentu arah.
saya kosong.

*bye dan nana, cepat terbang datang ke sini jumpa wa..wa rindu korang..:(

Monday, November 3, 2008

other side

membaca tulisan salah seorang kawan iaitu wani di blog nya (senikatawati.blogspot.com) yang dipost baru2 ini, betul2 membuatkan aku terfikir...apa yang aku dapat sekarang adalah apa yang telah aku jalani satu ketika dulu.aku masih lagi terkenang masa mula2 masuk belajar di uitm dulu.memang pelik.tapi aku suka.pelik kerana aku tak pernah tahu yang bidang ini ada di uitm dan suka kerana aku salah seorang yang dipilih masuk ke dalam fakulti ini.bercerita mengenai zaman belajar aku, memang penuh dengan gelak ketawa.aku happy dgn kawan2 dan buku pelajaran.aku fikir2 belum pernah sekali aku rasa menyesal memasuki arena ini.masuk ke tajuk yang wani ke utarakan, betul.benar.course yang aku ambil kerap di salah erti oleh orang sekeliling.aku sendiri ada pengalaman di hina.oleh siapa? kawan sekolah menengah yang berjaya menjadi doktor, engineer etc...even keluarga sebelah emak, sebelah ayah.pelik katanya bidang yang aku  pilih.ntah...

A : lepas ni jadi pelakon la kau...(ketawa)
B : apa? belajar joget mak yong? betul ke kau ni?
C : prof razak tu pensyarah kau ye? filem ntah apa2...
D : besok2 kau nak keje apa dalam bidang ni? pengarah jauh sekali...

tengok la tu...cetek nya fikiran manusia.tapi tak tau la kenapa waktu tu aku hanya diam.diam dan diam.tak melawan.tak terjerit.tak buat apa2.kerana aku rasakan apa yang mereka katakan itu akan jadi doa kah? ntah..

bermula dengan fakulti di stadium shah alam, duduk di kolej mawar kemudian berpindah ke seroja di dalam kampus.menaiki bas uitm yang di sediakan oleh pihak U bukan la sesuatu yang menggembirakan.naik bas semestinya bersempit.tapi itu bukan la yang memeritkan.apa yang menyakitkan adalah bila student dari fakulti lain yang megah membawa nama penganalisis komputer, pendidik, bakal doktor, bakal akauntan etc pun sama berebut menaiki bas kami.kemudian dengan muka selebet (mungkin terlalu mulia untuk kamu) memandang 'budak2 stadium' ini dengan pandangan 'Korang Memang Takda Masa Depan...' aduihhhh! sedey.
pernah sekali aku melihat pergaduhan depan mata di dalam bas.budak stadium vs budak skool dari mana datang! :) pergaduhan hanya di sebab kan keadaan bas yang dah sempit tp masih hendak memeruk ke dalam.dan di akhir kata ada perkataan 'wei bodoh ke? tak nampak orang lain nak naik????'
wahai incik yang bijak dan pandai, bakal akauntan etc...siapa yang bodoh? :)

cara pembelajaran sudah tentu la berbeza.tidak sekali pun memetik komputer kecuali di dalam lab untuk membuat assignment atau email itu dan ini.kami ada kelas menari (mak yong etc), teater, asas seni lakon etc.sangat menyeronokkan.aku masih ingat diploma part 2 atau 3, kelas BEL (english class) , lecturer kami mr kamal mengajar kami menyanyi lagu sealed with a kiss, dan owh apa ya..oo bladi, o blada, life go on...oooo life goes on!
bukan kah itu sangat menyeronokkan berbanding "ok kelas! hari ni saya nak awak menganalisis peratus nombor bla..bla..bla..."

kami ada kelas kamera, fotografi , visual art...kelas black box.menonton persembahan teater oleh pelajar jurusan teater.kami saling memerlukan.saling membantu.kerana kami sedar kami kecil... :) tapi kami kuat..hihi
kemudian 3 tahun di stadium shah alam, kami di campak ke puncak perdana.memetik kata2 wani ardy di dalam blog nya :


Tambah pula waktu itu fakulti kami di Stadium Shah Alam. Lagilah digelak dek orang. Tapi fikirlah, kalau kamu bersungguh mahu belajar dan kreatif menggunakan apa yang ada, kamu boleh hidup di mana saja. Dibaling ke hutan pun (Puncak Perdana - lokasi fakulti sekarang) kamu takkan tenggelam.



....betul.walau di campak ke mana pun, kami mampu hidup.setiap minggu ada saja acara.dari teater ke screening ke talk show dan sebagainya.kalau anda semua lihat keadaan fakulti kami sekarang [astinya ramai yang mahu pulang ke rumah saja.jauh ke dalam.gelap pula di waktu malam.arhhh! :) tapi apa yang menyebabkan kami kukuh di situ? kerana kami ada kami.kami sentiasa memikirkan seronoknya belajar...ada teman2.ada lecturer2 yang hebat.kami dan pensyarah ibarat kawan2.boleh duduk semeja.boleh minum bersama.what a wonderful moment! :)

oleh itu, aku percaya aku layak di tempat yang sekarang ini.aku dalam bidang ini.kawan2 aku juga dalam bidang ini.walaupun ada yang tersasar tapi aku rasa hati mereka tetap di bidang ini.kalau bukan sekarang...mungkin nanti aja. :)

kepada Tuhan..terima kasih.berbaloi 5 tahun aku belajar memerah akal.menitik ilmu.alhamdulillah tuhan.amin... :)

kepada bekas pelajar fakulti seni persembahan (di stadium shah alam dan kemudiannya ke puncak perdana : Fakulti Teknologi Kreatif Dan Artistik)...percaya la..anda semua sering di pandang umum.cuma mereka tak berani untuk mengiyakan yang kita ini amat penting di dalam hidup mereka.tanpa kita tiada hiburan.cuma matematik dan huruf alphabet! owh so boringggg! :p