Monday, November 3, 2008

other side

membaca tulisan salah seorang kawan iaitu wani di blog nya (senikatawati.blogspot.com) yang dipost baru2 ini, betul2 membuatkan aku terfikir...apa yang aku dapat sekarang adalah apa yang telah aku jalani satu ketika dulu.aku masih lagi terkenang masa mula2 masuk belajar di uitm dulu.memang pelik.tapi aku suka.pelik kerana aku tak pernah tahu yang bidang ini ada di uitm dan suka kerana aku salah seorang yang dipilih masuk ke dalam fakulti ini.bercerita mengenai zaman belajar aku, memang penuh dengan gelak ketawa.aku happy dgn kawan2 dan buku pelajaran.aku fikir2 belum pernah sekali aku rasa menyesal memasuki arena ini.masuk ke tajuk yang wani ke utarakan, betul.benar.course yang aku ambil kerap di salah erti oleh orang sekeliling.aku sendiri ada pengalaman di hina.oleh siapa? kawan sekolah menengah yang berjaya menjadi doktor, engineer etc...even keluarga sebelah emak, sebelah ayah.pelik katanya bidang yang aku  pilih.ntah...

A : lepas ni jadi pelakon la kau...(ketawa)
B : apa? belajar joget mak yong? betul ke kau ni?
C : prof razak tu pensyarah kau ye? filem ntah apa2...
D : besok2 kau nak keje apa dalam bidang ni? pengarah jauh sekali...

tengok la tu...cetek nya fikiran manusia.tapi tak tau la kenapa waktu tu aku hanya diam.diam dan diam.tak melawan.tak terjerit.tak buat apa2.kerana aku rasakan apa yang mereka katakan itu akan jadi doa kah? ntah..

bermula dengan fakulti di stadium shah alam, duduk di kolej mawar kemudian berpindah ke seroja di dalam kampus.menaiki bas uitm yang di sediakan oleh pihak U bukan la sesuatu yang menggembirakan.naik bas semestinya bersempit.tapi itu bukan la yang memeritkan.apa yang menyakitkan adalah bila student dari fakulti lain yang megah membawa nama penganalisis komputer, pendidik, bakal doktor, bakal akauntan etc pun sama berebut menaiki bas kami.kemudian dengan muka selebet (mungkin terlalu mulia untuk kamu) memandang 'budak2 stadium' ini dengan pandangan 'Korang Memang Takda Masa Depan...' aduihhhh! sedey.
pernah sekali aku melihat pergaduhan depan mata di dalam bas.budak stadium vs budak skool dari mana datang! :) pergaduhan hanya di sebab kan keadaan bas yang dah sempit tp masih hendak memeruk ke dalam.dan di akhir kata ada perkataan 'wei bodoh ke? tak nampak orang lain nak naik????'
wahai incik yang bijak dan pandai, bakal akauntan etc...siapa yang bodoh? :)

cara pembelajaran sudah tentu la berbeza.tidak sekali pun memetik komputer kecuali di dalam lab untuk membuat assignment atau email itu dan ini.kami ada kelas menari (mak yong etc), teater, asas seni lakon etc.sangat menyeronokkan.aku masih ingat diploma part 2 atau 3, kelas BEL (english class) , lecturer kami mr kamal mengajar kami menyanyi lagu sealed with a kiss, dan owh apa ya..oo bladi, o blada, life go on...oooo life goes on!
bukan kah itu sangat menyeronokkan berbanding "ok kelas! hari ni saya nak awak menganalisis peratus nombor bla..bla..bla..."

kami ada kelas kamera, fotografi , visual art...kelas black box.menonton persembahan teater oleh pelajar jurusan teater.kami saling memerlukan.saling membantu.kerana kami sedar kami kecil... :) tapi kami kuat..hihi
kemudian 3 tahun di stadium shah alam, kami di campak ke puncak perdana.memetik kata2 wani ardy di dalam blog nya :


Tambah pula waktu itu fakulti kami di Stadium Shah Alam. Lagilah digelak dek orang. Tapi fikirlah, kalau kamu bersungguh mahu belajar dan kreatif menggunakan apa yang ada, kamu boleh hidup di mana saja. Dibaling ke hutan pun (Puncak Perdana - lokasi fakulti sekarang) kamu takkan tenggelam.



....betul.walau di campak ke mana pun, kami mampu hidup.setiap minggu ada saja acara.dari teater ke screening ke talk show dan sebagainya.kalau anda semua lihat keadaan fakulti kami sekarang [astinya ramai yang mahu pulang ke rumah saja.jauh ke dalam.gelap pula di waktu malam.arhhh! :) tapi apa yang menyebabkan kami kukuh di situ? kerana kami ada kami.kami sentiasa memikirkan seronoknya belajar...ada teman2.ada lecturer2 yang hebat.kami dan pensyarah ibarat kawan2.boleh duduk semeja.boleh minum bersama.what a wonderful moment! :)

oleh itu, aku percaya aku layak di tempat yang sekarang ini.aku dalam bidang ini.kawan2 aku juga dalam bidang ini.walaupun ada yang tersasar tapi aku rasa hati mereka tetap di bidang ini.kalau bukan sekarang...mungkin nanti aja. :)

kepada Tuhan..terima kasih.berbaloi 5 tahun aku belajar memerah akal.menitik ilmu.alhamdulillah tuhan.amin... :)

kepada bekas pelajar fakulti seni persembahan (di stadium shah alam dan kemudiannya ke puncak perdana : Fakulti Teknologi Kreatif Dan Artistik)...percaya la..anda semua sering di pandang umum.cuma mereka tak berani untuk mengiyakan yang kita ini amat penting di dalam hidup mereka.tanpa kita tiada hiburan.cuma matematik dan huruf alphabet! owh so boringggg! :p

2 comments:

fafa said...

you right my dear.
memberiku kekuatan utk blaja rajin2walaupon x amik jurusan yg sama.

WNRD said...

:')