Sunday, November 30, 2014

inspiration : living room


i always love interior design.walaupun tak pernah belajar pasal ID tapi wa suka tengok ID magazine.and pernah je dulu bercita-cita nak jadi interior designer tapi tak kesampaian sebab pergi interview masuk ITM tak lepas course ART AND DESIGN hehe hampeh! *hello? dia letak kelapa 3 bijik depan mata lepas tu suruh lukis..what theeee??* sekarang nak suruh photoshop pun wa bongek! haha 

so bila tak kesampaian cita-citaku, maka just boleh meminati dari jauh je la.jadi la ye tak? selalu berangan nak design ruang dalam rumah.ruang tamu. bilik tido.dapur etc.awal-awal kawen , masa cari rumah sewa siap dah buat inspiration itu, inspiration ini.but at the end tak buat apa-apa pun sebab memikirkan ini rumah orang. rumah sewa bukan rumah sendiri.so takkan nak berabis kat rumah orang kan? but one day , kalau ada rezeki untuk ada rumah sendiri inshaallah i will ! inshaallah..amiiiinnn :') 

buat masa ni mata ni hari-hari jenguk pinterest.ambil inspiration la konon.but i am sooooo happy.hati rasa tenang je.then berangan laaaa hahaha 

i am sooooo super in love with single sofa.tak tau la kenapa? maybe sebab wa ni suka yang simple je kot.taknak crowded macam rumah mak-mak datin.hahaha :p 









and i wanna cry rite nowwwwww! :'D
bestnyaaaaaaa!

dah wa nak sambung berangan.
till then! 

xoxo,
kerr 


Wednesday, November 26, 2014

with the teachers


sometimes memang kena post gambar-gambar orang yang sentiasa dekat di hati kita sampai bila-bila.supaya apabila tidak lagi bertemu, ianya akan jadi kenangan paling indah dalam hidup.

hamboih jiwang nya lu kerr! haha ^.^Y

tapi betul la.itu yang wa nak sampaikan.
mereka semua kawan-kawan wa.kawan-kawan sepanjang 2 tahun berkhidmat as a teacher.
from different background.
dulu awal-awal mengajar wa takut sangat kalau wa tak boleh nak fit in with them.tapi alhamdulillah..tak kenal maka tak cinta.kan? :')
entah wa berlagak 'bagus' sangat kot? hahahaha :p 







again..tak kenal maka tak cinta.
they are my family.forever! inshaallah :)

xoxo,
kerr,


Tuesday, November 25, 2014

something inside my head


dah jadi mama selama setahun 2 bulan.the feeling is super-ohsem.still BF faeq but dah campur with formula.its ok.as long as faeq sihat and happy, i am happy too.concert sekolah dah settle.sedih memikirkan anak-anak dah nak masuk darjah satu.crying like a baby hari tu.what to do? perasaan tak dapat diduga hihi.cukup 2 tahun jadi teacher.so happy.it suit me well.i love teaching.and now i get better offer from another school.get the offer letter already.just now i prepare my resignation letter.feel awkward.and scared too.will sent my resign letter on the 1st Dec.1 month notice.inshaallah.mudah mudahan Allah permudahkan semuanya.so many things happen around me.at school especially.its not me but the people around me.malas nak campur.i better buat hal sendiri.too old for this thingy.kan?

i love my husband.he help me a lot.sometimes bergaduh juga macam anjing dengan kucing.me of course la jadi kucing! hahahaha jokinggg! :p but at the end of the time, ini la lumrah rumah tangga.mesti ada gaduh-gaduh manja kan? eauwww :p 

rindu sangat dekat emak dan rumah.plan nak balik batu pahat awal bulan 12.dah minta cuti.nak habiskan cuti.inshaallah seminggu juga nanti baliknya.balik dengan faeq berdua sebab apitt kerja and busy.but he will join us on the weekend.inshaallah! :) 

too much inside my head that i can't throw out.

or maybe i need some sleep? 

tomorrow dah start kerja.tadi cuti sempena concert hari tu.sehari dengan faeq hari ni makes me smile all day! :) he is such amazing kid.alhamdulillah :)


till then.
good nite.

xoxo,
kerr.


Monday, November 24, 2014

apa yang kau nak ni sebenarnya?


assalammualaikum..

bila takde boyfriend - "pergi lah cari cinta tu.kalau tak cari mana nak datang!"

bila dah ada boyfriend - "hah! ni bila lagi?"

bila dah kawen - "jangan tunggu lama sangat. jangan sekat-sekat rezeki Allah nak bagi."

bila dah ada anak - "bila nak pandai jalan?" , "kenapa lambat jalan?" 

bila dah ada satu anak - "bila nak tambah lagi?"


WHAT THE HELL IS WRONG WITH YOU PEOPLE??? 

xoxo,
kerr


Friday, November 21, 2014

#measateacher


for next year in 2015, sebenarnya wa dah cari kerja lain.actually dapat kerja lain.masih kindergarten teacher but at Montessori school.ceritanya wa tak cakap lagi dengan bos wa hihi wa takutttt...  @_@

silly me!

besok 22 Nov, school ada buat Grand Ihtifal / Graduation Day for the children.so tinggal beberapa hari je lagi sebelum menjelang ke bulan December.dan wa tengah menggigil lutut ni haa.wa selalu macam ni, nak buat something untuk masa depan dan diri sendiri selalu tak confident haihss tapi nak tak nak, i have to la kan? 

i love being a teacher.kindergarten teacher secara details nya.
wa tak sangka wa akan jadi cikgu.
wa memang suka budak.
itu tips untuk rasa muda sentiasa.kerja dengan budak-budak, so hati kita pun sentiasa riang.inshaallah! bila riang, kita banyak ketawa.bila kita banyak ketawa, secara automatiknya kita akan nampak muda hahaha *mudaaa habis la ko tu! * hahahaha :p

ramai je inbox wa tanya best ke jadi teacher.macam mana nak apply kerja jadi teacher tadika.
ok for your info, nak kerja mana-mana pun mana ada yang super best sampai tak stress langsung.semua kerja ada tekanan dia.cumanya cara lu hadap tekanan tu macam mana la kan? and not everybody ada talent untuk jadi kindergarten teacher.

"ahhh bukan susah nooo jadi cikgu tadika je kot?" 

"alaaa..ajar ABC kira 1 sampai 10 - senang aje!"

yes! kalau la semudah apa yang lu cakap tu kan best! 
but ianya tak semudah itu.wa pun terkejut masa awal-awal tu.yup ! sebenarnya susah ok jadi teacher kat tadika.
tengok macam happy gelak-gelak sakan.
kalau best sangat , kenapa ada teacher yang baru masuk keje satu hari terus tak datang pada esok hari nya?

sebab...

sebab...

sebab...

sebab jawapan nya adalah P E N A T!

ni wa cakap betul.jadi teacher kat kindergarten memang SUPER PENAT.tak tipu! tugas lu macam gantikan emak budak tapi kat sekolah.

kencing 
poopoo
muntah
hingus
bergaduh
memanjat
sepahkan barang
tak dengar cakap
menjerit
menangis..
at the list goooo onnnn.... T___T

kalau setakat lu fikir lu akan duduk mengajar je baik lu jadi tutor.
wa tak kata la wa layak sangat jadi teacher, tapi bonus la kot sebab wa suka budak.so wa tak kisah pun basuh berak, tahi bersepah terberak dalam kelas, muntah atas karpet..lagipun sapa lagi nak bersihkan kalau bukan teacher.

pokoknya...JUST ENJOY URSELF! hahaha
dan BERSABAR!

kalau fikirkan pasal pahala kita melayan anak-anak kecil ni mesti kita tak geli dan tak berkira untuk buat semua ni.inshaallah :)

ok itu baru berkenaan dengan luaran je.
now nak bagi budak tu jadi normal dan cerdik pulak.
nak kenalkan huruf dan nombor dah satu hal!
pandai menulis tapi mirror image. huruf 'b' jadi 'd' etc
and yes..the list goooo onnnnnn! 

maka..
bukan senang jadi cikgu tadika.
jangan tengok time gelak-gelak, peluk kanak-kanak comel tersenyum indah je ye? tengok disebalik itu.

pada wa, penat memang penat.
kadang-kadang rasa nak marah.
tapi kalau wa rasa nak marah je, wa akan pergi peluk budak and inshaallah marah wa serta merta hilang.. :)
budak-budak ni macam ada magic! :D
ilmu hijau! hahaha

till then!



xoxo,
kerr





Wednesday, November 19, 2014

a year of parenting by Grant Snider

assalammualaikum!

today i found a good comic.actually lama dah save tapi terlupa.malam ni terjumpa pulak.it is about A YEAR OF PARENTING. which i think sangat kena dengan situasi wa and apitt, kot? hahaha or semua new parent dalam dunia ni hihi 

btw, the comic is by Grant Snider. dia memang suka melukis online komik pun.simple but fun! :))




totally kena dengan keadaan wa sekarang ni! haha
even my world turned upside-down, tapi wa sangat-sangat bersyukur kerana Allah beri wa rasa bahagia macam ni.alhamdulillah ! :')

till then! 

xoxo,
kerr


hello mellow!


hiiiiiii! 

assalamualaikum! wa tak boleh tidur.apitt and faeq lama dah diulit mimpi indah.malam ni semua pakat tidur depan tv kat ruang tamu hihi tidur bersepah! :p 

phewwww~ lama gila la wa tak update blog.blame instagram! hihi lagi senang kot? semua aktiviti and gambar-gambar upload kat sana.go and see my ig : kerr_abdullah.wa tak private kan kejap! saje je..

apa nak cerita? basically takde mende sangat sebab wa menjalani hari-hari macam biasa.mengajar kat sekolah, layan anak, layan suami haha.
faeq pun dah besar.setahun 2 bulan.alhamdulillah! riuh rumah dengan suara dia membebel hari-hari.kadang-kadang macam tak percaya je rumah wa ni akan ada suara-suara kecik membebel bahasa yang wa pun susah nak faham.but, at this age so far faeq boleh dah faham arahan and say a few words macam "nak! , nah!, ayah, ngiau (bunyi cat),car.." 
mama jarang pula dia nak sebut.bukan jarang..memang tak sebut langsung.malas nak makan hati..uhuk uhuk uhuk



cuma rambut je tak tumbuh-tumbuh haha :p 
tak pe.ada rezeki nanti tumbuh la banyak.inshaallah 

wa ni selalu nak tetapkan hati untuk update blog.tapi entah macam malas no nak menaip.takde la busy beno pun..tapi mood tu tak datang.macam sekarang ni.bila rumah dah senyap sunyi baru lah wa terkial-kial berfikir apa aku nak buat? haha baru la sibuk nak bukak blog itu ini..

nanti la.wa kumpul gossip banyak-banyak and wa cerita lagi kay! kalau wa rajin la! haha

see u then!

nite :)

xo,
kerr.