assalammualaikum!
ya Allah lamanya tak jenguk blog ni!!! hahaha last update on September..sekarang dah bulan November.hambek kawww! :p jutaan sorry dan maaf la buat sapa2 yang rajin click nak baca update post.memang takde..hihi SORRRYYYYYYY WEYHHHH! my bad my bad! :)
ok la! sebab wa pun dah lama tak update, kalau update pun langkah2..alih2 mengandung, alih2 dah 6 bulan, alih2 dah nak beranak la kannnn? hihi wa ni memang pemalas la.kalau korang rasa nak pukul wa, pukul la...biar la wa sedar diri.konon nak jadikan diari online.hapahhh!
ok Kerr! stop la membebel.lu nak cerita apa sebenarnya ni? kalau setakat lu update mende2 membebel takde isi baik lu diam dan shut down pc sekarang..like NOW! *marah diri sendiri? gila ea?* haha ok kita terus ke tajuk utama la ye!
.............................
...................
.........
....
.
TARAAAAAAAAAAAA!!!!
ALHAMDULILLAH...I AM A MAMA NOW! :))
Alhamdulillah, Baby F selamat dilahirkan pada 15 September 2013, jam 11:13am di Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat, Johor *glemer habes nama hospital*
Ceritanya macam ni, bila dah approve cuti tu wa dengan apitt konon2 nak merancang babymoon kat somewhere.kalau tak jauh2 pun, at least dalam perjalanan wa balik Johor tu maybe lepak Melaka ke..or mana2 la.ye la..kononnya nak spent masa berdua before wa deliver on October.maklum la, dengar2 cerita orang lepas ada baby terhad sikit la nak lepak berdua sebab dah ada orang ketiga..eh hamboiii orang ketiga ea? haha kalau boleh lepak pun bila baby dah beso sikit la kan? kalau kecik2 ni nak keluar rumah pun malas.soooo, on the way balik Batu Pahat wa dengan apitt decide tak jadi la nak berbabymoon sebab entah la, wa ada terdetik gak "kang buatnya aku terberanak kat Melaka, terus tak boleh nak guna hashtag #JDT pulak!" eh?? hahaha but seriously, wa ada terdetik takut terberanak kat Melaka so kami cancel la the plan.jadinya just singgah Melaka for makan2 only.sampai melaka dalam tengah hari, kitaorang pergi makan tengah hari kat mall.dari tempat parking masuk ke dalam mall memang la kena berjalan kaki kan? wa rasa wa ni asyik la berjalan.lebih kepada kuat berjalan..laju pulak tu.maybe sebab perut wa kecik kot or tak beso mana, so wa memang jalan laju.pulak tu dengan komplikasi pundi kencing wa ni **, lagi la wa memang nak cepat2 supaya tak tercicir.
**masuk usia kandungan awal 8 bulan, wa kerap terkencing2.sampai tak terkawal.sampai wa kena pakai pad.menderu2 air kencing.tapi sikit2 la.sikit2 pun, lama2 basah juga la pad kan?**
lepas2 makan, terus straight balik Johor.
THE LABOR CONTRACTIONS
tak sampai 24 jam dekat rumah emak, dalam pukul 3 pagi, hujan renyai-renyai dengan angin yang bertiup sedikit kencang menandakan hujan akan turun semakin lebat *eh? kenapa macam cerita hantu? buahahaha* wa tengah tidur, wa macam mimpi something.tapi malang nya wa lupa wa mimpi apa masa tu.yang penting tiba2 wa rasa macam tak selesa pada perut wa.macam memulas2.tak sakit sangat, tapi macam tak selesa.macam mana wa nak terangkan ea? ok tak penting! :p wa pusing kiri, wa pusing kanan tetap tak selesa.so wa kejut apitt..
wa : awak, perut orang terasa sesuatu.
apitt : *mamai mamai* owh ye ke.ok! *sambung tidur*
BOLEH TAKKKKK??? T____T
wa tension, wa pergi toilet sebab rasa nak kencing.
masa buka seluar tu wa tengok ada darah dengan lendir2 dekat pad yang wa pakai.*gulp*
wa cuba la tenang2 kan diri yang tak berapa nak tenang ni..wa rileks masuk bilik kejut apitt, tunjuk tanda tu.
apitt terus segar mata! hahaha HAHHHHH! TAU KO CUAK! hahaha :D
wa kejut emak.dengan emak2 sekali wa tunjuk darah atas pad.hihi terasa macam baru datang bulan pulak..macam bongok2 tanya emak "ni darah apa ni mak?" T_____T
dalam pukul 3 lebih kitaorang terus pergi hospital.
sampai hospital, check2 bukaan baru 2cm.
perghh! dah la lama tunggu turn.sebab ramai gak yang nak beranak kot.wa siap boleh bual2 dengan perempuan cina and india yang tengah tunggu turn nak check bukaan gak.very the 1 malaysia! hehe :p sambil2 tu perut wa dah start mengeras2 macam nak hapa.wa cuba untuk rileks dan tenang je.bila mengeras je wa jalan2 dalam bilik menunggu tu.
disebabkan baru 2cm, wa telah dihalau balik ke rumah dengan alasan ...
"baru 2cm ni puan.puan boleh balik dulu la ye sebab biasanya anak sulung ambik masa 2-3 hari nak keluar.."
wa dengan pasrahnya pulang la ke rumah.ok masa tu dah pukul 5 lebih nak ke pukul 6 kot?
sampai rumah, contraction makin kuat.setiap 10 mins 2 kali.
sakitnya ya ampunnnnnnn T_____T
kalau sesiapa yang tanya macam mana rasa contractions tu wa pun tak pandai nak terangkan.betul la kot kata2 orang2 yang dah ada pengalaman, sakit nak beranak tak boleh nak digambarkan dengan kata2.
tapi serious sakitttttt weyh! dia macam...perut tiba2 mengeras tahap super.dah la dalam tu ada baby, baby tu pun keraskan badan dia agaknya.memang sakit.bila contraction nak datang je, wa start la nervous sebab sakit tu tak tertahan.
wa tido pun dah tak boleh, wa menangis.apitt menangis sekali.dia cakap dia sedih sebab dia tak tau nak tolong wa macam mana.wa minta maaf kat apitt atas semua dosa2 wa.mana la tau kot2 tetiba wa payah nak bersalin sebab wa kan suka berlawan cakap, degil pulak tu hahahaha ok insaf! :p masa tu memang insaf, lebih syahdu weyh dari minta maaf masa hari raya! :')
masa minta maaf tu la wa teringat wa pernah pesan pada apitt, if jadi apa2 masa wa bersalin (meninggal etc) , wa izinkan dia kawin lagi.wa nak baby wa ada orang jaga, wa nak apitt pun ada orang jaga gak.. sedih tak sedih tak? :') serious itu la kehendak wa if jadi apa2 masa waktu bersalin.bukan la doa, just in case.tapi kalau tengah hidup ni apitt nak kawen lain juga, memang siap la koooo! hahaha :p
*jangan buat tau bebi! cubit kang!!* - eh? termanja2 pulak di sini! :p
pukul 8.30am - 9 am , contractions makin kuat! serious wa tak tahan.macam ni yang doctor nak suruh wa tunggu 2-3 hari? gila ea? mau wa bedah perut sendiri ni kang! hahaha
wa pergi mandi, siap bersyampoo bagai walaupun tengah sakit2 tu! hahaha wa malu la kalau datang hospital tak mandi.bau kambing please! sempat lagi kan? :p wangi itu penting ok! wa pakai deodorant and sembur minyak wangi lagiii tau! hihik punya la nak wangi! hahaha
emak cakap pergi Klinik Kesihatan check kat sana.nasib baik la dekat dengan rumah.
masa tu hujan lebatttttt sangat! drama weyhhhh! hahaha pulak tu masa tu hari ahad.nasib baik pakcik wa kerja kat KK so dia call nurse yang on call suruh buka klinik.sampai je klinik, wa masuk bilik untuk check bukaan lagi.y Allah bilik tu super horror weyh..bocor.air masuk dalam bilik tu..melimpah2 hahaha memang dugaan betul! :'(
dalam melimpah2 tu nurse check la juga, rupa2 nya dah 4cm nak masuk 5 cm! what the???? laju benorrrr kannnn? hahaha maka bergegas la kami semua ke hospital.
otw ke hospital, wa mmg dah tak tentu arah weyh.wa tak menangis sebab macam tak macho je nak nangis2 lagi bahaha.tapi menahan cramp tu..masyaAllah sampai wa rasa nak terjun keluar dari kereta dan berlari pergi hospital hihi.rasa macam dah tak sabar sangat baby bird ni nak jenguk dunia.sampai hospital, minta doctor check lagi bukaan sebab nurse KK dah bagi surat rujukan.nurse tu cakap jangan risau, bukaan akan terbuka sejam per 1cm.ok la tu kan? check sekali lagi. jalan dah terbuka 7cm! thats it! :D
nurse bagi baju suruh tukar sebab dah nak masuk dalam labor room.
wa tukar baju, wa keluar dari bilik jumpa apitt, pass the baju and then jumpa emak pergi minta maaf.ah! sudah..hihi
before ni wa selalu terfikir2 macam mana la gayanya nanti wa minta maaf dengan emak before bersalin? wa selalu bayangkan wa akan duduk dengan emak, cakap elok2, mohon maaf elok2, bagitahu setiap perangai buruk wa yang wa buat belakang dia tak bagitahu hihi :p (sorry emak! hihi) lepas tu mesti ada scene nangis2.ni bukan macam minta maaf hari raya you know? ni soal hidup atau mati.eii kalau emak wa tak sempat nak maafkan wa, lagi haru wa kat akhirat besok huehuehue T____T
ok sambung! rupanya itu semua mimpi.mana sempat nak duduk2 minum milo cicah biskut lepas tu ada scene minta2 maaf.wa meluru kat emak wa, wa hulur tangan nak salam.i know, wa kena buat benda ni laju2 haha kalau tidak mungkin wa akan terberanak kat situ sambil tangan masih menggenggam erat dan air mata bercucuran! hahahaha dah la dua2 kuat menangis hahaha :p
ayat wa ; " emak, ayien dah nak masuk labor room ni.emak, ayien minta maaf atas semua dosa2 ayien.halal kan makan minum ayien.halal kan susu emak yang ayien minum..."
*hahhh! kan wa dah bergenang!! haha :') tengok??!! padahal cuma menaip balik je kata2 yang dah lepas.tak suka laaaaaa! hahahaha nak nangessssss :'( *
tau tak perasaan dia macam dah nak mati?
sedih weyh.
emak wa mata dah bergenang.
wa tahan je air mata.bergenang la jugak :'(
emak jawab ; "dah2..tak pe.baik2 dalam tu.."
emak menangis.
SEDIHNYAAAAAA!
SEDIHNYAAAA ingat balik dosa2 wa yang wa buat pada emak.memang la bukan tahap menengking emak, tapi ye la kan...mesti la wa pernah TER-sebut 'AH!' kat emak.. :'((
emak suruh basuh pinggan, tapi wa tengok tv..or emak suruh sidai baju, wa keluar pergi bando.berdosaaaaa kan? :'(
alamak! baby bird dah minta susu..sambung nanti lah! hihi :D
xoxo,
mama keRr