kalau ditanya apa pengalaman paling sadis sejak wa bergelar mama, wa akan jawab ;
"oh Tuhan! time berpantang.sebab tak boleh nak makan pizza, burger ber-cheese melimpah ruah, nak makan sate 60 cucuk please..owh nak coke! nak air kopiiiiiii! nak itu, nak ini.."
HAHAHAHAHAHAHA!
ok2 wa main2 je.sebenarnya wa happy masa pantang.sebab sebenarnya boleh je makan macam biasa cuma jaga2 je la.jangan makan berminyak sangat, jangan makan pedas sangat etc etc
ok serious2! pengalaman yang paling menyedihkan masa baru2 jadi emak adalah Faeq kena jaundice aka penyakit kuning.you know, wa baru 3 hari jadi mak, nurse datang rumah buat check up cakap faeq kena kuning.alahai.. :( dan yang paling worse adalah dia kena tahan wad.hurm..baru nak hidup :(
time tu wa memang down sikit la.dengan wa sekali kena tidur wad sebab senang kalau nak menyusu kan dia.sedih wo..dah la dalam pantang, dah la apitt dah balik KL..wa sorang mengharungi derita ini..hehe ok tipu! emak wa ada bersama mengharunginya...tq emak! :))
bila dapat tau kuning dia tinggi, pihak klinik terus suruh refer hospital.bila refer hospital, terus kena tahan duduk wad.on the way pergi hospital tu, wa diam je.macam konfius nak menangis ke or nak menjerit or nak buat tak tau.emak yang drive hantar wa dengan faeq.sedih tau! :(
bila dah check in wad, emak kena balik.wa duduk dekat katil pandang faeq.wa menangis weyh.sedih benor hati wa ni.sebab sebenarnya wa tak sangka yang wa akan rasa sayang pada faeq.tell you the truth, before faeq lahir wa belum betul2 rasa sayang sebab wa selalu rasa yang wa tak kenal dia.dia dalam perut, walaupun dia tendang2 tapi ye la, wa ni selagi tak nampak muka susah sikit nak sayang bak kata pepatah "tak kenal maka tak cinta" haaaa tu diaaa! hehe tapi once dia lahir, bila wa tengok dia untuk kali pertama terus hati wa terdetik cinta :') memang kuasa Allah sebab kurniakan naluri seorang ibu pada anak dia.dan wa tak paham macam mana orang boleh buang anak sesuka hati? dah la sakit nak beranak, dah susah2..buang pulak..haih la! T___T
1st day tu dia boleh lagi tido dalam babycot sebelah katil wa, tapi sebab tinggi sangat kuning dia doctor terpaksa asingkan dia kat bilik lain.walaupun bilik tu tak jauh mana, tapi wa terpaksa tidur asing dengan dia.
setiap kali wa baring , wa main handphone wa akan menangis.mengadu kat apitt pun wa akan menangis.sampai kan tak boleh bercakap on the phone.asal dengar suara apitt je wa jadi sebak.cuma whatapps je.hihi
and for your info, faeq masuk wad 2 kali ok.2 kali! haihs laaa..penyakit kuning ni memang berkenan benor kat anak wa.hahaha bila check2 rupa2nya faeq kena Prolonged Jaundice
memang ada sesetengah baby yang akan kena jaundice dalam tempoh masa yang lama.macam2 la nasihat orang itu, orang ini bagi suruh cuba ; susu kambing la, anggur hijau/hitam la, buah kundur la, mandi herba cina etc etc..
WA CUBA SEMUA OK!
DAN TAK BERHASIL.. :(
tau apa yang paling mujarab sekali ?
SUSU IBU :))
susu ibu je la ubat yang paling mujarab.kesian perut faeq.kecik2 dah kena sumbat itu ini.alahai..tapi tak pe la faeq, kita ikhtiar kan? :))
ini semua gambar grab from my instagram.meh la follow ; kerr_abdullah
lama juga tempoh faeq nak sembuh dari jaundice dia.last check up hari tu masa umur dia cukup2 2 bulan :)
alhamdulillah, dia dah sihat sepenuhnya. i am happy mommy! :')
so sempena umur dia dua bulan dan dah sihat walafiat, wa dengan apitt decide nak celebrate kecik2 je.celebrate ber-tiga :)
red velvet..kerrrlllasss kau faeq! bahaha :p
mudah-mudahan faeq sihat seumur hidup.jangan sakit-sakit dah! jadi anak yang soleh, jadi anak yang bijak, jadi anak yang tak pergi merewang2 kat Villa Nabila..eh? haha ameen :)
namun nampaknya cuma mama dan ayah je yang over excited, sebab faeq lebih excited untuk tidur T_____T
hahahaha! oit lilin tak tiup lagi awak dah tido? hahaha :')
and this is faeq yusuff today :)
errr?? ok tido jugakkk hahahahahaa! :D
alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.thank you ya Allah! :')
doakan semoga wa akan lebih tough untuk masa akan datang.
mungkin ada lagi dugaan faeq yang wa harus hadapi.tapi insyaAllah, mudah-mudahan wa kuat , apitt kuat dan faeq pun kuat.apa yang wa harapkan sekarang adalah biarlah dia sihat sampai bila2.kalau demam2 sikit tu, wa anggap ubat dia nak membesar (walaupun nampaknya macam dah banyak baju yang dia tak muat -___-" ) hihi :))
ameen ameen ameen! :D
semoga Allah sentiasa bersama-sama kita.
ameen :)
xoxo,
mama kerr
1 comment:
teruskan penyusuan susu ibu okey mama faeq :O all the best ... rasai keseronokan menjadi seorang ibu dear!
Post a Comment