Sunday, December 23, 2012

comfort food


Comfort food is traditionally eaten food (which often provides a nostalgic or sentimental feeling to the person eating it)[1], or simply provides the consumer an easy-to-digest meal, soft in consistency, and rich in calories, nutrients, or both.[2] The nostalgic element most comfort food has may be specific to either the individual or a specific culture.[3] Many comfort foods are flavorful; some may also be easily prepared.

pada wa pulak, comfort food tu adalah makanan yang simple yang emak wa selalu bagi wa makan dari wa kecik sampai beso panjang.lepas tu kalau dah duduk jauh, makanan emak tu la yang paling buat wa terkenang-kenang.and selalunya makanan tu adalah makanan yang paling simple, yang kalau hari2 makan boleh jadi muak gak kalau selalu sangat mengadap tapi once wa rindu emak, makanan tu la selalu buat wa terkenang.hamboih! berjelaaaaa kau! :p




ok2 gambar2 diatas ni bukan lah comfort food wa.ini wa search kat google.keluar pulak gambar2 sebegini...wahhhh! kelassss comfort food kau nyah! hehe tapi itu la lain orang, lain la comfort food nya kan? ada je yang selera makan gula2 hantu as their comfort food.lepas makan jadi hantu? erk? hihi 

lately wa terkenang je rumah emak.terkenang emak.hurm..homesick la tu! -__-" a'ah memang pun.rindu nak balik rumah emak tapi nak balik tu entah bila.sometimes wa macam terfikir, sebenarnya hidup single lagi senang (i mean kalau belum kawen la..) sebab bila2 je boleh balik.nak balik sehari pun boleh.tapi bila dah kawen ni ada susah sikit la.bukan la apitt tak bagi balik, tapi wa pun kena la fikirkan dia juga.dia free ke tidak etc.dan of course la wa tak nak balik sorang..dah ada suami kan, balik pun kena la berdua.oh tidak, wa tak complain pun.cuma sometimes ada rasa macam susah sikit la..sikit je tapi bila apitt peluk rasa macam "owh bestnya dah kawennnnnnnnn!" sambil meneruskan ke aktiviti yang lain pulak..eh? hahaha :p kidding! tak boleh cerita.harammmmm hukumnya! :p

so berbalik kepada isu rindu emak, rindu rumah dan rindu semua benda tu..apa yang boleh wa buat? tak lain dan tak bukan; MEMASAK MAKANAN ALA EMAKKKKKKK! wuuuuuuuu~ :)) banyak masakan emak yang wa suka.sebenarnya semua makanan emak masak wa suka.. -___-" siapa yang tak suka air tangan mak dia kan? kalau kat sekolah tu dok bercerita macam emak dia soranggggg la pandai masak kan? hahahaha walaupun wa suka semua masakan emak, tapi wa tak la sehebat emak bila di dapur.wa amatur je.tell u the truth, wa memang tak pandai masak.serious.bukan la tak pandai langsung..tapi kalau tiba2 korang request; "hello? kitaorg nak makan nasi minyak ok malam ni! dengan kambing masak whatever.." tak menjajo aku nak cari resepi?? hahahaha :D wa boleh la masak makanan yang mudah2, inshaallah korang takkan berlapar :)) tapi sejak2 dah kawen ni tiba2 wa rasa wa macam terror masak.serious! cakap la nak makan apa pun, wa akan google resepi lepas tu follow lepas tu jadi dan inshaallah sedap! owh terror nya wa.. :p and wa mmg trying hard masak nak sama rasa macam emak masak.kata orang "practice makes perfect kan?" :)  jadi dalam banyak2 masakan emak yang super hebat di mata wa tu wa rindukan masakan emak paling simple.yang paling mudah.yang sambil pejam mata je boleh masak..chewah! hehe 

TARAAAAAAAAA!!!

My super comfort food 

bayam tumis air
telur dadar
ikan selar goreng garing
sambal belacan ala emak

owh memang WIN!


masa makan tu pejam mata dan terus terasa macam kat rumah emak.terubat la rindu..ok tipu! rindu tetap rindu.tapi perut kena kenyang gak kan? haha :D
bestnya kalau emak yang masak kan kan? :')

alhamdulillah..dapat juga buat macam emak masak.walaupun simple.

tapi sebenarnya bila balik rumah emak tak request pun nak makan macam ni.mesti nak yang lagi best! haha :D
ahhh yang penting emak ada dekat.kan? makan kfc pun ok! :p

so itu comfort food wa.korang macam mana? :)

x,
kerr.


Wednesday, December 19, 2012

Life of Pi - REVIEW



Life of Pi is a fantasy adventure novel by Yann Martel published in 2001. The protagonist, Piscine Molitor "Pi" Patel, an Indian boy from Pondicherry, explores issues of spirituality and practicality from an early age. He survives 227 days after ashipwreck while stranded on a boat in the Pacific Ocean with a Bengal tiger named Richard Parker.(source here)







(pictures source : here)


MOVIE OF THE YEAR 2012

SILA PERGI TENGOK!

wa tak boleh nak describe macam mana movie ni sebab best sangat dan wa terawang-awang ketika menonton.i love all about this movie.the plot, the cinematography, every little things! :D

WAJIB TONTON!!!

:))


x,
kerr.

cara untuk memikat hati isteri :p


arghhhh lama nya tak shopping! seriously! -____-" penat gila kot jiwa menahan getaran untuk tidak bershopping.tapi alhamdulillah..sekarang ni wa ok2 je la.takde la sampai tahap kalau tak shopping boleh meroyan.haha :D
by the way, last sunday pergi KLCC.saje boring2 duduk rumah lepas tu apitt ajak keluar.memang malas la sebenarnya tapi kang kalau membangkang kang masuk neraka pulak..hehe astagfirullah :p  
so biasalah wa, bila wa malas keluar ni maka akan terjadinya la scene2 mengamuk2 sikit.nak makan tak nak makan..tp akhirnya licin pinggan hehe :p dan bermacam2 lagi perangai buruk wa ni hah..tapi lepas tu ok2 je la.lepas makan pergi kedai buku dan lepas tu pergi layan movie 'Life of Pi'.ok itu wa cerita jap lagi! :))

lepas habis wayang everything masa nak balik tu singgah la Uniqlo sekejap.apitt nak beli belt dan tanpa disangka2 dia offer pulak "sayang nak apa2 tak?" - mesti la wa laju je cakap "nakkkkk!" hahaha maka dapat la wa sehelai basic tshirt dan sehelai jegging.yay yay! :D


terima kasih suamiku! owh!

so how to rock-it? 


i love the colors! BOLD.


tengok la korang betapa kita tak perlu takut nak bergaya sakan dengan seluar kaler oren! kan? :)
owh loveeee! :D


chill and relax from Katie Holmes
Hilary Duff is always my favorite :)

i just cant wait to style my new orange jegging. will instag soon! :))

x,
kerr.



Friday, December 14, 2012

hectic weeks!



aloha! apa khabar? sehat semua? :)
minggu lepas dan lepas was a very hectic weeks.busynya sampai tak sempat nak update dalam blog.and starting next week, inshaallah akan busy balik.hehe :D
sokay, i like it like that! :)

so alhamdulillah ramai rupanya yang menamatkan zaman bujang tahun ni.i dont know la orang lain tapi most my friends semua selamat menjadi suami/isteri.dan ramai juga yang mengandung dan dapat new baby! alhamdulillah..maha suci Allah! memang akhir tahun ni musim mengawan kot? hihi

so biarlah photo yang berbicara..eceh! :p


the cousin's wedding : azleen & hasbullah

this is my cousin, azleen a.k.a lynne. agak drama juga la sebelum tiba untuk ke arah perkahwinan tu.but alhamdulillah..again ajal, jodoh semua di tangan tuhan. dia banyak la share about herself and her partner to me.alhamdulillah..panjang jodohnya.

and apa yang lagi best is she chose me to be her wedding coordinator.haha why la people suka suruh wa jadi benda2 gini ea? nampak je rileks padahal dalam hati gila la dup dap dup dap.tapi takpe, sempena membalas jasa masa wedding wa apa salahnya kalau wa tolong.mesti boleh punya kan? :)


 after akad nikah ceremony.with the bride and other cousins.


pretty bride kan? the attire is from Rumah Kebaya.


memang betul pun kalau ada yang kata, orang lain lagi over dari pengantin! hahaha


semoga rumah tangga sentiasa dilimpahi dengan rahmat dan rezeki dari Allah.
inshaallah :)


hajar & lipan's wedding

ni kawan di uitm, hajar dan lipan.lama gak bercinta akhirnya sampai juga jodohnya.wa suka wedding diorang, simple je.comel pulak tu dengan belon2 kaler putih and yellow..wuuu! nice :)



macam english wedding tapi dicampur dengan tradisional.ada silat ada kompang.meriah uols! :D
makan sedap pulak tu! alhamdulillah.


group photo with the awesome bride and groom.nice nice! :)


the girls! <3 p="p">

eila & fizi's wedding

eila is one of my rainbow sisters.she's funny and witty.i dont know la, tapi wa rasa semua kawan2 wa dengan wa sekali memang jenis kawen lambat.haha tapi biar lambat, asal selamat kan? see dah selamat pun jadi isteri orang! woot woot ^.^Y
selalu je wa tergelak2 kalau baca dia tweet pasal preparation kawen dia.serious kelako.apa2 pun majlis pun dah sempurna.dah jadi suami isteri and happily married! yayyyys! :))


 eila and husband.phewwiit!


with nana and cici dengan background fiza yang tengah sibuk bergambar dengan pengantin atas pelamin.


macam biasa la wa memang suka pergi wedding kawan2 sebab mesti ada sesi jumpa kawan2 lama punya! hehe this is hirne.kawan zaman sekolah.lepas tu masuk uni sama2.now masing2 dah kawen.dan dia dah ada anak sorang.wa? hehe mesti la belum! :p


 family photo tapi tak termasuk yang pakai baju hitam kat tengah2 tu ye..haha siapa dia pun wa tak kenal! hehe :p


 met Mohd Haziq Haikal : ziela & asruul's new baby

new rainbow kid in the houseeeee! hoorayyy hoorayy! :))

macam mushroom kan? cuteeeee! 



whatever it is, wa bersyukur kepada Tuhan untuk semua yang berlaku dalam kehidupan wa.bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai dan menikmati kehidupan.semoga kita semua sentiasa dilindungi dan disayangi Allah.inshaallah! :)

live your life! 

x,
kerr.

ps : pictures is from my instagram.follow me ! :)



Sunday, December 2, 2012

istanbul aku datang - REVIEW


filem yang betul-betul wa nak tengok sangat.yup! ISTANBUL AKU DATANG!! :D i don't know why wa macam teringin sangat nak pergi menonton. maybe sebab the pretty Lisa Surihani or maybe its all about the awesome director yang tak pernah lagi menghampakan wa sejak zaman GOL & GINCU - Bernard Chauly.heeee :)
ceritanya macam ni, sebab teringin sangat tapi selalu je ter-miss nak pergi tengok kat pawagam.akhirnya bila tiba waktu yang sesuai, waktu tayangan pulak dah abes.so how? sedih kan? :( but alhamdulillah Allah selalu bagi peluang ke-2.yayyyy for the ASTRO FIRST! thank you apitt sebab melayan nafsu isteri mu ini.hehe.



so basically IAD ni mengisahkan tentang watak Dian (Lisa) yang telah ke Istanbul semata-mata dengan satu niat iaitu untuk memastikan Azad (teman lelaki sejak zaman sekolah) melamarnya dan seterusnya berkahwin. Azad lakonan Tomok adalah seorang pelajar perubatan di salah sebuah universiti di Istanbul. Dian membuat perancangan untuk menghadiri kursus bahasa selama 3 bulan dan dalam masa tersebut Dian berharap Azad akan melamarnya.


Kerana tidak mahu dipandang serong oleh masyarakat setempat, Azad meminta Dian untuk mencari tempat tinggal yang sesuai dan bukan tinggal serumah dengannya. Dalam misi mencari rumah baru, Dian telah ditipu oleh seorang penduduk tempatan bernama Cihan. Apartment yang diduduki oleh Dian sebenarnya turut diduduki oleh Harris lakonan Beto Kusyairi.


ok! apa yang best mengenai filem ini adalah idea yang fresh! ok memang betul Malaysia memang banyak mengeluarkan filem-filem bergenrekan cinta. Tapi apa yang wa suka adalah, filem IAD ini bukan-lah filem tipikal Melayu yang sikit-sikit putus cinta, bergaduh, air mata, dendam etc.BORING! -___-" IAD ni lebih kepada idea yang simple tetapi segar! i mean dah lama tak tengok Malaysia buat filem remaja macam Ada Apa Dengan Cinta (indonesian) yang memang melekat kat hati semua orang sampai sekarang.kan? :)) awww..i love Ada Apa Dengan Cinta!! 
Ditambah pula dengan lokasi penggambaran yang super rare. hello its Istanbul ok?? bukan Paris, or sikit-sikit London..eauww! :p pada wa apa yang penonton nak tengok adalah something yang lain daripada biasa.kepada sesiapa yang sudah menonton IAD ni jangan tipu kalau korang tak terpegun dengan semua lokasi dalam filem ni.terasa macam nak "OK ISTANBUL AKU NAK KUMPUL DUIT DAN DATANG JUMPA KAU!!! " kan? hehe dan jangan tipu diri sendiri kalau korang rasa apartment yang Dian duduk tu best gilaaaaaa!! owhhh!! :D


walaupun ada scene yang sedih (Azad tinggalkan Dian bila dapat tahu Dian tinggal serumah dengan Harris), kesedihan tu bukan meleret-leret tapi scene sedih tu berbekas kat hati..chewah! serious wa menangis kot waktu Harris cucikan rambut Dian.serious sedih.terasa macam tengok cerita Korea pulak..haihs :D


so apa yang boleh wa simpulkan disini adalah Istanbul Aku Datang adalah filem yang harus ditonton. location cantik, pelakon best, jalan cerita simple.jenis filem yang korang just kena layannnnnn je! tak payah fikir.haha
cuma kalau tanya wa apa yang tak best dalam filem ini adalah ending tu dah boleh dibaca.i mean memang tahu la happy ending tapi kalau garap bagi best sikit lagi mesti penonton tak boleh jangka.

overall memang awesome! i loike! :D

sila tonton!! :D

x,
kerr.