filem yang betul-betul wa nak tengok sangat.yup! ISTANBUL AKU DATANG!! :D i don't know why wa macam teringin sangat nak pergi menonton. maybe sebab the pretty Lisa Surihani or maybe its all about the awesome director yang tak pernah lagi menghampakan wa sejak zaman GOL & GINCU - Bernard Chauly.heeee :)
ceritanya macam ni, sebab teringin sangat tapi selalu je ter-miss nak pergi tengok kat pawagam.akhirnya bila tiba waktu yang sesuai, waktu tayangan pulak dah abes.so how? sedih kan? :( but alhamdulillah Allah selalu bagi peluang ke-2.yayyyy for the ASTRO FIRST! thank you apitt sebab melayan nafsu isteri mu ini.hehe.
so basically IAD ni mengisahkan tentang watak Dian (Lisa) yang telah ke Istanbul semata-mata dengan satu niat iaitu untuk memastikan Azad (teman lelaki sejak zaman sekolah) melamarnya dan seterusnya berkahwin. Azad lakonan Tomok adalah seorang pelajar perubatan di salah sebuah universiti di Istanbul. Dian membuat perancangan untuk menghadiri kursus bahasa selama 3 bulan dan dalam masa tersebut Dian berharap Azad akan melamarnya.
ok! apa yang best mengenai filem ini adalah idea yang fresh! ok memang betul Malaysia memang banyak mengeluarkan filem-filem bergenrekan cinta. Tapi apa yang wa suka adalah, filem IAD ini bukan-lah filem tipikal Melayu yang sikit-sikit putus cinta, bergaduh, air mata, dendam etc.BORING! -___-" IAD ni lebih kepada idea yang simple tetapi segar! i mean dah lama tak tengok Malaysia buat filem remaja macam Ada Apa Dengan Cinta (indonesian) yang memang melekat kat hati semua orang sampai sekarang.kan? :)) awww..i love Ada Apa Dengan Cinta!!
Ditambah pula dengan lokasi penggambaran yang super rare. hello its Istanbul ok?? bukan Paris, or sikit-sikit London..eauww! :p pada wa apa yang penonton nak tengok adalah something yang lain daripada biasa.kepada sesiapa yang sudah menonton IAD ni jangan tipu kalau korang tak terpegun dengan semua lokasi dalam filem ni.terasa macam nak "OK ISTANBUL AKU NAK KUMPUL DUIT DAN DATANG JUMPA KAU!!! " kan? hehe dan jangan tipu diri sendiri kalau korang rasa apartment yang Dian duduk tu best gilaaaaaa!! owhhh!! :D
walaupun ada scene yang sedih (Azad tinggalkan Dian bila dapat tahu Dian tinggal serumah dengan Harris), kesedihan tu bukan meleret-leret tapi scene sedih tu berbekas kat hati..chewah! serious wa menangis kot waktu Harris cucikan rambut Dian.serious sedih.terasa macam tengok cerita Korea pulak..haihs :D
so apa yang boleh wa simpulkan disini adalah Istanbul Aku Datang adalah filem yang harus ditonton. location cantik, pelakon best, jalan cerita simple.jenis filem yang korang just kena layannnnnn je! tak payah fikir.haha
cuma kalau tanya wa apa yang tak best dalam filem ini adalah ending tu dah boleh dibaca.i mean memang tahu la happy ending tapi kalau garap bagi best sikit lagi mesti penonton tak boleh jangka.
overall memang awesome! i loike! :D
sila tonton!! :D
x,
kerr.
No comments:
Post a Comment