Monday, September 26, 2011

:))

                                   i don't know why, (absolutely, i know the reason why? :p)
it is felt nice, 
it is nice feeling,
I'm just happy.



 dear God,

thank you.
:)


x, 
kerr.




and..owh owh! semalam jalan-jalan cuci mata kat pavillion.demm! terpengaruh lagi dgn banyak baju cantik kat dunia ni.salah satu daripada nya adalah :



Barkley Kimono from Cotton On
source (pictures) here

eauwww...peha dia nampak selulit!! gahh! :p

seriously sukaaaaaaaa! but a bit pricey la kot kalau setakat kain senipis itu tapi berharga RM99.huwaaaa! nakkk nakk nakkk! :(( dapat gaji ni nak beli la satu! ke? hurm... -.-"
membazir itu amalan syaitan.hello! ini bukan membazir ok, ini keperluan! hehe 

NAK JUGAK! :))

xo, 
kerr.


Saturday, September 24, 2011

explosion in the sky


mungkin wa ni memang sentiasa ketinggalan.band ni bertahun dah kan? wa baru terhegeh-hegeh nak dengar.padan muka! hehe :p
wa tak jumpa the official website untuk band ni, ye la wa kan ketinggalan...*bongok nya diri sendiri ni.nak merajuk dgn diri sendiri dah kenapa? hahahaha*
boleh check here or kat youtube.
nak senang korang boleh dengar kat blog wa ni je.tu nampak kat atas belah kanan ada ipod color hijau nice-nice tu! hehe :D tapi kalau korang tak suka music jenis ni dah lebih suka mendengar irama dangdut wa takde hal pun.telinga masing-masing kan? tapi kalau boleh suka la, suka la! :p

enjoy yo!

x,
kerr


Friday, September 23, 2011

insensitive

"dear 'someone', are you really insensitive or are you just playing
 stupid?

idiot."


x,
kerr

Wednesday, September 21, 2011

Male Cancer Awareness Campaign



jangan malu pula masa tengok video ni.memang lah ala-ala "jom main touch-touch" hahaha tapi kita ambil yang positif.wa rasa dia letak Rhian ni sebab dia nak tarik penonton lelaki menonton kempen ni.lelaki ni kan pantang je kan kalau perempuan 'hawt' beraksi! kemainnnnnn pantas! hehe :p

tapi sumpah la kan memang hot punnnnnn~! nyum nyum! :))

so minta la lelaki-lelaki korang check their...erm..erm..bird? hahaha :p ye la ini untuk diri sendiri dan membina keluarga pada masa akan datang juga kan? kan? so ini adalah penting.kang tiba-tiba ada timbulan benda timbul-timbul kan tempat tak sepatutnya terus rasa tak best, sila cepat pergi jumpa doktor supaya boleh segera hapuskan itu kumannnnnnnn! dah2 wa nak pergi check apit! eh? hahaha :D

now lemme see u touched urs! :D
nyum nyum nyum.hahaha


x,
kerr.

Tuesday, September 20, 2011

movie review : SUBMARINE

ehem! hah ni wa nak review satu movie ni jangan ada yang nak kondem pulak! lempang nak? hehe :p



Fifteen-year-old Oliver Tate has two big ambitions: to save his parents' marriage via carefully plotted intervention and to lose his virginity before his next birthday. Worried that his mom is having an affair with New Age weirdo Graham, Oliver monitors his parents' sex life by charting the dimmer switch in their bedroom. He also forges suggestive love letters from his mom to dad.
Meanwhile, Oliver attempts to woo his classmate, Jordana, a self-professed pyromaniac who supervises his journal writing—especially the bits about her. When necessary, she orders him to cross things out. - source here 

first things first, wa paling suka layout menu dvd dia.like 'whoaaaaaa!' love-love-love :)) tp betul la kan, kita akan jadi lebih bersemangat nak tengok kalau layout menu dia cantik.ke korang tak berapa kisah? wa je yang over the rainbow ni? hehe :p 
2). i dont know korang suka movie mcm mana? but i really adore movie2 dari Britain.selain daripada accent yang super sedap di dengar, selalunya filem2 diaorang lebih kepada filem yang berfikir.means bukan cerita-cerita kosong even dia buat cerita lawak sekali pun.ok wa over bagi penerangan! heeee :))
3). the plot.i love the way diaorang bagi the flow part by part.creativeeeeeee nyeeeee! 

owh stop2! wa rasa wa tak perlu la nak cerita mcm wa ni budak sekolah filem sangat la kan? hahaha.tapi apa yang pasti, wa suka this movie tahap maksima punya.you guys should watch it! tapi if kata korang tak suka, tak faham or mmg tak boleh masuk itu masalah korang sendiri ye! hahahahaahah :D
so untuk minggu ni cukup la wa menonton 3 buah filem pelbagai genre dan membuatkan hidup wa normal macam orang biasa.ngeee! <3

till then.

x,
kerr

Monday, September 19, 2011

vampire bite me

      

gahhhh! berdebar-debar jantung wa walaupun tengok trailer je punnnn... :p

siapa peminat sequel Twilight angkat tangan please! hehe *saya! saya!* oh man, this movie mmg gila la.kalau siapa yang tak minat tu wa tak boleh nak cakap apa la kan *tapi wa nak cakap korang rugi kalau tak tengok sequel ni.hehe.loser! loser! :p* 

kenapa kalau cerita hantu oversea, vampire nya mesti handsome2? kalau hantu malaysia, mak datokkkkkkk! =.=" kalau boleh nak letak muka paling buruk kat duniaaaaa ni tau tak? racist!~ hehe.its really unfair la kan? asal omputih je, handsome.kalau hantu negeri lain terus je buruk.bagi hantu kat kau kang baru tau!! *emosi*
btw, cerita pasal hantu-hantu ni wa mmg ada pengalaman.tapi..tapi..erm..wa tak nak la cerita.sebab wa takut.hihi.
pengalaman tu sikit aje, tapi wa yang over lebey.biasa la wa kan mmg begitu! tak gitu? :p

owh ya ya! dah termasuk pasal movie ni boleh la wa review movie yang wa letak dalam entry lepas kan? ARE YOU READYYYYYYYY??? 

ON UR MARK! GET SET! GOOOOOOOO! 

1). BAD TEACHER : 

mengisahkan tentang Cameron Diaz ni yang obses nak buat boobs job . kerja sebagai seorang guru, gaji banyak mana sgt la kan nak tampung duit operation.soooo, dia buat la pelbagai job kat sekolah tu sbb nak kumpul duit.kerana part time job banyak sgt, dia selalu letih.dia tido time kelas.kaki alcohol plus marijuana lagi.so mcm bad reputation la kan! satu hari ni, ada seorang lagi cikgu baru masuk sekolah tu iaitu cikgu justin timberlake.cameron diaz pun mcm terberkenan la kat justin timberlake ni malangnya justin tu suka kat sorang lagi cikgu yang bernama cikgu amy.terjadi la perebutan di situ ya murid2! :p err..kalau wa malas nak sambung boleh ke? nanti mcm tak suprise sgt kat korang kalau wa dah cerita semua.korang beli la dvd.cerita ni ok weyh! boleh buat korang gelak2 menonton sambil makan nasi dgn sardin mcm wa buat hari tu! hihi :p 

keseluruhan nya wa bagi rating 8/10! not bad!! :))

p/s : kalau nak tgk cerita ni dgn budak bawah umur boleh, tapi part yang cameron diaz jumpa doktor nak buat boob job tu suruh dia tutup mata sbb ada (.)(.) kat situ! hehe sumpah wa tak tipu! kepada yang atas umur pulak, jgn tengok lama2.ini bukan porn movie pls! hahahahaha :D

2). SUPER

ok cerita ni ala-ala Kick-Ass! lelaki ni nama dia Frank.dia nak selamatkan wife dia Sarah sbb wife dia mcm terjebak dgn dadah.wife dia lari ikut lelaki jahat.dan dia sedih.so dia mendapat cahaya hidayah lalu bertukar menjadi superhero untuk menentang kejahatan.yang bestnya cerita ni, dia banyak guna graphic.contoh nya kalau scene dia pukul orang dgn spanar nanti keluar typography warna warni ."PONGGGGG!" wa suka la kalau macam tu, tp wa tak tau la korang! hihi.*lantak korang la suka ke tidak kan? hahaha

rating 7/10 sebab wa rasa ada unsur-unsur ganas la dlm movie ni.tak sesuai untuk kanak-kanak sangat sbb scene tembak2 dia tu mcm real sgt.tembak muka, tunjuk muka hancur! eauwww! not good!!! :(
jgn tengok sambil makan nasi dan sardin weyh! erm..pop corn boleh kot! erm..dengan air coke! sedap kan? boleh baring-baring pulak tu.nak-nak kalau rajin sikit boleh buat jemput-jemput! korang tau ke jemput-jemput.ala lebih kurang cucur la tu.kat johor panggil jemput-jemput.kat negeri korang panggil apa? wa kan sebenarnya tak boleh terima sgt kalau jemput2 makan cicah sos? huh? eauwww..tak style ok! tapi kalau dah tekak korang suka sos wa tak boleh larang la kan.hehe.eh?? kenapa masuk pasal makanan pulak ni.hah pasal cerita tdi tu, korang beli la juga weyh.korang kena tgk la ending dia mcm mana.wa malas nak cerita.kalau tak nak tgk pun korang simpan la buat collection sbb wa tak sure cerita tu masuk malaysia ke tidak! serious.owh ada scene tetek juga sikit2.sikit je la.tak nampak sgt pun! eh! haha :D

ok dah! bye!


x,
kerr.




p/s : cerita SUBMARINE wa tak tengok lagi! nnti wa review sikit-sikit.tp korang beli jugak pls! hehe *betulllll! wa bukan duta kedai dvd juwara.betul.sumpah!* :p

ai ai sir!

crdt : afiq ikhwan
"hidup di dunia cuma sementara.tiba masanya, kita bakal dijemput kembali kepada Sang Pencipta.al fatihah kepada si mati.semoga perjalanan mu dipermudahkan.selamat bertemu Tuhan."
  - kerr abdullah, Sept 2011

Sunday, September 18, 2011

cemburu

wa tau kalau ada yang cemburu dengan wa.
bukan la nak membangga diri mengatakan diri ini dicemburui, sbb wa pun tak tau apa yang sedang mereka cemburui pada wa ni.
wa tak bijak - checked
wa tak cantik - checked
wa tak kaya - checked
wa gemuk - checked
apa lagi? semua yang tak best tu mmg wa la.so apa nak cemburu?
sebab wa baik dgn semua orang ke?

sebab wa banyak sgt cakap ea?








hahahaha! kesian.cemburu without any reason.


whatever la kan.
hati ke bersih babe, baru jiwa tenang.


peace.


kerr.

Saturday, September 17, 2011

movies review

erm..erm..sebenarnya wa belum tengok lagi.baru je beli semalam.hehe
bagi wa tengok dulu.lepas tu nanti wa review ok! tapi wa dah tengok trailer dia.macam semuanya best je! tapi tak juga kan? banyak je yang trailer gempak tapi movie very the harammms-j! haha :p



bad teacher trailer




submarine trailer


super trailer


atau korang nak beli sendiri dan tak menyusahkan wa untuk review? haha :p


x,
kerr


opn hse


ada siapa2 nak jemput wa pergi rumah terbuka? 

wa free.



x,
kerr

Thursday, September 15, 2011

penyakit otak

biasa dengar OCD? 
obsessive-compulsive disorder?

ok wa rasa wa salah seorang peng-hidap OCD.walaupun tak berapa nak teruk sangat, tapi still yea! 

=.="
dua tiga hari sebelum ni wa asyik terfikir-fikr je pasal ocd.nak makan pikir pasal ocd.nak tido.nak mandi.nak berak buang air.ocd sana, ocd sini.
last-last wa pergi google sendiri sebab dah hari-hari terfikir.wa tak tau la kan nak explain mcm mana sebab wa bukan doctor, wa cuma kuli bekerja saja.hehe :p *korang sila google sendiri pls*
kalau baca balik setiap simptom-simptom OCD, sedikit sebanyak terkena pada wa.contoh :

1) . wa tak kan pegang tempat pemegang di escalator *tangga bergerak* kat mana-mana tempat yang ada escalator.sebab wa rasa macam banyak bakteria.ye la, kan ramai yang pegang pemegang tu setiap masa kan? so wa rasa mcm kotor berminyak.wa tau perangai tu macam bongok je kan? tapi...wa mmg cenggitu.wa minta maaf.huwaaaaaa! 

2). kalau wa masuk toilet pergi buang air kecik/air besar, before duduk kat toilet seat tu wa kan sembur air banyak-banyak *konon-konon nak bagi bersih* so air yang disembur tu akan kena lantai juga kan sikit-sikit *erhm..tempias?* sebab air tu dah kena laintai walaupun sedikit, wa akan sembur satu bilik air *i mean kawasan toilet yang wa guna tu la*.kalau tak basah semua lantai tu wa rasa tak puas hati.wa nak basahkan semua.erh? korang faham ke apa yang wa nak sampaikan ni? kalau tak faham korang baca dari mula.ok? :p

3). wa jenis manusia yang susah nak buang barang-barang lama.sebab wa rasakan benda tu akan berguna satu hari nanti.

contoh 1# : wa kumpul semua botol minuman plastik yang wa beli *kalau wa minum kat rumah la* dan wa tak nak buang sbb wa rasa satu hari nanti wa akan gunakan juga walaupun tak sebenarnya.

contoh 2# : wa simpan semua resit-resit ntah apa-apa dalam ziplock sbb wa rasa kalau wa buang wa rugi? erhhh? hah faham tak? padahal wa tau kalau setakat beli baju kat sungai wang tu buat apa nak simpan resit.bukan boleh claim pun.tp wa simpan juga sbb wa rasa mcm berguna.owhhhh wa gilaaaaa :((

contoh 3# : setiap pagi wa akan buat rutin yang sama.lepas selesai makeup and stuff wa akan keluar bilik.kunci pintu bilik dan menghala ke pintu utama rumah.sampai pintu utama rumah, wa akan patah balik ke bilik utk check the suis plug.dah off/cabut or belum.setiap pagi.kalau tak buat hati wa tak tenang.ngeeeeeeeehhhhh =.="

dan banyak lagi lah sebenarnya.so wa sangat takut sekarang ni.tadi wa masuk toilet, wa cuba utk tahan diri dari sembur-sembur air kat lantai.wa keluar tp end up wa masuk balik dan sembur-sembur smpi wa puas.hehehe :p

apit cakap itu adalah sakit psikologi.takut kotor.takut itu, takut ini.hurm...tp untuk tujuan kebersihan kan? kan? 
wa rasa semua orang ada OCD.cuma tekanan tu kuat ke tidak je.wa rasa wa normal! haha :p

p/s : wa gantung baju ikut colour coding.itu OCD ke? tak kan??? wa nak nampak cantik je! tapi sekarang ni bilik wa serupa kapal karam =.=" pemalassssss! 





source : weheartit.com


x,

kerr.

Wednesday, September 14, 2011

tempah baju segera siap boley?


+


+


 +


source : weheartit.com


kain dah ada.lace dah ada.design dah ada.tapi nak hantar ke tailor tu bercinta betullll! =.="
kang bila dah sampai hari takde baju nak pakai baru padan muka.hihi
bukan tak nak hantar, tapi wa rasa harga menempah baju tu mahal la.RM65 per baju kurung. mahal, no?
ke murah? ke wa je rasa mahal? haha :p

besok la wa hantar.ke nak pergi tanya dulu? hurm..
besok besok.
semua buat besok! 
turn out tak jadi mengamuk! hehe :p

x,
kerr.

Tuesday, September 13, 2011

stuffs

this kind of stuffs always make me smile :)
i'm kinda excited about it.really! heeeee.
wa takkan cakap banyak-banyak tentang hal yang belum sangat 'kepastiannya', tapi at least wa sedang berusaha ke arah itu.
semoga Allah permudahkan urusan kami.insyaallah.

ameen.

:)











source : wehearit.com


in love,

kerr.


Saturday, September 10, 2011

anak gajah yang selalu sesat

still remember wall post wa kat facebook pasal wa sesat jalan nak pergi jumpa client? hahahaha :p macam bodoh je kan? haha.tapi itu la yang sebenar.wa duduk KL dekat nak 10 tahun, but sebagai insan biasa yang serba kekurangan, wa sangat failedddddd jalan KL kecuali jalan ke shopping mall.itu pun sebab macam selalu sgt pergi kan? haha
kalau nak diikutkan banyak mende wa failed.wa still tak berani naik train ke sana ke mari dalam KL ni.panggil la wa loser, wa tak kisah! hehe :p

bertuah sangat mr.B wa itu sgt prihatin! owh!! itu pun lepas kena marah banyak kali sebab tak sudah2 call tanya jalan.tanya traffic light.tanya terowong.owhhhhhh =.="
pagi tu sesat, petang tu mr.B dah pergi order! ngeeee <3

pantasssssss! :p
(klik untuk ke saiz m)



semalam ke midvalley pergi pick up the super power gadjetttttttt! power la untuk orang macam wa ni.sukaaaaaaa ok! suka sangat-sangat! mahal sikit tp update.its ok.beli benda berguna :)
terima kasih wahai awak-ku! <3 semoga orang kurang menyusahkan awak lepas ni.amin amin :p



ok petang ni wa nak try Jill (nick name konon) pergi jusco AU! hihi :p


x,
kerr.



Friday, September 9, 2011

ramadhan & syawal 2011

assalammualaikum

lamanya tak berblog.ada masa tapi tak rajin.banyak cerita tapi lebih senang simpan dalam hati.pejam celik ramadhan dah berakhir dan kita dah pun menyambut syawal.alhamdulillah.kalau nak ditanya apa yang wa dapat sepnjang ramadhan ini, pelbagai pengajaran yang wa peroleh.antaranya macam mana nak pelihara solat dengan betul.jaga bahasa.jaga tingkah laku supaya menjadi insan yang insyaallah cemerlang dari segi sikap dan budi pekerti.
hari raya aidilfitri yang baru sahaja berlalu (masih dalam mood raya) wa dan keluarga sambut dengan rasa syukur.walaupun ini merupakan hari raya ke-dua tanpa arwah ayah, alhamdulillah semuanya masih terkawal.terkawal dari segi sambutan dan emosi juga.tak tau la kan kalau ada yang menangis dalam diam.hehe :p wa cuma menangis masa pagi hari raya.masa melawat kubur ayah dan keluarga yang lain.semasa membaca doa buat ayah, hati ada lah tersentuh sedikit.entah, mungkin masih memendam rasa.

ok ok stop cerita pasal nanges-nanges :')


kubur mak tok.tak boleh tabur bunga banyak sangat, kang ramai yang berkenan! erh? hehe


pandai sangat mulut berkumat kamit.tak payah nak berkerut sangat la kerr abdullah.
baca al fatihah je punnnnn! ini kubur tok abah.jauh dari mak tok.mak tok duduk rumah pangsa
tingkat 15 -.-"



ok.ini kubur ayah sebelah je dgn kubur tok abah :')
ceh ceh emak.menabur bunga dengan penuh gaya! hehe
*padahal dalam hati dia siapa yang tau dia rasa apa kan? hurmm..*
*diam*


yang cinonet kecik ni kubur baby danish.
anak my uncle meninggal dalam perut tu.last year if i'm not mistaken.


lepas balik kubur kitaorang pergi pantai depan rumah.tanpa motifff? 
huh hari raya pertama pergi pantai? nak tengok apa? air laut? haha


uiks? mana angah abdullah? owh jadi cameraman ea?


riang ria la konon! cet! =.="


sakan no! :p

ok itu la serba sedikit gambar-gambar raya.takkan nak upload semuakan? kalau upload semua baik wa print satu album, pass kat korang.baru puas sikit tengok! hehe :p

banyak perkara baik berlaku pada hari raya kali ini.bertambah baik.alhamdulillah! yang buruk-buruk tu buat tak nampak je la ye tak? hehe
nak tengok gambar budak2 kecik besar tua dan muda main bunga api sila pergi kat my FB.sana ada sikit.bersepah-sepah ye tak? tapi takde la best sgt pun bunga api.so childish la u! *sambil pegang bunga api =.="*
seperti tahun-tahun yang sudah, wa berdoa semoga sentiasa diberkati hidup ini.bila pergi kubur teringat utk diri sendiri "esok aku pun ke sini juga.kembali ke tanah.." 

for my dear emak,
terima kasih utk semua yang best-best.masakan emak.semua lah! ayien tak boleh nak explain satu-satu.u're my wonder women.insyaallah ada rezeki, menjadilah sesuatu yang selalu mak harapkan.insyaallah! :))

to all, 

selamat hari raya aidilfitri.maaf zahir dan batin :)

xoxo,
kerr abdullah