saya selalu meletakkan diri saya di dalam kategori sederhana.erh kejap kejap! bukan dari segi kecantik-kan or kejelitaan ye.tapi dari segi pembawa-kan diri.kalau dari segi kecantik-kan saya memang dalam kategori jelita biasa-biasa je.maklum la saya bukan-lah ada darah mixed.melayu tulen je pun.tapi..syukur sebab Allah masih bagi saya nyawa untuk hidup di dunia ini.amin-amin.
saya percaya kepada kalau kita bersederhana dari segala segi kita mampu hidup walau di campak kat mana-mana pun as long as ada shopping mall. sebab cuba korang fikir-fikir katalah andainya "manusia 1" - hidupnya mewah.mewah makan.mewah pakai.mewah tempat tinggal.duit berkepuk-kepuk.makan sarapan mesti di cafe paling-paling kurang pun 4 bintang.kalau makan di mamak, mahu muntah 5 baldi.cuba di campakkan 'manusia 1' ni di perkampungan orang-orang biasa.orang-orang kita.boleh hidup? insyaallah boleh.siapa kata tak boleh.bukan semua orang bermewah ni mesti kena makan sandwich buatan jerman hari-hari.cuma banyak-lah pantang larangnya.espresso ada? - banyaknya nyamuk malam ni susah nak tidur.- hah! toilet kat luar?
serious saya tak menyalahkan mereka 100%.kita kena lihat-lihat juga.kadang-kadang dah memang mereka dibesarkan dengan cara hidup macam tu.memang kena makan di cafe 4 bintang tiap2 pagi.memang kena buang air guna toilet batu marmar.tak boleh nak salah kan mereka.
tapi?
tapi tak semua orang boleh me'letak-kan' diri mereka mengikut keadaan dan situasi.kenapa? sebab mereka tak cuba.sebab tu ada pepatah, 'masuk kandang kambing meng-embek'.ye memang tak semua senang nak suaikan diri dgn sesebuah keadaan.jangan letakkan level diri tu terlalu tinggi.sebab lagi tinggi kamu letak diri kamu, lagi rendah orang memandang kamu.
saya mengaku ada ketikanya benda begini selalu terjadi pada saya atau depan mata saya.itu tak boleh, ini tak boleh.
contoh 1 : "erm...i memang tak boleh la kalau makan duduk bersila.tak pandai." - nama sebenar Markonah binti Sabtu.
contoh 2 : "hah? duduk kat bilik macam ni? takde aircond? tak nakkkk lah! geli!" - kipas tgh berpusing level 5 atas kepala.
boleh tak kalau kita terima je keadaan-keadaan macam ni?
tak payah la nak banyak bunyi sangat!
boleh tak?
:)
entah la.banyak benda saya nak persoalkan.masalah nya saya pun bukan la perfect sangat.selalu juga buat salah.tapi saya tetap mengingatkan diri sendiri yang saya cuma budak kampung jadi tak payah nak berlagak macam orang duduk bandar! :)
kerr.
No comments:
Post a Comment