Thursday, July 29, 2010

a{li}en


saya sangat tak paham.dah dua helai jeans yang paling saya sayang koyak dan berlubang.haihs! demm.kan kena keluarkan duit lagi beli jeans baru...arghhh! :( adakah kerana saya sayang jeans ini dan saya sentiasa menyarungkan-nya dan berganti dua seluar ini sahaja dan dah bertahun jeans ini di dalam simpanan menjadi penyebab utama dia koyak? not good.not good.

owh atau mereka (refer kepada jeans) merajuk sebab saya baru je beli blue navy skinny? erk? rileks la.sehelai je kot. -.-"
tolong la.saya baru plan macam-macam dengan duit gaji yang baru masuk ni, korang dah nak koyak...so ini bermakna saya harus membeli lagi jeans kan?


People seldom notice old clothes if you wear a big smile.
{Lee Mildon}

Wednesday, July 28, 2010

{sesuatu buat kita ketawa}

[click to enlarge.. its super funny!]



[click to enlarge.. its super funny!]

Monday, July 26, 2010

and yea, she said YESSS! :)

{pic crdt : wani ardy}

sesungguhnya saya berasa sangat sangat sangat gembira untuk dia. :') finally...wa yakin syafiq boleh jaga lu.boleh jaga lebih baik dari wa dan kawan-kawan kita yang lain jaga lu.wa harap dan sentiasa berdoa jodoh korang berdua sentiasa berkekalan hingga ke hujung nyawa.i'm so happy for you both.like seriously..alhamdulillah.
and now, wa tgh google warna tema macam yang lu nak.so boleh ready untuk cari baju for ur majlis.arghhh..tak sabar! yay! :))


{pic crdt : wani ardy}

dear wani,

perkara kawen-kawen ini bukan sesuatu yang mudah.perlu sentiasa tenang dan banyak bersabar.walaupun wa masih belum ber-kahwin (demm! -_-' hehe), tetapi sebagai seorang manusia, seorang wanita dan seorang kawan wa sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk lu dan syafiq.semoga kegembiraan sentiasa bersama kalian.mengenali sifat kamu berdua, wa yakin korang mampu membina sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah warohmah dan penuh barakah.amin! :) i love u.

A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.
[Mignon McLaughlin, The Second Neurotic's Notebook, 1966]

Thursday, July 22, 2010

kan bagus kalau kat dunia ni takde orang jahat!


dah tu kalau kat dunia ni takde orang jahat, abang polis sedap la duduk goyang kaki ye sambil approve friends request kat facebook? ewah-ewah! seronok ye? masalah nya terlalu ramai orang jahat.kejap2 kat paper keluar news pasal bunuh.lepas tu rogol.lepas tu rompak.lepas tu buang baby.demm! thats not good.na ah! *sambil geleng geleng kepala
yang paling terbaru adalah mayat seorang perempuan ditemui dalam keadaan berbogel dan diikat kaki tangan nya selain daripada kesan tikaman didada.aduh! sakit! :( sampai hati kau orang buat mcm tu.tak baik la! seksa nya.apa la salah that girl sampai kau orang nak bunuh dia.then kenapa bogel kan dia? oppss...itu memalukan.owhh tidakkkkk! -_-" so terbukti la dunia bukan la tempat paling selamat untuk diduduki oleh manusia-manusia baik macam saya.hihi.dan kamu-kamu.oh dan kamu juga! :)) lepas tu kita semua nak duduk mana? bulan? planet-planet comel yang macam dalam buku sains masa sekolah dulu? erk..ok! but make sure tempat itu didirikan dengan shopping complex dan kemudahan-kemudahan yang lain.haha! owh best! :D
baik saya serious sekarang! ehem.wahai sahabat, berbuat baik la kepada setiap orang.jangan sesekali kita terniat buruk nak membunuh or etc.serious! bukan dapat apa pun.korang akan sentiasa hidup dalam keadaan yang tak tenang.mesti malam malam time korang nak tido korang mcm ternampak bayang-bayang yang menghantui hidup korang.tu la buat jahat lagi! hehe. :p
kita hidup sekejap je.buat apa nak cari musuh.kita jangan la nak buang masa dengan benci orang tu, tak suka orang ni.ewah ewah! macam la kau orang tu perfect sangat kan? haihs! ok apa la?gi saya nak membebel? :p
saya rasa orang yang buat jahat tu sebenarnya dia lonely.ye la..kalau pun dia ada geng pengikut tapi geng pengikut tu bukan nak kawan dgn dia.i mean, "ok kau boss! aku kuli.so aku respek la kau!" SEE? sebab dia jahat takde orang nak kawan dgn dia.orang takut dengan dia ada la..haha.loser! :p .lepas tu dia bunuh orang sebab dia nak tunjuk kuat.sedei.. :(

dah la! membebel2 sangat pun bukan orang jahat baca pun! cuma harapan saya korang cepat-cepat la rasa bersalah dan bertaubat.bukan TAU-BUAT ye! good luck korang! :))


Wednesday, July 21, 2010

bila engkau ada hanya [satu masa]

mata lelap
mahu cari jalan pulang
kepala pusing
tembusi akal dangkal
bergolok gadai
lemah
titik-titik halus pixel menyelinap ke dalam ruang pandang
sekejap cerah sekejap lagi kabur
berketik-ketik tetulang jari
menaip laju
j
l
i
juga o
potong cantum potong cantum potong kemudian isi
senang dilihat
payah bagi penanggung


otak aku terus mati
dan kau tidak tahu itu

.


Monday, July 19, 2010

my-dream-land

.googledotcom.

moga dipermudahkan segalanya.
kehidupan.kesihatan.jodoh.
amin ya rabbal alamin.
-ker

Thursday, July 15, 2010

sangat-tidak-cool-bila-kamu-memaki-hamun-di status-FB!


sila jangan menggunakan ayat-ayat yang tak cool di status facebook anda! sungguh tak cool.sumpah! -_-"

contoh : sengal la dia ni...Cm mangkok! ahh jgn la baca email aku, bodoh!! muka je lawa, tp bodoh! Palsu! Bulu mata palsu!! Xchantek tau x?!! - hamba Allah

okayyyy...
bahasa anda melambangkan keperibadian.
sometimes, saya tak faham kenapa orang mudah sangat nak memaki hamun dekat status.kalau tak puas hati, cakap depan.maki depan muka orang yang anda benci tu.lagi puas hati kot..hehe.rasa kuat ke maki maki mcm tu kat status? kalau berani cakap la depan2.choii! :p
sebenarnyakan, tak bagus pun buat mcm tu.okay, saya mengaku selalu je memaki (tapi bukan di fb ye..pls).bila stress tension mesti la mudah sgt keluar perkataan 'fuck' atau 'babi pink' atau 'bodoh' daripada menyebut 'Ya Tuhan', "subbahanaallah' etc..hehe.yea..my bad. :p
tapi itu bukan issue n ya di sini ye.sila faham. :))

kalau anda seorang yang cantik.berbulu mata palsu sama macam rozita che wan yang hot tu, tapi anda memaki hamun..tidak kah ia nya akan menjatuhkan saham anda..hehe.mesti orang akan cakap mcm ni ;

"ceh! muka je lawo.mulut macam longkang!!"

serious.jadi kurang2 kan la meletakkan kemarahan i status fb mcm tu.tak best pun! mcm orang gila..hahaha!

ok.bye!

Wednesday, July 14, 2010

emak saya bagi saya nama mula huruf Z??


Zura Azreen
and yea...thats my full name.
nama sebenar.
nama yang ter-taip di dalam surat beranak dan kad pengenalan selama saya hidup 26 tahun di muka bumi ini.
dulu masa sekolah rendah dan menengah saya selalu mengamuk depan emak bila time nak exam.
kenapa emak letak nama saya mula huruf Z?
kenapa bukan huruf N? which is Nor or Noor or Nur.zaman tu saya jeles sangat-sangat kat kawan-kawan yang nama dia start dengan huruf N.tension setiap kali masuk musim peperiksaan, saya akan ditempatkan paling belakang.samada di dalam kelas atau di dalam dewan.
tak cool langsung... -_-"
lepas tu kalau...ok2 masa zaman korang sekolah ada tak kena jawab soalan cikgu tanya or kuiz kena tulis jawapan kat papan hitam? mesti ada kan?owh!!!! saya paling benci dengan situation tu.masa tu la cikgu akan bukan buku kedatangan untuk panggil nama murid yang kena jawab.
selalu yang akan dipanggil mesti nama yang mula dengan huruf A..kalau bukan huruf A mesti la yang mula dengan huruf Z kan?? kan??? arghhhh!!! benciiii!!! :(( ini adalah salah satu sebab kenapa saya nak nama saya start dgn huruf N.duduk tengah2 tak kena soal dgn teacher...erk? ok itu alasan bodoh.hahaha! :p
ok lepas tu emak kan kerja di pendaftaran negara, so saya pernah request kat emak, berapa had umur untuk proses pertukaran nama? haha.sebab masa tu saya dah ada beberapa nama baru utk menggantikan nama Zura Azreen itu! :p (adoi kenapa la perangai saya mcm tu erk?? gila).dan emak saya malas melayan perangai saya.huwaaa!
tell u the truth, saya tak suka nama ZURA.eauwww..mcm manja gile kan? geli jer! :p
Azreen tu ok la kot.hihi.
tahun berganti tahun, saya memerap dengan nama itu dan sentiasa duduk di belakang kelas time exam.sampai la masuk UiTM.masa semester pertama, kawan-kawan semua panggil saya full name.contoh :

kawan 1 : zura azreen, assignment encik baim dah siap! pinjam! nak tiru! (ok yang pinjam nak tiru tu saya tambah sendiri...hahahah)
semua nya sebab ada 3 student yang nama nya pun Zura, atau nama betulnya AZURA.so masa tu kalau panggil ZURA, tiga-tiga orang akan palingkan kepala.hahahaha! konfiusss! :p
saya pernah tanya emak kenapa emak letak nama saya mula huruf Z? zura azreen? emak cakap dia just mix and match! ok fine! u're sooo urban! hehe :p very the hip and hoppp! haha.actually nama Zura Azreen tu dia ambil dari nama anak kawan dia.sorang nama AZREEN (kakak) and AZURA (adik).so emak ambil and combine! ceh pen-tiru la emak! hahaha :))
dan saya rasa nama saya takde maksud pun.huhu~ owh ada2..maksudnya cantik comel dan kelakar dan sgt baik dan seorang yang bertimbang rasa! hahhahahaha! (ok..itu pun saya tipu!)
so about keRr tu, nama tu dapat masa diploma.why keRr? nanti2 la saya cerita.hahahahaha! malu seyh.dan sekarang ni owh semalam dah dua orang kawan baru di facebook meyangka saya adalah seorang LELAKI..wtf? hahaha.semua nya sbb nama keRr tu la.mcm lelaki ke weyh? saya rasa nama keRr tu mcm sgt comel mcm hermit crab!!! huhu.tomeiii!

ok.itu asal usul nama saya! :))
korang mcm mana pula.



owh.dan saya adalah perempuan ye! tengs! :))




Tuesday, July 13, 2010

despicable me?

pergi menonton lagi di wangsa walk.melayan mr boyfie :)
kali ini in 3D version.
the movie was soooo hilarious! kelakar gila dan sangat best jugee.ini antara movie yang saya syorkan anda semua pergi menonton.kalau tak tengok yang 3D version pun tak pe.

enjoy! :D

Monday, July 12, 2010

pic{nic}@sg.chongkak



last sunday 11072010, saya pergi ber-picnic dengan kawan-kawan.best la jugak! mula-mula dah macam cancel.dengan saya yang pulang ke rumah jam 4am kerana kerja haruslah mcm tak menjadi kan? :) well sebenarnya saya plan nak mandi sungai ni start dari minggu lepas.tiba-tiba teringin nak main-main air.adoi manja beno kan? haha.post ke inbox ajak rainbow but tak ramai yang free dan ber-respon.then tak sangka pula jadi.last minutes! thank you faes, fafa & ziela.menjadikan ianya realiti.saya happy sangat-sangat.thank you juga buat aiman, asrul, jimi and mr boyfie kerana melayan je apa yang saya inginkan.hehe.rawk la koranggg! :))

tiba di sungai chongkak jam 3pm dan selesai jam 7pm.lega.alhamdulillah! balik tu saya menyambung pula dgn aktiviti menonton wayang.movie Predators.erm..not bad! 6.5/10.

apa2 pun. weekend ni mmg la best.setelah penat bekerja mcm orang gila dapat juga saya curi-curi masa pergi tenangkan diri.eceh! over tau! :p

p.s: saya mau camping! ada sapa2 yang sudi? :D

Friday, July 9, 2010

pergi

mendapat panggilan daripada haidar sekitar jam 6:30am macam tu, memberitahu bahawa aunty telah pulang bertemu Sang Pencipta.innalillah...
:')
benar, saya tidak la serapat mana.tapi kenal baik.bonda kepada majikan saya merangkap ketua majikan di tempat saya bekerja.sudah lama menderita kerana kanser.kanser..memang pembunuh nombor satu.subbahanallah.
berderai air mata saya tatkala melihat jenazah disemadikan di tanah perkuburan tadi.
mudah.
Tuhan permudahkan segalanya.
alhamdulillah.
semoga di tempatkan bersama mereka orang-orang yang beriman.
amin.

Thursday, July 8, 2010

mini fuji instax 7s!

haha.mul-mula dah dihidangkan dengan gambar saya yang chomel ni.hehe.
padan muka korang! cute kan? awww..tengs korang! :p

fummy the idol and his admin for his fan site (apit).
mesra sangat-sangat kan?
:)

kure
(macam tu ke eja nya fummy? erk? sgt berjaya effect cloudy lu tu! hahahah)

haidar & jon dalam lagenda budak kolej!
hihi.saya suka gambar ni.mcm zaman dulu2 time belajar.
:))

jon's sweetheart - awan dania

fummy the idol
:p

tuan rumah yang gemuk -.-"
:)

erm..sebenarnya size gambar ni kecil je.size name card.nama pun mini.aha! tapi saya suka sgt.sgt.sgt! :D
sebab boleh dpt gamba instant.seminit sudah jadi.bagus! cepat dan tegas! erk..kenapa tegas? :p
ok.bye!
:))


Wednesday, July 7, 2010

quikie


1). saya sayang Jean-Sebastian Monzani.betul! :))
2). camera fuji instax 7 saya dah sampai.owh sungguh happy!!!

ok dah.
bye!

:)


Tuesday, July 6, 2010

weekend di batu.pahat :)

usah perduli dgn hal rotate me-rotate.wa malas! hihi.
pergi kutip durian kat kebun ayah.
heee...sukeee! :))

ini tapak rumah tok ayah kat koris.tapi rumah tu dah di buka.erk..buka?
mcm mana nak bgtau.rumah tu dah digunakan.so papan dia kitaorang cabut.
hahahahah! wa tak tau nak tulis mcm mana.paham2 je la sendiri! :p
belakang rumah tu ada kebun buah.

rumah baru ayah! :))
siap ada kerusi simen okeh.cool la ayah! :)

ayah
:)

weekend yang paling saya suka.sampai rumah lewat jam 1am tapi emak masih layan saya bergossip sampai jam 4:30am.
sweet! :)

emak, i love u.i really do!

Saturday, July 3, 2010

dunia ii

saya suka bau rumah sekarang ini.
bau waktu subuh.
bau pagi.
mata belum mahu lelap.
sejuk.
:)


kerr
5:51am
senggarang, batu pahat.

Friday, July 2, 2010

dunia

{re-nest.com}

minggu ini saya akan pulang ke batu pahat.
jenguk emak.
:))

emak cakap kat rumah banyak durian.
yummy.
serious tak sabar nak balik dan melantak.haha.

erm..apa lagi? takde apa2 nak update kot.
sekarang saya tak nampak apa dah..nampak rumah dengan emak je..hihi.
ok korang.selamat berhujung minggu!

i love u koranggg! :)

Thursday, July 1, 2010

terbuang atau dibuang

hi! saya takde mood nak buat kerja.tadi ada bakal client datang office.tengok produk manggis.dan mereka suka.insyaallah..jadi ambil untuk november 2010 nanti.insyaallah. :) hurm..duduk ni saya terfikir tentang ibu ayah.no..no.bukan saya nak cerita pasal emak dan arwah ayah, tapi saya nak cerita pasal satu kenangan ni.masa tu saya belum kerja lagi.eh! kejap..dah kerja kot.eh?! entah.ok abaikan je la part kerja tak kerja tu.hahaha.cerita ni tentang orang terabai dibuang atau terbuang saya tak pasti.dulu {saya tak pasti sekarang dia hidup lagi ke tidak} ada seorang...erk? ok banyak orang gila {sesuka hati je nak panggil orang tu gila kan? owh sgt berdosa...}.ok, bukan gila..erm..kurang siuman kot kat batu pahat, daerah tempat saya dilahirkan.erk? tak..tak saya tak termasuk dalam golongan gila tu.jgn salah paham.hehe. :p
tiba-tiba saya teringat tentang mereka-mereka ini.memang kesian tapi kelakar pun ada gak.ok sekarang saya cerita tentang orang kurang siuman yang 1#.

kisah 1# :
dia seorang makcik.umur dalam lngkungan 55 tahun dan ke atas.rumah dia kat area bus stand batu pahat.sedei..dia sgt kesian.dulu kan setiap kali saya pergi bandar kan mesti saya terserempak dengan dia.dia merayau-rayau.cari makanan kat tong sampah.kalau orang tengah minum air, dia main rampas je.mesti dia dahaga.sedei kan? saya tak pasti la dia ada anak ke tidak.dia dah kawen ke blum? itu saya tak tau.tapi kalau la dia ada anak, mesti anak dia jaga dia kan? kan? :( so cerita pasal mak cik ni, ada satu hari tu masa tu saya kat bus stand.nak balik ke kl naik bas.dari dalam bas, saya nampak dia berbaring2 depan pintu masuk court mammoth {ok, eja tu cenggitu ke? aha}.dia baring-baring, golek sana golek sini.disekeliling dia banyak plastik.maybe dia pungut-pungut kot.kesiannnn.. :( sambil-sambil golek tu, dia lambai-lambai tangan kat lelaki-lelaki yang lalu.sambil lambai-lambai tu kan...dia kan...sedei la nak cerita.erm..dia..selak-selak kain.aduh! kesian.dia tunjuk sesuatu itu...owh malu! dan lelaki-lelaki di situ, dan pemandu-pemandu teksi yang gatal nak mati pun tunjuk la belang.pandang-pandang sambil ketawa.setan tak??? :( takde sorang pun tolong dia.saya nak tolong, tapi ada dua sebab : (1). saya takut.kang buat nya dia terkam saya..habes la saya! (2).saya dalam bas. entah la weyh..kenapa dia boleh jadi macam tu.kesian.itu la last saya nampak dia.saya harap sekarang dia dah berada di tempat yang sepatutnya.mana-mana la.rumah bahagia ke, apa ke.tak kisah la.asalkan dia selamat.

kisah 2# :
dia juga seorang makcik.ok! dia tak gila.dia ok kot.cuma maybe takde orang nak take care dia.saya jumpa dia pun di bus stand (kantoi sangat tak? suka lepak bus stand??! hahahahaha).dia akan pakai baju kurung or tshirt dan seluar panjang.dan akan bawa sebuah handbag.bercermin mata bulat.kecik je orang nya.umur dlm lingkungan 46 kot.agaknya la.dia kelihatan agak siuman.tapi saya sedei gak tgk dia.setiap kali saya jumpa dia kan, mesti dia tengah korek-korek tempat keluar syiling kat public phone tu.mesti dia mengharapkan ada duit kan dalam tu? sedei.. :( nak dijadikan cerita, satu hari tu saya tgh tunggu bas nak balik rumah tiba-tiba dia datang menegur dan duduk disebelah saya.dia cerita duit dia hilang.kena curi.nak balik seremban or mana ntah saya lupa.demm! nak tipu la tu.hehehe.kamon la makcik! :p so saya layan je.sambil2 cerita tu dia pinjam majalah saya.sambil baca majalah, dia cerita lagi.dia cakap anak dia ramai.kerja itu dan ini.pendek kata bagus la.cerita ceita cerita...dengggg! dia minta duit saya.nak pinjam.nasib baik saya dah ready.hehehe.saya pun berlakon la semua.hahahahah! saya cakap saya pun baru tercicir duit.so tgh tunggu emak dtg ambik.haha.ok saya tau mcm tak baik..tapi...entah! :( ok sekarang saya rasa bersalah.demmit! :((( bukan kah patutnya saya sedekah je kan.rm5, rm10..bukan luak pun.tapi..tapi.. :( mana anak dia yang kerja besar tu? mana??? kenapa biar emak dia cari makan dgn korek- public phone? korang ni dah gila ke? owh sedei..saya tengok je beg tangan dia.eh bukan saya nak curi or tgk jenama apa..(ok saya tertengok jenama sebenarnya..hehe) tapi saya nak tgk apa yang ada dlm henbeg yang dia bawak ke hulu ke hilir tu.sebenarnya kosong je..sedei.. :(
walaupun sedei saya tetap tak tolong apa2...owhhhhh lagi menyedihkan! maafkan saya makcik!

kisah 3# :
lelaki.pakcik.umur maybe dalam 60 tahun ke atas kot.masih sihat lagi.dulu kan masa zaman saya sekolah dia pernah tengking saya kat dalam bas.hanya sebab saya betulkan tudung? psiko tak?? dia jerit kuat-kuat dan saya sgt malu.owhhh! demm. :( pakcik..meh saya bgtau hal sebenar.masa tu saya nak betul kan tudung je la.bukan nak bukak tudung.pakcik ni kenapa? {ok fine! marah dlm blog bukan dia baca pungggg! :(() abes rambut dah terkeluar2 semua, mesti la betulkan.dah pakcik tu ingt saya nak bukak tudung.terus dia menengking; "kejap pakai! kejap bukak!! itu la budak-budak sekarang!!!!" saya pun jawab; "eleh...jgn nak sebok bolehhhh???? pergi la M!!!!!" ok..tak..saya tak jawab macam tu.itu cuma angan-angan yang tak jadi pun msa tu.saya diam macam tikus.takut seyh.masa tu saya baru form 4 kot!!!! :( . beberapa minggu lepas itu, kalau saya balik sekolah terserempak dgn pakcik tu saya mesti sembunyi.takut dia cam saya dan tengking saya lagi..owh tidakkkk! dan beberapa tahun telah berlalu.saya pun dah masuk uitm.dan nak tau apa jadi?? ok fine! tak tak..dia tak dtg meminang pun.hahaha! dia mana tau saya duduk mana! haha.kenapa saya yang macam gila ni? hehe.saya jumpa balik dgn dia.tapi dlm situasi yang lain..takut tak?? dia dah pakai compang camping.sedei.kotor.tak shave semua.seluar koyak.pakai selipar jepun je.kat tangan pegang mcm satu helai kertas yang saya tgk dekat nak lunyai.dia kana pergi ke setiap orang dan minta derma.saya tau dia tipu.itu bukan utk derma, tapi utk dia.lepas tu dia kena marah2 dan tengking dgn semua orang.sebab dia mcm paksa suruh derma.dia kenapaaaaa weyhhh? saya pun tak tau.mesti dia hidup dlm tekanan dan rasa bersalah sebab marah saya pada tahun2 sebelum ny.hehe! :p tu la...marah saya lagi.hehe.lepas tu dia akan korek2 tong sampah mesti dia lapar kan? saya nak tolong tapi..sebab dulu dia marah2, saya malas nak tolong.haha.ok sgt tak baik.ntah la..semoga dia jumpa orang yang boleh tolong dia sampai bila2.dan soalan yang biasa "keluarga dia mana weyh??"

kisah 4# :
ok yang ni saya nak cerita pendek je.dia mmg gila.tak pakai selipar.suka ckp sorang-sorang eh! kejap.dia lelaki.umur dalam 30-an.kurus je.maybe bangsa banggali kot.dia jalan sana jalan sini kat bandar batu pahat tu.kalau dia lapar ada je orang bagi dia makanan.ada satu masa tu rambut janggut dia panjang sampai ke perut.lama jugak la kehidupan dia mcm tu.tiba-tiba ada sekali tu saya nampak dia dah kemas gila.bukan la pakai baju kemas2..tapi rambut dia dah gunting.janggut dah shave.mesti ada tukang gunting yang sgt baik kan?? bagus la.tapi lepas2 tu saya dah tak nampak dia lagi.maybe dia dah keje kat kedai gunting tu kot??!! hahahaha comellllll! :D
*dia handsome weyhhh bila dah kemasss...serious!* :p

so itu la cerita-cerita nya.saya takde motif pun nak cerita hal ni sebenarnya.cuma saya nak tau je..kenapa seseorang tu boleh jadi macam tu? tekanan? takut kan? hurm.. :| so conclusion nya, korang jgn la nak tertekan je.rileks2 sudei...kalau rasa tertekan je korang terus bukak internet, click masuk online shopping!!! mudah.com tu best gak kan?? sangat mudah! haha!

ok.bye!