Friday, May 29, 2009

h.a.p.p.y life


KeRry took the Life Evaluation Quiz! quiz and got the result: 110% Happy..

110% Happy: Money: 96%
Love: 95%
Overall Happiness: 110%

You lead a great life! You really have nothing to complain about!


***
semoga kegembiraan ini kekal hingga ke mati.amin! :)

Thursday, May 28, 2009

confession number 01




wani dearie, 

- pokok dah nak siap..hehek! sorry kalau tak memuaskan hati...trying my best!  :)
- masa tak cukup sebab busy dengan kerja.
- ini tanda sokongan wa untuk lu...memang la macam hal kecik je.tapi jadi-la daripada tak de..hihi~ ;p
- good luck okeh for ur event ni.suksessss! 
- i love u. :)

regards,
kerr abdullah.

Tuesday, May 26, 2009

picnic story

the picnic was totally awesome!
walaupun yang ada cuma saya.nana & faes, itu dah cukup buat riuh.hahahahah~
berumah tangga at faes's place adalah pengalaman pertama saya.sebelum ni kami bukan-lah rapat sangat.cuma kawan2 biasa.tapi entah, semakin hari makin sekepala.she's is a person yang tak berapa kisah.semua pun boleh.semua pun okeh.that's what i really like about her.
she & nana fetch me up at my house around 2 am in the morning.we going back to shah alam (bukit jelutong).badan penat memandangkan saya baru lepas abes shooting di JW MARRIOT..that nite was so suck! :( i dun want to spoil my mood by telling u guys about that bia-tch client! :p ok! sampai2 rumah faes, saya terus tido.nana n faes still bersembang sampai jam 4.30 pagi.

8.00 am 24/5/2009 sunday
 my hp alarm wake me up.too early dear.so sambung tido semula.
tengok nana & faes berlingkar macam ular kenyang.hahaha.kiut gile.dua2 tido perut terkeluar. ;p

10.30 am
- bangun semula kejutkan boifren on the phone sebab dia kerja.
-mandi.
-buat bising supaya nana & faes bangun dari tempat beradu.

12 pm
-we're out for lunch.saya rindukan shah alam.dan yang paling penting saya rindukan kedai makan di TTDI Jaya.tempat kami selalu lepak makan tgh hari time belajar dulu2.so sweet ok.
-makan sedap gila!!! 
-after lunch, decide untuk shopping barang nak buat sushi di tesco.

3.30 pm
-sampai rumah.maka bermula-lah adegan masak memasak.
- i really love the EBIKO BREAD SUSHI made by faes.tersangat la lazat.
-nana & i sangat teruja untuk menghasilkan makanan yang sedap itu! wuhuu~
-tak lupa juga, kami turut menghasilkan BANDUNG SODA yang lazat! 

6.20 pm
-dah nak petang baru keluar dari rumah.
-mula2 nak lepak disekitar rumah faes je.tapi tiba2 tukar plan dan akhirnya ke shah alam.
-memang happening! :D
-makan, makan dan makan.
-snap piccas! itu memang wajib! :p

malam.
-pergi car wash untuk cuci kereta faes.
-hav a great dinner at seks 7...sebenarnya bukan la great sgt,tapi tom yam kat situ sedap! :)

so the conclusion:
1. kalau nak buat apa2, memang perlu ada plan.plan yang akan buat kita lebih teruja cumanya komitmen masing2 terhadap plan yang dh dibuat tu yang perlu di polish! :)

2. lepas ni saya nak ajak diorang piknik kat tasek plak.tasek mana2 la.lagi hapenning kot.bawa layang2.aduih! best nya! :D

3. i am so happy! 

4. to nana & faes : 
thanx korang for this cute picnic.really enjoy myself.i love u! :D


beautiful picnic on sunday evening part ii















sangat happy walaupun cuma bertiga.
thank you korang!
layan perasaan sedih wa dgn picnic yang simple tapi happening!
bila mau main layang2?
:)

beautiful picnic on sunday evening.





24th may 2009
faez's place
ebiko bread sushi making

        will be continue...

Friday, May 22, 2009

is the clients always right?

hari ini hari yang penuh dengan cabaran.
ketawa.suka.kemudian menangis.bekerja dalam bidang yang memerlukan anda berkomunikasi dengan orang lain a.k.a client bukan-lah sesuatu yang mudah.kena banyak bersabar dan itulah cabarannya.
saya baru setahun jagung berada di manggis production.tetapi dalam masa setahun ini bermacam2 ragam yang saya jumpa.kalau jumpa yang best, memang best la.tapi kalau jumpa yang tidak pernah rasa cukup, memang balas untuk kita. :)

hari ini hari saya menangis.entah kenapa hari ini saya sedih benar.penat mungkin.
seharian saya bercakap di telefon dengan client yang event-nya akan berlangsung besok hari di JW Marriot.
sekejap nak itu, sekejap nak ini.
memang memeningkan.
lebih memening-kan bila ahli keluarga lain mula campur tangan.eh?? kau pulak yang lebih ye joyah??? hello, ko ke yang nak kawen??
orang kaya...biasa-lah.
tapi betul juga.siapa yang tidak mahu event nya berlangsung dengan sempurna.perfect.blast! tapi bagaimana ye? bukan lah nak meninggi diri atau apa2.kalau la saya mampu berkata begini :

clients : u hav to come here.bla..bla..preview..bla bla..audio..set up?
saya   : jangan risau ye.kami bukan tak pernah buat kerja2 mcm ni.hell-oo!!! :D

bukan-kah dgn cara sebegitu akan mengeruhkan keadaan?
iya!!! 
:)

jadi saya mengambil langkah selamat.mengiyakan sahaja.tetapi masih tegas.kita pun tau kerja kita.kenapa mereka mengambil manggis.kerana mereka tahu manggis boleh diharapkan.jadi kepada tuan clients jgn la anda risau ye.kami akan bagi the best for u. :) *senyum*

penat betul berpura2 senyum dihadapan clients tadi.senyum dengan mata yang bengkak. '-,-"
tak pe la.senyum pun dapat pahala.
yang penting...saya berdoa semoga apa yang berlaku besok akan berjalan dgn lancar tanpa masalah & memberikan impak kepada client kita tuh yang kita kalau bekerja memang bekerja bersungguh2 bukan main2 apatah lagi kalau mereka dah berhabis beribu ringgit.

dan akhir-nya 
saya berharap semua yang berlaku pada hari ini ada hikmah nya.
mungkin untuk menjadikan saya a better person - bak kata boss saya dlm mesej beliau petang tadi.rilex sudah!!! hihik! :)




Wednesday, May 20, 2009

argghhh!!

jangan jadi macam saya.
kerja tak tentu masa.
semua orang sedang lena.
saya masih di sini.
di pejabat.
mengurus-kan hal2 dunia! 

saya letih.


kerr
2:06 am
20/05/09

Saturday, May 16, 2009

teachers day :)

saya anak seorang guru.
ayah saya cikgu.mengajar mata pelajaran sejarah, pendidikan seni dan pendidikan jasmani.
garang dan tegas.
ingat lagi masa saya di alam menengah dulu, saya disuruh masuk ke sekolah tempat ayah mengajar tetapi saya menolak dengan alasan saya mahu ke sekolah perempuan kerana sekolah rendah juga saya bersekolah di
girls school.ayah tidak membantah.
bila saya dah masuk ke tingkatan 3, saya mula suka dengan budak2 lelaki.nak berkenalan la, apa la.hihihi.setiap kali saya pulang dari sekolah, saya pasti disapa oleh pelajar2 lelaki dari sekolah ayah.iye..saya gedik.hahahaha.tapi tu zaman sekolah.saya pasti semua pun hadapi pengalaman ini.tapi bila mereka mendapat tau yang saya ni anak cikgu dolah, secara otomatik mereka akan menjauhkan diri.bila saya tanya mereka kata mereka takut sebab ayah saya sgt garang di sekolah.hahahaha~ ;p
saya sebenarnya bangga juga kerana ayah dikenali ramai.
ayah aktif dalam bola sepak.pengakap.kelab anti dadah.zapin & ghazal juga umno.ayah suka menyanyi.
saya takkan lupa setiap kali ada perhimpunan umno ayah akan sibuk dgn fail2 nya.emak pun akan sibuk menjahit baju melayu ayah yang berwarna pink cair dan mencari butang baju.
setiap kali hari guru tiba, ayah akan bawa pulang banyak hadiah.yang diberikan oleh anak murid beliau.
dan hari ini HARI GURU.
ayah dah pun lama pencen dari menjadi guru.
kadang2 tahap kesihatan tidak menyenangkan.
tapi apa yang pasti AYAH ADALAH GURU YANG PALING SAYA SANJUNG.

dear ayah, HAPPY TEACHER'S DAY.
terima kasih mengajar saya menapak maju.
terima kasih mengajar saya menyuap cermat.
terima kasih mengajar bercakap sopan.
terima kasih segalanya.
saya sayang ayah.
:)

Wednesday, May 13, 2009

heart melting

hye.

hati rasa kecik gile.
:(
haih!
kenapa erk selalu kena macam ni.
tak cukup ke dgn apa yang saya dh bagi pada 'mereka' selama ni.

*ok kerr, tak payah nak nanges2..macam bodo je tau!!!*

bye.

Tuesday, May 12, 2009

no title

kadang2 kita rasa kita dah cukup pandai.
tapi ada yang lebih pandai dari kita.
kadang2 kita rasa kita dah cukup tekun.
tapi ada orang yang lebih tekun dari kita.
kadang2 kita rasa kita dah cukup rajin.
tapi ada orang yang lebih rajin dari kita.

belajar dan terus belajar.

*ngantuk*
haih! 

Monday, May 11, 2009

happy mother's day~

10 sebab kenapa saya sayang emak saya:

1. dia suka ketawa sama macam saya.
2.dia suka posing depan kamera sama macam saya.
3.dia ada banyak baju sama macam saya.
4.kalau tengok cerita hindustan or cerekarama yang sedih2 dia akan menangis sama macam saya.
5.dia suka pergi nursery pokok sama macam saya.
6.dia kalau baca suratkhabar, dia suka selak bahagian gossip dulu, sama macam saya.
7.dia makan tak memilih, sama macam saya.
8.dia suka tengok orang lain happy sama macam saya.
9.dia selalu di jadikan kaunselor, sama macam saya.
10.dia ibu saya, mesti la saya sayang dia! :)

emak,
selamat hari ibu! :)
i love you sampai bila2.

saya disayang ramai orang ;)










happy 25th birthday dear myself!
:)

Friday, May 8, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ME

happy birthday to me
happy birthday to me
happy birthday to me & myself
happy birthday to me...

:)

8/5/2009
7:41 pm
office

saya kena bekerja pada hari jadi saya.
saya kena sambung siap kan kerja orang lain.
saya cancel temu janji.
saya matikan niat nak tgk wayang dengan kekasih.
saya sedih!
:(

F for fuck! 

Thursday, May 7, 2009

perempuan

seminggu dua ni mcm2 hal berlaku.
pening.
menyampah.
meluat pun ada.
kenapa mesti ada orang yang tak berhati perut muncul dlm hidup kita sehari2?
kenapa mereka wujud?
kenapa dia tak boleh tgk orang lain happy?
selama ni masa dia tak de, semua nya ok.semua nya lancar.

dia perempuan.
perempuan memang jahat ke?
perempuan mmg kena sibuk2 jaga hal orang lain ke?
hello perempuan??
get a life lorh!
:|

Monday, May 4, 2009

my story pt 1

banyak benda nak cerita.
banyak benda nak kongsi.
tunggu.

:)