ayah saya cikgu.mengajar mata pelajaran sejarah, pendidikan seni dan pendidikan jasmani.
garang dan tegas.
ingat lagi masa saya di alam menengah dulu, saya disuruh masuk ke sekolah tempat ayah mengajar tetapi saya menolak dengan alasan saya mahu ke sekolah perempuan kerana sekolah rendah juga saya bersekolah di girls school.ayah tidak membantah.
bila saya dah masuk ke tingkatan 3, saya mula suka dengan budak2 lelaki.nak berkenalan la, apa la.hihihi.setiap kali saya pulang dari sekolah, saya pasti disapa oleh pelajar2 lelaki dari sekolah ayah.iye..saya gedik.hahahaha.tapi tu zaman sekolah.saya pasti semua pun hadapi pengalaman ini.tapi bila mereka mendapat tau yang saya ni anak cikgu dolah, secara otomatik mereka akan menjauhkan diri.bila saya tanya mereka kata mereka takut sebab ayah saya sgt garang di sekolah.hahahaha~ ;p
saya sebenarnya bangga juga kerana ayah dikenali ramai.
ayah aktif dalam bola sepak.pengakap.kelab anti dadah.zapin & ghazal juga umno.ayah suka menyanyi.
saya takkan lupa setiap kali ada perhimpunan umno ayah akan sibuk dgn fail2 nya.emak pun akan sibuk menjahit baju melayu ayah yang berwarna pink cair dan mencari butang baju.
setiap kali hari guru tiba, ayah akan bawa pulang banyak hadiah.yang diberikan oleh anak murid beliau.
dan hari ini HARI GURU.
ayah dah pun lama pencen dari menjadi guru.
kadang2 tahap kesihatan tidak menyenangkan.
tapi apa yang pasti AYAH ADALAH GURU YANG PALING SAYA SANJUNG.
dear ayah, HAPPY TEACHER'S DAY.
terima kasih mengajar saya menapak maju.
terima kasih mengajar saya menyuap cermat.
terima kasih mengajar bercakap sopan.
terima kasih segalanya.
saya sayang ayah.
:)
No comments:
Post a Comment