Monday, April 12, 2010

“A baby is God's opinion that life should go on.”

kepada ibu, bakal ibu, ayah, bakal ayah yang-tidak-punya-ikatan-pernikahan-tapi-sgt-gatal-dan-telah-melakukan-seks dan akhirnya membuang anak di mana-mana tanpa-rasa-bersalah,

apa khabar korang? sihat? dah hilang sakit beranak hari tu? dah buang + sorokkan segala bahan bukti.tu kain-kain yang berdarah dengan gunting yang buat korang potong tali pusat budak kecik tu dan buang dan cuci? baik korang check semula.kot-kot tertinggal balik2 pintu, bawah katil, belakang peti sejuk rumah emak.check sekarang! 
owh ye masa korang campak baby tu kat tempat yang korang buang tu...korang sure ke takde orang nampak? jangan main-main weyh, sekarang ni orang dah ada mata empat.nampak 360' lagi..hihi.hati-hati.atau masa korang buang tu dah lewat malam? erm..itu idea paling bernas.senang sket, kalau nampak pun bayang-bayang je.korang tak perlu risau ok! lagipun korang bungkus dalam kain lepas tu balut dengan paper kan? ala..mesti orang ingat itu bangkai isi perut ayam masa buat bbq hari tu.jangan la risau sangat.hihi.
ok, ini untuk polan BIN polan.weyh! kenapa lu tak pakai kondom hari tu? kan safety first.lu ni gelojoh sangat kot.rileks la.padahal berlambak kot jual kat 7-eleven.macam tak biasa beli.kalau malu sangat suruh je mamat ke, joe ke pi belikan dulu.or tanya la kot2 diaorg ada stok lebih-lebih malam new year lepas.haiyaaa kan dah susah.tu la, dulu masa kelas sains selalu ponteng pi hisap rokok belakang sekolah tepi padang kan? sekarang ni baru terhegeh-hegeh memikir ' la...macam mana plak awek wa boleh pregnant ni??'. dah2..benda dah jadi bro.lu dah jadi bapak budak pun...huuuu!!! congratsss! :D kepada polan BINTI polan pulak, seronok jadi ibu? seronok tak lahirkan baby tanpa gelaran isteri? seronok tak? :) sweettt.. awak dah jadi ibu.seronok tak awak tengok dia lahir tanpa dapat ber-bin/binti kan dengan nama boyfiend awak yang paling hensem tu? seronok kan? :D
so apa perasan korang berdua sekarang? dah rasa selamat tak? hilang penat mengandung + bersalin kan? yay! takde bukti dah! :p korang lepas ni korang break up ke? ye la..susah kot nak bersama2 mengharungi semua ni berdua.gila ke? kang orang tahu plak..at least kalau korang break up, mesti orang tak suspects apa2? ke atau...lepas ni nak buat projects kali ke -15 pulak? boleh tanam benih lagi kan? kan? kan?? 

bodoh.
bangsat.
babi.

duduk neraka la korang! biar terbakar.hangus.

sial! :'(

dear babies,
baby, baby jangan risau.korang akan sentiasa dibawah lindungan Allah dan para malaikat.tak pe..even masa korang dijumpai korang dah tak bernyawa lagi, its ok.syurga menanti.nak susu? jangan risau, ada sungai susu di syurga nanti.lebih sedap dari susu ibu bangsat tu.dont worry ok sayang..insyaallah.emak ayah awak tak sayang awak tak pe, janji Tuhan sayangkan awak..Tuhan sayangkan awak..subbahanallah :')

yang benar,
keRr abdullah
(pencinta budak kecik)

Saturday, April 10, 2010

funniest & happy ever award

omaigod! omaigod!! omaigod!!! 

to as sahar :

terima kasih kerana menganugerahkan wa dgn anugerah ini.sesungguhnya wa sangat la riak sekarang!!! haha.
wa sukeeeeeee!!! :D

p.s ; wa tak nak membebel di sini, sebab wa dah membebel panjang lebar di blog lu! hehehe~

Friday, April 9, 2010

Don't worry that children never listen to you, worry that they are always watching you. ~Robert Fulghum


mula-mula memang saya ketawa terbahak-bahak membaca karangan ini.karangan yang saya peroleh dari facebook ini memang kelakar tetapi apabila masuk ke perenggan ke-3, hati saya betul-betul tersentak.ketawa saya jadi bisu.apa ni? hihi.kenapa tulis mcm ni?
ok sebenarnya kan, boleh je kita cakap benda ini adalah rekaan.tak semestinya budak kecil yang tulis.tapi tak mustahil kan? eiii..sangat takut.

katakan la seandainya karangan ini ditulis oleh kanak-kanak, apa perasaan korang? sedih kan.. :(
ni bukan karangan dik, ni dah macam luahan perasaan ni.hehe.kesian awak...(kalau awak adalah seorang anak kecil..)
tapi takpe...adik jangan risau ok.kakak akan ajar awak tulis karangan yang betul dan pasti dapat A++.lagipun adik ada abang yang hensem kan?
eh eh..tiba2! :p

p.s : kanak-kanak dilarang sama sekali menulis karangan berunsur famili ye.sila cerita pasal robot! hehe..titttttt tiitttt tutttt toooottt! rrrzzzzzZZZ! :p
SELAMAT BELAJAR!!!! :D

Tuesday, April 6, 2010


pictures credit : mardiah

Die Alone
I woke up this morning with a funny taste in my head 
Spackled some butter over my whole grain bread
Something tastes different, maybe it's my tongue
Something tastes different, suddenly I'm not so young...

- ingrid michaelson

Monday, April 5, 2010

i am me


Bring me my saffron robe. Today I will match my colour with everybody.
-Rabindranath Tagore

ber-hijab.tidak la sesusah yang saya jangkakan.alhamdulillah, saya dah dapat sesuaikan diri dengan cara pemakaian baru ini.alhamdulillah Allah memudahkan segalanya.alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...kalau ayah ada mesti ayah suka.hihi. :')
pemakaian tudung sekarang ini tidak menjadi masalah besar buat saya.dan saya suka kan nya! now saya dah rajin ke blog2 yang jual hijab.saya dah rajin ke blog2 yang menunjukkan walau-bertudung-awak-masih-boleh-berfesyen! owh saya suka! :D
i am on my way to be a good muslimah.insyaallah :)

doakan saya.
.

Friday, April 2, 2010

Love at first sight is easy to understand - it's when two people have been looking at each other for a lifetime that it becomes a miracle.

boleh check disini : 

erm? nak start mcm mana erk? saya tahu perkahwinan itu penting.saya tahu membina institusi keluarga itu dituntut dalam Islam.walaupun saya dah berusia 26 tahun tapi masih belum berkahwin, tapi saya dapat agak memang seronok kalau memasuki alam perkahwinan.ada suami/isteri, anak-anak yang comel, mahligai yang indah...amboi seronok betul! :D husband balik rumah, penat balik kerja di rumah isteri dah hidangkan kopi dengan jemput-jemput udang.awww...so sweet.sejuk hati husband.hihi.indah betul hidup alam rumah tangga ni! kan adik kan???? 
tapi kalau UMUR BARU MASUK 15 TAHUN TAPI DAH MENGGEDIKs NAK BERNIKAH, dah kenapa? saudari Halimaton, awak baru je setahun jagung.ada berpuluh exam yang perlu awak tempuh.pmr pun tak lepas lagi awak sibuk nak fikir pasal kawin? awak ingat senang ke kawin? 
haiii..budak2 sekarang ni.kadang-kadang memang tak fikir panjang la.sampai nak buang famili hanya kerana dilarang bernikah pada usia 15 tahun (perempuan) dan 19 tahun (lelaki).boleh??? 

hai dik, orang lain tu berebut2 belajar cari ilmu.ke new york bagai...awak boleh sempat lagi nak larikan diri sebab emak tak bagi nikah? elok sangat ke perangai nya pun.saya rasa emak awak mesti kecewa tahap maksima punya.sampai nya hati awak.apa bakal suami awak janjikan kalau awak kawin dengan dia dalam usia muda mcm ni? rumah besar? hidup senang? percaya cakap saya, saya takut awak merempat.makan tak cukup.bakal suami awak kerja nya apa? jangan cakap dia  makan nasi kat rumah emak dia lepas penat memancing tepi sawah ok?? :)
fikir panjang-panjang dik...tak guna main lari2 kan diri dari famili.tak pernah nak rasa bersyukur.emak ayah penat2 sekolah kan.siap dapat anugerah UPSR cemerlang 2007, tapi dalam usia bari 15 tahun ini yang awak balas...degil sungguh awak ni! :D

jangan main-main dik.sekarang ni nak hidup bukan senang.bukan dia cakap 'i love u' perut awak terus kenyang.bukan dia cakap 'i miss u' duit masuk mencurah2.apa2 pun berbalik kepada ilmu.esok2 sampai jodoh, awak kawin juga.jangan la risau sangat kalau awak cakap awak tak laku di umur sekarang ni.sekarang ni apa yang perlu awak buat hanya belajar je.bukan susah pun.awak rugi kalau kawin sekarang.esok2 kalau awak dapat masuk universiti, kat sana berlambak budak hensem! serious tak tipu! :p 

fikir panjang dik.
fikir dalam-dalam.
fikir masak-masak.

tapi seandainya memang Tuhan dah tulis didalam kalam memang jodoh awak dah tiba sekarang, peliharalah keluarga seeloknya.saya doakan awak bahagia dunia akhirat.selamat pengantin baru! :D

entah erk...pening la dengan budak2 kecik sekarang.jangan la degil sangat.haihsss!! -.-"

Thursday, April 1, 2010

jangan suka tipu orang..nanti masuk neraka! :p

korang ada dapat link ni? beratur orang suruh click link ni supaya diorang dapat earn money...betul ke?
macam MLM je.ok sebenar saya pun dah terlibat, saya click the link lepas tu dia suruh masukkan email la, password semua.
serious, saya tak nak join pun.cuma nak tgk je.ok yang kat atas tu, yang korang nampak tu adalah saya punya pendapatan.itu permainan apa weyh sebenarnya? boleh ke dapat duit setakat duduk senang lenang main2 internet? boleh yea? kenapa saya tak tau? 

for me, saya tak percaya kaedah kerja tanpa berpenat lelah tapi kita dapat duit.sebab tu keluar all the stuff yang menyebut, "merasa titik peluh sendiri" or "berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian, bersakit2 dahulu bersenang2 kemudian.." or "sebiji beras, setitik peluh petani" - erk??!! ok itu iklan beras yang raja farah kecik2 tu.. ;p mana boleh tak keje, tapi dapat duit? ok kecuali korang anak - orang-kaya-yang-sangat-dimanjakan-minta-5 juta-pun-dapat! :D kenapa internet nak bg kita duit, padahal diorang yang pecah kepala memikir.ini tak adil kan? 
saya berterus terang.maybe macam agak kasar dan tak patut di tulis di sini tapi saya nak tulis jugak.saya minta maaf sgt2 kalau mcm kasar sangat.erm..erk? 'ayam' pun kena 'kerja' atau 'dikerjakan' baru boleh dapat duit.sooorrrryyyy korang! :( tapi itu la realiti.takkan la senang-senang melepak atau perenggan kata2 orang muda mudi sekarang ni "dengan facebook je boleh dapat 500 juta" atau "baru duduk 3 min setengah dah dapat 6 ribu!"...ye ye je!!! mana ada..penipu! kalau duduk je boleh dapat berjuta, semua orang sila la duduk mana tau duit turun dari langit kan? hahaha.jangan buat lawak la.kerja memang penat.nak hidup mmg kena kerja.stress mcm mana pun, itu yang kita pilih.mmg kerja susah, tapi once korang boleh handle kerja2 tu sampai settle, mesti korang sangat berpuas hati dan bangga dgn diri sendiri.lepas tu boss puji pulak tu..owhh..so sweet! congrats! :D

so, saya pendekkan hujahan saya, korang jangan terpengaruh ok dengan semua benda2 ni.rezeki Tuhan bagi berterabur kat alam ni.kita je kena usaha.bukan duduk je dapat duit.celik mata je tido sebelah duit...tipu! :p 
insyaallah, Tuhan kan selalu dengan kita.korang kerja rajin2 ok!? good luck! :D

p.s : psssttt...korang nak kaya tak?? saya duduk je dapat 5 sen.meh la join! :p