Tuesday, August 27, 2013

the awesome #33 weeks


assalammualaikummmmm...

ohoi lamanya tak updateeeee! teehee~ wa malas.yup wa MALAS sebenarnya.hahaha tak bagus kan? konon2 awal2 pregnant dulu nak update setiap bulan.konon2 nak blogkan setiap perkembangan baby bird dalam perut..hekkkk! hambik obat! tak ter-blog pun.sorrryyyyyyyyyy sangat2! :p 

wa update ni pun sebab apitt dah ada tanya; "bila awak nak update blog?" wa pun macam; "eh wa ada blog ea? opsssyyy daisyyy! hahaha" teruk! teruk! -____-"

so tup tup dah masuk #33 weeks which mean dah 8 bulan dah! weehoo..next month inshaallah akhir September or awal October, baby bird akan melihat dunia.cheeewahhhh! suka pulak..padahal dalam hati ni dok dup dap dup dap! nervoussss nyaaaa..wa dah fikirkan dan bayangkan kesakitan yang bakal wa alami.gara2 wa terpengaruh sangat dengan One Born Every Minute (UK) kat channel Lifetime (709) agagagaga T___T walaupun apitt dah pesan jangan tengok sebab wa mudah terpengaruh tapi sebenarnya wa suka sebab wa boleh mengalirkan air mata kegembiraan ketika saat baby berjaya dikeluarkan dari perut mak dia..hahaha psiko boleh tahan wa ni kan? haha lepas tu wa meroyan sorang2 cakap takut..takutt...apitt la jadi mangsa! Oh sorry dah-ling! :p  whatever it is, korang kena tengok supaya kita rasa bersalah dengan setiap kelakuan kita yang jahat pada emak kita.baru nak sedar diri bila tengok susah payah nya emak nak lahirkan kita kat dunia ni..hihi wa la tu! :p 

dah masuk 8 bulan ni, wa alhamdulillah sihat.terima kasih ya Allah kerana kurniakan kesihatan ini.alhamdulillah syukur.semuanya ok cuma kadang2 je la wa susah nak tido malam.birdie ni tak bagi wa tido mengiring.dia sempit kot? haha so wa kena tido samada dalam posisi duduk or terlentang.mana la nak selesa kan? kadang2 tu wa sampai mengangis la juga.tapi demi kasih sayang yang tak berbelah bagi..wa ikut kan juga la.besok kalau dah besar, awak degil dan tak dengar cakap mama, mama piat telinga ok? haha :p 

okies, ini gambar yang terbaru...ececeh! poyo pulak! tapi betul la..yang paling latest.orang cakap perut wa kecik.tak macam orang mengandung 8 bulan.erm..abes korang nak perut wa beso mana sebenarnya ni? besar rumah boleh? hahaha ok apa? wa rasa dah macam bawak tembikai dalam baju tau tak? kecik hati orang cakap perut wa kecik.. :( sebenarnya besoooo wei..lepas tu dengan selulit lagi..eh eh termengadu pulak! hahaha wa ok je selulit.wa bukan pakai bikini punggg! :D 


tapi bila tengok gambo bawah ni pulak..wa tiba2 setuju dengan pendapat korang.a'ah la Kerr, lu ni tak macam mengandung pun!!!! lu tipu eaaaaaa??? perut mana perut?? hahahahaha :p


haaaaa...sesiapa yang nak nampak macam tak mengandung time pregnant boleh la minta tips dengan wa nanti! hahaha :D

setakat ini wa ok semua benda kecuali part2 yang mengembang tu.macam hidung wa..memang la tak mancung pun sebelum ni.hidung jawa je pun..tapi tak la kembang benooo kan? time pregnant ni wa rasa hidung wa membesar..dan macam kembang.walaupun apitt cakap ; "mana ada? orang tengok biasa je!" eleh nak jaga hati letteww..whatever la wakkk.sebenarnya malas nak layan komplen orang kan?? kan? an? an? hehe :p tapi wa tengok ini adalah simptom normal.semua orang mengadung macam tu kot? ke wa sorang je..haha harap2 lepas birdie lahir, hidungku kembali ke bentuk asal plsss! kehkehkeh itu yang ko pentingkan kerr? ya Allah! :p

apa lagi? apa lagi yang korang nak wa update sangat ni? haha

hurm..dari segi permakanan pulak.wa sejak2 pregnant ni wa rajin sangat memasak.jangan2 anak wa besok jadi CHEF tak? haha hamboiiihhh kerlass kau birdie! :p wa rajin masak kat rumah.walaupun penat, mengah2 tapi wa gagahkan juga masak sebab ntah tekak wa ni tak rasa nak makan makanan luar sangat.class kan? 'jimat duit aku!", kata apitt didalam hatinya bahaha but seriously, wa rasa hormon ni.takpe, kita tengok lepas bersalin nanti.kalau wa still rajin maknanya wa memang rajin dan isteri solehah la.if not..percaya lah itu cuma hormon wanita mengandung.hihi kesian suami ku! :D

whatever it is, wa cuma berharap sangat2 everything akan menjadi lebih baik dan dipermudahkan diwaktu bersalin nanti.dear baby bird. tolong la keluar ikut waktu nya.jangan la lambat sangat, dan jangan pulak cepat sangat...orang putih cakap "just nice" nervous mama nak! hihi :p 
semoga Allah sentiasa bersama2 kita.semoga Allah mudahkan segala proses.mama just can't wait to meet you dear love! :') 

mama and ayah love u soooo much! :')

owh wa rasa kita semua masih dalam mood raya.jadi di kesempatan ini wa dan suami ingin memohon maaf untuk setiap kata dan perbuatan yang tidak kena pada tempatnya, kadang2 terlebih gurau, kadang2 teremosi lebih dan banyak lagi la kesilapan yang secara sengaja atau pun tidak.kerana yang baik tu datangnya dari Allah dan yang buruk itu memang perbuatan kami sendiri.

Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir & Batin.



till fingers meet keyboard again! salam.

xoxo,

mama bird :)