Thursday, November 29, 2012

wordless thursday




banyak nak update, tapi tak tau nak start dari mana.

now rasa macam loya2 nak muntah.don't worry, mesti bukan sebab pregnant.malas nak letak harapan menggunung sebab nanti check2 mesti takde apa2.hurm.. :( sokay, belum rezeki. nak marahkan siapa kan? :))




x,
kerr.




Tuesday, November 20, 2012

5 bulan dan 'bila lagi?'


kalau baca tajuk pun wa pasti ramai yang paham.. (kalau ada yang baca la blog kaput ni..hehe) yup, alhamdulillah dah 5 bulan wa bernikah dan hidup happily ever after hihi.macam mana rasa hidup bersama selama 5 bulan ni? hurm..okay laaaaaa! :p haha takde la.alhamdulillah best je.bergaduh pun selalu jugak.biasa la baru2 nak sesi suai kenal.ye la selalu duduk sorang tau2 dah ada teman serumah, sekatil, sebantal, seselimut eceh! :D kadang2 tu ada je yang tak berkenan kat mata wa ni.kadang2 tu husband pun ada bising2 itu ini.maka terjadi la adegan jawab menjawab.haha ya Allah..wahai suamiku ampunkan la dosa isterimu ini! please.. :')
but dont worry.i think benda tu normal kot? yang penting takde la bertekak sampai 2-3 hari.pernah la wa merajuk tapi paling2 koman pun sehari setengah.sebab tak tahan kalau tak bercakap.duduk serumah tapi cakap dengan dinding hehe :D - err..ok kenapa wa membebel benda yang tak penting ni? err..

:')

on our solemnization day 02062012

so selepas 5 bulan, wa masih belum ada tanda-tanda perut boyot.oppsss..maksud wa ok now memang boyot pun, boyot sebab buncit bukan sebab ada baby! boooo -____-" 
serious weyh wa rasa badan wa makin berat je.dan gemok.dan gendut.dan buruk.dan busuk.hah??!! 
bila keluar jumpa orang-orang or kenalan mesti akan disoal "dah ada ke?" or "bila lagi?" or "lu pregnant ea?" me-refer pada perut yang tinggi ini.hello?? haha
ok.lu nak wa jawab apa ni? -__-" 
bila lagi? bila lagi apa? bila lagi nak ajak makan? nak ajak shopping? bila lagi nak balik kampung? wa buat2 sengal! hehe 

secara serious nya memang la wa ada sedikit stress la bila orang dok tanya2.siapa tak stress kan? tanya tanya tanya.penat nak jawab.buat anak bukan macam buat jemput2 weyh.susah tau tak?
bukan letak air, lepas tu masukkan tepung, godak2..yay siap dah satu anak! jom buat anak lagi!! horeeyyy! :p

ingat asal make love je terus anak jadi ke? 
selagi Allah tak cakap 'Kun Faya Kun' selagi tu la wa dan apitt mencuba.
cuma nya masih belum ada rezeki.
kan? 

lagi down bila tengok orang2 yang kawen sama bulan or sama hari dgn wa dah upload gambar pregnancy test ada dua line.tercalar la sikit hati wa ni.hehe tapi insha allah wa ok :)
wa percaya kerja Allah.

kalau memang rezeki kami, pasti ada nanti.
if kata memang takde rezeki, wa sanggup jagakan anak korang.hehe :))
kalau wa yang baru 5 bulan kawin ni dah stress fikir 'bila la aku nak mengandung ni?' apatah lagi orang yang 5-8 tahun kawen tapi masih belum ada rezeki tu kan?
agaknya dah ready kapas dalam telinga.hehe
malas nak dengar orang tanya2 soalan.. :p

again...mengandung bukan sebab nak berlawan sapa lagi "power" kan? 
mengandung je pandai lepas tu anak terbiar pun tak guna juga.
so wa rasa Allah ada plan dia.
biar wa dan apitt betul2 stable.
biar wa dan apitt puas2 duduk berdua dulu.
biar wa dan apitt benar2 ready untuk menambah ahli keluarga.chewah! :D

insha allah.



siapa tak nak ada anak kan?? :)





pics source : pinterest.com


wa sanggup buat apa je kalau wa ber-rezeki untuk menjadi seorang ibu :')

x,

kerr.







Sunday, November 18, 2012

The only people you can really share certain things with in secret are your girlfriends.


ada je perempuan dalam dunia ni dengan riak berlagak akan berkata,

"sebab tu aku lebih suka kawan dengan lelaki, sebab lelaki lebih cool!"

"leceh la ada kawan perempuan ni! semua benda nak jeles.."

"ni la susah nya bila berkawan dengan perempuan, BACKSTABER!"

dan lain-lain lagi perumpamaan.

haihs!

ok lelaki memang cool.
ok lelaki adalah kaum yang tak jeles. - eleh ye ke?
ok lelaki tak backstab.

nope.wa tidak menidakkan pun benda ni.wa pun ada kawan lelaki.ada yang baik, ada yang jahat, ada yang gila, ada yang kelakar.macam2 jenis kawan lelaki wa ada.sama la dengan kawan2 perempuan wa.

sama rata.

tapi wahai kaum hawa yang kusayangi, percaya tak kalau wa cakap yang nak dengar semua masalah korang tu adalah GIRLFRIENDS korang je.kawan lelaki ada juga yang MAMPU jadi pendengar yang baik -dengan sebab dia ada hati kat lu? haha  tapi selama mana dia boleh dengar lu luah2..balik2 luah2.dia akan cepat2 bagi solution ;

"macam ni je la, aku nasihatkan kau tak payah jumpa dia langsung!"

atau

"apa susah?? buat bodoh je la!!"

atau

"apa banyak sangat masalah kau ni? bingit la!"

dear babes,

sebab apa Tuhan menciptakan lelaki sebegitu perangai nya dan perempuan pulak lebih TAHAN TELINGA?
kerana PEREMPUAN ni ada hati dan perasaan.
oppsss..lelaki pun ada juga.tapi lelaki akan cari solution yang lebih mudah sebab diaorg malas nak fikir panjang2.
ok la wa bagi contoh.

contoh #1 :

lu menangis gila babi sebab bf lu tertampo muka lu sebab lu laser sangat.

solution oleh kawan lelaki : "tu la yang kau laser sangat kenapa? padan muka! senang2 break up je!"

solution oleh kawan perempuan : "seriousssss dia tampo muka u?? babe, u ok tak?? sokay maybe dia tengah marah.u pun jangan la laser sangat.selama2 ni dia ok je kan...takpe, nanti kalau dia dah sejuk tu dia call la u balik.nanti says sorry kayyyyyy *hug*"

contoh #2 :

aku bengang la dengan mak aku ni.aku minta duit nak beli barang2 belajo tapi dia cakap aku nak abeskan duit buat beli mende bukan-bukan! haih BENGANGGGGGG!!!
solution oleh kawan lelaki : "berapa yang kau tak cukup tu? guna la duit aku dulu.nak?"

solution oleh kawan perempuan : "hehe dia risau kot kalau u belanja duit tak hengat dunia.cuba minta elok2.cakap elok2 mesti dia bagi punya.nama pun emak, sampai ke hati dia kalau u cakap u takde duit nak beli barang belajo? hehe"

so sebenarnya korang lebih tenang nak dengar solution yang mana satu? 
wa personally lebih suka solution dari kawan perempuan sebab wa pun salah seorang yang selalu jadi penyelesai masalah! hahahahaha :D
dan selalunya masalah kawan-kawan lelaki wa pun diaorg refer pada wa.. :p
cuma sometimes wa tak tipu la wa ada juga minta pandangan dari kawan2 lelaki.tapi tengok isu la!

dan kalau kata perempuan tu suka tikam belakang, memang ye pun.wa tak nafikan.itu dah memang sifat perempuan.cepat cemburu etc.benda ni terpulang la pada masing2 punya pandangan.kan?
cuma apa yang buat wa sedikit demm adalah bila ada perempuan yang berlagak cakap "AKU LAGI RAMAI KAWAN LELAKI DARI KAWAN PEREMPUAN SEBAB AKU RASA LELAKI NI LEBIH MUDAH!"
jangan tipu diri sendiri.once kau ada masalah dengan bf kau, kau nak ke menangis depan kawan lelaki kau tersedu2 mengadu?

huh!! 

poyo.


x,
kerr

Friday, November 16, 2012

mengimbau 03062012


ni musim2 orang kawen ni wa tiba-tiba jadi rindu pulak dengan wedding sendiri.hehe ;p lagi2 musim hujan ni? eh? apa kena mengena? hahaha haip haip :p sebenarnya wa rindu nak jadi pengantin lagi.you know perasaan dia mcm berbunga2 walaupun risau itu dan ini.tapi apa yang penting all the attentions semua ke arah pengantin.wuuuuuu! :D nak2 pengatin yang suka attention macam wa ni? haha suka attentions kah? :p
kalau para bride-to-be nak tanya wa apa tips menjelang hari perkahwinan mesti wa tak boleh jawab.sebab wa buat kerja macam wa bukan pengantin.wa tak prepare apa2 pun.fizikal mental.wa kerja macam orang gila sebab kerja banyak gila kat office.so before wa bercuti wa diarahkan untuk siap kan all the works.haihs.tu la padahnya workaholic sangat! padan muka wuwuwu :'(
lepas tu sehari before nikah wa siap xcident lagi dengan emak masa nak hantar card kawen.teruk juga la myvi emak kena hentam dari depan.kena bayar saman pulak tu.nampak sgt siapa yang salah kan. hehe ya Allah.. -___-"

tapi ok la kan? wa rasa Allah balas dengan kebaikkan yang berganda.perjalanan majlis wa smooth je.cuaca baik.makanan sedap.ramai tetamu datang.apa yang wa nak lagi kan? semua perfect.terima kasih ya Allah :') 

wa happy.apitt happy.family happy.alhamdulillah.

cuma kalau boleh diubah-masa, wa nak arwah ayah ada dekat majlis wa.itu je.mesti ayah paling sibuk itu ini.mesti ayah yang kendalikan majlis wa.. :') hurm..apa nak buat semua tu Allah dah tulis siap2.wa redha.sebab wa pasti, ayah nampak semua apa yang berlaku.wa happy, ayah nampak.emak happy, ayah nampak.

haihs.

ok lah! malas nak membebel panjang.korang tgk la gambar yang baru nak upload lepas 5 bulan kawen tu.hahaha! ;p 

siapa upload lambat, dia coolness! :D













tapi kalau ada juga yang nak tau tips before menjelang ur big day, ok la wa bgtau beberapa tips :

1). yang masih ada parents, korang serah je bulat2 pada parents.nak2 kalau perkahwinan pertama memang la depa seronok nak handle.korang cuma posing cantik je atas pelamin tu! haha :p

2). buat yang parents dah takde, wa rasa communication paling penting.sebab semua decisions korang kena bincang adik beradik, pakcik makcik.make sure semua teratur.majlis simple tak pe, janji semua lancar kan?

3). korang as pengantin pun perlu tau aturcara.lepas makan nak buat apa? lepas potong kek nak buat apa? so tak le terpinga2.

4). buat yang ada parents, tapi rasa nak handle wedding sendiri.hurm..apa2 pun jangan belakangkan family kita terutama mak ayah kita.anything kena updates supaya diaorang tau apa perkembangan korang.diaorg tu diam2 tu kadang2 sebab diaorg risau.tapi dari lubuk yang paling dalam, siapa yang tak happy kan anak nak kawen? betul? :))

5). yang takde duit tapi nak majlis gilang gemilang.ok kalau masalah macam ni jawapannya adalah KORANG KENA KERJA KUAT LAGI! cari duit sendiri weyh kalau nak gemilang terbilang cemerlang.tapi kalau korang guna duit sendiri takde siapa yang boleh kata apa2! itu yang paling best! :D

6). yang takde duit tapi nak kawen.buat yang simple.perkahwinan dalam islam ni simple je.akad nikah ijab kabul.yang penting yang wajib tu.

eh mcm banyak pulak wa bagi tips.very the doctor love! haha

okie dokie, till then!

x,
kerr.


Sunday, November 11, 2012

syai & cici's wedding


Siapa kawen pada tarikh yang super cantik semalam? 

10.11.2012

nice nice! 
hihi

alhamdulillah semalam diiringi dengan date yang cukup indah, maka termeterai-lah ikatan dua insan yang telah lama menyulam kasih..chewahhhh! :p 
all the preparation as in pelamin, main table etc. di reka khas oleh kakak tersayang, Nana. Wa cuma datang bantu-bantu mana yang patut je.usik sini sikit, usik sana sikit.haha.

wa lepak tolong2 dari jam 11 am sampai 12 tengah malam.dengan hujan (eh mengeluh ke kak? hehe) - maklum la sekarang kan musim tengkujuh kan? dengan drama nya..hahaha Cici request nak DIY wedding.so Nana minta tolong la kat kitaorang kalau2 free datang la tolong dia.
petang tu masa tgh nak siap2 kan pelamin, tiba2 hujan turun selebatnya...MasyaAllah! mengeluh kejap la wa..actually macam banyak juga la benda last minutes.tapi kitaorang langgar je semua janji siap.janji kawen.janji majlis lancar.




last-last minutes membetulkan apa yang tercabut sebab hujan malam sebelum nya.hahahahaha! :D kiranya apa yang Nana usahakan untuk Cici tu berjaya la walaupun sedikit huru hara tapi nice apa? kan? kan? hehe *puji diri sendiri*


anddddddd....what i really love about wedding? MINI REUNION!!!! :))
and gossip updates!
and xoxo!
and many moreeeeeeeeee! hehe :D





alhamdulillah...cuaca sangat baik.hujan sekejap tapi tak lebat and lepas tu panas je macam biasa.alhamdulillah..thank you Allah sebab mempermudahkan semuanya.

to syai & cici,

i'm so happy for you both.yay! kawen dahhhhhh! :)) 
semoga happy hingga ke syurga.
boleh bergaduh sebab itu normal tapi kalau boleh letakkan kesabaran pada level yang paling tinggi.dan kalau tak bergaduh itu adalah sangat bagus! haha
tapi tipu la kan..wa pun selalu je bergaduh! huahuahua!

SELAMAT PENGANTIN BARU! :))

x,
kerr.



Wednesday, November 7, 2012

[life]



life a bit hard now.
but inshaallah, we will never stop laughing 
:))




pics source : weheartit.com

x,
kerr.

Friday, November 2, 2012

{suicide}





"Jangan sibuk nak ambil tahu pasal hidup orang lain boleh tak?
 Hidup kau tu dah boring sangat ke? "

 :)

source : weheartit.com


x,
kerr