Friday, August 17, 2012

quick update before pulang berhari raya

hello :)

lusa dah hari raya.hows your preparation? harap2 semua dah ready.so this is a quick update.semalam berbuka dengan my rainbow sister dekat Delicious Midvalley.alhamdulillah, seronok sangat rasanya dapat bertemu dan berkumpul.maklum la semua dah ada komitmen dan tanggungjawab.


apa yang paling best adalah bila member2 yang dah ada baby bawa anak masing2! memang kena gomol la kan sampai menangis! haha and ada pula yang bakal menjadi ibu.awww..sweetness! :')

i wonder bila pula turn wa nak rasa semua tu.insyaallah soon! kena berusaha gigih lagi.haha ni kalau tau dek emak mahu dia membebel, "kau tu baru je 2 bulan bernikah dah stress nak ada anak.orang lain tu kawen 3-4 tahun lagi laaa" baik la emak.hehe


doa2 kan wa cepat dapat baby ok! nak juga jadi ibu! :))

piccassss timeee! 











di kesempatan ini wa ingin memohon kemaafan kepada semua yang baca blog wa ni.kadang2 wa main tulissss je ikut suka.kadang2 wa luahkan isi hati wa yang penuh dgn kesedihan dan kemarahan.maafkan wa kalau itu mengganggu perasaan korang lepas baca.hehe

SELAMAT HARI RAYA.MAAF ZAHIR BATIN :))


x,
kerr


Thursday, August 16, 2012

warkah buat emak



dear emak,

tahun ini ayien beraya di rumah ibu mertua.besok petang kami bertolak ke terengganu.insyaallah.entah apa rasanya beraya dengan keluarga baru.harap2 rasanya sama macam ayien beraya dengan emak selama 27 tahun lepas.

emak, ayien bercadang nak buat buat nasi impit , rendang dan lauk macam yang emak selalu sediakan bila hari raya.entah tak tau la jadi ke tidak.tapi ayien dah salin resepinya.harap2 rasanya sama yang macam emak buat.sebab tekak ni dah biasa makan lauk hari raya emak.

emak, ayien minta maaf tahun ni tak dapat nak sambut 1 syawal dengan emak.tak dapat nak sibuk2 kat dapur.tak dapat nak bising-bising dengan adik beradik main bunga api kat luar rumah.tak dapat nak berborak sampai pukul 3-4 pagi di malam raya.entah bila ayien kat sana, macam mana keadaan nya ya? tidur awal agaknya.

tapi emak jangan risau.insyaallah pandailah ayien bawa diri.di sana pun 'emak' juga.tetap sama layanan nya.ramai yang cakap "1st time berhari raya dengan mertua ada sebak sikit, tapi lama2 akan ok." entah, ok la kot agaknya! :') 

orang cakap ayien anak manja.tak boleh berenggang.entah, orang tak faham hubungan kita.biarlah..

pagi raya nanti ayien tak nak call emak.ayien call petang2 sikit tau.kang kita tak bercakap yang terdengar cuma bunyi hingus.hihi

selamat hari raya aidilfitri emak.maaf zahir dan batin :')
i love u.

x,
ayien.



me and my super mom :')





Monday, August 13, 2012

welcome home baby effy :)




This year Raya adalah hari raya yang paling best i guess.insyaallah semua happy.wa dah kahwin.emak pun dah dapat menantu *cuma belum dapat cucu! hehe rileks la baru dua bulan kot? nak berlumba dengan siapa? hihi* Raya tahun ni, wa tak beraya di Johor.Start raya berdua di Terengganu, family sebelah suami.Wa tak mau fikir apa perasaan wa pagi raya akan datang sebab ianya boleh mebuatkan mata wa bergenang dan seterusnya menjadi tsunami di apartment wa ni hah! hahahaha :p

But, apa yang lebih menggembirakan adalahhhh....

NEW COUSIN IN THE HOUSEEEEE! 

:))

{AFIFA NABILA BT ANUAR}

she is sooooo preetttaaayyyyy! :')
so in love with her.






semoga menjadi anak yang soleh.
semoga menjadi anak yang cerdik cemerlang dan terbilang.
semoga sentiasa jadi pretty girl! hehe

love u effy! :)

x,
kerr.



Friday, August 10, 2012

sisterhood


hola!

wa jarang dapat jumpa adik beradik wa.ye la..busy dgn kerja.ada yang pergi belajar.ada yang duduk johor.memang payah nak jumpa..kecuali kalau raya (tapi tahun ni wa raya terengganu.) or ada apa2 majlis yang memang memerlukan penglibatan semua orang baru la nampak batang hidung sorang2.hehe
so tell you the truth la kan, wa terasa la juga bila adik2 apitt datang rumah.terasa macam 'kan best kalau adik2 aku pun datang lepak sama..hurmmm' tapi nak buat macam mana kan? semua orang ada komitmen masing2.i kept bugging my adik2 ajak datang rumah, tidur sini.lepak.tapi macam biasa la takkan pulak diaorg nak skip kelas semata2 nak lepak.skip kerja semata2 nak puas kan hati wa kan? T____T


wa tak tau la hubungan orang lain dengan adik beradik diorang macam mana kan? tapi wa dengan adik beradik wa memang la agak rapat.ye la setahun satu kot? *power parents! woohoo* kitaorg boleh share everything.semua benda nak cerita.semua gossip.takde perut kau, perut kau.perut aku, aku isi sendiri.kadang2 orang tak paham bila wa cerita hubungan wa dgn adik beradik wa.dan wa pun tak paham bila kau tak rapat dgn adik beradik kau ok lah lagi.ye la bukan semua orang sama kan? tapi agak la pelik bila kau konfius umur adik beradik kau berapa? dia tingkatan berapa? dia kerja apa? korang tak berbual ke? hehe ok scrap thattt! :p

ok.so after my reception dekat terengganu, wa baru dua kali balik johor.itu pun kejap2.so memang tak jumpa semua la.wa msg lagi adik2 perempuan wa suruh datang sini la apa la, tapi mcm biasa la wa lupa yang diaorng pun ada komitmen dalam hidup.sampai la satu hari ni..wa msg my sister, faza.dia cakap nak dtg sebab dia tgh cuti semester and...


HOOOOORRRRREEEEEYYYY

SHE'S FINALLLLLLYYYY HEREEEEE!!

:))

nothing can beat the feeling you know! :') bila ada adik2 kat sebleah walaupun emak tak sempat nak dtg sini lagi, terasa macam dekat rumah emak.the place where wa boleh jadi the real AYIEN! (my name at home).phewwwww! sebab along dgn faza nak dtg, so wa excited and wa masak benda yang tak pernah wa cuba for berbuka puasa! hehe



alamak gambar ketam yang dah masak dalm instagram la.follow me je la ok?
kerr_abdullah
;p

and malam tu after iftar hantar along naik tren.lepas tu ajak faza pergi minum! *dan makan lagi* :))



and besok nya adalah SISTA DAY OUT! :)

we went for a movie and shopping is a must!







phewwww~

am so thankful to Allah untuk semua ni.the happiness and everything.terasa macam 'rumah' sangat.
can't wait untuk emak and yang lain datang sini.and wa akan belajar lagi resipi2 baru yang best2! woot woot!

ok till then! wa nak ajak faza keluar hari ni kalau jadi nak shopping! hehe :p

bye.

x,
kerr.


Thursday, August 9, 2012

What I Wore : Iftar #3


another awesome sunday!
plan jalan-jalan KL dgn husband and adik ipar :)
nope..wa tak shopping pun!
betul tak tipuuuuu! *sorok plastic bag!* :p




kalau korang pergi Plaza Low Yatt, singgah makan dekat Kopi Club!
The foods sangat sedap cuma a bit pricey la.tapi ok! :))



x,
kerr.

What I Wore : Iftar 2#


Iftar with the husband's at Kampung Baru

What I Wore 

crop tee is new items in my wardrobe.am soooo into it! hehe
the crop tee is from Cotton On and i pair it with Navy Blue Slinky Maxi from The Poplook.


as usual, wa bukan suka sangat bersarat2 dengan accessories.
i think this owl necklace is sooooo cute!


simple make up do! :)





stay pretty ladies walaupun berpuasa! hihi


x,
kerr.

iftar and stuffs 1#


ok guys...this entry will be full of instag pictures hehe :))

on your mark..

get set..

GO!

so, in my last entry wa ada bagitahu yang wa bukan la isteri mithali sangat, so adalah berbuka puasa di luar.bagus juga untuk me-releasekan tekak ni.ye la..asyik2 makan makanan yang di masak sendiri je.nak juga rasa orang lain masak! haha :p 

iftar at LAS VACAS people!! the foods was so yummeyhhhhhhh and worth every penny.alhamdulillah tak sia2 la selama ni apitt usha pasal kedai daging ni.dapat la dia merasa makan di situ.hehe ok2 tengok gambar! :))

What I Wore : 3/8/2012


i think color-blocking is so trendy nowadays! so why not kalau kita cuba kan? never know neon + grey + blue = awesome! :)) kan? 
so nice.and i feel so pretty! haha



peacock feather ring.


and nowwwwwww!

FOODSSSS! :))






so far so good plus its yummeyh too! :)
cuma yang tak berapa ngam adalah cawan air cuma sebesar itu.tuang sebotol abes dah..teguk sekali? hurm..

till then~!

kerr.



Friday, August 3, 2012

updates on kerr abdullah's!


hello

as you all may know, sekarang ni wa lepak je kat rumah.ada kebun sikit dekat balcony tu tanam anggur.hehe  
nope la..wa bukan penganggur dan wa takkan benarkan diri wa jadi penganggur sebab wa ada banyak bills nak dibayar, kereta rumah..aiyo nak lagi jadi pengganggur? jawab! :p sekarang ni wa meletakkan diri wa dalam zone berehat.4 tahun wa tak berehat, now wa rasa ini lah masanya.rehat sebulan sambil2 cari new job.insyaallah :))

semua orang tanya, "you berhenti ke? kenapa? abes lepas ni nak keje apa? line yang sama ke?" 

kenapa?
tak ok ke kalau wa kerja line yang sama?
ntah, wa ok je.kalau rezeki kat bidang lain pun wa ok juga.asalkan kerja :))

soalan kenapa wa berhenti tu wa taknak jawab la kat sini sebab wa tau ada 'orang2' yang tertentu membaca blog wa ni.kang tak pasal2 kang..hehe sokay wa simpan sendiri je alasan wa  kenapa wa berhenti tu.ok?

btw, sekarang wa sibuk dengan bisnes kecil2lan.alah business online je.jual barang2 preloved wa.hehe like seriously, wa tak sangka pula ada pembeli.serious ke?? alhamdulillah sangat2 ya Allah.see? wa percaya pada rezeki Allah sentiasa ada.walaupun sikit-sikit :') 
eh tapi jangan pula ada yang salah faham fikir wa jual barang2 wa sebab wa dah takde duit sbb ye la dah tak kerja kan? sangat salah ok.wa jual barang2 wa sebab WA NAK BELI BAJU, KASUT, XCESSORIES ETC YANG BARUUUUUU! :p almari wa dah penuh.barang2 wa byk yang wa tak pakai.so apa salahnya wa jual je bagi orang lain pun cantik kan? hehe :)) 

owh please visit my online preloved blogshop:




or boleh je click kat sebelah kanan page ni! *tu!! (muncung ke kanan)*

yea, i've put so much effort untuk buat/jual my preloved ni.gosok the bajus. ambil gambar elok-elok.edit lagi.supaya nampak proper dan cantik.. :) sebab nya ini semua my personal stuffs.so wa memang jaga semua barang2 wa dgn penuh kasih sayang hihi :) *sweet much?*

ok dah cukup la tu promote! :p

sekarang ni wa rajin cari2 resepi.itu la, ini la..hehe sangat emak2 you know! i dont know, wa rasa sejak2 kawen ni wa suka beno memasak.and for your info sepanjang ramadhan ni wa tak berbuka lagi kat luar (oh ada 2 kali je 1).buka dgn ex manggis 2).farewell) semua makan kat rumah.mithali tau! :))
dan apa yang pasti apitt pun makin gemsss! hahaha tak pe la..nanti boleh kurus :p

this is my hairstyle sekarang ni.
......
..
.

HAIR BUN!!

simple.senang.selesa! (siap ada tagline lagi tu! haha)


ok la, hari ni wa tak jadi mithali sangat sebab hari ni nak buka kat luar pulak.dua2 teringin nak makan western.boleh la buat sendiri..tapi korang nak dtg tolong tak? hahaha :p so apitt dah buat reservation di LA VACAS. tau..ramai dah pergi! kitaorg je lambat! hehe sokay nanti wa instagram gambar banyak2! owh bercakap pasal instagram wa TER-BELI BUKAN SENGAJA handphone baru.hahahahah!


don't worry, tak la canggih mana.sebab wa pun bukan la canggih benor pun! hehe :))

ok till then! selamat berbuka :)
salam.

x,
kerr.