Tuesday, July 31, 2012

today is my last day and i'm ok :)


today is my last day working here.this is my own decision and insyaAllah i am strong enough to faced the world :)

bismillahhirahmannirrahim..

yep, gonna miss everything.the people.the cubic.the laugh.the jokes.e-ve-ry-thing! :')
but i'm ok! i'm good.insyaallah.

rasa puas hati sangat bila my bos sendiri bagitahu yang i've achieved everything yang i janji pada company masa mula-mula i start keje dulu.alhamdulillah.tak rasa sesal pun keluar dengan good reputation.Allah helps me alot..alhamdulillah ya Allah :')

from now on, korang takkan dengar/baca lagi i melalut pasal kerja.hahaha ;p
insyaallah la.kalau ada, pekak/buta kan aje! 

ini adalah 4 tahun yang cemerlang.alhamdulillah.
thank you Allah. 




banyak yang i belajar.banyak yang i ceduk.from zero to hero.
to person yang akan/bakal tempat i, i hope you boleh jadi/beri lebih baik dari i.memang kena tahan fizikal mental.jangan menangis depan bos, sbb itu menunjukkan yang u lemah.
menangis la kat tempat lain.dalam kereta.dalam toilet.dalam surau.hahaha pengalaman! :p


woooooooffff!
can't wait to start new things! :))
pray for me people.


bismillah...


x,
kerr.



Friday, July 20, 2012

wedding photo by WeddingbyRupaJiwa



Finally wa akan dapat our wedding photo by this Sunday insyaallah.
Hehe sebenarnya kitaorang yang lembap.eleh..baru je sebulan lebih takde la lambat sangat pun.kan? kan? hehe :p

Selalu tengok gambar orang kawin, wa dok sengeh sorang-sorang.now wa tengok gambar wedding sendiri, wa rasa macam nak nanges.hihi perghhh wa dah kawen weyh! macam tak percaya je..haha 

Wa selalu fikir kawen tu susah.kena banyak fikir itu ini (yup duit tu memang jangan cakap la kan..keluar macam air!) tapi sebenarnya tak la sesusah mana.wa bersyukur sangat sebab wedding wa simple dan dipermudahkan.paling mudah, paling simple dan alhamdulillah wa happy dengan setiap apa darinya.wa bersyukur juga wa tak sempat jadi bridezilla haha.wa follow je mana yang mudah.yang penting wa selamat bernikah dan buat emak happy.alhamdulillah :') if kata nak diulang kan hari perkahwinan wa, wa tetap nak yang macam ni.tak over.lancar.tenang.happy :)

alhamdulillah.
thank you Allah.






sekarang ini semua adalah untuk dikenang sampai akhir nafas wa.wa tak sabar nak ada anak, nak tunjuk kat anak wa, "tengok ni mak gila hot time kawen! " hahaha :p siapa kata orang gemuk tak boleh kawen? siapa kata nak kawen kena kurus melidi? tu wa kawen je gemuk2 pun! hahaha :p


main-main je la.


kalau korang nak diet untuk wedding korang dialu2 kan.nanti gambar cantik..serious! :p wa memang tak boleh kurus dah.ah tak kisah la! hehe 


ok la.till then.nanti wa bercakap lagi.


x,
kerr.





Wednesday, July 18, 2012




coming soon :)

x,
kerr.



preloved by coffee on sunday


dear girlfriends ♥,

seriously wa banyak gila baju (takde niat pun nak berlagak). sometimes ada yang beli tapi tak pakai. walaupun banyak baju wa tetap rasa wa takde baju nak pakai.apitt hampir naik hantu setiap kali nak keluar dating, sebab wa mengadap almari je dah 5 jam dan mengeluh takde baju nak dipakai dihadapan timbunan baju2..hehe ♥ 
hari ni wa happy sebab wa berjaya menjual sehelai baju wa walaupun hati wa berat nak bagi pada orang lain.yea wa obses dengan baju2 wa sendiri.sebab setiap pagi wa akan bcakap dgn baju2 wa mengadu kenapa wa takde baju nak dipakai? haha tapi kalau wa tak jual/bagi pada orang, siapa yang nak pakai? apitt? :p 
semalam wa tershopping baju lagi.ok sebenarnya bukan TER..wa mmg NAK beli.arghhhh wa stress! :( wa takut kalau one day wa kena tumpangkan sedikit baju2 wa dalam almari apitt dan wa ada niat itu.haha :D 
so wa rasa wa nak jual mana2 yang masih cantik tapi tak terpakai/pre loved dengan harga yang murah.


korang nak beli ke?


wa jual dan bayaran pos free saja.wa belanja! :)


nak jual kasut dan handbags juga..tapi tak nak la! wa masih kedekut bab kasut dan handbags.hehe :p


if korang nak, nnti wa upload gambar.kalau tak nak, wa bagi je pada makcik aras yang cuci tangga kat apartment wa tu.biar dia yang cantik! haha ♥


Tuesday, July 17, 2012

cold-feet

its raining outside.really cold here *furr furr furr* 
the bosses semua takde.keluar outstation.*yay* and makes me so malas sangat nak buat  and siapkan my kerja.but wa kena habiskan juga my kerja ni semua before i leave this place.sigh.
this morning, wa dah send out my CV for job application.adalah minta sana sini.try market sebenarnya.i don't know why am sending out my cv? rasa macam nak rest and my cari kerja after raya but wa kenal diri sendiri.wa akan cepat bosan bila tak buat apa-apa.wa kena kerja.kena buat something.hurm...harap2 ada la rezeki kat luar sana for me.kali ni wa usaha sendiri without minta pertolongan orang lain.insyaallah :)
some peoples akan cakap, "haaaaa tu la..pandai2 sangat minta berhenti kerja la apa la.now sekarang nak cari kerja pulak!" - orang takkan faham apa yang wa rasa.yang wa kena hadap.this is life.sometimes kita suka, lama2 akan jadi kurang suka.lepas tu akan jadi makin tak best bila tak kena dengan jiwa.i know keje ni kita jangan memilih.tapi wa sanggup lagi jadi pemilih asalkan quality kerja wa terjaga.if hati tak suka then kerja pun mcm dem, kena marah juga kan? hurm..apa yang penting, keputusan wa ni tak dipengaruhi oleh siapa2.dan wa ok, insyaallah.



life after married is great.selepas sebulan lebih ni macam-macam wa belajar.salah satunya kita jangan pentingkan diri sendiri.selepas hidup berdua, semua benda kena fikirkan our partner.dia nak makan ke? dia dahaga? dia penat? dia dah nak tido? semua.. :) and i love the way he treat me as his wife.heee :p i know bunyinya macam mengada sangat.tapi entah la, wa suka :))

last weekend, wa balik kampung.balik johor.i miss my mom.i miss the house.rindu bau rumah.tapi tak dapat lama pun.ye la balik sabtu malam, ahad pukul 5 dah gerak balik KL.mahunya hati wa ni tak mengamuk sebab "kenapa masa cepat sgt berjalan..." bad mood all the way from BP.tapi after tu ok la..hihi

minggu ni on Saturday insyaallah dah masuk bulan Ramadhan.yay! berpuasa sebagai seorang isteri tahun ni :)) tak sabar nak bangun sahur sama-sama kat rumah and cook for berbuka puasa.and insyaallah tahun ni beraya di terengganu.sokay, my turn next year.tak payah la nak bergaduh sakan nak beraya mana.raya mana2 pun sama je.dua2 ada emak, ada mama.. :) 

so..yea! till then :)


kerr.




Saturday, July 14, 2012

tits-bits


hello everybody.

yup lately wa tak sihat.macam wa membebel dalam entry lepas pasal sakit pinggang tu, sekarang ditambah lagi dengan demam dan ruam berbintat-bintat atas muka dan sedikit di badan.entah kenapa.
nak kata allergies sangat la tidak sebab wa memang seorang yang tidak pernah ada alahan..oh pernah2! alahan pada orang yang berhati busuk sahaja! hahaha :p

so pergi jumpa doctor.general doctor cakap yup wa demam dan ada tonsil sebab my tekak bengkak sikit because of my suhu badan.besok nya pergi office, naik ruam pulak.merah menyala muka.
pergi gynae atas nasihat kawan-kawan, sebab semua ingat wa pregnant (malangnya i'm not pregnant :( ).gynae cakap ruam keluar sebab badan panas.thats all.oleh kerana semua itu plus pinggang super sakit ni, wa MC dua hari.berehat sampai lebam.alhamdulillah getting better :)
yayy! 

so sepanjang semalam yang wa cuti tu, sumpah la memang bosan gila duduk rumah.and my otak asyik fikir pasal kerja.bila asyik pikir pasal kerja je membuatkan wa double berfikir, "are you sure untuk cari kerja dalam masa terdekat sebab sekarang ni pun dah nak brenti keje tapi dok pikir pasal kerja kat office tu!?" arghhh masalah2! :((

i need my rest, but at the same time i need my 'world' oso.how come?

think.







1. that is our new plant kat rumah.pokok cili and pokok..err..pokok pokok! hehe 


2. bayam goreng for dinner.


3. apitt's request.selar kuning asam pedas.alhamdulillah dia tambah nasi 2 kali! :))


4. chirpy chirpy cheep cheep cupcakes.


5. the poulet and the baking book tu adalah hantaran masa kahwin dulu.and the card making book is from my goodfriend Wani.think i wanna start something.insyaallah :))


owh! wa baru join instagram.follow me ok : @kerr abdullah


happy weekend pretty! :))


xoxo,
kerr.

Monday, July 9, 2012

homemade lamb + chicken burger


wa selalu mengimpikan dari dulu lagi bila one day wa berkahwin, my husband will cook for me.bukan la hari-hari *aiyooo i know my job la! hehe* bila ada masa-masa yang wa terasa macam "oh malasnya nak masak hari ni? can we tapau?" hehe 

i know the time will come.tapi i don't know when sebab now mood untuk memasak tu membuak-buak.rasa macam "what happened to me ni?" bila wa pergi blog resepi sana sini , tengok video masak , bila pergi mall wa lebih suka pergi coldstorage and tempat jual barang2 masakan etc.rupanya sebab wa DAH ADA SUAMI! yey! :))

one day, masa balik from office *we work in the same office but different department* suddenly ...

apitt : hurm..awak tak suka makan burger and sandwich pulak kan?

kerr : mana ada tak suka, kalau ada orang makan je!

apitt : nak buat burger tak malam ni? orang masak untuk awak!

kerr : *for reallll?* *for reallll?* serious?? serious awak nak masak untuk orang? hihi

apitt : jom pergi Cold Storage kita beli barang!

I AM THE HAPPY-WIFEY!
YAYY!
:p




memang sangat home-made la.you know, potong-potong sayur and stuff and then susun buat burger sendiri.


 Dara Bif is soooooo RECOMMENDED!
TEBAL & SUPPER YUMMEYH!


my forever husband & chef-at-home! :)
i love u


simple but the taste adalah sangat dewa
:p~


oh tidak dilupakan SPRING POTATO!

malam itu kami tidur dengan perut yang super kenyang-dan-super gemuk but HAPPY!

Thank you husband! :)
mimpi orang dah jadi kenyataan.
alhamdulillah

i love u.

wife,

kerr.



Friday, July 6, 2012

friday fever


salam.
happy friday.things jadi makin worst i think.not good.walaupun wa cuba untuk tidak menjadikannya awkward tapi tetap awkward juga.hurm..stress. dua tiga hari ni after wa hantar surat resign, ramai yang ikut jejak langkah.sometimes wa jadi takut.takut orang cakap wa yang pengaruh semua untuk hantar surat padahal itu terletak pada otak masing-masing..haihs.

i kept asking them, "are you sure? yakin ke? or awak rasa betul ke keputusan yang awak buat ni?"
because takut juga kalau diaorang terbuat pilihan yang salah.oh god! help me.harap2 Kau turun kan rezeki buat kami semua.amin


my sakit pinggang yang last year tu datang balik.i don't know why? maybe sebab yang sama? "STRESS" yup itu yang doctor cakap dulu.terlalu banyak fikir dan gerak at the same time? hurm..sakit pinggang not good untuk orang yang nak anak cepat you know? macam wa ni hah..huwaaaaa~

so untuk meredakan ke-stress-an, masa luch time tadi wa buat therapy sikit.shopping baju 2-3 helai.ececeh! therapy habessss! :p owh btw, KITSCHEN now on SALE! 70%! :))


and of course ; good food! :))
having quarter meal dekat Kenny Rogers.
alhamdulillah.kenyang perut suka hati kan? kan? hihi


walaupun begitu, wa tidak melupakan apa yang wajib wa beli.bagus untuk sakit-sakit pinggang ni walaupun tak la berkesan mana, tapi lega la sikit sejam dua... :p


gambar posing sikit untuk outro! hehe


bila last wa bergelak sakan kat "sini" pun wa dah tak ingat.
hurm.

x,
kerr.

Wednesday, July 4, 2012

#super-something


i hope everything will be better.
insyaallah.













dear God,

Alhamdulillah for the strength.

x,
kerr.



Tuesday, July 3, 2012

“Happiness is an inside job” - william athur


salam.

so yea..yesterday wa hantar surat perletakan jawatan kepada the bosses.sumpah wa nervous and i don't know why? adakah setiap orang yang hantar resign letter rasa benda yang sama? haihs.
wa notis 30 hari starting 1st July sebenarnya.sebab 1st July jatuh hari ahad, so wa hantar on 2nd.they are not ok with my decision.. T_____T" so kena adakan 2nd meeting untuk issue wa nak berhenti ni.aiyo~

bila ditanya "why u nak berhenti?" wa serious tak tau nak explain macam mana.you know bila hati dah tak happy, bila dah hari-hari rasa tak best nak buat kerja and you just can't wait nak tunggu pukul 7 petang sebab nak balik rumah dan mengharapkan malam yang panjang supaya lambat siang sebab tak nak masuk office.you know the feeling tak? sometimes wa terfikir, kenapa wa susah nak cakap NO? kenapa wa selalu fikirkan orang lain? tapi diri sendiri sakit dan tak happy.i think this is the right time to move on.wa bukan berlagak mcm bagus.seriously, wa bimbang sebenarnya sebab wa berhenti hati kering.tak cari kerja lagi.tapi the main reason is wa sgt penat and i need some rest.maybe after raya baru wa plan untuk buat something.doa2 kan semoga rezeki sentiasa ada untuk wa.amin :')

i know, kalau my boss terbaca my blog ni dia akan cakap wa pentingkan diri sendiri etc.terpulang la.selama2 ni wa pentingkan diri sendiri ke? keputusan yang wa buat ni bukan keputusan sehari dua.wa dah terfikir dari tahun 3 wa bkerja.tapi on that time, setiap kali wa nak bhenti dan hantar surat mesti ada job masuk.so wa rasa bertanggungjawab untuk settlekan everything.kalau la mereka paham apa yang wa rasa..hurm.sokay, wa dah ready untuk kena 'rempuh' dengan macam2 hal.insyaallah, wa yakin Tuhan sentiasa bersama2 wa.insyaallah ada rezeki yang lebih baik.

"pagi ini ada client final fitting di INNAIRED.so kena shoot and interview for our new tv program.
i love my job.insyaallah sampai ke akhirnya wa akan bagi yang terbaik.jangan risau.wa tak akan merosakkan imej sendiri sebab sibuk nak kejarkan "kelapangan".. :)
buat sehabis baik.orang akan ingat kita."

What i wore today : 03072012




alhamdulillah
hati wa tenang dapat luah everything.
semoga Allah kurniakan lebih banyak rezeki selepas ini.
insyaallah.
amin :)

truly,
kerr.





Monday, July 2, 2012

1 budak hitam.1 bulan

halllooouuu!

wa baru balik dari Redang (Pulau Lang Tengah sebenarnya..takut korang tak tau tmepat tu kat mana..hehe) atas urusan kerja.serious wa tak suka pulau.panas subahannallah :(
kadang2 wa tak paham, orang-orang ni suka bercuti pergi pulau.alangkan pulau pinang pun dah panas mcm nak hapa, ini kan pulak sebiji pulau yang kena pergi naik bot etc. *oppsss..terkomplen sudah!* :p 

erm..banyak benda jadi lately.dan wa dah sebulat suara untuk membuat satu keputusan besar dalam hidup wa.insyaallah, semoga Allah merestui dan sentiasa bersama2 wa.yang penting, suami wa izinkan :')

What i wore : 29062012


*muka sunburn gila kotttttt! T_____T*

What i wore : 30062012


What i wore : 01072012



alhamdulillah hari ni (2 Julai 2012 ) genap sebulan wa menjadi isteri :')
the awesome one month!
alhamdulillah, thank you Allah.

 my man. my husband
i love u :)

 
hello dear! <3

apitt belanja dinner dekat pangkor village..owh!! bukan pergi pangkor ye tuan2 dan puan2..ni restoran kat taman megah tu je..hahaha :p


chilli crab


mengetam!


semoga Allah sentiasa bersama-sama kami.
semoga Allah memberkati rumah tangga kami.
berikan kami kesihatan yang baik.
dekatkan kami dengan-MU ya Allah...

dear my husband,

Happy 1 month!
i love u
:)


withlove,

Mrs kerr.